Sajak Hari Ibu

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sajak Hari Ibu as PDF for free.

More details

  • Words: 391
  • Pages: 13
SAJAK HARI IBU Orang kata aku lahir dari perut Ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma! Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu Bila merajuk, yang memujukku selalunya.. Ibu

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu

Bila takut, aku selalu panggil .. “ibuuuuuuuuuuuuu!” Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... Ibu Yang selalu berleter kat aku.. Ibu

Yang selalu puji aku.. Ibu Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok, aku cari.. Pasanganku Bila sedih, aku cari.. Ibu Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu

Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku Bila berduka, aku peluk erat .. Ibu Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada..Pasanganku

Tapi...Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Aku selalu ingat.. Pasanganku Tapi ibu selalu ingat akan daku Bila-bila aku boleh telefon.. Pasanganku Entah bila, aku nak telefon.. Ibu Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku.

Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu... Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.

Related Documents

Sajak Hari Ibu
May 2020 7
Sajak Ibu
November 2019 10
2592743-sajak-ibu
May 2020 3
Sajak Hari Guru
June 2020 12
Sajak: Ibu Tunggal
April 2020 2
Selamat Hari Ibu
May 2020 14