Refleksi Individu

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Refleksi Individu as PDF for free.

More details

  • Words: 345
  • Pages: 2
Refleksi Individu – Ruzita bt. Ashak Slot Pengajaran ( 20 minit ) Tema : Buah-buahan Komponen Kreativiti & Estetika Tarikh : 23 Julai 2009 ( Khamis ) Masa : 8.30 – 8.50 pagi ( 20 minit ). Sebelum : Saya telah diberi tugasan oleh pensyarah matapelajaran Pengajian Kurikulum dan Model Prasekolah ( PRA 3102 ) iaitu Pn. Vennila Veerappan untuk memilih satu slot pengajaran aktiviti kelas sebagaimana yang telah dirancangkan untuk dirakamkan secara individu. Setelah berbincang dengan rakan-rakan kumpulan yang lain , saya telah membuat keputusan untuk memilih Komponen Kreativiti & Estetika . Saya telah berusaha untuk menghasilkan slot pengajaran yang berkesan dengan meneliti, mencari dan memilih hasil pembelajaran,objektif,aktiviti-aktiviti yang melibatkan murid secara aktif,teknik-teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan serta alat bantu belajar yang menarik.Hasil Pembelajaran dan aktiviti yang pilih adalah murid dikehendaki menyanyi mengikut irama muzik sambil melakukan gerakan.Tajuk lagu yang saya pilih ialah Pak Johan Ada Dusun iaitu bertemakan buah-buahan.

Semasa : Pada 23 Julai 2009,Khamis jam 8.30 pagi saya pun memulakan slot pengambaran mengikut Rancangan Pengajaran Slot yang telah saya pilih.Segala persiapan dari segi susun atur kelas, bahan bantu belajar , muzik lagu Pak Johan Ada Dusun telah saya sediakan lebih awal lagi. Pada mulanya saya agak gementar kerana inilah pengalaman pertama saya membuat rakaman semasa sessi pengajaran pembelajaran.Saya juga agak bimbang jika murid-murid saya tidak memberikan kerjasama dan tumpuan kerana ini juga pengalaman pertama bagi mereka dan saya fikir ianya boleh menjejaskan objektif pembelajaran pada hari ini. Akan tetapi alangkah gembiranya saya , proses pengajaran pembelajaran berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang.Murid-murid kelihatan amat seronok melakukan aktiviti sepanjang sessi pengambaran dijalankan dan mereka telahmemberikan kerjasama yang baik.Ada juga beberapa murid tidak melibatkan diri secara aktif dan agak malu untuk menyanyi walaupun begitu saya cuba mendekati dan berdamping rapat dengan mereka. Selepas : Saya amat berpuashati dan gembira setelah selesai slot pengajaran tersebut.Objektif pembelajaran telah tercapai dan yang penting ianya berjalan lancar seperti yang dirancang dan muri-murid saya memberikan kerjasama yang cukup baik.Secara kesimpulannya sessi pengajaran pembelajaran akan lebih berkesan jika kita membuat perancangan dan persiapan dengan teliti dan terancang.Sekian Terima Kasih.

Related Documents

Refleksi Individu
June 2020 6
Refleksi
June 2020 35
Refleksi
June 2020 30
Individu
July 2020 23
Refleksi Cetakan.docx
October 2019 44