Perkara yang boleh mengubah dosa kecil kepada dosa besar: 1-dosa yg dilakukan secara berterusan 2-memandang kecil sesuatu dosa 3-merasa gembira melakukan dosa kecil 4-menampakkan / mendedahkan dosa yg dilakukannya samada dgn bercerita atau sengaja melakukan dosa di depan org ramai 5-dosa org alim yg kemudiannya jadi ikutan org sabda rasulullah saw, "barangsiapa menjalankan perbuatan jahat maka dia harus menanggung dosanya dan dosa org org yang mengikutinya sama sekali tidak kurang dari dosa mereka itu." Perancangan Yahudi: -meruntuhkan khilafah Islamiyah -melalaikan shabab shabab Islam drp Al-Quran & Sunnah -memecahbelahkan kesatuan umat Islam -melemahkan bangsa arab -memulaukan tokoh tokoh Islam -menerapkan pemerintahan diktator -melemahkan umat Islam dari sudut ekonomi -menghancurkan wanita wanita Islam -menanamkan sifat ragu ragu dlm diri umat Islam terhadap Islam -menyebarkan cara hidup bebas RINDU KPD ALLAH sabda rasulullah saw, "sesiapa yg memberi krn Allah, menghalang kerana Allah, cinta kerana Allah, serta benci krn Allah, sesungguhnya telah sempurna imannya" rindu kpd Allah : sentiasa mengingati Allah dalam pelbagai cara samada dgn perbuatan, ucapan, secara zahir mahupun dalam hati. antara perkara yg boleh menyebabkan perasaan rindu kpd Allah (ibn Qayyum): -dgn membaca dan menghayati maksud serta pengertian ayat Al-Quran cthnya, bg pasangan yg bercinta, jika kita ingat kpd pasangan kita, semua pemberiannya spt surat, kad yg pernah dikirim kita buka dan baca semula, semakin kerap dibaca, semakin kuat rindu kpd orang itu. Allah sendiri menyebut, kitab Allah ini semakin kerap dibaca, semakin kita suka kpdnya. -melakukan perkara perkara sunat hadis Qudsi: seseorang hamba itu sentiasa mendekatkan diri kepadaku dgn melakukan amalan amalan sunat hingga Aku menyintainya. -utamakan kecintaan kpd Allah drpd keinginan hati kita -melihat kebaikan dan kasih sayang Allah serta nikmatNya yg zahir & batin -nantikan peluang di 1/3 mlm terakhir (bertahajjud kpd Allah dll) -jauhkan perbuatan yg boleh menjauhkan diri dgn Allah -mempunyai kekutan utk patuh kpd Islam, prihatin sesama mukmin, berjihad dan melakukan kebajikan serta amalan amalan sunat. tanda Allah cinta / rindukan hambaNya: sabda Rasulullah saw, "apabila Allah menyintai seseorang hamba itu , Dia akan memanggil Jibrail as dan memberitahu, wahai Jibrail, sesungguhnya Aku menyintai seseorang dan hendaklah kamu menyintainya.Dan Jibrail mencintai org itu.Kemudian Jibrail akan menyeru kpd penduduk langit terutamanya malaikat, sesungguhnya Allah menyintai seseorang itu, maka hendaklah kamu menyintainya.Dan seluruh penghuni langit menyintainya.Dan begitulah dia diterima serta disayangi oleh penduduk bumi" Hidupkan Jiwa Beramal: -khusyuk, ketika jasad menghadap Allah, hati juga tunduk menghadapnya. ketika jasad sujud menghina diri, hati turut menyungkur menghina diri. -faham apa yg dibaca.mulut menyebut, hati turut mengaku, memuji, merintih dan berserah kpdNya
-rasa diri hina dan kerdil.penuh harap agar diri yg berdosa diterima & diampunkan Allah -rasakan kebesaran dan kehebatan Allah.takut dan gerun dgn kekuasaannya. bila hati turut tertumpu padaNya dan terbawa bawa hingga di luar sembahyang, kita akan sentiasa menjaga akhlak. -rasa rindu dan ternanti nanti utk bertemu kekasih yg teragung -beramal semata mata krn berkhidmat sbg hamba, mengharap rahmat dan kasih sayangNya.bukan krn inginkan syurga atau takutkan neraka. -selesai sembahyang, datangkan rasa syukur.ingatlah kalau tidak dgn izinNya, amalan itu tidak dpt dibuat.rasakan amalan itu tidak sempurna dan merayu agar Allah sudi menerimanya. Nabi SAW bersabda, "Siapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu,lalu disembunyikannya, maka orang itu pada hari kiamat akan dikekang dengan kekangan api neraka." (Riwayat Abu Dawud & Attirmidzi)
Kisah Pembakar Roti. Diriwayatkan dari sebuah kitab, terdapat seorang wanita pembakar roti di zaman Nabi Isa (A.S.). Suatu hari sedang wanita tersebut membakar roti maka berkumandanglah panggilan untuk menyembah ALLAH SWT. Wanita tersebut dengan bingkas bangun dan meninggalkan roti yang sedang dibakar semata2 untuk mengadap ALLAH SWT yang Maha Besar. Dengan hati yang penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah menyembahkan diri di hadapan Tuhan yang Agung. Ketika itu datanglah syaitan yang menyamar seperti seorang perempuan dan berkata kepada wanita itu;"Sudah hangus agaknya roti engkau di tempat pembakaran." Jawab wanita itu; "Tuhan lebih baik dari roti itu." Syaitan berasa sangat putus asa kerana tidak berjaya menggoda wanita itu. Lalu syaitan itu mengambil anak wanita tersebut dan dicampakkannya ke dalam bara api. Tidak lama kemudian, suami wanita itu masuk dan didapatinya anaknya sedang bermain2 dengan bara api. Melihatkan kejadian yang pelik itu, suami wanita itu terus pergi berjumpa Nabi Isa (AS) dan menceritakan segala yang terjadi. Nabi Isa (AS) berkata;Bawa daku kepada anakmu. Setelah Nabi Isa (AS) melihat kanak2 tersebut sedang bermain2 dgn bara api maka beliau berasa amat takjub. Lebih-lebih lagi di celah-celah bara api itu tumbuh sebatang pohon delima dengan buahnya dan kanak2 itu menghisap buahnya. Bara api itu pun bertukar menjadi batu2 permata iaitu aked dan lukluk. Kanak2 itu bermain2 dengan gembira dgn batu2 permata itu. Lalu Nabi Isa (AS) menyuruh membawa isteri lelaki itu untuk mendapat kepastian. "Apakah pekerjaan yang kamu telah lakukan sehingga ALLAH SWT memuliakan kamu dengan kemuliaan ini?" Jawab wanita itu;"Aku selalu mengamalkan tiga perkara di dalam hidupku. Pertama, wuduk tidak pernah hilang daripada diriku melainkan aku memperbaharuinya kembali apabila batal. Kedua, aku selalu memikirkan orang mati diusung oleh orang hidup di kubur. Aku juga akan menemui nasib seperti mereka suatu hari nanti. Ketiga, hajat manusia akan aku cuba capaikan sedaya upayaku semata2 untuk mencapai keredhaan di sisi ALLAH SWT." Setelah Nabi Isa (A.S.) mendengar kata2 wanita tersebut, maka beliau berkata: "Inilah warisan para anbiya dan jikalau kamu lelaki nescaya aku akan naik saksi bahawasanya kamu adalah seorang Nabi. Tapi tidak ada nabi untuk perempuan".
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama.. tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak "Asyik Bismillah.. Bismillah.. sekejap sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya.. dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata.. "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat.. di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya.. ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah.. dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar... meskipun ribuan mata tidak melihatnya ...
Subject: [impianku] Kisah Ibu >Assalamualaikum w.b.t > > Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita >bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu >siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh >kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada >yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana >kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita. > >Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik>beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din >dan adik-beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi >hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan >roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, >tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga. > >Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa >dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasannya, ibu >beliau akan bersembang-sembang dengan jiran-jiran. Para jiran >tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi >ke rumah anak-anak, tidak pula. > >Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran mensyaki >sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian >menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawaban. >Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah >dan alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz >Harun Din dan kawannya telah pun meninggal dunia semasa dalam solat >Asar. > >Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, >apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati >jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid, >jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan >oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz >Harun Din ini. > >Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan >Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka.Dengan penuh >belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, >mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri >oleh Ustaz Harun Din. > >Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan >jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh >sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu >mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta >mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu, >sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak >terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan >jenazah ibu mereka itu. > >Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, >mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan
>tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman. >Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani >sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. > >Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita >sendiri.Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti >peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita >juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tandah >hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? > >Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang>orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, >tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti >zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa >dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita. >Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak >kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa >dan ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan >anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu >untuk diuruskan pengkebumian? > >Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau >bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang >telah kaku? Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita >sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang >sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama >yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang >beriman dan berguna kepada agama,bangsa dan negara, seperti >contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi. > >Wallahu'alam. > >Sekian. > >Sebenarnya ada seperkara lagi, Apabila manusia meninggal dunia, ada >empat perkara yang masih ada hubungan dengannya dan salah satunya >ialah anak-anaknya.Tanggungjawab anak masih belum habis >terhadap kedua-dua ibubapanya walaupun ibubapa mereka meninggal >dunia, Selepas meninggal dunia, hendaklah anak-anaknya yang >memandikan dan menyembahyangkannya. Dan selepas itu pula hendaklah >selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk >mereka. Disamping memelihara hubungan baik dengan saudara-saudara dan >sahabat-sahabatnya.Kalau kita buat perkara-perkara yang melanggar >syarak pun ibubapa kita juga mendapat habuan juga kerana dia yang >mendidik kita. > >Jadi siapa yg ibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah mereka dalam doa >selepas sembahyang dan selalulah berzikir utk mereka. Petikan ini >diterima dari seorang sahabat...renungkanlah agar kita mengambil >iktibar dari apa yang diceritakannya. > >Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh >hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku >membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan >pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi keperluaanku dan >permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan >untuk selama-lamanya. >
>Dapatkah anda bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik >ibuku dan aku telah terjumpa serangkap sajak yang terlipat sepi di >dalam laci mejanya. Sajaknya berbunyi begini. > >INILAH MASANYA > >JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU > >CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU > >KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH > >YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU > >CINTAILAH IBU SEKARANG > >SEMASA IBU MASIH HIDUP > >USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI > >KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN > >DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI > >JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU > >TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG > >JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI > >SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR > >KERANA KITA DIBATASI KELEMAHAN > >OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU > >WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU > >LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG > >SEMENTARA IBU MASIH HIDUP > >AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA > > > >Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab >aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah >aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering >menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi >aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. >Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian >memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan >urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku. > >Sekarang baru aku terpikir ............pernahkan rakan-rakanku >melayaniku seperti ibuku ? Aku tahu jawapanya. Apabila aku menelefon >ibu, aku sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku
>benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa >lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan >pengorbanan ibu yang diberikan untuk aku dan masa yang aku berikan >padanya serta banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari >tuanya berlalu begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti. > >Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan >bersalah.Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharap >kepada rakan-rakanku....insaflah dan mengambil iktibar dan >manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang >dilanda derita dan penyesalan.Renungkanlah dan fikir >fikirkanlah!!!!!.....pernah kita bertindak sedemikian ????? pernah >kita merasa kesal dengan tindakan kita itu ???????? andainya kita >pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah >sebelum terlambat Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah >telapak kaki ibu" .... mulia sungguh islam meletakkan wanita yang >bergelar ibu..... > >Sabda Rasulluh S.A.W : > >"Tiada seorang muda yang menghormati seorang tua, melainkan Allah >Ta'ala akan mentakdirkan seorang lain menghormatinya, apabila dia >menjadi tua pula" Kata-kata orang yahudi yang telah ditranslatekan : > > "Kami (orang yahudi) tidak takut kepada orang Islam > kecuali orang Muslim yang menunaikan solat Subuh di > Masjid sama ramainya dengan orang Muslim yang > menunaikan solat Jumaat". > >Assalamualaikum. > > >===== >Hiasilah diri kita dengan keimanan, >Bukan dengan keegoan.
Doa yang di makbulkan
1. Terasa sesuatu yang menakutkan 2. Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat-buat) 3. Terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa Disamping itu, doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah doa-doa orang yang dalam keadaan seperti berikut: 1. Orang yang terdesak 2. Orang yang kena zalim atau dizalimi 3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya 4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim.
*sayangi sebuah perkenalan kerana disitu terciptanya kemesraan.. kenangi sebuah perhubungan kerana disitu terciptanya kerinduan* CINTA Setiap individu yang berperasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap insan, dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta. Sabda Rasullulah s.a.w.: "Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni: Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain; mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka" (HR. Bukhari dan Muslim) Oleh yang demikian, Islam menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada agama, cinta kepada akidah, juga cinta kepada makhluk, sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami isteri sebagai sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNya. FirmanNya: "Dan di antara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari kalangan kamu sendiri, supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Dan dijadikanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sesungguhnya, yang demikian itu tanda bagi orang yang berfikir." (Ar-Rum: 21) Bagaimana perasaan ketakutan, keraguan dan sukar mengambil atau membuat ke[putusan ini wujud dalam diri seseorang? Ketakutan membuat keputusan ini sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada kita tanpa disedari. Perasaan ini adakalanya tersembunyi di sebalik alam bawah sedar kita dan ini amat menyulitkan kita untuk mengesan dan mengatasinya. Jelaslah bahawa cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam akidah orang mukmin, sama ada dalam kehidupan beragama, bersosial, mahupun kepercayaan. Selain itu, iman dalam Islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang. Rasulullah saw bersabda: "Demi Dzat yang diriku ada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna hingga kamu saling mencintai. Hendakkah aku tunjukkan kalian kepada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian." (HR Muslim) Dalam hadis di atas, Rasullulah s.a.w. menegaskan bahawa jalan menuju ke syurga bergantung kepada iman, dan iman bergantung kepada cinta. Maka cinta adalah syarat dalam iman, rukun dalam akidah, dan asas dalam agama. Cinta dalam Islam adalah kaedah dan sistem yang mempunyai batas. Ia adalah penunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak serta mencegah atau melindungi diri daripada dosa-dosa. Cinta dapat membimbing jiwa agar bersinar cemerlang, penuh dengan perasaan cinta dan dicintai. Sayangnya dalam konteks hari ini, cinta yang lahir sarat hawa nafsu dan menyimpang daripada matlamat yang murni. Saban hari kita didodoikan dengan lagu cinta dan dipertontonkan kisah cinta yang menghanyutkan kita ke dunia khayalan yang merugikan. Malah ramai yang menyalahertikan makna sebenar cinta, sehingga terdorong melampaui batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin.
Oleh yang demikian, renungilah sebentar hakikat kehidupan kita di sini. Sabda Rasullulah s.a.w.: "Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri." Juga sabda Rasulullah lagi, "Barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, maka hendaklah ia mencintai orang lain kerana Allah." (HR Hakim dari Abu Hurairah).
Assalamualaikum semua.... Sekadar renugn untuk kita, umat akhir zaman....
>5 Perusak Hati > > >Hati adalah pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia >rusak, rusak pula perbuatannya. Maka menjaga hati dari kerusakan adalah >niscaya dan wajib. > >Tentang perusak hati, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada lima >perkara, 'bergaul dengan banyak kalangan (baik dan buruk), anganangan >kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.' > >Bergaul dengan banyak kalangan > >Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak >teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang >buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan >rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai >keinginan mereka yang negatif. > >Dalam tataran riel, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan >kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya out put semacam ini, karena >motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih >banyak disebabkan oleh sesama manusia. Karena itu, kelak di akhirat, >banyak yang menyesal berat karena salah pergaulan. Allah berfirman: > >"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zhalim menggigit dua >tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan >bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak >menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah >menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang >kepadaku." (Al-Furqan: 27-29).
> >"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian >yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67). > >"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk >menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia >ini, kemudian di hari Kiamat sebagian kamu mengingkari sebagian (yang >lain) dan sebagian kamu melaknati sebagian (yang lain), dan tempat >kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para >penolong." (Al-Ankabut: 25). > >Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling >mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika >telah lenyap kepentingan tersebut, maka pertemanan itu akan melahirkan >duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat. > >Karena itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang >dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi >pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan ridha Allah. > >Larut dalam angan-angan kosong > >Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ia adalah lautan tempat >berlayarnya orang-orang bangkrut. Bahkan dikatakan, angan-angan adalah >modal orang-orang bangkrut. Ombak angan-angan terus >mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta senantiasa >mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan >bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan >rendah. > >Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangankan >menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin >mendapatkan harta kekayaan melim-pah, atau isteri yang cantik jelita. Tapi >itu hanya angan-angan belaka. > >Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka citacitanya >adalah seputar ilmu, iman dan amal shalih yang mendekatkan dirinya kepada >Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia >adalah tipu daya belaka. Nabi shallallahu alaihi wasallam memuji orang >yang bercita-cita terhadap kebaikan. > >Bergantung kepada selain Allah >
>Ini adalah faktor terbesar perusak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih >berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah. > >Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan >urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah >akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan >mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia >bergantung kepadanya. Allah berfirman, artinya: > >"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar >sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, >kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan >(pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu >akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82) > >"Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat >pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal >berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga >mereka." (Yasin: 74-75) > >Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia >seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah >laba-laba. Dan rumah laba-laba adalah rumah yang paling lemah dan rapuh. > >Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di >atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah >orang hina dan nista. Allah berfirman, artinya: "Janganlah kamu adakan >tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak >ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22) > >Terkadang keadaan sebagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka >yang dipaksa dengan kebatilan. Sebagian lagi terkadang tercela tapi >menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebagian lagi terpuji >dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam >kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka >dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, >yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong. > >Makanan > >Makanan perusak ada dua macam. > >Pertama , merusak karena dzat/materinya, dan ia terbagi menjadi dua >macam. Yang diharamkan karena hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing,
>binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang >diharamkan karena hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu >yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, baik karena paksaan, malu atau >takut terhina. > >Kedua, merusak karena melampaui ukuran dan takarannya. Seperti berlebihan >dalam hal yang halal, kekenyangan kelewat batas. Sebab yang demikian itu >membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan >perut untuk memenuhi hawa nafsunya. Jika telah kekenyangan, maka ia merasa >berat dan karenanya ia mudah mengikuti komando setan. Setan masuk ke dalam >diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan >menyumbat jalannya setan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah >dan membuat setan betah tinggal berlama-lama. Barangsiapa banyak makan dan >minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits >masyhur disebutkan: > >"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi >perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa >suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, >maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga >lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh >Al-Albani). > >Kebanyakan tidur > >Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan >membuat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada >yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang >paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan. > >Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut >malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di >pagi atau sore hari. Bahkan tidur pada sore dan pagi hari lebih banyak >madharatnya daripada manfaatnya. > >Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara shalat Shubuh dengan >terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategis. Karena
>itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk >ibadah, mereka tidak mau tidur pada waktu tersebut hingga matahari >terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan >dibagi-bagikannya rizki, saat diberikannya barakah. Maka masa itu adalah >masa yang strategis dan sangat menentukan masa-masa setelahnya. Karenanya, >tidur pada waktu itu hendaknya karena benar-benar sangat terpaksa. > >Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada >pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bagian akhir malam, >atau sekitar delapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada >dokter. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada >kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada >awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang >dibenci Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam . > >(Disadur dari Mufsidaatul Qalbi Al-Khamsah, min kalami Ibni Qayyim >Al-Jauziyyah/Abu Okasha Ainul Haris)