Sdp

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sdp as PDF for free.

More details

  • Words: 482
  • Pages: 3
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF 1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER SEPTEMBER 2009 TUGASAN KURSUS (35%) ________________________________________________________________

ARAHAN 1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan. 2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman” saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4. 3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4. 4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja. 5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus. 6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang diplagiat tidak akan diterima dan tiada markah akan diberikan untuk bahan tersebut. SOALAN TUGASAN Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak. Di samping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanakkanak melalui pemikiran dan pengalaman. Rajah 1 di bawah menunjukkan teknik menggambar iaitu salah satu bidang dalam seni visual.

Rajah 1: Pelbagai Teknik Menggambar (Melukis dan Membuat Gambar)

Sebagai seorang guru Pendidikan Seni, anda dikehendaki: 1) Menyediakan SATU buku skrap yang mengandungi 12 teknik menggambar seperti yang terdapat pada Rajah 1 tersebut. Setiap satu tajuk perlu ada sekurangkurangnya satu contoh. (12 markah) 2) Setiap tajuk yang disediakan hendaklah disertakan dengan skrip atau langkahlangkah pengajaran yang boleh digunakan bagi bahan tersebut. (Tiada had dalam pemilihan umur murid). (12 markah) 3)

Memasukkan prinsip-prinsip rekaan yang terdiri daripada:

(i) Harmoni (ii) Penegasan (iii) Imbangan (iv) Kontra (v) Pergerakan (vi) Kesatuan (vii) Kepelbagaian (7 markah) Nota: 4 markah untuk sahsiah dan kesungguhan dalam menyempurnakan tugasan. [Jumlah: 35 markah] PANDUAN PELAJAR Anda dinasihatkan: 1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami pengalaman seni itu sendiri. 2. Buat pencarian di internet berkaitan teknik menggambar untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan. 3. Membincangkan dengan guru seni sekolah anda bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. 4. Menggunakan gambar foto/ lakaran untuk membantu anda menjelaskan hujah jawapan tugasan (jika perlu).

Catatan;

Anda perlu menyediakan tugasan ini secara individu. Anda dikehendaki menyenaraikan bahan rujukan yang berkaitan. Digalakkan melampirkan bahan keratan akhbar / majalah / laman web berkaitan sebagai bahan sokongan tugasan. Perlu berbincang dengan tutor tentang cara menulis bibliografi yang betul. Masukkan elemen ICT dalam menghasilkan tugasan anda (jika ada atau perlu).

PANDUAN TUTOR 1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan penulisan dan buku skrap. 2. Mencadangkan Format yang sesuai bagi setiap tajuk. 3. Memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES. 4. Mencadangkan buku-buku rujukan, bahan internet, web dan sebagainya untuk panduan pelajar.

Related Documents

Sdp
November 2019 38
Sdp
November 2019 27
Sdp
June 2020 20
Sdp Rambu.pdf
August 2019 29
Sdp 13 Oct 2009
June 2020 18
Second Gate Sdp 2007
May 2020 12