PSIKOLOGI PERKEMBANGAN MANUSIA NAMA : ERWAN SHA BIN HABINULLAH NO MATRIK: D20152072240
RUMUSAN
1) Perkembangan Otak, Tubuh Badan Dan Kemahiran Motor (Kanak-Remaja).
Berdasarkan dengan tajuk diatas dapat disimpulkan bahawa adalah perkembangan otak kanak-kanak hingga dewasa adalah berbeza. Hal ini kerana kanak-kanak akan mengalami pertumbuhan otak yang cepat berbanding remaja. Perkembangan otak pada usia ini berbeza antara belahan otak kanan dengan belahan otak kiri, dimana belahan otak kiri lebih berkembang penuh. Perkembangan otak ini berpengaruh terhadap kecenderungan penggunaan salah satu tangan yang dominan dibanding yang lainnya. Kanak –kanak lelaki lazimnya lebih cenderung bertangan kidal dibandingkan dengan kanak-kanak perempuan. Perkembangan otak pada masa kanak-kanak bermula dengan pertumbuhan struktur, khususnya lobus frontal. Lobus ini terletak di bagian depan otak bawah tengkorak yang berfungsi antara lain untuk perencanaan, penalaran, penilaian sosial, etika, dan pengambilan keputusan. Tahap perkembangan otak juga terbahagi kepada 5 tahap iaitu tahap embrio,tahap emosi(0-3thn),tahap berfikir(4-8thn),tahap spiritual(9-16thn) dan tahap aplikasi (17 tahun keatas). Manakala perkembangan tubuh badan bagi kanak-kanak ialah purata berat bayi sihat yang baru dilahirkan ialah tiga kilogram. Berat badan bayi bertambah dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak. Kebanyakan bayi bertambah bertambah berat badan sebanyak satu kilogram pada akhir bulan pertama, kadar pertumbuhan pada tempoh ini dianggap paling cepat. Pada usia 6-12 tahun ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahirankemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya. Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran. Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja, pertumbuhan paling utama sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pada ketika inilah pertumbuhan mula memuncak dan kesedaran orientasi seksual mula wujud.
Seterusnya ialah perkembangan kemahiran motor pada kanak-kanak ialah motor halus dan motor kasar. Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut. Contoh aktiviti motor halus ialah bermain pasir, mengikat tali kasut, memasang butang baju, mengguna sudu dan garpu, membentuk objek dari plastisin, memotong kek atau mainan plastisin, melekatkan gambar, menggunakan ‘mouse’ komputer, menulis nama, melorek atau mewarna gambar. Bagi motor kasar pula ialah melibatkan kebolehan kanak-kanak untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak-kanak juga akan cuba untuk memijak secara tetap. Aktiviti ini akan menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga akan cuba menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk memastikan mereka dapat memanjat. Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Aktiviti seperti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka juga akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di atas palang, atau semasa memanjat. Bagi perkembangan psikomotor remaja pula ialah biasanya kemahiran bagi remaja perempuan ialah 13 hingga 14 tahun. Selepas usia ini kemahiran jasmani remaja perempuan akan berkurangan. Manakala bagi remaja lelaki perkembangan psikomotor akan berterusan. Oleh itu, rancangan untuk latihan jasmani yang betul dapat membantu pembentukan pergerakan dan pembinaan kemahiran.
2) Perubahan Psikologi Remaja
Secara kesimpulanya, menurut psikologi, remaja adalah suatu periode transisi dari masa awal anak anak hingga masa awal dewasa, yang dimasuki pada usia kira kira 10 hingga 12 tahun dan berakhir pada usia 18 tahun hingga 22 tahun.Masa remaja bermula pada perubahan fizikal yang cepat, pertambahan berat dan tinggi badan yang dramatis, perubahan bentuk tubuh, dan perkembangan karakteristik seksual seperti pembesaran buah dada, perkembangan pinggang dan kumis, dan dalamnya suara. Pada perkembangan ini, pencapaian kemandirian dan identiti sangat menonjol.Remaja dewasa awal ialah 10 hingga 14 tahun, dewasa pertengahan ialah 15 hingga 17 tahun, dewasa akhir ialah 18 hingga 21 tahun. Masa remaja sering dianggap sebagai masa storm & stress, masa yang penuh tekanan dan konflik, masa harus dilakukannya penyesuaian diri, masa percintaan, masa pemisahan diri dari masyarakat dan kebudayaan orang dewasa. mereka akan sering berhadapan dengan apa yang disebut sebagai trial and error. Emosinya juga sangat sensetif dan boleh melibatkan fizikal. Apa yang dirasakan oleh remaja pada suatu saat tertentu boleh dirasakan sebagai perasaan yang sangat mendalam. Ianya Penting juga bahawa segala sesuatu yang “abnormal” tetapi sebaliknya itulah yang normal bagi remaja. Hal ini demikian, remaja akan memberontak jika dikekang, membangkang jika keinginanya tak tercapai. Selain itu, antara ciri emosi remaja ialah mudah keliru dan mudah marah atau memberontak. Remaja yang mempunyai ciri-ciri ini adalah remaja yang mengalami tarikan heteroseksual (tarikan antara remaja yang berlainan kelamin) melalui pendampingan mereka dengan remaja lain. Pada zaman remaja adalah puncak wujudnya perasaan cinta, perasaan ini membawa pengertian bahwa mereka menganggap dan menggambarkan individu yang dicintai itulah yang paling ideal, mempunyai watak, sahsiah atau ciri-ciri yang memikat hati remaja. Perasaan romantis remaja mempunyai pengaruh mendalam kepada hidup mereka. Perasaan romantis ini mendorong remaja menulis dalam diari peribadi. Penulisan diari peribadi adalah ciri yang menunjukkan pengasingan diri dan keupayaannya untuk menguraikan mengenai dirinya di samping keinginannya untuk lari daripada gelisah melanda dirinya. Remaja akan mencatatkan peristiwa harian terutama bagi menggambarkan perasaannya sama ada perasaan cinta, kecewa dan gembira.