Rupa Negatif Dan Rupa Positif

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rupa Negatif Dan Rupa Positif as PDF for free.

More details

  • Words: 826
  • Pages: 5
Penyelidikan Tampak

Karya-karya pelajar ini telah diinstalasikan oleh Pensyarah Muda Farizal Puardi, Hazrul Mazran, Izzal Khairi dan Mohamad Sarif Proses Pengkajian Penyelidikan Tampak Karya diatas adalah sebahagian dari projek rupa 2Dimensi dan garisan 3Dimensi. Projek diatas merupakan antara projek teras yang perlu di hasilkan oleh pelajar yang menduduki pengajian asas seni tampak semester satu. Penulisan ini akan membincangkan proses penghasilan projek penyelidikan tampak. Penyelidikan tampak adalah satu proses dimana imaginasi diperkembangkan sehingga mencetuskan idea. Idea samada rekaan baru atau

radikal akan dihasilkan melalui kekuatan deria pengamatan, deria minda dan juga deria intuitif. Gabungan ketiga-tiga deria diatas bersama rujukan literatur (kajian lampau) dan dedikasi akan menghasilkan idea-dea baru yang tak pernah terfikir. Ada bebrapa kaedah untuk mendapatkan idea yang baik. Pertama melalui kaedah rujukan literatur. Dengan membuat rujukan terhadap idea-idea daripada buku melalui rekaan-rekaan terdahulu kita boleh menjana idea baru. Biasanya bagi pelajar baru inilah kaedah yang paling mudah untuk memulakan proses penyelidikan tampak. Proses meminjam bentuk rekaan orang terdahulu, dengan mengambil beberapa ciri rekaannya, lalu digubah menjadi bentuk baru juga dibolehkan. Bahkan untuk tujuan pembelajaran kita juga dibolehkan untuk membuat imitasi secara langsung bagi tujuan pengkajian bentuk, namun nama pereka tersebut perlu diiktirafkan atau ditulis dalam pengkajian kita. Contohnya selepas Karim Raslan (nama pereka tersebut). Kaedah brain storming pula sesuai digunakan apabila kita kebuntuan idea. Proses ini dilakukan dengan cara berfikir secara berjemaah. Ahli mestilah lebih dari seorang. Contohnya apabila kita kebuntuan idea kita boleh meminta pandangan rakan-rakan untuk menyuntik idea baru. Konsep keluar daripada tempurung atau think out of the box ini akan menjana idea baru. Sebagai ahli jemaah brain storming, kita mestilah membantu rakan memecahkan idea sejujur hati. Ada pelajar yang tidak mahu terlibat dalam kaedah ini disebabkan takut ideanya dicuri. Sebenarnya dalam proses keilmuan menolong rakan memecahkan idea baru adalah salah satu kaedah yang sihat. Minda kita yang berfikir didalam kotak akan berkembang, bahkan apabila kita membantu rakan mencetuskan idea sebenarnya nueron otak kita kan berkembang berkali ganda, pendapat alim mengatakan satu yang kita beri Alllah akan balas sepuluh. Kaedah seterusnya menggunakan Thumb Nail sketches. Melalui buku lakaran kita membuat lakaran kecil dengan membiarkan aliran minda kita bergerak secara spontan dan tanpa tekanan. Kita membiarkan otak kita bekerja secara intuitif . Intuitif atau pemikiran dibawah sedar dibiarkan bergerak bebas dengan membiarkannya berjalan melalui hati ke fikiran dan dirakamkan kekertas melalui tangan. Kaedah akhir sekali diwaktu lapang atau dimasa kita berjalan atau di mana-mana saja, kita aktifkan pemikiran penyelidikan tampak. Kadang-kadang dalam proses mengaktifkan pemikiran tersebut kita akan merangsangkan otak sehingga terpantul idea spontan. Dengan menggunakan buku lakaran kita hendaklah segera melakarkan cadangan minda spontan tersebut. Jika kita biarkan minda atau fikiran spontan tersebut berlalu, kemungkinan besar idea tersebut akan hilang Projek Rupa 2 dimensi Terdapat berbagai jenis definasi rupa. Pengkajian ini menumpukan terhadap rupa

negatif, rupa positif dan rupa kabur (ambiguous). Rupa negetif atau positif terhasil melalui pembentukan garisan luar (outline) sesuatu subjek. Garisan luar yang membentuk sempadan sesuatu kawasan yang kemudiannya bertemu dengan titik asal telah membentuk suatu kawasan rupa. Sifat rupa tidak berjisim sebaliknya berlaku secara satah permukaan mendatar atau ruang mendatar (flat space) . Sebagai contoh apabila cahaya matahari menyinari badan kita, bayang yang terbentuk hasil dari lindungan kita tersebut adalah rupa.Sementara badan kita yang berjisim tersebut dinamakan bentuk. Rajah 1 : Rupa Positif dan Rupa negatif Rajah 1 disebelah adalah contoh rupa seperti penjelasan diatas. Rupa hitam berlatar belakangkan putih dikenali sebagai rupa positif. Sementara rupa putih diatas latar belakang hitam dikenali sebagai rupa negatif. Untuk menghasilkan rupa yang baik terutamanya bagi pelajar baru kaedah melukis gariasan luar melalui pengamatan ditekankan. Ini disebabkan dengan mengambil subjek rujukan sebenar (contohnya daun) proses penelitian garisan kontur luar sehelai daun dilakukan. Ilmu pengamatan adalah perlu untuk proses ini supaya kadar banding dan skala sehelai daun tersebut dilukis dengan betul. Lagi pula proses melukis subjek sebenar akan melatih pemerhati memantapkan skil. Ada pelajar mengambil jalan mudah dengan membuat tekapan gambar daripada buku. Kaedah tekapan ini akan membantutkan usaha anda untuk memantapkan skil. Dalam ilmu rekaan kita mesti mantapkan skil terlebih dahulu barulah kita boleh mengambil jalan lain. Pemilihan subjek rujukan yang baik, unik dan berkarekter juga penting. Untuk menghasilkan komposisi yang baik semestinya bermula dengan subjek yang baik dan unik. Bahkan subjek rujukan yang unik akan menjana motivasi kita untuk menghasilkan komposisi dan peraturan estetik yang menarik.

Rupa Kabur (ambiguous) Rupa kabur terbentuk hasil dari dua tindanan rupa asas. Rajah disebelah menunjukan subjek rujukan seperti daun dan tetikus misalnya di tindan diatas garisan grid berpusat membentuk beberapa rupa negatif dan positif baru. Rupa baru yang dihasilkan tersebut bersifat kabur dari kontek latar belakang dan latar hadapannya. Mata pemerhati ditipu misalnya dalam seranting daun terdapat beberapa satah rupa yang dikaburkan latar hadapan dan latar belakangnya. Bahkan latarbelakang dan hadapannya diundurkan dan dikehadapankan. Proses mengundurkan dan menghadapankan latar menyebabkan mata kita tidak dapat membezakan mana satu latar hadapan dan mana satu latar belakangnya. Rupa kabur digunakan secara menyeluruh didalam bentuk estetika kesenian Islam. Beberapa contoh rupa kabur

Posted by ASAS SENI VISUAL at 5:27 PM

Related Documents

Rupa Dan
October 2019 26
Dijamantna Rupa
May 2020 14
Seni Rupa Rani.docx
December 2019 37