Rokok Oh Rokok...

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rokok Oh Rokok... as PDF for free.

More details

  • Words: 989
  • Pages: 3
Dalam satu pameran kesihatan, ditunjukkan dua replika bahagian dada manusia yang memfokuskan pada paru-paru dan jantung. Satunya menunjukkan paru-paru dan jantung yang berwarna merah manakala yang satu lagi berwarna cokelat kehitaman di samping beberapa tanda yang tidak normal. Sudut yang lain pula ditampal beberapa gambar kanser, penyebabnya dan kesan beberapa penyakit yang sukar diubati bersama statistik kematian. Semua itu merujuk kepada rokok yang dihisap kebanyakan penduduk dunia tanpa mengira latar belakang dan kedudukan geografi. Rokok merupakan komoditi yang menguntungkan banyak pihak. Ia meliputi pengeluar, pengimport, perunding perniagaan, ejen pemasaran dan pemilik premis yang menjualnya, tidak mengira saiz premisnya. Yang sudah tentu rugi ialah siapa yang menghisapnya. Kajian saintifik dan klinikal mendedahkan bahawa rokok mengandungi pelbagai jenis racun yang mampu menyebabkan penyakit kronik seperti kanser paru-paru, sakit jantung dan punca kecacatan bayi dalam kandungan. Malangnya, golongan perokok sememang tidak pernah ambil pusing dengan implikasi yang bakal dihadapi. Janji dapat sedut asap dari jenama kegemaran...puas!. Golongan perokok terbahagi kepada dua iaitu prokok aktif dan perokok pasif. Perokok aktif ialah mereka yang menyedut asap rokok terus dari puntungnya. Perokok pasif ialah sesiapa sahaja yang berdekatan dengan perokok aktif ini tetapi terpaksa menyedut asap dari puntung rokok perokok aktif. Perokok pasif lebih berisiko mendapat penyakit kerana mereka tidak menggunakan penapis asap. Asap yang sampai ke hidung mereka disedut terus masuk ke kerongkong dan akhirnya paru-paru. Secara tak langsung, perokok aktif dilihat kurang berisiko kerana pengeluar rokok telah meletakkan penapis asap (filter) di dalam setiap batang rokok. Perokok tegar mampu menghabiskan dua kotak rokok sehari atau lebih. Hujung jarijemari yang berwarna kekuningan menunjukkan betapa kuatnya kesan bahan kimia di dalam rokok. Warna gigi bertukar kepada kuning cokelat. Gusi dan bibir mulut tidak lagi merah muda sebaliknya berwarna kehitaman atau kelabu gelap. Pendek kata, kita boleh katakan mereka sebagai ‘rokok berjalan’ sebab semua tanda yang ada pada mereka ada kaitan dengan rokok. Sebagai contoh, seorang pemandu kereta memandu sambil merokok. Biasanya kereta tidak akan bergerak laju. Sekurang-kurangnya tingkap sebelah pemandu dibuka supaya asap rokok dapat keluar. Sebelah tangan pegang rokok, sebelah lagi pegang stereng. Bila tiba di persimpangan lampu isyarat, pemandu ini akan jadi kelam-kabut kena tukar gear dan tekan brek. Rokok terpaksa dipegang dengan mulut. Ketika asyik ‘menikmati’ asap rokok, fikiran akan menerawang. Katalah kenderaan di hadapan tiba-tiba membrek atau berhenti, sempatkah pemandu ini mengawal keretanya? Kalau pun tiada masalah di jalanraya, ke mana pula dibuangnya puntung rokok itu? Jalanraya yang jadi tong sampah, bukannya dalam kereta sendiri. Kalaulah masih ada bara api di hujung puntung rokok dan jatuh ke atas lalang atau rumput kering, kebakaran boleh berlaku. Kalau tak terbakar pun, pemandu ini telah membuang sampah merata-rata! Seorang penjual yang merokok sambil menjual makanan dan minuman di warungnya pula mengabaikan tahap kebersihan maksima ketika mengendalikan makanan. Selalu juga kita lihat sebelah tangan pegang rokok, sebelah lagi mencedok makanan atau lauk. Tidakkah kita rasa itu perbuatan yang agak kotor? Sanggupkan kita keluar dari warung itu dan cari kedai lain yang

lebih bersih?. Apalgi jika di warung itu ada ‘kaki dam’ yang begitu asyik melayan papan dam diselangi gelak ketawa rakan-rakan sealiran. Asap rokok berkepul-kepul naik ke udara macam hutan terbakar. Malangnya, tak ramai yang kisah. Paling kurang masuk akal ialah doktor pun hisap rokok. Mereka ambil peluang merokok dalam tandas ketika tidak merawat pesakit atau waktu rehat. Sepatutnya merekalah yang menasihati orang ramai supaya jangan merokok atau mencari jalan untuk membuang tabiat merokok selama-lamanya. Harapkan pagar, pagar makan padi. Tetapi, perangai paling tak senonoh perokok ialah merokok di dalam tandas ketika buang air, tak kira kecil atau besar. Hinggakan bulan puasa ada kaki ponteng puasa merokok dalam tandas selepas ‘membedal’ sebungkus nasi, nak hilangkan loya tekak. Sudahlah tak puasa, merokok pula dalam tandas. Tandas itu rumah syaitan, boleh lagi mereka melepas gian merokok. Kenapalah mereka ini tak ambil peluang dalam bulan puasa untuk berhenti merokok atau paling tidak, mengurangkan tabiat yang tidak baik itu. Boleh tak kalau nak berhenti merokok? Memang boleh dan telah terbukti tabiat yang membazir ini boleh dihentikan. Cuma, perlu keazaman yang kuat dan mengikut cara yang betul. Sepupu penulis mula merokok ketika di sekolah menengah dan berterusan hingga melepasi usia remaja. Setelah menyedari bahawa tidak faedahyang diperolehi selain membazirkan wang dan memudaratkan kesihatan, beliau nekad berhenti merokok secara drastik. Setiap kali selepas makan, rokok akan diganti dengan gula-gula, kacang atau makanan ringan lain. Sungguhpun pada awalnya agak menyiksakan, akhirnya beliau berjaya berhenti merokok dan kini menjalani kehidupan dengan lebih sihat. Bagaimanapun, Islam dipercayai terlebih dahulu mempelopori kaedah berhenti merokok dengan berpuasa. Contohnya pada bulan Ramadhan, orang Islam tidak boleh merokok pada siang hari kerana boleh membatalkan puasa. Hakikatnya, ramai orang Islam yang merokok (yang masih kuat iman sahaja) dapat menahan diri dari merokok. Hanya selepas buka puasa baru boleh merokok. Nah, puasa hanya permulaan. Kenapa tidak mereka yang merokok ini jadikan perkara ini sebagai titik tolak untuk berhenti merokok dan seterusnya menguatkan azam untuk terus berhenti. Sebenarnya tidak ada bukti saintifik atau klinikal yang membuktikan faedah merokok. Sebaliknya, banyak ditemui kesan-kesan buruk akibat merokok hingga meragut nyawa. Justeru itu, firman Allah s.w.t di dalam al-Quran, surah ... ayat .... yang mafhumnya berbunyi “...dan janganlah kamu campak diri kamu ke dalam kebinasaan..”. Sungguhpun ayat asalnya tidak menyebutkan secara jelas bentuk kebinasaan yang dinyatakan itu, kita boleh mengatakan bahawa merokok juga salah satu bentuk kebinasaan yang boleh dijangka kepada diri, kewangan dan persekitaran kita. Rokok hanya menyebabkan penyakit, asapnya mencemar udara, puntungnya menjadi sampah, api puntung rokok boleh menyebabkan kebakaran dan bau rokok boleh melekat pada pakaian serta tubuh badan. Kesimpulannya, orang yang merokok ini ialah orang yang pentingkan diri sendiri”. Mereka tidak kisah dengan persekitaran mereka asalkan dapat merokok. Perokok tegar kadangkadang masih minta rokok ketika sedang nazak di pembaringannya. Di mana-mana kita boleh melihat oang merokok kecuali satu tempat, iaitu lubang kubur! Bila dah mati, sudah tiadalah

peluang merokok. Kerajaan terpaksa berbelanja jutaan ringgit semata-mata ingin menyedarkan masyarakat tentang bahaya rokok. Sayangnya hanya segelintir yang waras sahaja yang menjadikan inisiatif kerajaan ini sebagai pembakar semangat untuk mengatakan TIDAK kepada rokok.

Related Documents

Rokok Oh Rokok...
May 2020 28
Rokok ????
June 2020 31
Rokok
July 2020 29
Rokok
July 2020 25
Rokok
October 2019 33
Rokok
June 2020 27