P.vokasional - Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut

  • Uploaded by: Sekolah Portal
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View P.vokasional - Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut as PDF for free.

More details

  • Words: 1,819
  • Pages: 10
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

PENDANDANAN RAMBUT DAN PENJAGAAN MUKA

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2003.

1

Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM PENDAHULUAN Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini membekalkan murid dengan kemahiran dalam solekan dan rawatan muka serta dandanan dan rawatan rambut. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah persediaan murid sebagai tenaga kerja yang berketrampilan dalam menempuh alam pekerjaan di industri kosmetik dan kecantikan. Mata pelajaran ini merangkumi dua unsur utama iaitu penjagaan muka dan dandanan rambut. Dalam penjagaan muka, murid mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan beberapa jenis solekan muka, rawatan dan rawatan khas muka untuk kulit normal, berminyak, kering dan kombinasi. Dalam dandanan rambut pula, selain daripada pensyampuan, murid menguasai kemahiran beberapa jenis penggayaan, guntingan dan keriting rambut. Kemahiran ini juga termasuk rawatan, pewarnaan dan pelurusan rambut. Daya kreatif murid diberi penekanan dalam bidang penjagaan muka dan dandanan rambut. Di samping itu aspek pengiraan kos diberi penekanan semasa murid menjalankan amali. Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai kecenderungan dan minat menceburkan diri dalam institusi kecantikan. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperoleh, murid boleh menjalankan perniagaan sendiri, bekerja sebagai jurusolek dan pendandan rambut, sebagai tenaga pengajar atau perunding kecantikan selepas tamat persekolahan atau melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam kerja solekan dan rawatan muka, dandanan dan rawatan rambut dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam industri kosmetik dan kecantikan. OBJEKTIF Kurikulum Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut adalah untuk membolehkan murid : 1.

Menyolek muka waktu siang, waktu malam dan untuk majlis tertentu

2.

Membuat rawatan asas dan rawatan khas muka

3.

Mensyampu, menggaya, menggunting, mengeriting dan mengeset rambut

4.

Merawat rambut dan kulit kepala

5.

Mewarna dan meluruskan rambut

6.

Mereka cipta fesyen rambut yang kreatif untuk majlis tertentu

7.

Memilih, menyedia dan menggunakan alat dan bahan yang sesuai untuk penjagaan muka dan dandanan rambut

8.

Menguruskan kerja dengan baik dan mengamalkan langkah keselamatan dan kebersihan semasa melakukan tugas

9.

Membuat pengiraan kos dalam perkhidmatan penjagaan muka dan dandanan rambut

1

Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM 10.

Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi dengan berkesan.

ORGANISASI KANDUNGAN Mata pelajaran Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut diolah dalam lapan bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan kepada unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan senarai unit pembelajaran dalam lapan bidang pembelajaran ini adalah seperti berikut : 1.

Pengurusan Pengurusan salun dan tempat kerja yang sistematik diberi penekanan dalam bidang pembelajaran ini. Murid mematuhi dan mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti dan belajar cara memberi pertolongan cemas. Mereka dilatih cara menjaga kebersihan peralatan sebelum dan selepas digunakan serta cara menyimpan rekod rawatan. Di samping itu murid mengamalkan etika kerja, peraturan dan undang-undang kerja serta berusaha memelihara alam sekitar dalam institusi kecantikan. 1.1

1.2

2.

Pengurusan salun a.

Langkah keselamatan

b.

Pertolongan cemas

c.

Pensterilan

d.

Penyimpanan rekod rawatan

Pengurusan di tempat kerja a.

Pengurusan yang baik

b.

Etika dan budaya kerja

c.

Peraturan dan undang-undang kerja

d.

Pemeliharaan alam sekitar dalam industri

kecantikan

Solekan Muka Murid menguasai kemahiran solekan muka pada waktu siang, waktu malam dan untuk majlis tertentu. Mereka melakukan kerja solekan muka dengan mengikut prosedur mulai dengan analisis kulit muka, persediaan peralatan dan bahan, pembersihan, penyegaran dan pelembapan muka. Di samping itu murid dilatih membuat pengiraan kos mengikut jenis solekan muka. 2.1

2.2

Solekan muka waktu siang a.

Analisis kulit muka

b.

Persediaan peralatan dan bahan

c.

Pembersihan muka

d.

Penyegaran muka

e.

Pelembapan muka

f.

Prosedur menyolek muka

g.

Pengiraan kos

Solekan muka waktu malam

2

Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM

2.3

3.

a.

Analisis kulit muka

b.

Persediaan peralatan dan bahan

c.

Pembersihan muka

d.

Penyegaran muka

e.

Pelembapan muka

f.

Prosedur menyolek muka

g.

Pengiraan kos

Solekan muka untuk majlis tertentu a.

Bentuk muka

b.

Persediaan peralatan dan bahan

c.

Pembersihan muka

d.

Penyegaran muka

e.

Pelembapan muka

f.

Prosedur menyolek muka

g.

Pengiraan kos

Rawatan Asas Muka Murid memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran memberi rawatan asas pada muka yang berjenis kulit normal, berminyak, kering dan kombinasi. Mereka mempraktikkan proses rawatan yang berbeza dan sesuai mengikut jenis kulit muka. Di samping itu murid membuat pengiraan kos mengikut jenis kulit muka. 3.1

3.2

Rawatan asas muka untuk kulit normal a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Pembersihan muka

c.

Urutan muka

d.

Pupur muka

e.

Penyegaran dan pelembapan muka

f.

Pengiraan kos

Rawatan asas muka untuk kulit berminyak a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Pembersihan muka

c.

Pengewapan muka

d.

Pengeluaran bintik

e.

Urutan muka

3

Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM

3.3

3.4

4.

f.

Pupur muka

g.

Penyegaran dan pelembapan muka

h.

Pengiraan kos

Rawatan asas muka untuk kulit kering a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Pembersihan muka

c.

Pengewapan muka

d.

Pengeluaran bintik

e.

Urutan muka

f.

Pupur muka

g.

Penyegaran dan pelembapan muka

h.

Pengiraan kos

Rawatan asas muka untuk kulit kombinasi a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Pembersihan muka

c.

Pengewapan muka

d.

Pengeluaran bintik

e.

Urutan muka

f.

Pupur muka

g.

Penyegaran dan pelembapan muka

h.

Pengiraan kos

Rawatan Khas Muka Murid memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran memberi rawatan khas muka dengan menggunakan peralatan rawatan. Mereka mempraktikkan proses pemilihan rawatan khas dengan menggunakan alat frekuensi tinggi, alat sedut vakum dan mesin galvanik. Murid juga membuat pengiraan kos mengikut jenis rawatan khas 4.1

Rawatan khas muka kulit berminyak menggunakan alat frekuensi tinggi terus a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Pembersihan muka

c.

Pengewapan muka

d.

Pengeluaran bintik

e.

Rawatan frekuensi tinggi terus

f.

Urutan muka

g.

Pupur muka

h.

Penyegaran dan pelembapan muka

i.

Pengiraan kos

4

Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM 4.2

4.3

4.4

5.

Rawatan khas muka kulit kering menggunakan alat sedut vakum a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Pembersihan muka

c.

Pengewapan muka

d.

Pengeluaran bintik

e.

Rawatan sedut vakum

f.

Pupur muka

g.

Penyegaran dan pelembapan muka

h.

Pengiraan kos

Rawatan desinkrustasi menggunakan mesin galvanik a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Pembersihan muka

c.

Pengewapan muka

d.

Pengeluaran bintik

e.

Rawatan desinkrustasi

f.

Urutan muka

g.

Pupur muka

h.

Penyegaran dan pelembapan muka

i.

Pengiraan kos

Rawatan iontoforesis menggunakan mesin galvanik a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Pembersihan muka

c.

Pembersihan muka dengan skrub

d.

Pengewapan muka

e.

Pengeluaran bintik

f.

Rawatan iontoforesis

g.

Urutan muka

h.

Pupur muka

i.

Penyegaran dan pelembapan muka

j.

Pengiraan kos

Pensyampuan dan Penggayaan Rambut Dalam bidang pembelajaran ini, murid menguasai kemahiran mensyampu, mengeset dan menggayakan rambut. Mereka mempraktikkan beberapa teknik pengeringan dan penggayaan rambut serta pengiraan kos. 5.1

Pensyampuan rambut

5

Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM

5.2

5.3

5.4

5.5

5.6

5.7

a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Prosedur mensyampu rambut

c.

Pengiraan kos

Pengeringan dan penggayaan rambut dengan cara tiup kering a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Teknik meniup kering dan menggayakan rambut

c.

Pengiraan kos

Pengeringan dan penggayaan rambut dengan cara kering sendiri a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Teknik kering sendiri dengan menggunakan alat elektrik

c.

Pengiraan kos

Penggayaan rambut dengan pengetak elektrik a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Teknik menggayakan rambut dengan pengetak elektrik

c.

Pengiraan kos

Penggayaan rambut dengan pengikal elektrik a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Teknik menggayakan dengan pengikal elektrik

c.

Pengiraan kos

Set dan penggayaan rambut a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Teknik membahagi dan menggulung rambut

c.

Pengeringan rambut

d.

Teknik memberus dan menggaya rambut

e.

Pengiraan kos

Penggayaan rambut dengan sanggul a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Prosedur mengeset rambut

c.

Pembahagian rambut

d.

Teknik menyikat songsang

e.

Prosedur membuat sanggul

f.

Pengiraan kos

6

Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM

5.8

6.

Penggayaan rambut dengan jalinan a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Prosedur menjalin rambut

c.

Pengiraan kos

Guntingan dan Keriting Rambut Murid menguasai kemahiran menggunting rambut mengikut stail selapis, lapisan terhad dan berlapis. Mereka juga mempraktikkan teknik mengeriting rambut melalui cara keriting dingin asas dan keriting susuk. Di samping itu murid membuat pengiraan kos mengikut jenis guntingan dan keriting rambut. 6.1

6.2

6.3

6.4

Guntingan rambut stail selapis a.

Persediaan peralatan

b.

Pembahagian rambut

c.

Pengguntingan stail selapis

d.

Penggayaan stail rambut

e.

Pengiraan kos

Guntingan rambut stail lapisan terhad a.

Persediaan peralatan

b.

Pembahagian rambut

c.

Pengguntingan stail lapisan terhad

d.

Penggayaan stail rambut

e.

Pengiraan kos

Guntingan rambut stail berlapis a.

Persediaan peralatan

b.

Pembahagian rambut

c.

Pengguntingan stail berlapis

d.

Penggayaan stail rambut

e.

Pengiraan kos

Keriting dingin (cold waving) asas a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Prosedur mengeriting rambut

c.

Penggayaan stail rambut

d.

Pengiraan kos

7

Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM 6.5 Keriting susuk (body perm)

7.

a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Prosedur mengeriting rambut

c.

Penggayaan stail rambut

d.

Pengiraan kos

Rawatan, Pewarnaan dan Pelurusan Rambut Dalam bidang pembelajaran ini, murid menguasai kemahiran merawat rambut dan kulit kepala jenis normal, berminyak, kering dan berkelemumur. Murid juga mempraktikkan prosedur mewarna dan meluruskan rambut. Pengiraan kos dibuat untuk setiap jenis perkhidmatan. 7.1

7.2

7.3

7.4

Rawatan rambut dan kulit kepala jenis normal a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Analisis rambut dan kulit kepala

c.

Prosedur merawat rambut dan kulit kepala jenis normal

d.

Penggayaan stail rambut

e.

Pengiraan kos

Rawatan rambut dan kulit kepala jenis berminyak a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Analisis rambut dan kulit kepala

c.

Prosedur merawat rambut dan kulit kepala jenis berminyak

d.

Penggayaan stail rambut

e.

Pengiraan kos

Rawatan rambut dan kulit kepala jenis kering a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Analisis rambut dan kulit kepala

c.

Prosedur merawat rambut dan kulit kepala jenis kering

d.

Penggayaan stail rambut

e.

Pengiraan kos

Rawatan rambut dan kulit kepala berkelemumur menggunakan arus frekuensi tinggi terus a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Analisis rambut dan kulit kepala

c.

Prosedur merawat rambut dan kulit kepala berkelemumur

d.

Penggayaan stail rambut

8

Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM e. 7.5

7.6

8.

Pengiraan kos

Pewarnaan rambut dengan pewarna kekal a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Ujian kulit

c.

Prosedur mewarna rambut dengan pewarna kekal

d.

Penggayaan stail rambut

e.

Pengiraan kos

Pelurusan rambut a.

Persediaan peralatan dan bahan

b.

Prosedur melurus rambut

c.

Penggayaan stail rambut

d.

Pengiraan kos

Keusahawanan dan Projek Kerjaya Murid merancang perniagaan yang mudah dan mengenal pasti peluang kerjaya yang terdapat dalam industri komestik dan kecantikan. Mereka mempraktikkan teknik berkomunikasi dengan berkesan dan membuat keputusan. Di samping itu mereka dapat menonjolkan ciri keusahawanan dan daya kreativiti melalui projek kerjaya. 8.1

8.2

Keusahawanan a.

Kemahiran berkomunikasi

b.

Kemahiran membuat keputusan

c.

Rancangan perniagaan

d.

Agensi yang membantu usahawan

e.

Promosi perkhidmatan

f.

Peluang kerjaya dalam industri kecantikan

Projek kerjaya a.

Rawatan muka

b.

Rawatan rambut dan kulit kepala

c.

Peragaan fesyen rambut dan solekan

9

Related Documents


More Documents from "RUNI INDRIANI"

B.cina-tahun 1 - 2
October 2019 32
Muzik - Kbsm (ting 4 - 5)
October 2019 46
B.cina-tahun 4 - 4
October 2019 31
B.cina-tahun 5 - 2
October 2019 39
B.cina-tahun 5 - 3
October 2019 35