Protel Step By Step In Bahasa Melayu

  • Uploaded by: saM aS
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Protel Step By Step In Bahasa Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,922
  • Pages: 16
PENGENALAN KEPADA SOFTWARE PROTEL 99SE FOR SCHEMATIC

Memulakan penggunaan perisian Protel 99SE untuk litar schematic. Setelah tetingkap window dipaparkan. •

Klik ‘Start Programs Protel 99SE trial Protel 99SE’

Memulakan New Design Database Kesemua design document akan disimpan dalam satu fail di Microsoft Access Database. Untuk memulakan design: •

• •

Klik menu ‘File New Design’ Masukkan nama fail design dalam ‘Database File Name’. Jika tidak, fail akan disimpan sebagai ‘MyDesign.ddb’. Tentukan lokasi fail disimpan dalam ‘Database location’ supaya mudah untuk capaian.

Melukis litar skematik • • •



Right Click pada folder, satu menu akan dipaparkan Klik New, satu tetingkap New Document akan dipaparkan. Kemudian pada tetingkap, pilih Schematic Document. Satu tetingkap yang memaparkan helaian skematik baru dipaparkan.

Anda boleh menulis nama fail yang dikehendaki. Klik kanan pada fail Sheet1.sch. Tekan rename dan masukkan nama yang dikehendaki.

Adding/Removing Component Library Adding dan removing component library bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk memilih komponen yang dikehendaki untuk melukis litar nanti. • • • • •

Daripada tab ‘Browse Sch’, pastikan ‘Library’ dipilih. Kemudian, klik ‘Add/Remove’, satu tetingkap ‘Change Library File List’ akan dipaparkan. Klik pada ‘Library file name’ yang dikehendaki dan klik ‘Add’ untuk tambah senarai pada ‘Selected Files’. Apabila selesai memasukkan library, klik OK. Pada tab ‘Browse Sch’, akan dipaparkan senarai library yang telah dipilih. Pada setiap library, terdapat senarai komponen yang boleh dipilih. Untuk membuang senarai library yang tidak dikehendaki,klik pada butang Add/Remove. Pada tetingkap ‘Change library File List’, klik pada ‘Selected Files’ fail yang tidak dikehendaki. Kemudian tekan butang Remove. Apabila selesai tekan OK. Senarai baru akan dipaparkan pada tetingkap ‘Browse Sch’.

Tab ‘Browse Sch’

Library

Senarai komponen

rajah komponen

Placing Component/Editing Component Bahagian ini bertujuan untuk memilih dan menempatkan komponen yang dikehendaki pada helaian skematik. • • • • •



Pilih komponen yang dikehendaki dari senarai library. Di bawah panel senarai komponen, dipaparkan rajah komponen tersebut. Komponen yang bersesuaian boleh dipilih berdasarkan ciri yang dipaparkan (jumlah pin, active high/low). Kemudian, klik pada komponen yang dikehendaki dari panel senarai komponen. Klik butang Place dan klik kiri tetikus sekali lagi untuk menempatkan komponen tadi dalam helaian skematik. Klik kanan tetikus untuk membatalkannya. Untuk mengubah kedudukan komponen tersebut, klik tanpa lepas pada komponen tersebut dan gerakkannya pada kedudukan yang dikehendaki. Untuk mengalihkan komponen tersebut pada arah yang berlainan (rotate), tekan kekunci ‘space bar’ pada keyboard. Jika komponen yang dicari tidak dijumpai, klik butang Find pada bahagian Browse Schematic.

• Terdapat beberapa cara untuk memadamkan komponen pada skematik: • • •

Klik sekali pada komponen tersebut. Kemudian tekan kekunci ‘delete’ pada keyboard. Daripada menu ‘Edit  Delete’. Kemudian klik kanan tetikus pada mana-mana komponen yang tidak diperlukan dan kiri tetikus untuk membatalkannya. Untuk memadam lebih daripada satu komponen, select semua komponen yang hendak dipadam, kemudian tekan kekunci ‘Ctrl’ dan ‘Delete’ secara serentak. Kesemua komponen yang dipilih akan dipadamkan.

**TIPS** Apabila memilih komponen, komponen akan dihighlightkan dengan warna kuning. Oleh itu, untuk menghilangkan highlight tersebut, tekan butang X tanpa lepas dan diikuti dengan A.



Jika komponen yang dicari tiada di dalam library, anda boleh mencari dengan menekan butang Find.

• • • •

Satu tetingkap “Find Schematic Component” seperti rajah diatas akan muncul. Carian boleh dilakukan samada dengan menggunakan “By Library Reference” ataupun “By Description”. Apabila menggunakan “By Library Reference”, taip nombor siri komponen. Contohnya adalah seperti di bawah: ULN2801A (18)  18 adalah bilangan pin komponen Apabila menggunakan “By Description”, taip jenis komponen yang ingin dicari. Contohnya seperti “Diode”. Kemudian ia akan mencari semua komponen yang mempunyai perkataan Diode. Apabila selesai, tekan butang “Find Now”. Sekiranya terdapat komponen yang berkaitan, tetingkap kemudiannya akan menyenaraikan senarai library dan komponen tesebut. Jadi, pengguna boleh memilih komponen yang dikehendaki.



Jika masih tidak terdapat komponen yang dikehendaki, maka pengguna perlu membuat sendiri library untuk komponen tersebut.

**TIPS** Senarai library yang selalu digunakan adalah Miscellaneous Devices.lib dan Microchip Microcontroller.lib

• •

Untuk melihat tetingkap Part, klik dua kali pada komponen. Tetingkap Part akan muncul. Tetingkap ini berfungsi untuk menetapkan kedudukan, Designator serta Footprint untuk sesuatu komponen. Contoh footprint untuk komponen adalahseperti berikut Component Resistor Capacitor I.C Diode



Footprint AXIAL RAD DIP Diode

Designator bertujuan untuk melabelkan komponen supaya tidak terkeliru semasa membaca litar

**TIPS** Setiap komponen mestilah dilengkapi dengan maklumat mengenai footprint dan designator supaya apabila proses netlist nanti tiada masalah akan wujud

Pendawaian Komponen • • • • • • •

Klik ‘Place  Wire’. Satu palang besar akan kelihatan Fungsi ini adalah untuk menyambungkan diantara satu komponen dengan satu komponen yang lain Untuk memulakan penyambungan, klik kiri tetikus di tempat untuk memulakan penyambungan dan gerakkan palang tersebut ke point yang seterusnya. Klik kiri tetikus sekali lagi untuk membuat penyambungan yang seterusnya Untuk membatalkan arahan penyambungan wire, klik kanan tetikus sekali Ulang arahan diatas untuk membuat penyambungan menggunakan komponen lain yang terdapat pada menu ‘Place’ Lakukan yang seterusnya pada komponen yang lain mengikut litar yang diberikan

**TIPS** Klik View, Toolbars dan Wiring Tools untuk mengaktifkan toolbar bagi Wiring Tools

Zoom • • •

Klik menu ‘View’. Anda boleh memilih saiz yang ingin dibesarkan. Anda juga boleh memilih samada ingin membuat zoom in atau zoom out Kawasan di dalam litar akan dibesarkan atau dikecilkan mengikut saiz yang telah ditetapkan Untuk mengembalikan kepda saiz asal, klik ‘Fit Document’

**TIPS** Cara yang mudah adalah dengan menggunakan butang Page Up dan Page Down pada keyboard. Mouse adalah pada kawasan yang ingin dibesarkan. Page Up Besarkan saiz kertas Page Down Kecilkan saiz kertas

Report • • • • • •

Selepas melukis litar, apa yang perlu dilakukan adalah untuk memeriksa litar samada semua sambungan adalah betul atau tidak. ‘Electrical Rules Check’ (ERC) bertujuan untuk melihat senarai ralat yang mungkin wujud semasa edit component pada helaian skematik Semua ralat perlu dibetulkan sebelum litar tersebut ditukarkan kepada PCB Jika ralat ini tidak dibetulkan, akan timbul masalah komponen yang tidak bersambung dan juga kompnen yang tidak wujud Untuk membuat ERC, pilih menu ‘Tools’ diikuti dengan ERC… Kemudian satu tetingkap ‘Setup Electrical Rule Check’ akan muncul. Terdapat dua fungsi di dalam tetingkap ini. Pertama ialah ‘Setup’. Di bahagian kita boleh menentukan ERC Option, Option, Sheet to Netlist dan Net Identifier Scope. Bahagian kedua ialah Rule Matrix. Kita boleh menentukan legend untuk penyambungan komponen di litar

Tetingkap ERC



Kemudian, satu fail akan wujud. Fail itu adalah fail *.ERC. Fail ini mengandungi maklumat mengenai ralat-ralat yang ada. Contohnya seperti komponen yang tidak bersambung dan juga input yang terapung (floating input)

Update PCB • • • •

Selepas komponen pada litar telah siap dibetulkan ralatnya, litar boleh ditukarkan ke PCB. Sebelum membuat ‘Update PCB’ pengguna perlu membuka satu fail *.PCB. Pilih menu ‘File  New’. Pilih PCB Document. Satu fail *.pCB akan muncul. Klik menu ‘Design  Update PCB’. Satu tetingkap ‘Update Design’ akan muncul. Pengguna boleh melihat perubahan yang telah dilakukan pada litar dengan memilih ‘Preview Changes’.

Tetingkap Update Design •

Klik ‘Execute’ untuk membolehkan litar skematik ditukarkan kepada PCB.

PCB Design •

Buka fail *.PCB. Setelah melakukan ‘Update PCB’ komponen daripada skematik akan muncul pada helaian PCB.

Mengubah konfigurasi PCB •

Untuk menukar unit, klik ‘View  Toggle Units’ o Ia akan menukarkan unit daripada inci (mil) kepada millimeter (mm) atau sebaliknya



Komponen adalah pada bahagian ‘Top Overlay’. Pada layer ini, warna track adalah warna kuning. Track ini adalah diatas track ‘line’. Jadi ia tidak akan bertembung.

Meletakkan Komponen • •

Komponen-komponen yang terdapat pada helaian PCB hendaklah disusun. Cara penyusunan yang baik ialah mengasingkan bahagian analog dan bahagian digital. Kemudian kedua-dua ground untuk analog dan digital ini dicantumkan.

Analog ground dan digital ground

• • •

Cara untuk mengasingkan digital ground dan analog ground ini adalah dengan menetapkan samada komponen di litar skematik disambungkan dengan digital ground atau analog ground Klik dua kali pada simbol ground. Tetingkap Power Port akan muncul. Pada bahagian Net, tuliskan DGND untuk digital ground dan AGND untuk AGND. Pada litar skematik, simbol perintang digunakan untuk menyambungkan diantara analog ground dan digital ground. Satu kaki disambungkan kepada analog ground dan satu kaki lagi disambungkan kepada digital ground.

• •





Akan tetapi, pada bahagian PCB, simbol yang digunakan bukanlah simbol perintang. Wujudkan library baru untuk penyambung ini. Kedua-dua pad untuk komponen ini adalah pada bahagian bottom layer. Bentuk pad adalah rectangle. Satu garis kecil digunakan untuk menyambungkan kedua-dua pad ini. Tujuan mengasingkan antara analog ground dan digital ground adalah untuk menstabilkan isyarat. Jika ground untuk digital dan analog bersilang, kemungkinan isyarat akan terganggu. Oleh itu, pengasingan ini amat penting. Rajah dibawah adalah contoh library untuk penyambungan ground ini.

Rajah penyambungan ground •



Berdasarkan rajah di atas, kedua-dua pad adalah bersaiz besar. Ini bertujuan untuk menstabilkan isyarat kerana ini ia adalah pusat penyambungan untuk kedua-dua isyarat analog ground dan digital ground. Jika pad ini bersaiz kecil, kemungkinan isyarat menjadi tidak stabil. Apabila membuat proses Route, pad ini akan berwarna hijau. Perkara ini terjadi kerana Protel akan menganggap ia sebagai dua line yang bertindih. Anda tidak perlu membuat perubahan pada simbol ini kerana dua pad ini memang hendak disambungkan.

Penyusunan komponen

• •

Klik kanan pada mouse. Klik ‘Snap Grid’ dan pilih nilai yang terendah ( mil ataupun mm). Ini adalah untuk memudahkan penyusunan komponen kerana jarak langkauan komponen pada helaian PCB akan menjadi kecil. Komponen ini disusun pada bahagian ‘Top Overlay’. Pada bahagian ‘Current Layer’ dalam ‘Browse PCB’, pilih ‘Top Overlay’. Warna pada bahagian ini ialah kuning.



• •

Penyusunan komponen adalah seperti yang diterangkan di atas. Tujuan penyusunan sedemikian adalah supaya jarak diantara komponenkomponen yang bersambungan tidak terlalu jauh. Ini kerana jika lokasi komponen tersebut jauh, kemungkinan terdapat isyarat yang hilang. Sebagai contoh, jika masukan A/D terlalu jauh daripada mikropengawal, kemungkinan bacaan yang diambil adalah tidak tepat. Selain penyusunan secara manual, anda juga boleh membuat penyusunan secara automatik. Klik menu ‘Tools  Auto Placement  Auto Placer...’. Satu tetingkap ‘Auto Place’ akan muncul. Setkan nilai-nilai pada Settings yang anda kehendaki. Klik ok.

Tetingkap Auto Place •



Untuk kemudahan, tekan Page Up atau Page Down untuk tujuan zoom. Kependekan lain yang boleh digunakan adalah tekan kekunci V + F untuk ‘Fit Board’ atau V + D untuk ‘Fit Document’. Ini membolehkan anda melihat keseluruhan helaian PCB yang mempunyai komponen. Komponen yang disusun hendaklah dalam bentuk segi empat. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang kerana apabila membuat ‘Auto Route’, ‘Keepout Layer’ adalah dalam bentuk segi empat.

Auto Route

• •

Klik pada bahagian ‘Current Layer’ dan pilih ‘Keep Out Layer’. Warna untuk layer ini ialah warna ungu. Contoh ‘Keep Out Layer’ adalah seperti di bawah

Keep Out Layer • • • •

Daripada contoh di atas, semua komponen adalah di dalam ‘Keep Out Layer’. Semua komponen adalah disusun dalam keadaan segi empat. Ini bagi menjimatkan ruang PCB. Apabila membuat ‘Auto Route’ komponen yang akan diproses adalah di dalam kawasan ‘Keep Out Layer’ ini sahaja. Komponen yang berada di luar layer ini tidak akan diproses. Sebelum membuat ‘Auto Route’ anda dikehendaki menetapkan peraturanperaturan bagi membina line. Klik ‘Design  Rules’. Di sini anda boleh menetapkan ketebalan line, besar lubang dan sebagainya. Rajah di bawah merupakan tetingkap bagi ‘Design Rules’.

Tetingkap Design Rules • •

Setelah melakukan ‘Design Rules’, anda sudah boleh melakukan ‘Auto Route’. Klik ‘Auto Route  All’. Satu tetingkap ‘Auto Router Setup’ akan dipaparkan.

Tetingkap Auto Router Setup

• •

Pada bahagian ‘Routing Grid’, saiz untuk ‘Grid’ biasanya adalah ditetapkan pada jarak 25 mil. Jika saiz ini tidak sesuai, ia akan ditukarkan kepada jarak 20 mil. Tekan ‘Route All’ untuk memulakan proses routing.

Litar lengkap • •

Rajah di atas adalah litar yang sudah siap. Jalur biru menandakan litar adalah pada bahagian bawah manakala jalur merah menandakan litar berada pada bahagian atas. Save helaian PCB.

Related Documents

Step By Step In G
October 2019 19
Step By Step
November 2019 33
Tunics Step By Step
November 2019 36
Step By Step
June 2020 27
Workflow Step By Step
December 2019 18

More Documents from "pradeepjadav"

Tuning With Crome V1.06
December 2019 7
Honda Setting Ecu Control
December 2019 15
Tips Jaga Kereta
December 2019 13
Selangor Map
December 2019 18
Obd1jdm
December 2019 13