Sejarah Sains Sukan

  • Uploaded by: bitt
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Sains Sukan as PDF for free.

More details

  • Words: 967
  • Pages: 5
SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SUKAN Sejarah Perkembangan Sains Sukan Sejarah perkembangan sains sukan di negara kita secara khususnya adalah tidak nyata dan tersurat. Namun demikian perkembangan sains sukan adalah bermula dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan unsur-unsur sains dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kecemerlangan sukan telah memusatkan sains sukan sebagai satu disiplin ilmu. Perkembangan sejarah sukan dan sains sukan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. (i)

Peringkat Awalan

Aktiviti sukan telah dikesan sejak zaman tamadun Yunani, Rom, China dan Islam. Pada kurun ke-18, semua lapisan masyarakat secara menyeluruh telah melibatkan diri dalam sukan. Ini adalah berpunca dari tiga peristiwa penting yang telah berlaku antara tahun 1762 hingga 1789. 1762 Jean Jacques Rousseau

telah menerbitkan buku Emile di mana beliau

menggalakkan setiap individu melibatkan diri dalam sukan kerana aksi dan pergerakan sukan adalah satu bentuk aktiviti yang ideal dan memanfaatkan kepada manusia. 1777 Era perindustrian bemula dengan penciptaan enjin stim oleh James Watt. Masa pekerjaan bertambah dan ini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk rekreasi. 1789 Rusuhan dan penaklukan penjara Bastile, Perancis telah memulakan Revolusi Perancis di mana pembahagian masyarakat mengikut kelas (golongan bangsawan dan petani) telah dihapuskan.

Pada kurun ke-18, banyak aktiviti sukan seperti tenis, lumba kuda dan lawan pedang adalah terhad kepada golongan atasan sahaja. Hasil dari buku Emile oleh Rousseau, satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 1970an dan didapati 10% daripada jumlah penduduk negara tersebut gemar berjogging. Perkembangan masyarakat ‘moden’ terutamanya dalam negara-negara Barat dapat dilihat dengan perjuangan untuk melibatkan semua lapisan masyarakat dalam aktiviti sukan. Pada awal dan pentengahan abad ke-20, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah dimasukkan dalam kurikulum sekolah Amerika Syarikat dan England. Pada masa itu, penglibatan sukan adalah cenderung kepada kaum lelaki sahaja. Kebanyakan aktiviti berbentuk ketenteraan.

(ii)

Peringkat Pertengahan

Unsur-unsur sains sukan telah mula diperkenalkan secara tidak langsung pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 di mana pergerakan manusia dan aktiviti sukan dianalisiskan. Pada tahun 1878, Edward Muybridge telah mencipta kaedah penggambaran aksi berjalan dan larian manusia dan kuda. H. Piper (1907) seorang bangsa German telah menggunakan elektromiogram (EMG) untuk mengukur impuls elektrik yang dihasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan. Kaedah ini telah digunakan dalam aksi sukan pada tahun 1970an dan 1980an. Pada pertengahan abad ke-20, kajian-kajian sains berkaitan dengan sukan seperti antropometri, biologi, biomekanik, fisiologi dan sosiologi mula berkembang dengan pesat. Hasil kajian dan sumbangan saintissaintis sukan telah dibukukan dan dijilidkan dalam jurnal.

(iii)

Peringkat Terkini

Pada masa kini terdapat ramai saintis sukan yang terlibat dalam penyelidikan sukan. Mereka menggunakan kaedah-kaedah dan alatan-alatan yang canggih dan berteknologi tinggi. Ini terbukti dengan kehadiran lebih 2000 saintis sukan semasa Kongres Sains Sukan dunia anjuran Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) kali ketiga di

Atlanta, Amerika Syarikat pada tahun 1995. Penyelidikan sains sukan pada mulanya berlandaskan kepada pendidikan jasmani (1950an) dan kemudian berkembang menjadi satu disiplin tersendiri pada akhir 1960an dan awal 1970an. Pakar-pakar disiplin sains yang lain menyumbang dalam kajian dan penyelidikan dalam sukan. Contohnya M.R. Yeadon (1993) seorang pakar matematik mengkaji aksi kuang hadapan dan kuang belakang dalam gimnastik dan merumuskan persamaanpersamaan matematik terhadap aksi tersebut. Kajian-kajian saintifik dalam sukan telah menghasilkan atlit bertaraf dunia di negara Asia. Penemuan servis sepak kuda dalam sepak takraw telah dikaji oleh saintis sukan negara Thailand. Hasil kajian ini didapati berkesan dan menjadi popular di kalangan atlit negara lain. Atlit negara China juga telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa acara sukan khususnya gimnastik, renang dan terjun. Elemen-elemen sains sukan diberi tumpuan dalam pendidikan dan diterapkan dalam melatih atlit-atlit sukan. Saintis sukan di Negara China juga banyak menjalankan kajian untuk meningkatkan kualiti sukan negara. Penyelidik sukan di negara Korea telah merekacipta kasut memanah yang dapat membantu meningkatkan prestasi sukan ini. Kasut ini telah mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa. Para saintis sukan pula mula meluaskan bidang kajian mereka kepada pergerakan yang tidak berkaitan dengan sukan seperti rehabilitasi anggota akibat penyakit atau kemalangan terhadap aksi anggota tiruan (prostetik). Kajian-kajian sains sukan pada masa kini berbentuk pendekatan gabungan disiplindisiplin sains yang lain (multidisciplinary approach). Contohnya, kajian meningkatkan prestasi atlit supaya memuncak pada masa yang tepat melibatkan kepakaran fisiologi, biokimia, psikologi, antropometri dan biomekanik. Perkembangan Sains Sukan di Malaysia

Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama. Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk program Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani). Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru terlatih seramai 20 orang. Pada tahun 1996, program sarjana sains sukan ditawarkan. Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun 1995 dan diikuti Institut Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA yang menawarkan diploma sains sukan. Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda, Kampong Baru dikenali sebagai Klinik Sukan Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks Sukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains sukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlit negara. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah badan sukarela yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaran pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah menganjurkan seminarseminar sains sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) untuk mencerminkan satu badan yang lebih luas bidangnya. Selain badan ini, terdapat bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikan pelbagai aspek sains sukan. Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran sains sukan sebagai satu mata pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan

Bandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini akan dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun 2001.

Related Documents

Sejarah Sains Sukan
May 2020 10
Modul Sains Sukan T4
May 2020 13
Soalan Sains Sukan T4 2008
December 2019 13
Sukan
May 2020 34

More Documents from "zaharibb"

Soalan Pjpk Ting.3
May 2020 55
Soalan Pjpk Ting.4
May 2020 87
Lompat Jauh
June 2020 26
Soalan Pjpk Ting.1
May 2020 31
Sistem Tenaga
June 2020 13
Permainan Hoki
June 2020 32