Sel Aksesori

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sel Aksesori as PDF for free.

More details

  • Words: 1,438
  • Pages: 4
BAB 3 SEL AKSESORI

3.1

Pengenalan

Selain sel-sel 'lineage' limfoid, terdapat juga sel-sel 'lineage' mieloid yang memainkan peranan penting dalam sistem imun dan sel-sel ini dikenali sebagai sel aksesori. Antara yang terpenting ialah fagosit mononuklear, sel dendritik dan granulosit. Fungsinya ialah membantu mewujudkan respons imun.

3.2 Fagosit Mononuklear Sistem fagosit mononuklear (MNP) terdiri daripada populasi sel yang kedua terpenting dalam sistem imuniti. Sistem ini terdiri daripada beberapa jenis sel yang mempunyai keturunan yang sama. Fungsi utamanya adalah untuk fagositosiskan mikrob, makromolekul dan juga sel atau tisu sendiri yang telah mengalami kerosakan atau mati. Semua sel ini berasal daripada tulang sum-sum. Selepas maturasi dan aktivasi, sel ini boleh mempunyai bentuk morfologi yang berbeza. Satu contoh ialah monosit iaitu sejenis sel yang memasuki darah periferi daripada tulang sum-sum. Sel ini masih belum mengalami apaapa proses diferensiasi tetapi setelah menetap di tisu, sel ini menjadi matang dan dikenali sebagai makrofaj. Makrofaj terdapat di semua organ dan tisu konektif dan telah diberi beberapa nama khas untuk membezakan lokasi ia didapati, misalnya: Lokasi

Nama khas

CNS (Central Nervous System) hati tulang buah pinggang paru-paru limpa, nodul limfa

sel microglial sel Kupffer osteoklas sel mesangial makrofaj alveolar makrofaj sinus

Makrofaj boleh diaktivasikan oleh satu variasi rangsangan dan boleh mempunyai bentuk yangberlainan. Misalnya, sesetengahnya mempunyai sitoplasma yang banyak dan dipanggil sel epiteloid disebabkan persamaan morfologi dengan sel epitelium kulit. Proses fagositik ialah satu proses berbilang langkah yang melibatkan: • pergerakan fagosit terhadap mikrob • perlekatan kepada permukaan fagosit • endositosis mikrob yang menghasilkan fagosom • percantuman fagosom dengan lisosom • pembunuhan mikrob Kadang-kadang sesuatu mikrob itu diselaputi opsonin u n t u k menyenangkan ia difagositosiskan. Proses ini dikenali sebagai opsqnisasi. Sel M N P juga p e n t i n g d a l a m m e n g h a s i l k a n sitokin y a n g menstimulasikan sel inflamasi lain terutamanya sel neutrofil, faktor t u m b e s a r a n u n t u k fibroblas d a n e n d o t e l i u m v a s k u l a r y a n g mempromosikan pemulihan tisu rosak. Sel dalam sistem ini sangat penting dalam interaksi dua hala antara imuniti inat dengan imuniti spesifik. Sel ini memainkan peranan penting dalam fasa pengenalan, aktivasi dan efektor respons imun. Dalam fasa pengenalan dan aktivasi, sel MNP bertindak sebagai APC untuk mempersembahkan bahan asing pada permukaannya dalam bentuk yang dapat dikenali oleh limfosit T. Dalam situasi ini, makrofaj berfungsi sebagai sel aksesori dalam pengenalan dan aktivasi limfosit. Dalam fasa efektor respons imuniti mediasi sel, sel T y a n g distimulasikan oleh antigen akan merembeskan sitokin yang akan mengaktivasikan makrofaj. Makrofaj ini kemudian dapat bertindak untuk memfagositosiskan mikrob dengan lebih berkesan. Makrofaj dikenali sebagai sel efektor utama dalam imuniti sel mediasi. Dalam fasa efektor respons imuniti humoral, antigen asing akan diselaputi opsonin dalam sistem komplemen laluan klasikal. Makrofaj akan digalakkan untuk memfagositosiskan mikrob yang beropsonin ini. Maka, makrofaj terlibat dalam eliminasi antigen asing dalam imuniti humoral. Kebolehan makrofaj dan limfosit untuk menstimulasikan fungsi satu sama lain memberikan satu mekanisme amplifikasi penting untuk imuniti inat dan imuniti spesifik.

3.3

Sel Dendritik

Sel dendritik ialah sel aksesori yang memainkan peranan penting sebagai perantara bagi sistem imiin inat dan adaptif. Sel ini mengenali antigen melalui reseptor inatnya. Melalui laluan pemprosesan endogenus, sel dendritik dapat mempersembahkan peptid antigen kepada sel T. Sel ini mempunyai morfologi yang senang dibezakan iaitu mempunyai projeksi jarian yang membenarkan interaksi maksimum dengan sel-sel lain. Terdapat dua jenis sel dendritik yang mempunyai sifat dan fungsi berbeza iaitu sel dendritik interdigitating dan sel dendritik folikular.

3.3.1 Sel dendritik interdigitating Sel dendritik ini berasal daripada tulang sum-sum dan berkaitan dengan MNP dari segi keturunan. Sel ini adalah efisien dalam mempersembahkan protein antigen kepada sel Th CD4+ dan mungkin merupakan APC utama untuk aktivasi sel T naif. Terdapat juga beberapa kumpulan kecil sel ini: 1. Sel dendritik yang biasanya didapati pada lapisan interstitium kebanyakan organ badan terutamanya pada kawasan nodul limfa dan limpa yang kaya dengan sel T. 2. Sel Langerhans biasanya didapati pada epidermis kulit. Sel ini mempunyai kebolehan untuk mendapatkan antigen yang masuk melalui kulit dan membawa antigen ini kepada nodul limfa untuk memulakan suatu respons imun.

3.3.2 Sel dendritik folikular Sel dendritik folikular terdapat dalam pusat germinal folikel limfoid di organ badan, nodul limfa, limpa dan MALT (mucosal-associated lymphoid tissue). Kebanyakan sel ini berasal daripada tulang sum-sum. Sel ini tiada perkaitan dengan sel dendritik interdigitating. Sel ini memerangkap antigen yang berkompleks dengan antibodi atau hasilan komplemen dan berfungsi sebagai APC u n t u k m e m p e r s e m b a h k a n a n t i g e n di permukaannya untuk pengenalan oleh limfosit B.

3.4

Granulosit

Selain limfosit dan MNP, terdapat granulosit yang mengambil bahagian dalam fasa efektor respons imuniti spesifik. Leukosit ini biasa dikenali sebagai sel inflamasi kerana peranan pentingnya dalam inflamasi dan imuniti inat. Fungsinya adalah untuk menghapuskan mikrob dan tisu yang mati. Granulosit, seperti makrofaj, distimulasikan oleh sitokin yang dirembeskan oleh sel T dalam menggalakkan fagositosis partikel yang diselaputi opsonin. Darah periferi mengandungi tiga jenis granulosit yang dikelaskan mengikut granulnya.

3.4.1

Neutrofil

Sel neutrofil, seperti majoriti sel sistem imun, dihasilkan dalam tulang sum-sum. Sel ini dikenali juga sebagai leukosit polimorfonuklear oleh sebab diversiti morfologi nuklearnya yang mempunyai berbilang lob. Granulnya mengandungi peroksidas, fosfatas alkali dan asid, dan defensin (peptid antibiotik kecil) yang terlibat dalam pembunuhan mikrob. Sel ini mempunyai separuh hayat yang pendek (beberapa hari) dan mati dalam darah melalui apoptosis. Fungsi utama neutrofil ialah mengawal badan melalui saluran darah dengan mencari mikrob yang menceroboh masuk. Sel ini merupakan populasi sel utama dalam respons inflamasi akut. Sel ini mempunyai reseptor untuk faktor kemotaktik yang dirembeskan oleh mikrob, misalnya m u r a m i l d i p e p t i d . Reseptor lain y a n g t e r d a p a t d i p e r m u k a a n n y a ialah reseptor u n t u k i m u n o g l o b u l i n dan protein komplemen. Biasanya sel ini bermigrasi dan berkumpul pada kawasan aktivasi komplemen untuk memfagositosiskan bahan yang diselaputi opsonin. Fungsinya adalah sebagai sel efektor imuniti humoral.

3.4.2

Eosinofil

Sel eosinofil mempunyai granul yang dapat diwarnakan dengan pewarna eosin. Sel ini didapati dalam konsentrasi yang rendah (2-5%) dalam darah. Pertumbuhan dan diferensiasi eosinofil distimulasikan oleh sitokin yang dirembeskan oleh sel T yang dipanggil interleukin-5 (IL-5). Eosinofil mempunyai aktiviti fagositik yang sedikit. la mengekspreskan reseptor untuk IgE dan mengikatkan bahan asing yang bergabung dengan IgE. Fungsi utamanya ialah membunuh ekstraselular parasit besar (helminth) yang menstimulasikan penghasilan IgE. Biasanya sel ini mengikat pada

parasit yang diselaputi antibodi melalui reseptor permukaan Fc dan merembeskan kandungan granulnya pada permukaan parasit. Granulnya mengandungi peroksidas dan toksin yang dapat membunuh parasit tersebut. Histaminase juga terdapat dalam granul sel ini, yang dapat mengawal kesan histamin yang telah dirembeskan oleh sel mast pada awal respons. Tidak hairanlah jika eosinofil banyak terdapat pada kawasan tindak balas alergik hipersensitiviti serta-merta.

3.4.3 Basofil Sel basofil juga dihasilkan dalam tulang sum-sum. Sel ini bersirkulasi dalam darah dan mempunyai morfologi dan fungsi seperti sel mast. Sel ini juga terdapat dalam bilangan yang rendah (<0.2%) dalam darah. Basofil dapat distimulasikan untuk membebaskan granulnya apabila terikat kepada anafilatoksin (C3a dan C5a). Basofil juga mempunyai reseptor untuk IgE. Maka, basofil dapat mengikat pada antibodi IgE. Interaksi antara antigen dengan molekul IgE akan menstimulasikan basofil untuk merembeskan granulnya yang merupakan bahantara untuk tindak balas alergik hipersensitiviti serta-merta.

3.5

Sel-sel Sistem Imun yang lain

Selain sel aksesori utama, sel aksesori lain yang turut mempunyai peranan dalam sistem imun adalah seperti sel mast, platelet dan eritrosit.

3.5.1 Sel mast Sel mast dihasilkan dalam tulang sum-sum dan terdapat dekat dengan kawasan permukaan mukosal. Fungsinya lebih kurang sama seperti sel basofil. Apabila diaktivasikan, sel ini akan mengeluarkan granul yang akan merembeskan perantara yang menyebabkan penambahan dalam ketelapan vaskular dan menarik leukosit ke kawasan pembebasan granul.

3

-5.2 Platelet

Selain fungsi utamanya dalam pengklotan darah, platelet mengandungi Perantara penting yang dirembeskan apabila diaktivasikan pada kawasan

saluran darah yang tercedera. Parasit yang diselaputi antibodi IgG d a n / atau IgE mengaktivasikan platelet melalui reseptor permukaan Fc. Perantara yang dirembeskan mengaktivasikan k o m p l e m e n yang seterusnya akan menarik leukosit ke kawasan tisu yang termusnah.

3.5.3 Eritrosit Sel ini mengandungi reseptor permukaan komplemen yang mengikat pada komponen komplemen yang membawa kompleks imun ke hati untuk difagositosiskan oleh sel Kupffer. Fungsi ini ternyata dalam keadaan jangkitan yang berlarutan dan dalam beberapa penyakit autoimun.

Related Documents

Sel Aksesori
October 2019 14
Sel
June 2020 44
Sel
November 2019 55
Sel
April 2020 51
Sel
December 2019 61
Sel
November 2019 64