Sains - Kbsm - Biologi

  • Uploaded by: Sekolah Portal
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sains - Kbsm - Biologi as PDF for free.

More details

  • Words: 3,508
  • Pages: 24
sukatan pelajaran biologi kbsm

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

BIOLOGI

1

sukatan pelajaran biologi kbsm

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

BIOLOGI

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

2

sukatan pelajaran biologi kbsm

Cetakan Pertama 2000 Cetakan Kedua 2001 (c) Kementerian Pendidikan Malaysia 2000, 2001 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Penerbitan

Data Pengkatalogan-dalam-

Sukatan Pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah: kimia. ISBN 983-62-7122-8 1. Biology-Outlines, syllabi, etc. 2. Biology--Study and teaching (Secondary)--Malaysia. 1. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum. 570.712595

Dicetak oleh Percetakan Dewan bahasa dan Pustaka Lot 1037, Mukim Perindustrian PKNS Ampang/Hulu Kelang Selangor Darul Ehsan

3

sukatan pelajaran biologi kbsm

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai citacita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii 4

iii

sukatan pelajaran biologi kbsm

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iv 5 iv

sukatan pelajaran biologi kbsm

Kata Pengantar Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Biologi ialah mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dalam bidang biologi, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni. Kandungan Sukatan Pelajaran Biologi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi kajian tentang sel, proses fisiologi, pewarisan, variasi dan ekosistem. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

6v

sukatan pelajaran biologi kbsm

PENDAHULUAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka. Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.

1 7

Justeru, ia

sukatan pelajaran biologi kbsm

memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni. Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Kurikulum ini digubal berlandaskan keperluan negara dan ciri sejagat sains. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran. Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah rendah dan Sains untuk sekolah menengah. Matamata pelajaran elektif cuma ditawarkan di sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan. Mata-mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan sekolah menengah rendah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Sains untuk sekolah menengah atas pula di samping menghasilkan murid yang celik sains dan inovatif juga menyediakan murid untuk menceburi diri dalam bidang sains dan teknologi yang lebih umum. Manakala mata-mata pelajaran sains elektif bertujuan untuk menyediakan murid yang lebih cenderung, minat dan berupaya dalam bidang sains untuk menceburi diri dalam kerjaya bidang sains dan teknologi

82

sukatan pelajaran biologi kbsm

yang khusus dan profesional. Golongan murid ini akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Biologi adalah satu bidang dalam sains yang mengkaji tentang hidupan, persekitaran, interaksi antara hidupan dengan persekitaran dan fenomena yang berkaitan dengannya. Perkembangan dalam bidang biologi berlaku dengan begitu pesat terutama dalam bidang bioteknologi, kejuruteraan genetik dan teknologi makanan. Perkembangan ini memesatkan lagi sumbangan terhadap kemajuan dalam bidang perubatan, pertanian dan perindustrian yang secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi kehidupan manusia. Oleh itu, ilmu biologi perlu dikuasai oleh murid supaya mereka dapat menangani perubahan yang berlaku dan memberi sumbangan terhadap perkembangan ilmu demi menjamin kemandirian hidupan. Mata pelajaran Biologi merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk murid tingkatan empat dan lima sekolah menengah atas. Ia bertujuan untuk membolehkan murid memahami bidang biologi dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep dan aplikasinya dalam kehidupan harian. Pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran berkaitan dengan biologi menyediakan murid untuk memahami tanggungjawabnya sebagai pengurus alam demi keharmonian dan kesejahteraan hidupan sejagat. Mata pelajaran ini menyediakan murid dengan asas pendidikan biologi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang biologi dan bidang yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan biologi di peringkat yang lebih tinggi serta ke kerjaya yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

93

sukatan pelajaran biologi kbsm

Kurikulum ini diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). SP menggariskan matlamat, objektif, penekanan dan kandungan kurikulum secara umum sementara HSP memperincikan lagi kehendak kurikulum mengikut tingkatan. HSP terdiri daripada maklumat tentang matlamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, strategi pengajaran dan pembelajaran dan isi kandungan. Isi kandungan ini memberi spesifikasi tentang kurikulum melalui Hasil Pembelajaran yang dihasratkan dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Di samping itu bahan sokongan kurikulum yang bertujuan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan juga disediakan.

MATLAMAT Kurikulum Biologi bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang biologi dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Justeru, murid mempunyai landasan biologi untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.

4 10

sukatan pelajaran biologi kbsm

OBJEKTIF Kurikulum Biologi membolehkan murid: 1. Memperoleh pengetahuan tentang konsep dan prinsip biologi dan menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam dan pengalaman harian. 2.

Memahami pengetahuan biologi dan aplikasi dalam bidang sains dan teknologi dan kehidupan harian.

3. 4.

Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Mengaplikasikan pengetahuan biologi, kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan bertanggungjawab berkaitan dengan isu biologi dalam kehidupan harian.

5.

Menggunakan pengetahuan biologi untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan diri.

6.

Menyedari kepentingan saling hubungan antara hidupan, perhubungan hidupan dengan persekitaran dan kepentingan pengurusan alam sekitar yang bijak demi menjamin kemandirian hidupan.

7. 8.

Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak

9.

dan berkesan. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.

10. Menyedari bahawa segala pengetahuan yang diperolehi melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan dan keupayaan akal.

11 5

sukatan pelajaran biologi kbsm

ORGANISASI KURIKULUM Kurikulum Biologi disusun atur mengikut tema. Setiap tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan tema dan bidang pembelajaran yang berkenaan. Hasil pembelajaran diperincikan kepada aras yang merangkumi objektif pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik serta penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Aktiviti pembelajaran dicadangkan untuk mencapai setiap hasil pembelajaran yang dihasratkan. Cadangan aktiviti pembelajaran mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong murid berfikir dan memperkembangkan minda mereka dalam proses pembelajaran konsep sains serta mengaplikasikan pengetahuan sains dan teknologi. Pembelajaran berfikrah ini boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti inkuiri, sains teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan pembelajaran yang bermakna. Pendekatan ini merangkumi kaedah seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran sains juga digalakkan. Kemahiran memilih, menganalisis dan menilai maklumat daripada pelbagai sumber turut diperkembangkan melalui kurikulum ini. Sumber maklumat terdiri daripada sumber cetak atau sumber

6 12

sukatan pelajaran biologi kbsm

elektronik. Dalam aspek ini teknologi khususnya teknologi maklumat digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Kemahiran Saintifik Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.

Kemahiran Proses Sains Kemahiran Proses Sains yang perlu diperkembangkan dalam kurikulum sains adalah: · Memerhatikan · Mengelaskan · Mengukur dan menggunakan nombor · Membuat inferens · Meramal · Berkomunikasi · Menggunakan perhubungan ruang dan masa · Mentafsirkan data · Mendefinisikan secara operasi · Mengawal pemboleh ubah · Membuat hipotesis · Mengeksperimen

13 7

sukatan pelajaran biologi kbsm

Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid:



Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.

• • • •

Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Kemahiran Berfikir Pengajaran dan pembelajaran sains memberi satu peluang yang baik untuk mengembangkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir murid. Pada masa yang sama, pembelajaran sains memerlukan penggunaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Sikap Saintifik dan Nilai Murni Pengalaman pembelajaran biologi boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada secara bersahaja atau secara terancang. Dalam kurikulum ini, objektif pembelajaran untuk domain afektif dijadikan Hasil Pembelajaran yang khusus. Aktiviti yang spesifik untuk mencapai objektif pembelajaran ini dicadangkan.

8 14

sukatan pelajaran biologi kbsm

Kandungan Pengetahuan Kandungan Kurikulum Biologi terdiri daripada lima tema iaitu: A. Pengenalan kepada biologi. B. Menyiasat sel sebagai unit asas kehidupan. C. Menyiasat fisiologi kehidupan. D. Menyiasat pewarisan dan variasi dalam kehidupan. E. Menyiasat hidupan dan perhubungan dengan persekitaran. Pendekatan bertema ini dapat mewujudkan perkaitan dan kesepaduan antara pelbagai pengetahuan dalam bidang biologi. Kesemua tema ini merangkumi disiplin ilmu biologi yang diperlukan oleh murid untuk pendidikan peringkat menengah atas. Di samping itu pendekatan ini menyepadukan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Kesepaduan unsur ini dapat memberi kefahaman yang lebih bermakna dalam pembelajaran biologi. Berikut diberikan kandungan pengetahuan dalam setiap tema: A. Pengenalan kepada Biologi Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang biologi dan kaedah saintifik dalam menjalankan sesuatu penyiasatan. Tema ini juga memberi fokus kepada sikap saintifik dan nilai murni. Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Memahami biologi. 2. Kaedah saintifik. 3. Sikap saintifik dan nilai murni.

15 9

sukatan pelajaran biologi kbsm

B. Menyiasat Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai blok binaan yang unik dan berfungsi, serta perhubungan yang harmoni antara struktur dengan fungsi sel. Tema ini juga memberi tumpuan kepada pergerakan bahan merentas membran plasma, komposisi kimia dalam sel, pembahagian sel dan organisasi sel. Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Struktur sel dan fungsi bahagian sel

• • • •

Struktur sel haiwan dan sel tumbuhan. Fungsi bahagian sel haiwan dan sel tumbuhan. Perbezaan antara sel haiwan dengan sel tumbuhan. Kepadatan organel dengan fungsi sel.

2. Pergerakan bahan merentas membran plasma

• • • • •

Keperluan bahan merentas membran plasma. Sifat membran plasma sebagai membran separa telap. Pengangkutan pasif dan pengangkutan aktif. Resapan, osmosis, plasmolisis, hemolisis dan krenasi. Larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik.

3. Komposisi kimia dalam sel • Unsur dan sebatian kimia dalam sel.



Enzim, ciri umum enzim, faktor yang mempengaruhi aktiviti enzim, mekanisme tindakan enzim dan penggunaan enzim dalam industri dan kehidupan harian.

10 16

sukatan pelajaran biologi kbsm

4. Pembahagian sel • Fasa kitar sel.

• • •

Mitosis. Meiosis. Aplikasi mitosis dalam pertanian.

5. Organisasi sel • Organisma unisel.

• •

Pengkhususan sel dan organisasi sel dalam organisma multisel. Pengawalaturan persekitaran dalam untuk sel berfungsi dengan sempurna.

C. Menyiasat Fisiologi Kehidupan Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang proses fisiologi yang berlaku dalam hidupan. Keperluan hidupan kepada proses fisiologi iaitu nutrisi,respirasi, pengangkutan, pergerakan, sokongan, koordinasi, gerak balas, pembiakan dan pertumbuhan untuk hidup dan berfungsi diberi penekanan supaya murid dapat memahami perhubungan antara struktur dengan fungsi dalam setiap proses fisiologi tersebut. Kefahaman tentang proses fisiologi turut menyumbang kepada perkembangan bidang sains dan teknologi. Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Nutrisi • Jenis nutrisi: autotrof dan heterotrof.

• • • •

Kelas makanan. Gizi seimbang dan keperluan tenaga harian. Pengambilan gizi yang tidak seimbang. Pencernaan makanan: sistem pencernaan dan proses pencernaan makanan.

11 17

sukatan pelajaran biologi kbsm

• • •

Penyerapan makanan dan proses asimilasi. Penyahtinjaan.



Fotosintesis: perkembangan ke arah penemuan fotosintesis, struktur daun dan fungsi bahagian daun, penyesuaian daun,

Keperluan nutrien dalam tumbuhan: makronutrien dan mikronutrien, kesan kekurangan makronutrien dan mikronutrien.

mekanisme fotosintesis dan faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis.



Teknologi dalam pengeluaran makanan: peningkatan kualiti dan kuantiti makanan.



Perkembangan teknologi dalam pemprosesan makanan: keperluan pemprosesan makanan, teknologi pemprosesan makanan, kepelbagaian penggunaan makanan yang diproses.

2. Respirasi • Proses respirasi dalam penghasilan tenaga: keperluan tenaga,

• • • •

respirasi aerob dan respirasi anaerob. Struktur respirasi dalam manusia dan haiwan. Mekanisme pernafasan. Pertukaran gas dan pengangkutan gas dalam manusia. Mekanisme kawal atur kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam badan.



Gerak balas manusia daripada aspek respirasi dan kadar pernafasan terhadap keadaan berbeza.



Respirasi pada tumbuhan: perbandingan proses fotosintesis dengan proses respirasi.

12 18

sukatan pelajaran biologi kbsm

3. Pengangkutan • Sistem pengangkutan organisma multisel yang kompleks:



keperluan sistem pengangkutan dan ciri sistem pengangkutan. Sistem peredaran darah: darah, hemolimfa, sistem peredaran darah manusia dan haiwan dan daya yang menyebabkan peredaran darah manusia.





Pembekuan darah: mekanisme pembekuan darah, keperluan pembekuan darah dalam sistem peredaran tertutup dan masalah pembekuan darah. Sistem limfa: struktur sistem limfa, peranan sistem limfa dalam pengangkutan bahan, peredaran limfa dan perhubungan sistem limfa dengan sistem peredaran darah.





Peranan darah dan sistem limfa dalam pertahanan badan: jenis leukosit, peranan leukosit, proses fagositosis, keimunan, pengimunan, antigen dan antibodi. Sistem vaskular dalam tumbuhan: keperluan pengangkutan bahan dalam tumbuhan, struktur sistem vaskular dan kesesuaian struktur xilem dan floem dengan fungsi pengangkutan.



Proses pergerakan air dan pengangkutan bahan organik dalam tumbuhan.



Transpirasi dan translokasi: faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi, kepentingan transpirasi dan translokasi dalam tumbuhan.

4. Pergerakan dan sokongan • Keperluan pergerakan dan sokongan pada manusia dan haiwan. •

• • • •

Sistem rangka. Tindakan otot, ligamen dan tendon semasa pergerakan. Mekanisme pergerakan manusia dan haiwan. Masalah berkaitan pergerakan dan sokongan. Sokongan dalam tumbuhan akuatik dan tumbuhan darat.

19 13

sukatan pelajaran biologi kbsm

5. Koordinasi dan gerak balas



Keperluan organisma hidup bergerak balas terhadap rangsangan.



Koordinasi saraf: otak, saraf tunjang, jenis neuron, sinaps, proses penghantaran maklumat, tindakan terkawal, tindakan

• • • •

luar kawal dan tindakan refleks. Koordinasi kimia: keperluan hormon dalam manusia dan tumbuhan, sistem endokrin, hormon dan fungsi hormon. Penggunaan hormon dalam perubatan dan pertanian. Kesepaduan antara sistem saraf dan sistem kimia. Homeostasis: proses pembentukan air

kencing,

pengosmokawalaturan ginjal, proses suap balik n e g a t i f , pengawalaturan suhu badan dan pengawalaturan aras gula •

darah. Kesan penyalahgunaan dadah dan pengambilan alkohol kepada koordinasi dan gerak balas.

6. Pembiakan dan pertumbuhan • Proses pembentukan gamet: gamet jantan, gamet betina, peringkat perkembangan pembentukan gamet, proses oogenesis dan spermatogenesis.



Peranan hormon dalam kitar haid, kesan ketakseimbangan hormon dan putus haid.



Perkembangan pranatal manusia: persenyawaan nukleus, perkembangan zigot, penempelan, kembar seiras, kembar tak



seiras, struktur dan fungsi plasenta dan struktur tali pusat. Persenyawaan ganda dua: perkembangan debunga, perkembangan pundi embrio dalam ovul, dua nukleus jantan, nukleus endosperma, pembentukan zigot dan kemandirian tumbuhan berbunga.

20 14

sukatan pelajaran biologi kbsm

• •

Konsep pertumbuhan. Lengkung pertumbuhan: bentuk lengkung pertumbuhan, fasa pada lengkung pertumbuhan dan perhubungan antara bentuk lengkung pertumbuhan dengan proses pertumbuhan .



Pertumbuhan primer dan sekunder: kepentingan pertumbuhan primer, keperluan pertumbuhan sekunder, proses pertumbuhan sekunder dan kelebihan tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder daripada segi ekonomi.



Kepentingan penggunaan teknologi berkaitan dengan pembiakan.

D. Menyiasat Pewarisan dan Variasi dalam Kehidupan Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang pewarisan dan variasi dalam hidupan. Kunci pewarisan di dalam nukleus sesuatu sel ialah dalam unit gen yang dibawa oleh struktur kromosom. Pemindahan unit gen ini daripada satu generasi kepada generasi yang baru dikawal oleh proses pewarisan. Gen adalah unit yang mengawal ciri tertentu dalam semua hidupan. Gen untuk sesuatu ciri mungkin wujud dalam beberapa bentuk yang berbeza yang menyebabkan variasi pada sesuatu ciri. Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Pewarisan



Hukum Mendel I dan Hukum Mendel II: faktor pewarisan, ciri dominan, ciri resesif, gen, alel, gen dominan, gen resesif, fenotip, genotip, homozigot, heterozigot, kacukan monohibrid, pewarisan monohibrid, kacukan dihibrid dan pewarisan dihibrid.

21 15

sukatan pelajaran biologi kbsm



Konsep pewarisan: pewarisan kumpulan darah manusia, autosom, kromosom seks, perbandingan kariotip manusia normal dengan sindrom Down, penentuan seks anak dan pewarisan terangkai seks.



Gen dan kromosom: struktur kromosom, struktur asid deoksiribonukleik, struktur nukleotida, perhubungan antara gen dengan kromoson dan aplikasi pengetahuan genetik dalam kehidupan.

2. Variasi



Jenis variasi dan perbandingan antara variasi selanjar dengan variasi tak selanjar.



Punca variasi: proses penggabungan semula genetik, mutasi kromosom, mutasi gen, punca mutasi, interaksi antara faktor genetik dan faktor persekitaran serta keperluan variasi dalam kemandirian spesies.

E. Menyiasat Hidupan dan Perhubungan dengan Persekitaran Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sesuatu ekosistem. Perhubungan yang berlaku di antara komponen biosis dengan komponen abiosis di dalam sesuatu ekosistem yang dinamik. Murid juga menjalankan kajian ekologi populasi dengan teknik persampelan yang sesuai. Semua hidupan hidup dalam pelbagai ekosistem yang mempunyai perhubungan rapat antara satu sama lain serta dengan persekitaran. Gangguan pada satu spesies akan membawa kesan kepada beberapa spesies yang lain. Gangguan pada persekitaran juga akan memberi kesan kepada pelbagai ekosistem. Pentingnya kesedaran kepada pengurusan pembangunan

22 16

sukatan pelajaran biologi kbsm

dan pengurusan ekosistem yang baik untuk mengekalkan keseimbangan alam. Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Ekosistem dinamik



Komponen biosis, komponen abiosis, aras trof dan interaksi antara komponen biosis.

• •

Proses pengkolonian dan proses sesaran dalam ekosistem. Ekologi populasi: teknik persampelan, saiz populasi dan taburan



populasi. Biokepelbagaian: pengertian biokepelbagaian, kepentingan biokepelbagaian, hierarki pengelasan organisma, sistem binomial Linnaeus dan kegunaannya dalam penamaan organisma.



Mikroorganisma: jenis mikroorganisma, komponen abiosis yang mempengaruhi aktiviti mikroorganisma, mikroorganisma yang berfaedah dan berbahaya, patogen, vektor dan gejala penyakit tertentu, cara jangkitan penyakit, kaedah pengawalan patogen dan penggunaan mikroorganisma dalam bioteknologi.

2. Ekosistem terancam • Impak aktiviti manusia ke atas ekosistem. • Kesan pembangunan kurang terancang dan salah pengurusan •

ke atas ekosistem. Pencemaran: jenis pencemaran, punca pencemaran dan kesan



pencemaran. Fenomena kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan pemanasan global ke atas ekosistem.

23 17

sukatan pelajaran biologi kbsm



Pengurusan pembangunan dan pengurusan ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam: keperluan pembangunan, isu pertambahan penduduk dan langkah dalam pengurusan pembangunan dan pengurusan ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam.

24 18

Related Documents


More Documents from "Sekolah Portal"

B.cina-tahun 1 - 2
October 2019 32
Muzik - Kbsm (ting 4 - 5)
October 2019 46
B.cina-tahun 4 - 4
October 2019 31
B.cina-tahun 5 - 2
October 2019 39
B.cina-tahun 5 - 3
October 2019 35