Rene Descarte

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rene Descarte as PDF for free.

More details

  • Words: 1,673
  • Pages: 13
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TOKOH FALSAFAH : RENE DESCARTES

NAMA : NORADIBAH HANIM BINTI MOHD NASIR NO . MATRIK : JEA 080079 NAMA PROF : DR . AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Pendahuluan

Falsafah dan Logika mempunyai takrifan yang terperinci dan begitu meluas . Kursus ini adalah bertujuan melatih kemahiran berfikir dimana kita dapat menggunakan akal , hati / kalbu , pancaindera , dan deria dengan baik . Falsafah juga boleh difahami sebagai bentuk penyelidikan , pemerhatian , dan kefahaman yang mendalam kepada sesuatu kewujudan dan idea – idea falsafah dan logika . Bidang ini juga memerlukan keupayaan menganalisis , mensintesis dan mengkritis data . Hal ini bermaksud sesuatu data itu perlu dihuraikan , kemudian menggabungjalinkan , dan akhirnya dinilai kebenarannya .

Kajian yang dilakukan ini adalah berkaitan salah seorang tokoh falsafah barat yang terkemuka iaitu Rene Descartes . Beliau terkenal dalam pelbagai bidang . Beliau juga merupakan pencipta falsafahnya sendiri dan juga merupakan pengikut aliran falsafah . Kajian tentang falsafah beliau penting kerana falsafah dan idea yang dikeluarkan masih lagi digunakan dan dibuat rujukan .

Pengenalan

Rene Descartes dilahirkan pada 31 Mac 1596 . Beliau dilahirkan di La Haye , France . Nama bapa beliau ialah Joachim Descartes iaitu seorang caunselor di Parlimen . Beliau mendapat pendidikan awal di Jesuit College of Henri IV , La Fleche di Anjou . Beliau mempelajari bidang sastera , matematik dan sains ketika disana semenjak berumur lapan tahun (1606) . Pada tahun 1614 , beliau sambung belajar dalam jurusan sivil dan Cannon Law di Poitiers . Sejurus itu , beliau menerima tauliah sarjana dalam Law Aside dari Law Degrees . Beliau meluangkan lebih masa mempelajari falsafah , ilmu tentang ketuhanan dan perubatan . Pada tahun 1637 , beliau menerbitkan geometri yang dikenali sebagai “Cartesian Geometry” . Oleh disebabkan ketokohan beliau , beliau pernah digelar Pengasas Falsafah Moden dan Bapa Matematik Moden . Beliau telah meninggal dunia pada 11 Febuari 1650 , ketika berusia 54 tahun akibat penyakit pneumonia .

Falsafah Rene Descartes

Rene Descartes merupakan salah seorang ahli falsafah barat moden . Beliau dikenali sebagai ahli falsafah , ahli matematik dan ahli sains yang terkenal . Ketinggian ilmu telah melibatkan beliau dalam pelbagai bidang ilmuwan , misalnya bidang pendidikan , falsafah , pengiraan , dan sebagainya . Descartes adalah salah satu pemikir utama dalam Revolusi Saintifik dan Dunia Barat . Beliau banyak mengeluarkan falsafahnya sendiri dan juga menjadi pengikut aliran falsafah . Beliau mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang sains dan matematik serta banyak menyumbang dalam bidang ini sehinggakan beliau mendapat pelbagai gelaran . Beliau turut dihormati dengan mempunyai system koordinat Cartes yang digunakan dalam geometri satah dan algebra .Beliau turut dikenali sebagai Cartesius . Sebagai pereka system koordinat Cartes dan mengasaskan geometri analisis , satu penghubung antara algebra dan geometri adalah amat penting dalam rekaan kalkulus dan analisis . Rene menjelajah dari utara ke selatan eropah pada tahun 1619 – 1628 , dan beliau akhirnya menerangkan bahawa beliau mempelajari “the book of the world” . Ketika di Bohemia (1619) , beliau telah mencipta geometri analitis , kaedah menyelesaikan geometri masalah algebra dan algebra masalah geometrical . Di dalam matematik , system koordinat Cartes adalah satu system yang menilai satu titik secara unik di dalam satu satah menerusi dua nombor , biasanya dikenali sebagai koordinat – x atau koordinat – y satu titik . Bagi mentakrifkan titik itu dua garis lurus yang beserenjang (paksi-x dan paksi-y) ditentukan bersama – sam dengan

unit panjang yang ditandakan pada kedua – dua paksi (lihat rajah 1) . Sistem koordinat Cartesian ini juga digunakan dalam ruang (yang mana tiga koordinat digunakan ) dan di

dalam dimensi yang lebih tinggi .

Rajah 1 - Sistem Koordinat Cartesian. Empat titik ditandakan: (2,3) diwarnakan hijau, (-3,1) merah, (-1.5,-2.5) diwarnakan biru dan (0,0), asalan, diwarnakan kuning. Dengan menggunakan sistem koordinat Cartes , bentuk – bentuk geometri (sebagai contoh lengkungan ) digambarkan oleh persamaan algebra , dinamakan persamaan dipuaskan oleh koordinat –koordinat titik yang terletah di atas bentuk berkenaan , contohnya bulatan berjejari dua mungkin boleh digambarkan oleh persamaan x2 + y2 = 4

Rajah 2 - Sistem Koordinat Cartesian bulatan dengan berjejari 2 berpusatkan asalan diwarnakan merah. Persamaan bulatan adalah x2 + y2 = 4.

Dalam geometri , beliau memberikan pendedahan analitis geometrinya . Beliau juga melengkapkan sistem yang dicipta oleh Francois Viete untuk menggambarkan kuantiti berangka yang pada mulanya hanya diketahui sebagai a,b,c,.... namun tidak diketahui sebagai x,y, z.....dan segiempat , kiub ,sebagainya . Perkara ini lebih memudahkan pengiraan algebra berbanding sebelumnya . Descartes dipaksa untuk menerbitkan ideanya

, antaranya ialah La Dioptrique , La Geometries dan Les Meteors . Merujuk buku yang dikeluarkan Descartes , beliau lebih memilih kepuasan dalam memperoleh ilmu pengetahuan daripada yang dikatakan oleh logik Aristotle . Buku – buku yang diterbitkan ini lebih menghendaki keupayaan akal fikiran bagi mendapatkan idea baru dan menyelesaikan sesuatu masalah . Misalnya buku – buku yang dihasilkan menggunakan

pendekatan pemerhatian dan menjalankan eksperimen bagi mengekalkan kesahihan ilmu yang dikeluarkan .

Namun begitu , terdapat idea – idea yang dikeluarkan Descartes dikritik . Hal ini disebabkan oleh berlainan pendapat antara tokoh – tokoh pemikir . Misalnya dalam buku yang diterbitkan iaitu Les Meteors , buku tersebut menerangkan tentang meteorologi dan kepentingan mengkaji cuaca pada dasar saintifik . Idea ini dianggap mempunyai kesalahan , dan diuji kaji melalui eksperimen yang didemonstrasikan oleh Roger Bacon . Roger Bacon percaya bahawa air yang telah dimasak akan membeku dengan lebih cepat . Namun begitu Descartes mempunyai pendapat yang berbeza serta alasan yang tersendiri . Rene Descartes merupakan seorang tokoh yang menggunakan akal dengan sebaiknya . Beliau mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara . Sikapnya yang tidak mudah menyerah kalah dan berpegang pada kata – katanya membuatkan beliau disegani ramai . Hal ini dapat dibuktikan melalui perungkapannya yang jelas menggambarkan diri nya , iaitu “ I think , therefore i’am . (cogito , ergo sum ) .

Selain pengasas dalam falsafah matematik , Rene descartes juga merupakan salah seorang pengikut utama aliran falsafah . Aliran falsafah yang diikiuti adalah Rasionalisme . Aliran falsafah ini turut disokong oleh tokoh – tokoh lain seperti Baruch Spinoza dan Gottfried Leibniz . Namun begitu , aliran ini mendapat tentangan aliran fikiran empirisisme yang disokong oleh Thomas Hobbes , John Locke , George Berkeley dan David Hume . Aliran falsafah Rasionalisme merupakan aliran falsafah yang lebih

mementingkan kredibiliti fakulti akal berbanding yang lain . Rasionalisme menyatakan bahawa segala ilmu pengetahuan tentang alam ini diperolehi melalui fakulti akal , bukannya melalui pengalaman , perasaan , imbasan mahupun hati / kalbu . Fahaman ini berpendapat bahawa sekurang – kurangnya sebahagian ilmu manusia bersumber daripada akal tanpa bantuan deria lain iaitu pancaindera , hati / kalbu dan deria . Rasionalisme mendapat pegangan utuh semase di tangan Descartes , pemikir falsafah moden Barat , khususnya berkaitan dengan konsep ilmu sehingga epistimologi menjadi tumpuan kajian falsafah . Epistimologi merupakan kajian tentang ilmu pengetahuan . Pendekatan Descartes menjadi ikutan beberapa ahli falsafah ternama dalam pemecahan soal bagaimana akal bekerja sebagai alat yang menghasilkan ilmu . Sebilangan ahli falsafah yang telah dipengaruhi itu dikenali sebagai “kesangsian radikal “ . Menurut Descartes , kebenaran adalah sesuatu yang kukuh ,tidak boleh hancurkan dan tidak goyah kerana kebenaran adalah berdasarkan fakta dan bukti yang jelas . Kebenaran tidak boleh ada kesangsian , jika terdapat kesangsian dalam akal , maka idea tersebut perlu ditolak .

Namun begitu , aliran falsafah rasionalisme ini mendapat tentangan dari aliran falsafah lain , iaitu empirisisme . Golongan Empiris menolak pegangan golongan rasional kerana berpendapat bahawa ilmu yang berasaskan rasional tidak mampu menghasilkan sesuatu yang baru , sebaliknya ilmu melalui empiris dapat menghasilkan sesuatu yang belum diketahui . Aliran falsafah empirisisme lebih mengutamakan kredibiliti pancaindera , kerana bagi mereka ilmu itu lebih mudah diperolehi melalui pengalaman , cerapan , mahupun imbasan . Namun begitu , saya lebih memihak kepada aliran yang

dipilih oleh Descartes . Hal ini kerana , dalam alam semesta ini , terdapat juga sesuatu benda yang bukan hanya mampu diukur berdasarkan pancaindera . Kaedah pancaindera , terutamanya penglihatan sering menipu mata manusia . Selain itu , asas perkara seperti ruang , masa , logik dan matematik , tidak semua boleh dialami melalui pengalaman . perkara – perkara ini memerlukan keupayaan akal fikiran .

Penutup

Secara tuntasnya , falsafah adalah satu bidang penyelidikan yang mendorong kita mencari jawapan yang sahih dan benar secara menyeluruh . Berdasarkan pernyataan di atas , jelas membuktikan bahawa Rene Descartes adalah tokoh falsafah yang mempunyai luas pandangan dalam bidang ilmu pengetahuan . Beliau juga seorang tokoh yang berkeyakinan tinggi . Selama penglibatan beliau dalam bidang – bidang ilmuwan ini terdapat beberapa hasil karya yang telah berjaya dihasilkan dan dijadikan rujukan tokoh falsah sehinnga kini .Antara hasil karyanya ialah , Discourse on The Method of Rightly Conducting the Feason and Seeking Truth in the Sciences , Meditations on First Philosophy , Principia Philosophiae , dan The Passion of the Soul . Oleh itu , setiap pendapat dan pandangan ahli falsafah ini perlu di ambil kira dan hasil – hasil karyanya perlulah di gunakan sehingga generasi seterusnya . Hal ini kerana setiap karyanya

merupakan khazanah ilmu yang amat beharga dan mungkin tidak dapat diperolehi dari generasi lain .

Lampiran

Petikan kata falsafah •

Rene Descartes , Principles of Philosiphy :

“ If you would be real seeker after truth , it is necessary that at least once in your life you doubt , as far as possible , all things .” •

Rene Descartes , Discourse on Method

“ It is not enough to have a good mind . The main things is to use it well “ •

Rene Descartes , Discourse on Method ( thought )

“ I think , therefore I am . “ Gambar – gambar beliau .

Bibliografi

Awang Sariyan . 2007 . Falsafah dan Logika Melayu . Selangor : Synergate Sdn Bhd .

Hashim Musa . 1998 . Falsafah dan Logika Melayu . Kuala Lumpur . Akademi Pengajian Melayu .

Descartes , Rene . 1954 . The Geometry of Rene Descartes . New York : Dover .

http://en.wikipedia.org/wiki/Ren_Descartes

http://www.renedescartes.com

Related Documents

Rene Descarte
October 2019 43
Rene
November 2019 27
Rene
June 2020 12
Rene Cisneros
June 2020 9

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48