Sekadar Renungan Bersama

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sekadar Renungan Bersama as PDF for free.

More details

  • Words: 1,317
  • Pages: 7
Santapan rohani Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, Tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir, Tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi. Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid, Tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung. Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu, Tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali. Pelik ya,dengar iklan jaulan murah dalam TV, rasatak sabar-sabar nak pergi beli belah, Tapi dengar laungan azan tak sabar - sabar naktukar channel lain. Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, Tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi. Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan. Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita, Tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang. Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan al -Quran walau satu halaman, Tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap. Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, Tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar. Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip. Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di email yang layang di internet, Tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al - Quran. Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email,

Tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadahsering berfikir dua tiga kali. Pelik tak kita...? Tepuk dada... tanyalah iman di hati.

Just For Fun !!! Instructions : What you do is find out what each letter of your name means??? Then connect all the meanings and it describes YOU. (Its TRUE !!) (Isn't it GREAT !!) P/S : If you have double or triple letters, just count the meaning once. For Example : R A H I M R You are a social butterfly. A You can be very quiet when you have something on your mind. H You are not judgmental. I You are always smiling and making others smile. M Success comes easily to you. A You can be very quiet when you have something on your mind. B You are always cautious when it comes to meeting new people. C You definitely have a partier side in you, don't be shy to show it. D You have trouble trusting people. E You are a very exciting person. F Everyone loves you. G You have excellent ways of viewing people. H You are not judgmental. I You are always smiling and making others smile. J Jealously K You like to try new things. L Love is something you deeply believe in. M Success comes easily to you. N You like to work, but you always want a break.

O You are very open-minded. P You are very friendly and understanding. Q You are a hypocrite. R You are a social butterfly. S You are very broad-minded. T You have an attitude, a big one. U You feel like you have to equal up to people's standards. V You have a very good physique and looks. W You like your privacy. X You never let people tell you what to do. Y You cause a lot of trouble. Z You're always fighting with someone

..:: Mangkuk Cantik, Madu Manis & Seurat Rambut ::.. Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Usman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu di rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a., isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan seurat rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan seurat rambut). Abu bakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti seurat rambut". Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti seurat rambut". Usman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti seurat rambut". 'Ali r.a. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti seurat rambut". Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti seurat rambut". Rasulullah SAW berkata, "Seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti seurat rambut". Malaikat Jibril AS berkata, "Menegakkan pilar-pilar(Tiang-Tiang) agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti seurat rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju ke syurga-KU adalah lebih sulit dari meniti seurat rambut".

Sekadar renungan bersama Hati Nah, ambil la benda ni. Apa ni? Ini adalah hati. Hati aku. Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?

Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan. Terima kasih.... ianya bererti. Aku terlalu menghargainya. Oh ye ke... tapi maaf. Untuk apa? Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja... Maksud kau? Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga. Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri. Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri. Mistik? Kelakar bunyinya... Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau. Aku insan terpilih? Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa. Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya, mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah?.

Related Documents

Sekadar Renungan Bersama
October 2019 35
Sekadar Renungan
November 2019 17
Renungan Bersama
November 2019 49
Buat Renungan Bersama
November 2019 33