Diambil dari kuliah Ustaz Mohd Abdul Nasir (UPSI) *Semua bahan ini diolah semula oleh Abang Isaifuddin
Pada awal pengajaran
3 hingga 7 minit awal
Dianggap sebagai mukaddimah dlm pengajaran
Ada perkaitan langsung dengan isi pelajaran
Langkah pertama dalam mengembangkan isi kandungan pengajaran
Membangkitkan kemahuan pelajar untuk berinteraksi Apabila set induksi yang dilakukan merupakan suatu yang menarik, maka pelajar akan tertanya-tanya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tajuk tersebut..
Mewujudkan suasana kondusif untuk belajar Pembelajaran yang biasa (chalk & talk) adakalanya membosankan pelajar, maka induksi set boleh menyediakan suasana pembelajaran yang selesa untuk pelajar kerana pelajar pelajar mempelajari sesuatu tajuk secara berperingkat
Mengingatkan semula pengalaman yang lepas Mengaitkan pelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar akan dapat memudahkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contoh:-Mengaitkan makanan hal dan haram dengan tabiat membeli makanan di pasaraya
Menimbulkan minat untuk belajar Set induksi boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah dan cara..Terpulanglah kepada guru untuk menentukan set induksi sama ada berupa cerita, tontonan klip video, mahupun melalui lakonan