Rebutlah Kasih Sayang Allah

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rebutlah Kasih Sayang Allah as PDF for free.

More details

  • Words: 486
  • Pages: 1
Rebutlah Kasih Sayang Allah Si ibu sangat arif bahawasanya kasih sayang sangat-sangat diperlukan oleh naluri dan tujuannya berpesan kepada anak gadisnya agar kasih dari suami akan turun kepada anaknya. Dengan kasih sayanglah si isteri bersemangat untuk menghadapi apa jua beban rumahtangga yang berat-berat. Dia merebut kasih sayang dari suaminya dengan satu modal saja iaitu berbuat sesuatu yang disukai oleh suaminya dan menjauhkan sesuatu yang tidak disukai oleh suaminya. Begitu juga dengan kehidupan seorang pelajar. Pelajar akan merasa puas dengan apa yang dipelajarinya jikalau menerima kasih sayang dari gurunya. Dan untuk mendapatkan kasih sayang guru seseorang pelajar harus mempelajari adab dan tatasusila berhadapan dengan guru. Begitu juga apabila kita berhadapan dengan hidup dan keluarga. Seseorang itu akan merasa puas sekiranya ibu dan ayahnya memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka. Tanyalah diri kita sendiri, mengapa terlalu ramai manusia merebut kasih sayang daripada gurunya, mengapa terlalu ramai manusia merebut kasih sayang daripada ibu dan ayahnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayang daripada pemimpinnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayang daripada kekasihnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayang dari manusia yang lain. Mengapa tidak ramai manusia yang mahu merebut kasih sayang Tuhan sedangkan kasih sayang Tuhan itu lebih murni daripada kasih sayang yang diberikan oleh manusia. Kasih sayang Tuhan kekal abadi, kasih sayang sayang makhluk hanya sementara. Mengapa terlalu sedikit manusia berbuat atau beramal kerana merebut kasih sayang daripada Tuhan. Lihatlah betapa gigihnya seseorang itu sanggup bekerja untuk mendapatkan kasih sayang daripada pemimpinnya. Begitu juga lihatlah betapa gigihnya seorang kekasih yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi kekasihnya. Sedangkan dengan Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam, yang menjadikan kita, yang memberikan kita rezeki, kepandaian dan yang akan mematikan kita, kita buat tidak nampak sahaja. Ibadah kita cuai. Mungkin di antara kita ada yang tidak pernah bersembahyang dan pergi ke masjid. Sepatutnya kita bekerja lebih gigih untuk mendapatkan kasih sayang daripada Allah. Apabila kasih sayang Allah mencurah-curah, kita akan lebih bersemangat untuk belajar dan menghadapi segala rintangan kehidupan. Kalau kasih sayang sayang daripada guru kita sahaja menyebabkan kita bersemangat untuk belajar, maka jika kasih sayang daripada Allah s.w.t, lebih-lebih lagilah kita akan mendapat kekuatan dan kelapangan fikiran di dalam memahami setiap pelajaran yang akan diajarkan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa mengkoreksi diri kita, adakah telah selesai ibadah kita dengan Allah s.w.t daripada segi solatnya, dari segi penutupan auratnya atau dari segi adab dan tatasusila dengan guru, ibubapa, kawan-kawan dan manusia yang lain yang Allah perintahkan kepada kita untuk kita sempurnakan. Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberikan menfaat kepada manusia yang lain". Dan Allah s.w.t Taala berfirman di dalam Al Quran di dalam surah Al Baqarah, ayat 165 : "Dan mereka yang beriman itu, sangat kasih kepada Allah s.w.t." Rebutlah kasih sayang dari Allah, nescaya manusia akan mengasihi kita. Dan ingatlah, kasih kita kepada manusia hanya sementara, sedangkan kasih kita kepada Allah s.w.t itu kekal abadi dan membawa kebahagian di dunia dan selepas mati.

Related Documents

Rebutlah Kasih Sayang Allah
November 2019 30
Kasih Sayang
May 2020 19
Kasih Sayang
April 2020 19

More Documents from "zuhadisaarani"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31