Sains - Kbsm - Fizik

  • Uploaded by: Sekolah Portal
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sains - Kbsm - Fizik as PDF for free.

More details

  • Words: 2,487
  • Pages: 19
sukatan pelajaran fizik kbsm

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

FIZIK

1

sukatan pelajaran fizik kbsm

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

FIZIK

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM 2

sukatan pelajaran fizik kbsm

Cetakan Pertama 2000 Cetakan Kedua 2001 (c) Kementerian Pendidikan Malaysia 2000, 2001 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Sukatan Pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah: kimia. ISBN 983-62-7120-1 1. Physics-Outlines, syllabi, etc. 2. Physics--Study and teaching (Secondary)--Malaysia. 1. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum. 530.0712595

Dicetak oleh Percetakan Dewan bahasa dan Pustaka Lot 1037, Mukim Perindustrian PKNS Ampang/Hulu Kelang Selangor Darul Ehsan

3

sukatan pelajaran fizik kbsm

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii 4

i

sukatan pelajaran fizik kbsm

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iv 5

sukatan pelajaran fizik kbsm

Kata Pengantar Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Fizik ialah mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dalam bidang fizik, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni. Kandungan Sukatan Pelajaran Fizik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi kajian tentang daya, sifat jirim, haba, cahaya, gelombang, elektrik dan keelektromagnetan, keradioaktifan dan elektronik. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

6

v

sukatan pelajaran fizik kbsm

PENDAHULUAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka. Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan

71

sukatan pelajaran fizik kbsm

kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni. Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Kurikulum ini digubal berlandaskan keperluan negara dan ciri sejagat sains. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran. Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah rendah, dan Sains untuk sekolah menengah. Matamata pelajaran elektif cuma ditawarkan di sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan. Mata-mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan sekolah menengah rendah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Sains untuk sekolah menengah atas pula di samping menghasilkan murid yang celik sains dan inovatif juga menyediakan murid untuk menceburi diri dalam bidang sains dan teknologi yang lebih umum. Manakala mata-mata pelajaran sains elektif bertujuan untuk menyediakan murid yang lebih cenderung, minat dan berupaya dalam bidang sains untuk menceburi diri dalam kerjaya bidang sains dan teknologi

82

sukatan pelajaran fizik kbsm

yang khusus dan profesional. Golongan murid ini akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Fizik adalah bidang ilmu yang mengkaji tentang jirim dan tenaga serta hubungkait antara keduanya. Sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik, ilmu fizik sentiasa bercambah dan berkembang dengan begitu pesat sekali. Aplikasi konsep dan prinsip fizik dalam pelbagai aktiviti kehidupan telah banyak menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan hidup kita khususnya dalam zaman sains dan teknologi ini. Mata pelajaran Fizik merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk murid tingkatan empat dan lima. Ia dirancang untuk membolehkan murid memahami konsep dan prinsip fizik dengan lebih mendalam serta aplikasinya dalam kehidupan harian. Mata pelajaran ini menyediakan murid dengan asas pendidikan fizik untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang fizik dan bidang yang berkaitan dengan fizik di peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu murid mendapat persediaan untuk membolehkan mereka menceburkan diri dalam berbagai bidang kerjaya yang berorientasikan sains dan teknologi. Kurikulum ini diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). SP menggariskan matlamat, objektif, penekanan dan kandungan kurikulum. HSP memperincikan kehendak kurikulum mengikut tingkatan. HSP mengandungi maklumat tentang matlamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas tentang kemahiran berfikir

93

sukatan pelajaran fizik kbsm

dan strategi berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, strategi pengajaran dan pembelajaran dan isi kandungan. Isi kandungan ini memberi spesifikasi tentang kurikulum melalui Hasil Pembelajaran yang dihasratkan dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Di samping itu bahan sokongan kurikulum yang bertujuan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum dengan berkesan juga disediakan.

MATLAMAT Kurikulum Fizik bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang fizik dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Justeru, murid mempunyai landasan fizik untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.

OBJEKTIF Kurikulum Fizik membolehkan murid 1. memperoleh pengetahuan tentang konsep, prinsip, hukum dan teori fizik serta menggunakannya untuk memahami fenomena alam 2. memperoleh kefahaman tentang aplikasi prinsip fizik dalam bidang teknologi dan kehidupan harian 3. menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik 4. mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam 10

4

sukatan pelajaran fizik kbsm

penyelesaian masalah, mengkonsepsikan

membuat

keputusan

dan

5.

menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan

6. 7.

mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi

8.

mampu menceburi diri dalam kerjaya dalam bidang sains dan teknologi yang lebih khusus dan profesional

9.

menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat

10. menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat

ORGANISASI KURIKULUM Kurikulum Fizik disusun atur mengikut tajuk. Setiap tajuk mengandungi bidang pembelajaran Setiap bidang pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan tajuk dan bidang pembelajaran yang berkenaan. Hasil pembelajaran diperincikan kepada aras yang merangkumi objektif pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik serta penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Aktiviti pembelajaran dicadangkan untuk mencapai setiap hasil pembelajaran yang dihasratkan. Cadangan aktiviti pembelajaran

11

5

sukatan pelajaran fizik kbsm

mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong pelajar berfikir dan memperkembangkan minda mereka dalam proses pembelajaran konsep sains serta mengaplikasikan pengetahuan sains dan teknologi. Pembelajaran berfikrah ini boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme, sains teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran yang bermakna. Pendekatan ini merangkumi kaedah seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran sains juga digalakkan. Kemahiran memilih, menganalisis dan menilai maklumat daripada pelabagai sumber turut diperkembangkan melalui kurikulum ini. Sumber maklumat terdiri daripada sumber cetak atausumber elektronik. Dalam aspek ini teknologi khususnya teknologi maklumat digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Kemahiran Saintifik Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sitematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.

12

6

sukatan pelajaran fizik kbsm

Kemahiran Proses Sains Kemahiran Proses Sains yang perlu diperkembangkan dalam kurikulum sains adalah: · ·

Memerhatikan Mengelaskan

· ·

Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens

· ·

Meramal Berkomunikasi

· ·

Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsirkan data

· ·

Mendefinisikan secara operasi Mengawal pemboleh ubah

· ·

Membuat hipotesis Mengeksperimen

Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid: ·

Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.

·

Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.

· ·

Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.

·

Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

13

7

sukatan pelajaran fizik kbsm

Kemahiran Berfikir Pengajaran dan pembelajaran sains memberi satu peluang yang baik untuk mengembangkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir murid. Pada masa yang sama, pembelajaran sains memerlukan penggunaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran Berfikir boleh digolongkan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Sikap Saintifik dan Nilai Murni Pengalaman pembelajaran fizik boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada secara bersahaja atau secara terancang. Dalam kurikulum ini, objektif pembelajaran untuk domain afektif ini dijadikan Hasil Pembelajaran yang khusus. Aktiviti yang spesifik untuk mencapai objektif pembelajaran ini dicadangkan. Kandungan Pengetahuan Kandungan pengetahuan mata pelajaran Fizik diolah mengikut sembilan tajuk seperti berikut: 1. Pengenalan Kepada Fizik 2. Daya Dan Gerakan 3. Sifat Jirim 4. Haba 5. Cahaya 6. Gelombang 7. Elektrik dan Keelektromagnetan 14

8

sukatan pelajaran fizik kbsm

8. Elektronik 9. Keradioaktifan Pendekatan bertopik ini mewujudkan perkaitan dan kesepaduan di antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik serta penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Kesepaduan unsur ini dapat memberi kefahaman yang lebih bermakna dalam pembelajaran sains. Sembilan tajuk ini merangkumi disiplin ilmu fizik yang diperlukan oleh murid dalam peringkat menengah atas. Berikut diberikan kandungan pengetahuan dalam setiap tajuk: 1. Pengenalan Kepada Fizik Tajuk ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang bidang kajian Fizik. Tumpuan juga diberi terhadap kemahiran menjalankan penyiasatan saintifik. Kandungan tajuk ini adalah seperti berikut: · Konsep fizik · Kuantiti fizik · Pengukuran · Kaedah penyiasatan 2. Daya dan Gerakan Tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip yang berkaitan dengan kinematik dan dinamik serta kegunaannya dalam kehidupan.

15

9

sukatan pelajaran fizik kbsm

Kandungan tajuk ini adalah seperti berikut: · Gerakan linear · ·

Jisim dan inersia Momentum dan keabadian momentum

· ·

Kesan daya dan impuls Daya graviti

· ·

Keseimbangan daya Kerja, kuasa, tenaga keupayaan, tenaga kinetik dan keabadian tenaga.

3. Sifat Jirim Tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip yang berkaitan dengan sifat jirim serta kegunaannya dalam kehidupan. Kandungan tajuk ini adalah seperti berikut: · Teori kinetik jirim · ·

Ketumpatan bahan Kekenyalan bahan

· ·

Kekuatan dan ketegaran bahan Tegangan permukaan

· ·

Tekanan Tekanan dalam cecair

· · · ·

Tekanan atmosfera Prinsip Archimedes Prinsip Pascal Prinsip Bernoulli

16

10

sukatan pelajaran fizik kbsm

4. Haba Tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip yang berkaitan dengan tenaga haba serta kegunaannya dalam kehidupan. Kandungan tajuk ini adalah seperti berikut: · Sifat termometri · ·

Konsep muatan haba Konsep haba pendam

· ·

Penyejatan dan pendidihan Hukum gas

5. Cahaya Tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip yang berkaitan dengan optik geometri dan kegunaannya dalam hidupan. Kandungan tajuk ini adalah seperti berikut: · ·

Pantulan cahaya Pembiasan cahaya

· ·

Pantulan dalam penuh Kanta nipis

·

Kanta dalam alat penglihatan

11 17

sukatan pelajaran fizik kbsm

6. Gelombang Tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip yang berkaitan dengan gelombang dan fenomena gelombang serta kegunaannya dalam hidupan. Kandungan tajuk ini adalah seperti berikut: · Gelombang · ·

Pantulan gelombang Pembiasan gelombang

· ·

Pembelauan gelombang Interferens gelombang

· ·

Gelombang bunyi Gelombang cahaya

· ·

Gelombang elektromagnet Gelombang dalam telekomunikasi

7. Elektrik dan Keelektromagnetan Tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip yang berkaitan dengan elektrik dan keelektromagnetan serta kegunaannya dalam hidupan. Kandungan tajuk ini adalah seperti berikut: · Medan elektrik dan pengaliran cas. · ·

Hubungan antara arus dan beza keupayaan Litar bersiri dan selari

· ·

Daya gerak elektrik dan rintangan dalam Tenaga dan kuasa elektrik

·

Kesan magnet bagi konduktor yang membawa arus

18 12

sukatan pelajaran fizik kbsm

·

Daya saling tindakan antara konduktor membawa arus dengan medan magnet

· ·

Aruhan elektromagnet Arus terus dan arus ulang alik

· ·

Transformer Penjanaan dan penghantaran tenaga elektrik

8. Elektronik Tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang prinsip asas komponen elektronik serta perkembangan dalam bidang ini. Kandungan tajuk ini adalah seperti berikut: · Sinar katod · ·

Semikonduktor Diod semikonduktor

· ·

Transistor Get logik

9. Keradioaktifan Tajuk ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang keradioaktifan dan kegunaannya. Kandungan tajuk ini adalah seperti berikut: · Reputan radioaktif · ·

Konsep setengah hayat Kegunaan bahan radioaktif

19

13

Related Documents

Sains - Kbsm - Fizik
October 2019 39
Sains - Kbsm - Sains Teras
October 2019 53
Sains Fizik
May 2020 15
Sains - Kbsm - Biologi
October 2019 47
Sains - Fizik Tingkatan 4
October 2019 51
Sains - Fizik Tingkatan 5
October 2019 60

More Documents from "Sekolah Portal"

B.cina-tahun 1 - 2
October 2019 32
Muzik - Kbsm (ting 4 - 5)
October 2019 46
B.cina-tahun 4 - 4
October 2019 31
B.cina-tahun 5 - 2
October 2019 39
B.cina-tahun 5 - 3
October 2019 35