Sejarah Perkahwinan

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Perkahwinan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,256
  • Pages: 16
Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

PENGENALAN

“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG” Laporan ini berkaitan dengan sejarah perkahwinan yang perlaku pada zaman sejak kedatangan manusia kemuka bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. Walaupun sistem perkahwinan kini dapat dilihat didepan mata kita dan dapat kita ketahui mengenai sistem perkahwinan sebelum Islam tetapi ada petikan yang menyatakan dan ada pula pendapat-pendapat perkahwiana ini bukan sahaja berlaku pada manusia tetapi ia juga berlaku pada makhluk ciptaan Allah yang lain iaitu makhluk Jin yang lebih awal lagi di muka bumi ini sebelum kedatangan Bapa kepada manusia iaitu Adam A.S.. Laporan ini adalah untuk menerangkan kepada para pelajar mengenai perbezaan-perbezaan di antara sistem perkahwinan pada zaman sebelum kedatangan Islam denang sistem perkahwinan selepas kedatangan Islam. Laporan ini juga membincangkan tentang Pensyariatan Perkahwinan. Dimana Pensyariatan Perkahwinan ini membincangkan tentang hikmat-hikmat yang terdapat dalam Pensyariatan Perkahwinan. Terdapat banyak kebaikan yang terdapat dalam perkahwianan yang telah di syariatkan oleh Allah S.W.T.. Dan ada pula hadis yang menyatakan bahawa daripada Anas r.a, katanya telah bersabda Nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Oleh kerana ramai diantara kita kini tidak mengendahkan lagi persyariatan perkahwinan ini maka berlakulah perkara-perkara yang di benci oleh Allah iaitu zina. Manusia kini mengamalkan seks bebas. Tetapi dari kelaluan manusia ini juga telah mendapat azab dari pada Allah iaitu penyakit seperti Aids yang mana penyakit ini boleh membawa maut. Kelebihan yang Allah berikan bagi mereka yang melakukan perkahwiana secara sah walaupun lelaki yang berkahwin 4 tetapi tidak mendapat azab Allah kerana ini adalah Pensyariaatan yang Allah sendiri telah tetapkan.

1

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

SEJARAH PERKAHWINAN Agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia telah berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”. Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalah Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.

2

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

PENGERTIAN PERKAHWINAN Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Gambar hiasan Firman Allah s.w.t

Maksudnya : “ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”

Gambar hiasan

3

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

KONSEP PERKAHWINAN DALAM ISLAM Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab. Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan

peradaban

dan

tamadun

manusia.

Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh.

Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya: Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

4

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

SISTEM PERKAHWINAN SEBELUM ISLAM

Dari sejak kejadian Adam a.s. lagi Allah SWT telah mengajarkannya berbagai perkara. Diantaranya Allah mengajarkan Adam a.s.cara-cara perhubungan yang sesuai fitrah kejadian manusia yaitu hubungan antara jenis lelaki dan wanita melalui 'Perkahwinan' sebagai penjamin martabat kemanusiaan. Sejarah didalam Al-Quran mengenai peristiwa Habil dan Qabil dan perkahwinan mereka merupakan awal dari Pengajaran Allah tentang Perkahwinan. Sejak itulah mulainya pembiakan makhluk manusia dibumi melalui Perkahwinan. Dan itulah pula yang membedakan antara kita manusia dengan Haiwan. Ajaran Allah ini terus berkembang sampailah terwujudnya suatu sistem perkahwinan yang lengkap dan tersusun rapi yang dibawa oleh Muhammad saw. yaitu Al-Qur'an. Selanjutnya kemuliaaan martabat keturunan manusia tergantung dengan patuh atau tidaknya manusia dengan undang-undang Allah tersebut. Dari masalah mencari jodoh, hubungan lelaki dan wanita, pertunangan, walimah, mahar/maskawin, wali dan saksi, adab zhifaf, cerai atau thalaq, hubungan keluarga, semuanya saling berkait antara satu sama lain berdasarkan ajaran Allah SWT dan Sunnah RasulNya Muhammad saw. Maka Perkahwinan merupakan Inti atau Pokok bermulanya pembinaan sebuah "Institusi Keluarga". Setiap Muslim yang 'Aqil Baligh' yang telah sanggup untuk berkeluarga wajib bernikah dengan 'Undang-undang Munaqahah' menurut Islam. Dan hanya peraturannya saja yang diiktiraf Allah SWT samada disenangi ataupun tidak. Ajaran Rasulullah saw. mengenainya sudah cukup lengkap dan tidak lagi perlu kepada peraturan-peraturan lain. Itulah pula sebabnya perkahwinan merupakan suatu IBADAH jika peraturan Allah dan ajaran RasulNya yang dituruti. Jika ia dicampur dengan peraturan-peraturan lain maka tidak lagi ia dinilai sebagai suatu IBADAH bahkan tidak tertolak kemungkinan ia boleh menjadi syirik. Dalam pada itu rumahtangga yang hendak dibina adalah sebuah rumahtangga Muslim, maka peraturan Islam-lah yang mesti dilalui….bukan selainnya. Inilah yang seharusnya menjadi perhatian setiap orang yang mengelar/mengaku dirinya Muslim dalam melaksanakan Ibadah

5

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

Perkahwinan. Tidak kira ia kaya ataupun miskin, pandai ataupun bodoh, rakyat biasa ataupun pemimpin, peraturan Allah tetap sama bagi siapa saja. Dengan lahirnya keluarga Islam menerusi Ibadah Perkahwinan tadi maka akan berkembanglah Keluarga Muslim ini sehingga terwujudnya suatu institusi yang lebih besar lagi dan lebih luas yaitu Masyarakat Muslim atau Jama'ah Muslimah. Sebuah masyarakat yang terdiri daripada manusia-manusia Muslim yang menta'ati dan mematuhi peraturan Allah SWT dalam menjalani kehidupan ini.

6

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

PENSYARIATAN PERKAHWINAN

Islam sebagai ajaran agama yang bersesuaian dengan fitrah telah mensyariatkan pernikahan bagi setiap manusia. Dengan pernikahan seseorang itu dapat memenuhi tuntutan naluri kemanusiaannya dengan cara yang benar dan sah sebagai suami isteri dan juga dalam mendapatkan zuriat dan keturunan. Pensyariatan perkahwinan ini meliputi seluruh penganut umat Islam, ini dapat kita lihat apabila Allah s.w.t telah menjadikan perkahwinan sebagai sunnah para rasul sebagaimana firman Allah : Surah Ar-Raad Ayat 38

Ertinya : Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelum kamu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang Rasul untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali".

7

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

Rasulullah s.a.w. sendiri menganjurkan umat nya supaya mendirikan perkahwinan dan mengingatkan mereka bahawa ia adalah sunnah nya dan baginda juga pernah menegur para sahabatnya akan hal ini, ini berlaku apabila ada di antara para sahabat baginda merasakan ibadah mereka sangat sedikit berbanding dengan Rasulullah sehinggakan mereka ingin bersolat malam terus menerus, berpuasa sepanjang masa dan tidak mahu berbuka serta ingin menjauhi wanita dan tidak ingin berkahwin selama-lamanya, sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a bahwa dia berkata Rasulullah saw. telah datang kepada mereka seraya berkata,

“Ketahuilah, demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut di antara kamu kepada Allah dan paling takwa kepada-Nya. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat, aku tidur, dan aku berkahwin dengan wanita. Maka barangsiapa yang membenci sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Pernikahan dalam pandangan Islam, bukan hanya sekadar hubungan suami isteri atau hanya sekadar memenuhi fitrah semulajadi manusia semata-mata, ianya melebihi dari itu, pernikahan juga merupakan ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. Oleh kerana pernikahan juga merupakan satu ibadah, maka seperti amalan-amalan yang lain, bagi sesiapa yang menunaikan ibadah pernikahan, ia juga akan memperolehi ganjaran pahala disebabkan telah melaksanakan amal ibadah yang bersesuaian dengan syariat Allah s.w.t. Bahkan bagi pasangan suami isteri yang melakukan hubungan kelamin sesama mereka, juga dijanjikan ganjaran oleh Allah s.w.t kerana ia dikira termasuk sebagai ibadah, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Dzar Al-Ghafiri :

8

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

“Persetubuhan seseorang dengan isteri juga sedekah. "Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah seseorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga? " Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apakah pendapat kamu sekiranya seseorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala." Dengan ini jelas kepada kita bahawa perkahwinan juga merupakan satu ibadah dan juga sunnah para nabi serta sunnah Rasulullah s.a.w. sendiri. Jadi persoalannya, tidakkah kita ingin merebut ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t? Tidakkan kita ingin mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. ? Jikalau jawapan nya Ya, maka kita perlu bersedia menyiapkan diri dari sekarang bagi persediaan menghadapi perkahwinan iaitu dengan menuntut ilmu-ilmu agama serta kefahaman tentang hak dan tanggungjawab kita sebagai seorang suami, di samping ilmuilmu lain yang relevan seperti kewangan keluarga, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya bagi persiapan kita menghadapi kehidupan berumahtangga kelak.

Dalam Islam perkahwinan adalah satu Sunnah yang dianjurkan dan disyariatkan kepada umat Islam, terutama kepada golongan muda-mudi Islam, sebagaimana yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w dalam Hadithnya yang bermaksud: “Wahai para pemuda! Barangsiapa yang mampu memikul beban tanggungjawab keluarga maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat mengawal pandangan mata dan memelihara nafsu seksual, Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana (puasa itu) merupakan benteng (yang mengawal pandangan mata dan nafsu seksual) baginya”. ( HR Bukhari ).

9

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

HIKMAH PENSYARIATAN PERKAHWINAN 1. Perkahwinan amat digalakkan oleh Islam dan juga bagi menuruti Sunnah Rasulullah.

2. Perkahwinan telah diharuskan oleh syara' demi untuk memelihara individu muslim

daripada

terlibat dan tercebur pada perkara-perkara yang ditegah ataupun melepaskan

nafsu mereka pada tempat-tempat yang haram.

3. Perkahwinan juga bertujuan untuk menjaga keturunan umat manusia daripada terus pupus

dimana melalui perkahwinan maka akan lahirlah generasi baru dan keturunan juga dapat dikekalkan untuk selama-lamanya.

4. Ikatan perkahwinan dapat membentuk dan menjalinkan hubungan yang lebih intim bagi

individu tertentu, merapatkan hubungan kekeluargaan anatara kedua belah pihak serta hubungan di antara anggota masyarakat akan menjadi lebih kukuh dan sempurna.

5. Melalui perkahwinan pasangan suami isteri dapat menyemai perasaan kasih sayang dan

belas kasihan, tolong menolong dan bekerjasama, berkongsi segala masalah suka duka dalam mengharungi cabaran hidup serta lebih bertanggungjawab.

6. Perhubungan kelamin antara suami isteri adalah suatu amalan soleh dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah.

10

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

ANTARA HADIS RASULULLAH S.A.W Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya : “Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk. Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa faktor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah : 1. Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah. 2. Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman. Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.

11

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

3. Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT. Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf. 4.

Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

Perkahwinan di dalam Islam adalah di antara hubungan kemanusiaan dan sosial yang paling suci yang dijaga oleh Islam dan Islam turut menyuruh untuk diambil segala jalan. yang boleh memudahkan perkahwinan di kalangan manusia, lelaki dan wanita malahan syarak turut meminta untuk menjaga perkahwinan dengan mewujudkan satu perjanjian yang kukuh yang menjelaskan hak-hak dan kewajipan rumahtangga dan kekeluargaan. yang diberkati dengan kalimah Allah. Perkahwinan adalah dituntut berdasarkan nas Al-Quran melalui firman Allah SWT di dalam surah al-Nur ayat 32: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21: Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keteranganketerangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir. Melalui perkahwinan, berlakulah perlaksanaan Syariat Islam yang dikehendaki oleh Allah bagi kepentingan manusia menelusuri firman Allah taala yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" (Al Baqarah ayat 30) Melalui perlaksanaan Syariat Islam maka ibadah akan sempurna yang kesempurnaan ibadah itu adalah dituntut dan diperintahkan oleh Allah memalui firmannya yang bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan

12

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Al Zhariat ayat 56 hingga 58)

Perkahwinan yang memenuhi tujuan yang baik dan mulia ini adalah perkahwinan yang sah di sisi syara’ yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang digariskan oleh syarak yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di samping turut disepakati oleh ulama Islam di setiap zaman. Ini kerana itu, rukun-rukun nikah dan syaratsyaratnyalah yang akan membezakan antara akad nikah yang menepati syarak dan akad nikah yang diharamkan oleh Islam. Rukun serta syarat nikah ini yang akan menjadi pembeza yang berterusan sehingga hari kiamat. Sehubungan dengan itu, pihak Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) berpandangan bahawa nikah misyar jika ia memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun ini iaitu keredaan yang sempurna daripada pihak suami dan isteri, lafaz akad nikah yang mengandungi maksud perkahwinan yang berterusan, wali daripada pihak pengantin wanita, saksi-saksi yang memenuhi kriteria yang penuh sebagai seorang saksi yang sempurna dan peisytiharan perkahwinan tersebut dengan cara yang pelbagai maka perkahwinan tersebut adalah perkahwianan yang sah di sisi syara’ dengan kita tidak perlu memandang kepada apa sahaja jenis istilah yang diberikan terhadap nama perkahwinan itu selama mana perkahwinan itu tidak diterhadkan kepada tempoh tertentu atas sebab-sebab berikut: Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan risalah Muhammad SAW ini sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran) Allah berfirman: "Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini" (Al An`am ayat 38) Istilah Misyar terdapat hukum padanya jika kita meniliti secara terperinci di dalam sejarahsejarah para ulama terdahulu dan sekarang. Sesiapa yang meneliti sejarah pengembaraan umat Islam terdahulu, dia akan mendapati bahawa terdapat di kalangan generasi terdahulu insan-insan yang mengembara keluar daripada tanah air demi menuntut ilmu atau berniaga. Jika mereka singgah di sesuatu negara di tengah perjalanan maka mereka akan menetap di situ dalam beberapa masa tertentu, lama atau sekejap seterusnya berkahwin dengan penduduk negeri tersebut dan mendapat zuriat kemudian menyambung kembali perjalanannya dengan meninggalkan isterinya sama ada dengan jalan talak atau sebagainya dalam keadaan isterinya 13

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

rela dengan perkara tersebut. Di sana hanya ada satu jalan sahaja tanpa ada jalan yang kedua yang membenarkan kepuasan seks dapat disalurkan. Jalan ini ialah perkahwinan yang menepati syarak. Oleh itu selain daripada perkahwinan yang sah di sisi syarak, maka ia adalah dilarang oleh syariat-syariat Allah dalam semua agama malahan syariat-syariat Allah Taala menganggap jalan selain perkahwinan adalah jalan-jalan yang mungkar. Al-Quran telah menerangkan perkara ini di dalam firman Allah Taala :

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas" (Al-Mukminun ayat 5-7) Syariat Islamiah telahpun menerangkan bahawa perkahwinan yang menepati Islam sahaja yang dapat mengumpulkan antara lelaki dan wanita dengan kalimat Allah di atas akad yang berterusan dan perjanjian yang kukuh. Oleh itu setiap kehendak yang jauh daripada perkahwinan yang menepati syarak adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan satu pelampauan batas terhadap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah. Seseorang isteri itu mempunyai hak di sisi syariat untuk menggugurkan hak-hak mereka yang sepatutnya mereka perolehi seperti memohon nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk bersama dengan suami bagi isteri yang bermadu. Perkara ini secara jelas telah ditunjukkan oleh isteri Rasulullah saw iaitu Sayyidah Saudah yang secara rela telah memberikan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bersama dengannya kepada Saiyyidah Aisyah r.a. Seandainya kerelaan ini tidak menepati syarak maka pasti Rasulullah akan tidak bersetuju dengan tindakan Sayyidah Saudah. Oleh itu setiap syarat yang dibuat yang tidak menafikan tujuan asas dan maksud utama bagi perkahwinan, maka syarat tersebut adalah sah dan tidak akan sama sekali mencacatkan akad nikah atau membatalkannya. Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) tidaklah bermaksud melalui fatwa ini untuk menyuruh masyarakat memilih jalan perkahwinan sebegini. Namun begitu, pihak Dar al-Ifta’ hanya bertanggungjawab untuk bersungguh-sungguh menerangkan hukum-hukum syarak yang betul dengan bersumberkan sumber-sumber hukum daripada Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah saw serta pendapat para ulama muktabar daripada mazhab terdahulu.

14

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

BERIKUT MERUPAKAN SURAH-SURAH YANG MEMPUNYAI DALIL MENGENAI PERKAHWINAN ⇒

Surah an-Nisa : ayat 1 & 3



Surah an-Nur : ayat 32



Surah an-Nahl : ayat 72



Surah Yasin: ayat 36



Surah ar-Ruum: ayat 21



Surah al-Zariya: ayat 49



Surah Luqman: ayat 10



Surah Qaaf: ayat 7



Surah al-Syu’ara: ayat 7

15

Imbasan Sistem Perkahwinan Dan Pensyariatan Perkahwinan

RUJUKAN 1. http://permataaqiq.blogspot.com/2006_05_01_archive.html 2. http://www.google.com.my/search?q=perkahwianan+zaman+Rasulullah&ie=utf-8&oe=utf-

8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a 3. http://www.sabah.gov.my/jheains/sebaranamweb/jumaat/Khutbah%20Jumaat

%2008%20Dis%202006.pdf 4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_menurut_Islam.

5. BUKU PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 DAN 5. 6. DIALOG ANTARA JIN DAN SYAITAN

16

Related Documents

Sejarah Perkahwinan
July 2020 8
Pembubaran Perkahwinan
June 2020 17
Perkahwinan Iban
December 2019 23
Perkahwinan Campur
May 2020 22