Jenis-jenis Ikan Makan di Taman Mini Akuaponik
1) Ikan Gurame Ikan gurame adalah ikan yang berasal dari perairan Indonesia dan hidupnya di air tawar iaitu berasal dari Pulau Sumatera,Kalimantan dan Jawa. Ikan gurame merupakan salah satu menu makanan yang disukai sebahagian besar masyarakat di Indonesia, walaupun harganya cukup tinggi. Di samping itu, di negaranegara lainnya gurame juga sering dipelihara dalam akuarium atau di dalam akuaponik Ikan ini merupakan keturunan Helostoma dan bangsa Labyrinthici, berasal dari perairan daerah Sunda (Jawa Barat,Indonesia), dan menyebar ke Malaysia, Thailands, Ceylon dan Australia. Pertumbuhan ikan gurame agak lambat dibanding ikan air tawar jenis lain. Di Indonesia, orang Jawa menyebutnya gurami, Gurameh, orang Sumatra ikan kalau, kala, kalui, sedangkan di Kalimantan disebut Kalui. Orang Inggris menyebutnya “Giant Gouramy”, karena ukurannya yang besar boleh mencapai berat 5 kg.
Jenis-jenis Gurame
True Gourami (Osphronemus goramy) Garis-garis hitam pada sisi tubuh mereka lama kelamaan akan memudar seiring pertumbuhannya. Gurame dewasa dapat tumbuh hingga ukuran 70cm dengan berat badan 8kg.
Elephant Ear Gourami (Osphronemus exodon) Gurame jenis ini hidup di sepanjang sungai mekong yang menyusuri Thailand, Kamboja dan Laos. Memiliki ciri khas bentuk tubuh yang lebih lebar dibanding jenis gurame lainnya dan terdapat bintik hitam di dekat ekor.
Ikan Gurame Betina
Dahi meninjol. Dasar sirip dada terang gelap kehitaman. Dagu putih kecoklatan. Jika diletakkan pada tempat datar ekor hanya bergerak-gerak. Jika perut distriping tidak mengeluarkan cairan.
Ikan Gurame Jantan
Dahi menonjol. Dasar sirip dada terang keputihan. Dagu kuning. Jika diletakkan pada tempat datar ekor akan naik. Jika perut distriping mengeluarkan cairan sperma berwarna putih.
Untuk akuaponik bagi ikan Gurame harus menggunakan kolam terbuka yang mendapat cahaya matahari yang cukup, jadi ia tidak sesuai untuk tangki ikan tertutup. Suhu yang diperlukan untuk ikan ini berkembang adalah kira-kira 25 darjah-28 darjah celsius. Dalam membeli benih kapur yang baik harus lebih dari setahun dan beratnya kira-kira 100gram. Untuk makanan keperluan Ikan Gurame perlu menggunakan makanan seperti pelet sebanyak satu perempat daripada jumlah makanan, sisanya biasanya berupa daun daunan seperti talas, pohon, dan kangkung. Ikan ini terdedah kepada penyakit kulat, jika anda melihat sebahagian ikan Gurame yang dijangkiti penyakit perlu segera memisahkan dan rendam dengan air garam selama satu jam.
2) Ikan Keli Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis.
Jenis-Jenis Ikan Keli
Ikan keli Kayu (Clarias batracus) Tergolong dalam ikan air tawar
Ikan keli Limbat (Clarias nieuhofi) merupakan sejenis ikan Keli liat yang hidup dalam kawasan belukar atau semaksamun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. Ikan Keli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara.Ikan keli limbat dipercayai pupus sama sekali berikutan tidak ada kawasan tanah sawah terbiar seperti pada 1960-an dan 70-an.
Induk Keli Jantan
Bentuk tubuh yang mantap, mulut membulat, berwarna cerah dan tidakcacat.Pada umur minima satu tahun boleh mencapai berat diantara 150-250gram.Induk bukan dari jenis yang sama.Induk memiliki tidak balas terhadap makanan, tahan kepada penyakit dan cepat sembuh.
Induk Keli Betina
Kepala lebih kecil, mulut membulat, perut lebar, berbentuk tubuh yang mantapdan tidak cacat .Beratnya mencapai 150-250 gram apabila berumur melebihi satu tahun.Induk bukan dari jenis yang sama.Induk memiliki tindak balas terhadap makanan, tahan kepada penyakit dan cepat sembuh.
Ikan Keli berkembang dengan baik pada suhu antara 25-28 darjah Celsius dan pH 6.5 hingga 9. Ikan keli boleh hidup dalam keadaan air yang kotor atau kurang oksigen, dengan syarat air tidak tercemar oleh bahan kimia.
Kolam dengan sistem peredaran / air larian dengan ketinggian 0.75 m, isi dengan 200 ekor / m2, dan 75 ekor / m2 jika air tidak mengalir. Kolam dengan sistem peredaran / air yang beroperasi dengan ketinggian 1.25 m, isi dengan 300 ekor / m2 dan 150 ekor / m2 jika air tidak mengalir. Untuk memberi makan ikan keli adalah mudah, terutamanya jika ikan tangkapan anda telah digunakan untuk jangka masa yang panjang dan mengandungi banyak plankton sebagai makanan semulajadi, atau anda hanya menyediakan sisa yang mengandungi banyak protein haiwan pada ikan keli.
3) Ikan Tilapia Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekalisekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia.
Jenis-Jenis Ikan Tilapia Ikan Tilapia Merah Tilapia merah yang dihasilkan oleh Jabatan Perikanan Thailand. Tilapia NIFI juga dikenali sebagai Tilapia Merah Thailand. Ciri-ciri Tilapia NIFI Cenderung mempunyai keturunan yang dominan jantan. Cepat membesar berbanding Tilapia merah lain hasil daripada keturunan yang dominan jantan. Mudah dijual kepada pelanggan lantaran warna dan isinya yang agak tebal.
Ikan Tilapia Chitralada keturunan dari Tilapia yang dihadiahkan oleh Raja Jepun kepada Raja Bhumibol Thailand pada tahun 1965. Ikan tersebut dipelihara di dalam perkarangan istana Chitralada, lantas terhasillah nama Tilapia Chitralada yang terkenal sehingga kini. Ciri-ciri Tilapia Chitralada Tahan lasak kepada kepadatan kolam yang tinggi. Cepat membesar kepada saiz 250gram dalam masa 3 ke 4 bulan tetapi tumbesaran mulai perlahan pada saiz 500gram pada umur 6 bulan. Benih ikan yang mempunyai peratusan hidup yang tinggi berbanding Tilapia lain.
Induk jantan o mempunyai 2 lubang iaitu: lubang A adalah saluran pembuangan najis dan lubang B sebagai saluran pembuangan urin dan perembesan sperma. o mempunyai warna yang lebih terang da menarik berbanding dengan induk betina. o bahagian sirip dorsal induk jantan mempunyai sirip dorsal yang panjang mencecah pada bahagian sirip kaudal berbanding induk betina.
Induk betina o melalui “genital papilla” terdapat 3 lubang di mana lubang A saluran pembuangan najis;lubang B sebagai saluran telur dan lubang C ialah saluran urin.
Ikan Tilapia sangat cepat dalam pertumbuhannya dengan kualiti air yang baik dan bersih serta terbebas dari bahan kimia berbahaya, kandungan garam pada air kolam jangan melebihi 35 ppt/ml dan pH air sekitar 5 hingga 7. Apabila anda menggunakan kolam galian baru, sebelum kolam diisi air dalam jumlah besar, isi kolam setengahnya biarkan tergenang selama sekitar 57 hari dan diganti air baru, agar zat beracun pada semen, terpal atau tanah dapat hilang.
RUJUKAN https://www.kopi-ireng.com/2016/03/fakta-fakta-mengenai-ikan-gurame-yang.html https://www.facebook.com/notes/bandung-nsoe/ikan-gurame/350355615006112/ http://edukanal.com/jenis-ikan-aquaponik-dan-tanaman/ http://padanghuma.blogspot.com/2010/08/spesis-pendatang-ikan-talapia.html https://www.hmetro.com.my/agro/2017/07/242251/kombinasi-akuakultur-hidroponik