Rancangan Pembelajaran Pra Sekolah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rancangan Pembelajaran Pra Sekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 319
  • Pages: 2
RANCANGAN PEMBELAJARAN Tarikh : 21 Ogos 2008

Waktu : 9.00-10.00 pagi

Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Hari : Jumaat

Bilangan murid : 25/25 Tahap : pra sekolah Komponen : Kreativiti dan estetika Bidang : 2.1.4 mengenali warna-warna asas Tema : warna Tajuk : mewarna gambaran dengan warna-warna asas Bahan : Objektif : Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid – murid dapat : 1. Meningkat kemahiran mengingati warna-warna asas. 2. Mengaplikasikan warna-warna asas dalam kehidupan seharian. 3. Menghaslkan kolaj gambar buah – buahan mengikut warna yang betul. Penerapan nilai murni : Murid – murid bekerjasama antara pelajar semasa melakukan aktiviti kolaj dan mewarna. Keperluan : 1. BBM : Hasil kerja guru, lembaran kerja 2. ABM : Flash Card, Gambar buah-buahan, kertas warna, gam dan gunting 3. Sumber rujukan : a) Buku sumber Pendidikan pra sekolah b) Huraian sukatan Pelajaran pra sekolah

c) Rancangan Tahunan pra sekolah d) Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 2003 ). Kurikulum Prasekolah , Kementerian Pendidikan Malaysia. KBKK : Murid – murid dapat meningati warna-warna asas dengan teknik – teknik yang telah dipelajari. Set Induksi ( 5 minit ) Aktiviti guru: 1) Guru mengajak kanak-kanak untuk melihat gambar-gambar yang ditunjukkan. 2) Guru menunjukkan beberapa contoh objek yang bewarna. Aktiviti murid : 1) Kanak-kanak melihat objek yang ditunjukkan oleh guru. 2) Kanak-kanak menunjukkan gambaran yang ada di sekeliling mereka. Aktiviti guru ( 30 minit ) 1) Guru memberi kad warna secara rawak kepada setiap kanak-kanak. ( merah, biru dan kuning ) 2) Kemudian, guru meminta kanak-kanak duduk dalam kumpulan berdasarkan kertas warna yang mereka dapat. 3) Guru akan menyebut satu jenis warna dan kumpulan yang mempunyai warna tersebut, menunjukkan kad warna tersebut. 4) Kemudian, guru akan menyebut warna lain.( Ulang langkah 3 ) Aktiviti kanak-kanak: 1) Kanak-kanak akan mendapat kad warna daripada guru. 2) Kanak-kanak akan duduk di kumpulan masing-masing berdasarkan warna yang mereka perolehi. 3) Apabila guru menyebut satu jenis warna, kanak-kanak itu akan menunjukkan kad warna mereka.

Related Documents