R09jan26 - Khutbah Gerhana

  • Uploaded by: PURNAMA MERINDU
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View R09jan26 - Khutbah Gerhana as PDF for free.

More details

  • Words: 589
  • Pages: 5
MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA KHUTBAH GERHANA MATAHARI PADA HARI ISNIN 26 Januari 2009M / 29 Muharram 1430H Tanda Kebesaran Allah Dalam Fenomena Gerhana

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Marilah kita bertaqwa kepada Allah s.w.t. dengan sebenarbenar ketaqwaan. Laksanakan segala perintahNya dan jauhkan diri dari semua laranganNya. Hari ini kita telah sama-sama menyaksikan satu tanda kebesaran Allah s.w.t. Ia adalah peristiwa gerhana matahari. Saudara-saudara sekelian, Dalam hal ini Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 1

Ertinya: Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan tidak berlaku atas kematian seseorang atau kehiduapnnya. Jika kamu menyaksikan gerhana maka dirikanlah solat dan berdoalah kepadaNya. (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Jelas dari hadith di atas bahawa berlakunya gerhana tiada hubungan dengan kepercayaan manusia yang tidak kehidupan manusia di Bumi ini. Kita tidak seharusnya mempercayai perkara-perkara khurafat dan karut yang dipegang oleh mereka yang jahil tentang agama Islam. Gerhana berlaku sebagai satu tanda kebesaran Allah s.w.t, agar manusia merasa insaf atas segala kesalahan mereka dan mengagungkan Allah s.w.t. Tiada Tuhan melainkan Allah. Tiada yang mentadbir alam ini melainkan Allah s.w.t. Maka sudahkah kita sedar akan kekurangan dan kelemahan diri kita? Apakah usaha yang telah kita lakukan demi memperbaiki keadaan diri dan kehidupan kita?

Apakah kita tidak memikirkan akan kebesaran Allah ini? Sepertimana Allah berkuasa menggerakkan bulan sehingga 2

berlaku

gerhana,

begitu

juga

Allah

berkuasa

untuk

membangkitkan manusia untuk dihisab kelak.

Setiap

kejadian Allah merupakan rahmat kepada umat

manusia.

Kebesarannya

dalam

ciptaanNya

di

alam

ini

merupakan peringatan untuk kita bahawasanya Dialah satusatu pencipta yang perlu disembah dan diikuti. Sepertimana firman Allah SWT surah Al-Ana’am ayat 12:

                      ! "     2)  3 " -4  &  - 1 ' ! &*  + , - . / 0 #$  %  & '  ( ) 7 ,2#! 8 -2 1 / 52 / 52    6

Yang Maksudnya: Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi? Katakanlah: semuanya adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya Rahmat. Demi sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman. Maka bersegeralah kita mengambil iktibar dari fenomena gerhana ini. Tingkatkanlah iman kita dengan mengakaji kebesaran Allah melalui ciptaanNya. Dan segeralah kita 3

melakukan amal soleh serta melahirkan keihsanan dan kesejahteraan pada semua.

Saudara-saudara sekelian, Lihatlah kejadian gerhana ini. Lihatlah kehalusan pentadbiran Allah di alam semesta ini. Bulan yang bergerak mengelilingi Bumi, tidak berlanggar sedikit pun dengan Bumi. Lihatlah bintang-bintang yang bertaburan di langit. Siapakah yang mencipta mereka? Siapakah yang mengatur perjalanan mereka sehingga tidak berlanggar di antara satu sama lain? Siapakah yang menjadikan angkasa lepas begitu luas sekali sehingga dapat memuatkan berjuta-juta bintang?

Allah s.w.t! Allah sahajalah yang mencipta segala-galanya. Tuhan yang tiada sekutu bagiNya. Sesungguhnnya kejadian-kejadian yang berlaku di angkasa lepas ini adalah tanda kebesaran Allah bagi mereka yang berfikir, untuk mereka mengambil iktibar. Firman Allah s.w.t di dalam surah Ali Imran, ayat 190 dan 191 :

4

Ertinya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang adalah sebagai bukti dan tanda kekuasaan Allah, bagi orang-orang yang berfikir. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

5

Related Documents

Gerhana Matahar.doc
October 2019 19
Gerhana Matahari
November 2019 39
Risalah Gerhana
December 2019 30
Gerhana Matahar.doc
October 2019 30

More Documents from ""