Sejarah Penubuhan Malaysia

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Penubuhan Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,115
  • Pages: 7
Nama: Noorafiqah Bte Abdul Hamad No. Matriks: DTM-EC201-0154 Tugasan Individu: Sejarah Penubuhan Malaysia Tarikh Hantar: 03 Jun 2009

Disemak Oleh: _________________ (En. Marsam Buhera)

Pengenalan Dalam tugasan pertama bagi semester ini dalam subjek Pengajian Malaysia (MPW1133), pensyarah kami En. Marsam Buhera meminta kami membincangkan mengenai Sejarah Penubuhan Malaysia. Dalam tugasan ini, kami diminta untuk menceritakan bagaimana Malaysia ditubuhkan dan apakah kekangan semasa perancangan penubuhan tersebut dilaksanakan. Objektif tugasan ini diberikan adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan kami dalam subjek ini, selain itu kami juga dapat memahami dan mendalami sedikit sebanyak bagaimana Malaysia ditubuhkan dan siapakah tokoh-tokoh yang bertanggungjawab dan berjasa dalam menubuhkan Malaysia. Sememangnya tidak ramai yang tahu akan siapa tokoh-tokoh negara kita yang bekerja keras dalam menjayakan rancangan penubuhan negara kita Malaysia. Sebelum saya teruskan dengan isi kandungan tugasan ini, saya berharap agar tugasan pertama saya ini dapat memenuhi kehendak pemeriksa.

i

ISI KANDUNGAN Topik

Halaman

PENGENALAN

i

ISI KANDUNGAN

ii

SEJARAH AWAL

1

ZAMAN PENJAJAHAN

2

SELEPAS PERANG

3

PENUBUHAN MALAYSIA

4

BIBLIOGRAFI

PENUTUP

5

6

ii

SEJARAH AWAL Bermula di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks Gua Niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial. Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penempatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka. Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masihi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.

1

ZAMAN PENJAJAHAN Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan penduduk Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni Di Raja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang

dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai. Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke. Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia ke-II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatiri oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigrasi. Justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal)

2

SELEPAS PERANG Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

Gambar di atas diambil ketika Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

3

PENUBUHAN MALAYSIA Pada tahun 1955, Singapura telah diberikan kuasa pemerintahan dalaman di bawah Perlembagaan Rendel dan David Marshall telah dilantik menjadi Ketua Menterinya yang pertama. Pada tahun 1959, Singapura yang diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew, telah mendapat kuasa penuh untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Di Sarawak pula, pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959. Langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas merangkumi Persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya diterima oleh penduduk Malaya dan Singapura, tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut dibantah oleh Filipina yang telah membuat tuntutan hak ke atas Sabah. Cadangan ini juga menerima tentangan dari Indonesia yang melihatnya sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia. Cadangan ini bagaimanapun mempunyai kesan langsung dalam mempercepatkan penggubalan perlembagaan di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pilihanraya diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan di Sabah pada tahun 1962. Satu suruhanjaya kerjasama Inggeris-Malaya yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, telah melawat Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan negeri menyokong penubuhan Malaysia. Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963, yang turut melaporkan bahawa pandangan awam rata-rata menyokong penubuhan Malaysia. Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia telah secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul untuk menyertai Malaysia. Namun, pada tahun 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan menjadi sebuah negera yang merdeka.

4

BIBLIOGRAFI SEJARAH AWAL, ZAMAN PENJAJAHAN & SELEPAS PERANG: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia PENUBUHAN MALAYSIA: http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm01&spesifik_id=405&ttl_id=61

5

PENUTUP Demikianlah sedikit sebanyak maklumat yang dapat saya sediakan mengenai sejarah Penubuhan Malaysia. Segala maklumat yang saya masukkan dalam tugasan ini saya perolehi melalui laman web tertentu yang berkaitan, alamat web tersebut telah saya nyatakan dalam topik Bibliografi dalam halaman 5, sebagai bukti kesahihan di mana maklumat yang saya masukkan di dalam tugasan ini bukanlah rekaan saya semata-mata dan bukanlah hasil kerja sambil lewa. Sebagai penutup bagi tugasan pertama saya untuk subjek ini, saya berharap agar hasil kerja saya diterima dan memenuhi kehendak pensyarah kami iaitu En. Marsam Buhera. Dalam kesempatan ini juga saya ingin berterima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau. Melalui tunjuk ajar tersebutlah saya dapat menyiapkan tugasan ini, dan menghantar pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Sekian.

6

Related Documents