Rukun Haji

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rukun Haji as PDF for free.

More details

  • Words: 458
  • Pages: 5
RUKUN HAJI Setiap rukun haji di bawah mestilah dilakukan jika tidak haji seseorang itu tidak sah. Sila klik untuk makluman lanjut. NIAT Niat mengerjakan haji mengikut jenis haji: HAJI TAMATTU' DAN HAJI IFRAD Lafaznya :

Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala HAJI QIRAN Lafaznya :

Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah dan aku berihram dengan kedua-duanya kerana Allah Taala WUKUF

MAKSUD WUKUF Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan. WAKTU WUKUF Bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah. WAKTU AFDAL WUKUF Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah SYARAT BERWUKUF Telah berihram dengan niat haji Seorang yang ahli beribadat (Tidak Gila/Tidak Mabuk/Tidak Hilang Akal Sepanjang Masa) Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf AMALAN-AMALAN SUNAT BERWUKUF Sembahyang berjemaah Bertalbiah Berdoa Berzikir Membaca al-Quran Sembahyang-sembahyang sunat TAWAF

PENGERTIAN TAWAF Mengelilingi Kaabah dengan syarat-syaratnya. SYARAT-SYARAT TAWAF Suci daripada hadas Suci badan/pakaian/tempat tawaf daripada najis Menutup aurat Bermula pada sudut Al Hajar Aswad, berniat tawaf jika Tawaf Qudum/Wada'/Sunat/Nazar Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan Berjalan bertujuan tawaf, bukan tujuan lain Cukup 7 kali keliling dengan yakin Dilakukan dalam Masjid haram dan di luar Hijir Ismail/Syazarwan JENIS-JENIS TAWAF Tawaf Rukun Tawaf Qudum (Selamat Datang) Tawaf Wada' (Selamat Tinggal) Tawaf Sunat Tawaf Nazar SUNAT-SUNAT TAWAF Berjalan kaki Berittiba' bagi Tawaf yang diiringi dengan Sa'ei (lelaki) Melakukan Ramal (berlari-lari anak bagi tawaf yang diiringi dengan Sa'ei ) (lelaki) Istilam Hajarul Aswad dan mengucupnya / Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya Membaca zikir dan doa Berturut-turut 7 kali pusingan Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk Sembahyang sunat Tawaf SA'EI

PENGERTIAN SA'EI Berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah SYARAT-SYARAT SA'EI Dilakukan selepas Tawaf Rukun/Tawaf Qudum Bermula di Bukit Safa, berakhir di bukit Marwah Cukup 7 kali dengan yakin. Dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa Hendaklah sampai ke penghujung Sa'ei di Safa dan Marwah Hendaklah Sa'ei di Batnul Wadi (tempat yang termaklum) Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Sa'ei SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'EI Keluar ke temapt Sa'ei melalui Babussafa Menaiki Bukit Safa/Marwah hingga sampai batu-batu bukit Mengadap qiblat dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda lampu hijau atau tiang hijau Muwalat (berturut-turut) Suci dari hadas kecil dan besar Berjalan kaki Berdoa Kedudukan Safa dan Marwah

BERCUKUR/BERGUNTING

PENGERTIAN BERCUKUR/BERGUNTING Bercukur atau bergunting semasa mengerjakan haji CARA MELAKSANAKANNYA Mencukur rambut di kepala bagi lelaki atau menggunting rambut di kepala sekurang-kurangnya 3 helai bagi lelaki atau perempuan MASA DAN TEMPAT Selepas melontar Jamratul Aqabah di Mina PERHATIAN Amalan bercukur atau bergunting selepas melontar Jamratul Aqabah dinamakan sebagai Tahallul Awal TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN

Related Documents

Rukun Haji
December 2019 30
Rukun & Wajib Haji
October 2019 22
Rukun
November 2019 34
Haji
August 2019 70
Haji
November 2019 66
Haji
June 2020 45