Refleksi Sdp.docx

  • Uploaded by: Jia Hui Tan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Refleksi Sdp.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 823
  • Pages: 3
1.0 PENGENALAN Persembahan yang mengaplikasikan elemen seni visual, muzik dan pergerakan yang akan saya nilai ialah PdP yang mengajar tentang pecahan. Mula-mulanya, guru menyanyikan lagu pecahan dan diikuti dengan murid nyanyi lagu pecahan bersama-sama guru. Seterusnya, guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan dan mengagihkan satu papan pecahan dan 2 gambar bulatan kepada setiap kumpulan. Selepas itu, guru memberi penerangan tentang konsep pecahan. Kemudian, guru meminta setiap kumpulan untuk mengguntingkan satu perdua pada bulatan dan kemudian mengguntingkan satu perempat. Selepas itu, setiap kumpulan akan mendapat satu kertas yang mempunyai satu pecahan. Murid-murid dikehendaki melekatkan bulatan yang telah dipotong mengikut pecahan yang dikehendaki pada papan pecahan. Aktiviti ini dijalankan sebanyak dua pusingan sebelum PdP tamat.

2.0 KEKUATAN Kekuatan persembahan ini adalah lagu sangat menarik dan sedap didengar. Lagu pecahan ini adalah diubahsuai daripada lagu kanak-kanak yang terkenal, yakni “Twinkletwinkel little star” dan liriknya diubahsuai menjadi lirik yang berkaitan dengan pecahan supaya murid-murid dapat sambil menyanyi lagu sambil belajar topik pecahan. Oleh sebab itu, lagu ini digubal dengan cemerlang. Selain itu, gambar bulatan yang dihasilkan oleh guru juga sangat menarik. Guru menghiaskan bulatan-bulatan menjadi lolipop, bola keranjang, tembikai, matahari, biskut dan juga softball. Hiasan-hiasan ini boleh menarik perhatian murid untuk mengetahui guru yang akan buat dengan bulatan yang cantik tersebut. Murid-murid kemudian akan mengetahui bahawa rupa-rupanya bulatan tersebut adalah untuk digunting bagi mewakili pecahan.

Seterusnya, kit persembahan ini sangat sesuai pada abad ke-21 kerana penglibatan aktif semua murid dalam kelas. Hal ini disebabkan aktiviti yang melibatkan kit persembahan ini dijalankan secara berkumpulan. Jika tiada penglibatan aktif antara semua murid, kit ini tidak berupaya untuk berfungsi dengan baik. Di samping itu, kit ini tidak begitu kompleks dan mudah difahami oleh murid-murid kerana hanya menggunakan mounting board dan dua keping bulatan untuk mereka mempelajari pecahan. Mereka mempunyai peluang dan ruang untuk mempelajari pecahan dengan menggunakan hands-on kerana bahan untuk membuat kit amat mudah dicari dan harganya juga amat murah.

Bukan itu sahaja, kit tersebut telah dilukis dengan bulatan yang mempunyai 4 bahagian. Hal ini akan memudahkan murid tahun 1 menguasai konsep pecahan. Memandangkan murid-murid sekolah rendah berada dalam peringkat operasi konkrit, maka mereka memerlukan bahan konkrit untuk membolehkan mereka memahami sesuatu. Berbanding dengan hanya mengimaginasikan 4 bahagian dalam satu bulatan, adalah lebih baik jika terdapat bulatan konkrit dan boleh dibahagikan kepada 4 bahagian dengan menggunting sendiri.

Kekuatanyang seterusnya ialah proses PdPc tersebut telah merangkumi seni visual, muzik dan pergerakan. Hal ini telah dapat menyeronokkan pelajar kerana pelajar tidak hanya membaca buku teks dan hanya menerapkan ilmu dalam buku teks sahaja. Mereka boleh sambil menyanyi lagu dengan pergerakan tangan sambil mempelajari konsep pecahan.

3.0 KEKURANGAN Namun, persembahan kit tersebut juga mempunyai kekurangannya. Salah satunya adalah proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) adalah kurang menarik. Hal ini kerana kemungkinan aktiviti PdPc kumpulan tersebut hanya melibatkan menggunting bulatan kepada pecahan dan melekat pecahan pada papan pecahan sahaja. Oleh itu, interaksi antara ahli kumpulan ataupun antara seluruh kelas adalah amat kurang. Selain itu, semasa guru menyanyikan lagu, beliau meminta semua murid supaya berdiri di tengah kelas dan berjabat tangan sambil menyanyi lagu bersama-sama. Walau bagaimanapun, kawasan tengah di kelas adalah amat sempit, jadi murid-murid tidak mempunyai ruang yang mencukupi dan menyebabkan suasana tidak begitu kondusif.

Selain itu, PdPc amat bosan kerana murid diberi kurang latihan untuk mengukuhkan konsep pecahan. Beberapa soalan yang dikeluarkan oleh guru dalah tidak mencukupi untuk membolehkan pelajar guru untuk mengingati konsep pecahan kerana latihan yang diberikan oleh guru adalah terhad. Kekurangan yang seterusnya adalah guru kurang menghias mounting board tersebut dengan pelbagai warna. Oleh itu, persembahan ini kurang menarik perhatian dan minat murid di samping menatijahkan murid-murid hilang tumpuan. Kekurangan yang berikutnya adalah guru tidak menyediakan soalan berfikir aras tinggi. Situasi ini menyebabkan tidak dapat mencabar pemikiran murid-murid kerana soalan yang diberi oleh guru hanya beraras rendah sahaja. Bukan itu sahaja, masa aktiviti juga amat pendek. Aktiviti

yang dirancang oleh guru juga amat terhad dan menyebabkan murid-murid berasa tidak mencukupi.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara cadangan untuk menambahbaikan persembahan kumpulan adalah dengan menjalankan PdPc dengan lebih menyeronokkan dan mempelbagaikan aktiviti PdPc. Contohnya, guru boleh menerapkan elemen pergerakan dalam aktiviti supaya murid-murid boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mendapat jawapan. Seterusnya, guru boleh menambah tahap cabaran aktiviti dengan menambah soalan yang lebih susah. Guru juga digalakkan supaya memperbanyakkan soalan tentang pecahan supaya memperkukuhkan pengetahuan mereka tentang pecahan. Lagu pecahan juga haruslah dinyanyikan satu kali lagi sebelum kelas ditamatkan. Hal ini sedemikian adalah untuk mengukuhkan ingatan murid tentang lagu tersebut dan lirik yang berkaitan dengan pecahan. Kelas juga boleh ditamatkan dengan suasana yang gembira dan meriah. Akhir sekali, guru boleh menghiaskan papan pecahan tersebut dengan pelbagai warna supaya dapat menarik perhatian dan minat murid. Modus operandi ini dapat mengelakkan murid untuk berasa bosan dan tertidur dalam kelas di samping membolehkan murid untuk memahami topik pecahan.

5.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, setiap persembahan kit mesti mempunyai kelebihan dan kekuranggannya. Kelebihan itu haruslah diteruskan dan kekurangan haruslah diperbaiki supaya dapat menghasilkan persembahan yang lebih sempurna pada masa yang akan datang.

Related Documents

Refleksi
June 2020 35
Refleksi
June 2020 30
Refleksi Cetakan.docx
October 2019 44
Refleksi...sup
April 2020 47
Andalas Refleksi
August 2019 29

More Documents from ""

May 2020 17
Refleksi Sdp.docx
May 2020 22
April 2020 17
November 2019 46
Penyalahgunaan Dadah.docx
November 2019 49
1 Introduction.pdf
June 2020 30