Semantik Dan Pragmatik

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Semantik Dan Pragmatik as PDF for free.

More details

  • Words: 1,845
  • Pages: 6
Teori Bahasa saling tidak faham-memahami antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, melalui kajian linguistik komparatif, persamaan-persamaannya dapat dikesan dan dapat disimpulkan bahawa bahasa-bahasa itu asalnya adalah daripada satu induk. Linguistik sejarah atau historis ialah cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Di samping itu pula, bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal-usul (etimologi) sesuatu bahasa. Segala punca, sebab dan akibat yang dialami hasil daripada perubahan untuk mengetahui yang sebenarnya berlaku terhadap bahasa itu. Punca perubahan itu mungkin datangnya dari luar atau dari dalam. Punca dari luar misalnya, kemasukan pengaruh-pengaruh asing ke dalam bahasa itu; sementara perubahan dan perkembangan yang berpunca dari dalam pula mungkin hasil daripada berlakunya perubahan sikap penutur yang mahu melakukan perubahan secara sengaja terhadap bahasa itu dalam usaha menjadikan bahasa itu maju dan berkembang, sesuai dengan peredaran zaman. Satu hal yang penting, dalam kajian linguistik sejarah ini ialah kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Walau bagaimanapun, bagi mengasingkan secara rigid akan tahap sesuatu zaman itu adalah mustahil kerana bahasa itu berubah atau berkembang secara evolusi bukan secara drastik. Antara satu zaman dengan zaman yang lainnya tidak ada garis pemisah yang nyata kerana penggunaan bahasa bertali arus dari satu masa yang berikutnya. Pemisahan yang dibuat hanyalah semata-mata demi kepentingan kajian. Dalam bahasa Melayu umpamanya, pemisahan zaman dalam perkembangan bahasa, sering dibuat berdasarkan kepada pengaruh yang mendatang misalnya, peringkat perkembangan bahasa Melayu pada zaman kerajaan Melaka, sebelum datangnya agama Islam, sebelum penjajahan dan selepas penjajahan, iaitu sejak merdeka hingga sekarang. Dalam kajian linguistik sejarah kajian secara sinkronik adalah penting. Seorang pengkaji mestilah mengkaji secara terperinci akan keadaan bahasa yang dikajinya itu dalam beberapa zaman atau masa yang tertentu dan tempat yang tertentu juga. Setelah melakukan kajian secara diakronik, iaitu membuat perbandingan antara beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat dari berbagai-bagai segi misalnya, dari segi fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan dan sebagainya. Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji selok-belok makna. Oleh sebab, makna merupakan ciri semua sistem lambang, maka pada kebiasaannya makna mengandungi bidang gunaan yang lebih luas daripada hanya terhadap bahasa. Kebanyakan ahli bahasa pada hari ini memberikan keutamaan kepada suatu penghuraian makna yang formal serta menurut keperihalan (contextual) dan ini memanglah lebih berguna kepada seorang guru yang mengajar. Secara intuitif, bidang makna boleh digunakan sebagai rujukan (cross-reference) pada setengahsetengah tempat dalam sesuatu penyelidikan tetapi penghuraiannya hendaklah

pula dilaksanakan dengan berdasarkan kepada bentuk. Seluruh penyelidikan sebaikbaiknya tunduk kepada konsep 'form underlies meaning'. Antara lain yang disentuh oleh bidang ini ialah persoalan tentang perbezaan antara makna tatabahasa dan makna kamus (leksis), penentuan perkataan-perkataan seerti (synonyms) dan perkataan-perkataan yang berlainan erti (antonyms) dengan berdasarkan kepada kategori makna yang berlainan yang dibawa oleh kedua-dua jenis perkataan itu, dan sifat-sifat makna dalam struktur ayat menurut analisis kandungan kategorikategori makna itu, serta penubuhan konsep makna sintaksis dalam analisis sesuatu bahasa secara keseluruhan, dan selainnya lagi. sebenarnya mempelajari sistem bahasanya dengan kadar pencapaian yang tertentu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, soal-soal mengenai bagaimana seseorang kanak-kanak mempelajari 'kebijaksanaan' bahasa di sekitar alam sekelilingnya masih belum dapat diselesaikan oleh bidang penyelidikan setakat ini. Sebagai kesimpulannya, psikolinguistik ialah bidang yang membahaskan hal-hal tentang penguasaan bahasa, iaitu dengan mencari jawapan bagaimana bahasa itu dapat dikuasai oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Sosiolinguistik ialah bidang yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan gejalanya dengan masyarakat. Salah satu perkara yang dihadapi oleh ahli-ahli bahasa di dunia hari ini ialah masalah bahasa dalam negara-negara xa.ng membangun. Masalah ini secara langsungnya berkaitan dengan pembinaan dan perancangan bahasa. Keperluankeperluan negara dalam bidang sains, teknologi, ekonomi dan sebagainya memerlukan usaha yang berterusan bagi mengemaskan lagi kemampuan bahasa itu bagi memenuhi keperluan-keperluan zaman, khususnya zaman moden. Pemilihan dan penentuan bahasa tertentu untuk dijadikan bahasa kebangsaan perlu diperlakukan untuk mencapai tujuan-tujuan dan matlamat perpaduan negara yang dikehendaki itu. Persoalan-persoalan inilah yang telah menjadi antara tugas-tugas ahli bahasa yang tergolong ke dalam kumpulan disiplin "sosiologi bahasa" atau "sosiolinguistik" itu. Secara prinsipnya, Sosiolinguistik mengkaji aspek-aspek linguistik yang melibatkan aspek bahasa, struktur dan penggunaan yang berhubungan dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Dengan kata lain, Sosiolinguistik meneropong hubungan bahasa dengan masyarakat ataupun bahasa sebagai alat kehidupan manusia. Selain itu, bidang ini memaparkan perkaitan antara bahasa dengan masyarakat. Kajiannya juga melampaui dialek dan bentuk-bentuk pertuturan yang berbeza oleh perbezaan status individu-individu dalam sesebuah masyarakat bahasa. Jadi, fakta yang penting dalam Sosiolinguistik ialah bentuk-bentuk kelakuan sosial masyarakat pengguna sesuatu bahasa itu. Satu lagi trend dalam fungsi Sosiolinguistik ialah perbandingan antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular (yang tidak rasmi), iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dikenali sebagai "perancangan bahasa" dalam menegakkan identiti sesebuah negara.

Secara kesimpulannya, Sosiolinguistik mengkaji pelbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspekaspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya dan sebagainya. Ringkasnya Sosiolinguistik ialah bidang yang cuba menyelesaikan masalah seperti hal-hal yang melibatkan kedwibahasaan, perancangan bahasa dan fungsi bahasa dalam masyarakat.

Pragmatik Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol bahasa pada hal-hal ekstralingual. Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81) pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Kamus Linguistik (1997: 192) memerikan perihal pragmatik dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu. Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan komunikasi. Menurut George Yule (1997: 3) pragmatik ialah kajian makna, yang melibatkan penyampai dan penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau penulis dan pembaca. Tegasnya, pengucap atau penulis berperanan menyampaikan maklumat sama ada memberitakan, menyatakan, memaklumkan, memberitahu, menjelaskan, mengarahkan, memerintah, menyuruh, mengkehendaki, menanyakan, menyeru, mengulas, mengkritik, menyimpul atau mengingatkan sesuatu kepada pendengar. Manakala, pendengar atau pembaca ialah individu yang bertanggungjawab membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, atau perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana atau membuat analisis maklumat berasaskan sesuatu perkara atau data yang didengarnya daripada orang lain yang mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau secara tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang dibacanya. Hal ini bermakna skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai.

Selain itu, katanya kajian sebegini memerlukan seseorang itu melibatkan pentafsiran terhadap apa yang dimaksudkan mengikut konteksnya. Bagaimanapun, pentafsiran itu dapat difahami dengan sempurna jikalau penyampai itu mampu menyusun maklumatnya dengan baik atas kesedaran bahawa dengan siapa dia berurusan, dengan kanak-kanak, dengan remaja, dengan guru, dengan pensyarah, dengan pekedai, dengan penjual, dengan pelancong, dengan bapa, dengan ibu, dengan murid, dengan penghulu, dengan raja, dengan pemimpin agama, pemimpin negara, atau dengan sesiapa sahaja baik dengan lelaki, dengan perempuan atau sesama lelaki atau sesama perempuan dan sebagainya. Selain itu, penafsiran itu dapat difahami dengan jelas apabila dapat dikaitkan pula dengan suasana atau keadaan, masa, tempat, budaya, kepercayaan atau idealogi. Penjelasan tersebut mencerminkan bahawa bidang pengkajian pragmatik ialah yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan konteks. Namun demikian, dari satu segi difahami bahawa ada kalanya penerima itu akan membuat pelbagai tafsiran bagi membolehkannya memahami maksud yang tersurat atau yang tersirat atas sesuatu yang didengarnya atau yang dibacanya. Kemampuan penerima membuat penginterpretasian terhadap apa yang tidak ternyata, iaitu yang tidak terucap atau tidak tertulis oleh penyampai atau penulis itu merupakan sebahagian daripada maklumat yang bermakna dalam komunikasi daripada penyampai kepada penerima. Di sini, penerima perlu menggunakan kebijaksanaan dan pengetahuan yang tersedia ada untuk menyelami isi dan maksud yang tidak ternyata itu. Dengan itu, pragmatik ialah kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan yang tidak ternyata dalam komunikasi. Di samping itu, dalam mendekati dan mentafsir sesuatu maksud antara yang ternyata dengan yang tidak ternyata, kadang-kadang kita dengan pelbagai kemusykilan untuk memilih dan menentukan maksud sebenar. Ada sesetengah daripada kita mungkin akan terus mempertimbangkan yang tersurat atau kita mungkin memihak dengan yang tersirat. Soalnya, kenapa pertimbangan yang kita pilih itu berbeza? Mungkinkah kerana pengetahuan, kerana budaya, kerana kepercayaan atau yang lain daripadanya? Bagaimana dengan keakraban hubungan kita dengan penyampai? Adakah hal yang demikian memainkan peranan penting dalam pemilihan itu? Sehubungan dengan persoalan itu tidak dinafikan bahawa aspek persamaan inemainkan peranan penting dalam pemutusan, iaitu persamaan kebudayaan dan persamaan cara hidup, pegangan agama yang serupa, pengalaman, pengetahuan dan keakraban hubungan antara penyampai dan penerima. Ringkasnya, ini bermakna pragmatik ialah kajian yang menyentuh kejarakan hubungan bagi sesuatu ekspresi. Dengan demikian, empat perkara itulah yang dirangkumi oleh pragmatik. Jadi untuk mendalaminya dengan lebih terperinci lagi, kita harus tinjau kembali sempadan yang diliputi oleh bidang makna dan pragmatik dalam bahasa. Di manakah letaknya perihal makna dan pragmatik, khususnya dalam bidang bahasa? Beberapa orang ahli bahasa pernah menjawab persoalan ini dengan mengemukakan pelbagai model analisis. Namun begitu, model yang paling sederhana meletakkan bahasa itu tercerai kepada dua bahagian, iaitu bentuk bahasa (form) dan makna (meaning) bahasa.

Bahasa

Bentuk

Makna

Model yang kedua menyatakan bahawa bahasa pada asasnya dapat dipecahkan menjadi tiga bahagian, iaitu pengujaran atau fonologi, ay at atau sintaksis, makna atau semantik. Bahasa Fonologi

Sintaksis

Semantik

Model yang ketiga pula memisahkan bahasa kepada dua bahagian utama, iaitu struktur dan penggunaan. Antara dua bahagian itu ialah pragmatik. Pragmatik ialah ilmu yang menjadi penghubung antara struktur bahasa dengan penggunaannya. Secara mudah pembahagian bahasa itu dapat digambarkan sebagai yang berikut:Bahasa Struktur

Pragmatik

Penggunaan

Semiotik Semiotik ialah kajian ilmu tentang simbol. Malahan dikatakan juga bahawa semiotik ialah pengkajian sistematik tentang tanda dan lambang linguistik serta lambang bukan linguistik yang digunakan dalam perhubungan berpola manusia (Kamus Linguistik, 1997: 202). Selain itu, dijelaskan bahawa semiotik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu pragmatik, semantik dan sintak. Istilah 'semiotik' berasal daripada kata Yunani semeion yang bermaksud "simbol atau tanda". Simbol ada di mana-mana: kata ialah simbol, begitu juga dengan gerak isyarat, lampu lalu lintas, bendera, dan sebagainya. Struktur filem, bangunan, nyanyian burung atau siulan dapat dianggap sebagai simbol. Segala macam dapat menjadi simbol.

Ahli falsafah Amerika, Charles Sanders Peirce menjelaskan bahawa kita hanya dapat berfikir dengan media simbol. Hal ini bermakna bahawa tanpa simbol kita tidak dapat berkomunikasi. Walau bagaimanapun fungsi simbol dan penggunaannya telah pun digunakan oleh ahli falsafah Yunani sejak dua ribu tahun yang lalu, tetapi istilah semiotik baru sahaja digunakan pada abad ke-18 oleh Lambert, iaitu seorang ahli falsafah Jerman. Namun, pemikiran secara sistematis dan perbahasan tentang penggunaan simbol ini hanya baru pada abad ke-20. Antara pembahasnya ialah Charles Sanders Peirce (1931) yang mengetengahkan teori tentang semiotik, Roland Barthes telah membincangkannya di dalam bukunya Elements de Semiologie (1953), L.J. Prieto di dalam bukunya Message at Singnaux (1966), J. Kristeva di dalam Semeiotike (1996), G. Mounin di dalam bukunya Introduction a la Semiologie (1970), Umberto Eco di dalam bukunya A Theory of Semiotics (1976), Charles

Related Documents

Semantik Dan Pragmatik
April 2020 8
Pragmatik
April 2020 8
Pragmatik
June 2020 6
Semantik
June 2020 8
Semantik
November 2019 20