Senilukis Anuaran , Menggarap Seni Warisan Melayu

  • Uploaded by: AnuarDan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Senilukis Anuaran , Menggarap Seni Warisan Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 829
  • Pages: 2
Penulis terpegun dengan ketekunan pelukis ini dalam menggarap imej-imej yang bukan asing pada kita ketika di alam kanak-kanak dulu. Kukur kelapa, tempayan jeruk, buyung, tikar, seterika arang, jam dinding, kipas antic, basikal tua, rumah-rumah kampong (lama) yang boleh dianggap telah pupus dan jarang-jarang digunakan lagi. Nostalgia penulis dengan kehidupan zaman kanak-kanak pada tahun 1960-an sedikit terubat apabila menghayati lukisan-lukisan Anuar Dan. Bagi penulis, lukisanlukisan beliau begitu berjaya membawa kita kembali pada zaman-zaman lampau itu. Walau bagaimanapun, pelukis kelahiran Taiping, Perak pada tahun 1960 itu seperti mencari sesuatu dalam menterjemahkan kembali imej-imej tersebut dalam karya-karya seninya. Meliuhat stail karya seninya itu, penulis cuba membuat pentafsiran sendiri bahawa Anuar Dan telah bertemu semula dengan identitinya itu. Penulis mulai mengenali pelukis ini sejak tahun 1990 lagi. Tugasnya sebagai pereka grafik di Balai Seni Lukis Negara telah membuka peluang yang cukup banyak kepadanya untuk mengenali dan mendalami duni aseni visual tanah air. Peluang keemasan itu digunakan oleh Anuar Dan bagi memperkaya pengalaman dan ilmu di dadanya. Beliau berkesempatan berkenalan rapat dengan beberapa seniman besar negara seperti Dato’ Syed Ahmad Jamal dan Allahyarham Ismail Zain. Anuar yang mendapat pendidikan dalam bidang grafik seperti tidak kekok untuk terus mencuba dan mencari peluang untuk bersama-sama meletakkan dirinya bagi memeriahkan lagi dunia seni tanah air itu. Kemungkinan besar Anuar dipengaruhi oleh beberapa orang pensyarahnya yang juga pelukis terkenal seperti Hashim Hassan dan Raja Zahabuddin Raja Yaacob. Mereka merupakan tenaga pengajar dari jurusan grafik yang turut mewarnai dunia seni visual tempatan dan antarabangsa. Siapakah tidak mengenali dengan pelukis ’Burung Batik’ dan ’Bapa Logo Kebangsaan’ itu ?. Ataupun karya-karya seni yang memaparkan imej foto montaj dan perinding setem Malaysia ciptaan Raja Zahabuddin Raja Yaacob ?. Berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar itu, Anuar Dan juga berjaya menunjukkan taringnya. Beliau telah berjaya mernagkul tempat pertama dalam pertandingan mencipta logo Keretapi Tanah Melayu pada tahun 1983. Bukan setakat itu sahaja Anuar mencipta kejayaan, malah beberapa siri pertandingan karya beliau sering menjadi perhatian juri. Antaranya tenpat pertama pertandingan mencipta logo Anti Dadah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dan Hadiah Kedua pertandingan melukis orkid anjuran Galeri Seni Shah Alam (2000). Kejayaan demi kejayaan yang berjaya diperolehi Anuar tidak berhenti setakat itu sahaja. Beliau terus berusaha untuk mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan dan Pemerhatian penulis terhadap perkembangan yang ditunjukkan oleh Anuar bukan berlaku dalam tempoh setahun dua saja. Malah ia berlaku hampir saban tahun sehingga ke hari ini. Ketika seedang melengkapkan penyelidikan di peringkat Ph.D., penulis sering bertemu dengan pelukis ini untuk mendapatkan maklumat dan sejarah seni visual, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan kritikan seni di Malaysia. Anuar menjelaskan bahawa kritikan seni amat diperlukan di negara kita. Menurutnya seni yang tidak dikritik seperti tidak diberi pengiktirafan. Kritikan seni merupakan satu pengiktirafan masyarakat kepada pelukis dan karya seni itu sendiri. Menurutnya lagi, kejayaan beliau dalam memperolehi identitinya setakat ini adalah usaha kritikan seni sendiri. Kritikan seni bukan sahaja setakat pengiktirafan tetapi turut memberikan cahaya dalam karya. Karya seni perlu digilap oleh pengkritik seni supaya terus bercahaya. Seperti pelukis lain juga, Anuar tidak gentar apabila menerima kritikan. Padanya, pelukis perlu bersedia pada bila-bila masa untuk dikritik oleh pengkritik seni. Selain itu menurutnya lagi, pengkritik seni juga biarlah terdiri daripada individu yang memahami seni dan mempunyai latarbelakang dan pengalaman dalam dunia seni. Sekurang-kurangnya sesuatu yang diperkatakan itu dapat diterima kerana kritikan juga boleh menjejaskan minat pelukis sekiranya tidak ditangani dengan betul.

Pengkritik yang tidak mempunyai pengalaman atau pendidikan seni tidak dapat mengupas karya seni dengan baik. Peluang bagi pelukis untuk memperbaiki apa-apa yang dikritik itu tidak jelas. Penulis tertarik dengan perubahan Anuar dalam menterjemahkan karya-karya seninya itu. Suatu ketika dulu, Anuar memilih buah-buahan tempatan sebagai tema utama dalam kebanyakan karyanya. Pemilihan itu pada pendapat penulis tidak begitu sesuai kerana, pendekatan dan pengolahan berus dan warna serta paparan imej Anuar begitu bertenaga. Kebanyakan karya seni Anuar Dan menyerlah dengan warna-warna impresionis. Iimpresionis merupakan aliran seni moden yang bermula di Eropah pada abad ke – 16. Aliran ini bermula akibat daripada perasaan jemu pelukis ketika itu yang gemar melukis objek yang benar. Satu kumpulan pelukis telah membawa konsep merakam semula simbahan cahaya pagi atau senja di atas objek. Yang menarik Anuar cuba mengambil warna-warna senja dan dipadankan dengan objek-objek warisan melayu itu. Objek itu tidak dilukisnya malah dicetak semula dengan menggunakan teknik sutera saring. Objek itu dipilih dan disusun mengikut kesesuaian estetika. Bentuk-bentuk rumah melayu lama yang semakin kurang perhatian masyarakat sekarang sebenarnya kaya dengan nilai-nilai tradisi Melayu. Sayangnya, rumah-rumah itu semakin lama semakin pupus ditelan arus pemodenan. Begitu juga dengan barangan lama yang dinyatakan sebelum ini. Barangan tersebut tidak lagi menjadi barangan keperluan, malahan semakin kurang diberi perhatian. Melihat fenomena itu, Anuar Dan mengumpulkannya semula dalam bentuk artistik. Memetik penulisan Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Anuar Dan melukis ’ukiran budi’ Melayu dengan dua bentuk dimensi, mengutip semula khazanah budaya, ukiran kerawang, bumbung rumah kutai, tangga Melaka, buyung, serkap ayan dan sangkar burung. Semuanya kembali untuk dicintai kerana Anuar Dan percaya di situlah inti dan semangat budi Melayu yang bersalutkan akal menyatukan di jiwa. melihat karya beliau sila lawat: http://www.artwanted.com/anuardan

Related Documents


More Documents from ""