TAHAP KEMAHIRAN ICT DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER 5 DAN 6 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN EKONOMI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
LOW JOHAN (D20061026778) MUHAMAD REZUALI BIN HASSANUDDIN (D20061026783) YANG SHAHRIN BIN AB AZIZ (D20061026784) ADNAN BIN KADIR (D20061026796)
DR. JANE TENG YAN FANG FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI
ABSTRAK Kajian ini merupakan suatu kaji selidik untuk melihat tahap kemahiran pelajar semester 5 dan 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Melihat kepada perkembangan ICT di Malaysia kini, sememangnya wajar bagi bakal pendidik yang bergraduasi di UPSI mempunyai tahap kemahiran ICT yang baik dan dapat mengaplikasikannya ketika mengajar nanti. Pihak kerajaan telah menyediakan dana yang besar untuk meningkatkan sistem pendidikan dengan membekalkan peralatanperalatan ICT yang terkini bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan berlaku. Sumbangan kerajaan akan lebih bermakna jika penggunaan sepenuhnya oleh pendidik untuk mendidik anak bangsa. Justeru itu setiap guru perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini akan dijalankan ke atas 36 orang pelajar semester 5 dan 6 ISMPE UPSI melalui set soal selidik yang disediakan. Data yang diperoleh akan diproses dan keputusan yang diperoleh akan dibincangkan. Kajian ini ingin melihat hubungan tahap kemahiran ICT pelajar dengan faktor latihan, kekerapan dan kesesuaian subjek ICT.
2
SENARAI KANDUNGAN Kandungan
Muka Surat
ABSTRAK
i
ISI KANDUNGAN
ii
SENARAI RAJAH
iv
Bab 1 PENDAHULUAN 1.0
PENGENALAN
1
1.1
LATAR BELAKANG KAJIAN
3
1.2
PERNYATAAN MASALAH
4
1.3
OBJEKTIF KAJIAN
5
1.3.1
Objektif Umum
1.3.2
Objektif Khusus
1.4
KEPENTINGAN KAJIAN
6
1.5
LIMITASI KAJIAN
6
1.6
DEFINISI OPERATIONAL
7
Bab 2 SOROTAN LITERATUR 2.0
PENGENALAN
9
2.1
INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY
9
(ICT) 2.2
KEMAHIRAN ICT
10
2.3
ICT DALAM PENDIDIKAN
13
2.4
KESIMPULAN
15
2.5
REKA BENTUK KONSEPTUAL
15
Bab 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0
PENDAHULUAN
17
3.1
KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN
17
3
REKABENTUK KAJIAN 3.2
PROSEDUR KAJIAN
18
3.3
TEMPAT KAJIAN
20
3.4
PENSAMPELAN KAJIAN
20
3.5
INSTRUMEN KAJIAN
20
3.6
KAJIAN RINTIS
20
3.7
PENGANALISIS DATA
21
3.8
KESIMPULAN
22
BIBLIOGRAFI
23
LAMPIRAN
4
SENARAI JADUAL RAJAH 1
: Gambar rajah reka bentuk konseptual untuk kajian
16
RAJAH 2
: Gambar rajah menunjukkan langkah-langkah yang
19
telah dan akan dijalankan di dalam kajian ini.
5
Bab 1 PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN Walaupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication Technology (ICT) telah lama bertapak namun ia masih boleh dianggap baru dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penggunaan ICT hampir meliputi seluruh urusan sesebuah negara seperti pengurusan pentadbiran kerajaan, pembangunan negara, meramal perkembangan ekonomi negara dan sebagainya. Walaupun penggunaannya amat meluas, masih terdapat segelintir masyarakat kita yang masih belum mendapat pendedahan tentang penggunaan ICT dalam kehidupan harian dan ada juga yang masih sangsi dengan kemajuan teknologi sehinggakan masih mengamalkan corak konvensional dalam pengurusan aktiviti harian. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun sedang mengamalkan prinsip globalisasi, sememangnya Malaysia perlu melengkapkan diri
6
dengan pengetahuan ICT yang terkini supaya tidak ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain. Kemahiran ICT amat penting untuk mencapai wawasan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan profesional (Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris, Jamalludin Harun, na). Justeru itu, pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam menyediakan platform serta kemudahan ICT kepada masyarakat dan memberi galakan kepada penggunaan ICT secara menyeluruh. Menerusi Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9, 2006), pihak kerajaan telah membuat peruntukan yang besar terhadap pembangunan ICT negara. Di antara perancangan yang telah dibuat dalam pembangunan ICT negara adalah dengan memberikan peruntukan yang besar dalam pembangunan ICT di peringkat sekolah. Natijahnya adalah untuk menyediakan asas yang kukuh kepada masyarakat melalui pendidikan di sekolah. Antara yang terdapat di dalam bantuan berikut adalah 1) Menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server), 2) Membangunkan perisian khusus dan program TV pendidikan bagi membantu P & P, 3) Melatih guru bagi meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam P & P, dan 4) Melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan. Selain daripada RMK-9, kerajaan juga telah menggariskan perancangan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010 serta memberikan dana yang besar untuk membangunkan prasarana ICT di peringkat sekolah. Antara matlamat pelan tersebut adalah untuk merapatkan jurang digital dengan menyediakan kemudahan ICT antara lokasi dan meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru dan pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006). Sememangnya penggunaan ICT di peringkat sekolah lagi banyak membantu menyediakan asas kepada pelajar terhadap kemudahan teknologi yang ada dalam kehidupan. Di samping itu, penggunaan ICT banyak membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat mata pelajaran khusus yang di ajar berkaitan ICT di peringkat sekolah. Di samping itu, pengurusan dan pentadbiran sekolah juga telah banyak melibatkan penggunaan ICT. Namun begitu, masih ramai guru yang tidak mahir menggunakan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Justeru itu, institusi
7
pendidikan telah memberikan penekanan terhadap kemahiran ICT bagi bakal-bakal guru supaya apabila keluar mengajar nanti, guru telah mempunyai kemahiran yang jitu dan dapat memberikan sumbangan yang amat baik terhadap pendidikan negara. Universiti pendidikan dan maktab-maktab perguruan turut menyediakan kursus wajib kepada bakal guru untuk mendalami ilmu ICT dan memberikan opsyen kepada pelajar untuk mendalami ilmu tersebut melalui subjek-subjek ICT yang ditawarkan. Kementerian pendidikan juga memperuntukkan supaya guru-guru supaya menghadiri kursus yang berkaitan dengan ICT untuk memantapkan lagi di dala ilmu tersebut. 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Kemahiran ICT di peringkat sekolah sememangnya tidak dapat disangkal kepentingannya dalam sistem pendidikan negara masa kini. Untuk melahirkan generasi yang celik IT, pendidikan ICT seharusnya dimulakan seawal pendidikan sekolah rendah dan berterusan sehingga pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi. Oleh itu, pengetahuan ICT di kalangan guru adalah penting untuk memberikan maklumat dan informasi kepada pelajar. Pendedahan kemahiran ICT kepada bakal pendidik adalah satu agenda utama setiap institusi pendidikan supaya bakal guru tidak janggal dengan peralatan ICT di sekolah nanti dan dapat mengaplikasikannya dalam P&P mereka. Pengetahuan ICT tidak hanya berkisar kepada kemahiran penggunaan komputer dan aplikasinya sahaja. Kemahiran ICT turut meliputi penggunaan peralatan-peralatan lain seperti penggunaan LCD projektor, mesin OHP, mesin pengimbas dan peralatanperalatan elektronik lain. Pada masa kini, kebanyakan pelajar telah didedahkan penggunaan alat ICT secara tidak langsung sebelum menerima pendidikan formal di sekolah. Misalnya penggunaan telefon bimbit pada masa kini bukan sahaja untuk membuat dan menjawab panggilan tetapi terdapat banyak lagi fungsi lain yang terdapat di dalam telefon bimbit pada masa kini. Telefon bimbit boleh dikategorikan sebagai alat ICT. Jika ia digunakan dengan betul, alat tersebut akan menjadi salah satu ABM dalam P&P. Hal ini membawa kepada kreativiti seseorang guru itu untuk mengolah alat tersebut menjadi alat yang berguna di dalam pembelajaran. Justeru itu, bakal-bakal pendidik perlu
8
melengkapkan diri dengan kemahiran ICT supaya tidak ketinggalan dan terbelakang daripada pelajar. Bagi pelajar-pelajar yang berada di pedalaman dan yang masih kurang terdedah kepada peralatan ICT, menjadi tugas guru untuk memperkenalkannya dan membimbing pelajar untuk bersedia menghadapi gelombang ICT apabila keluar dari populasi mereka itu. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Mengikut Heinich dan Robert (1996), kemahiran dalam penggunaan ICT merupakan suatu keperluan untuk bakal guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan mendatangkan kesan positif, mempertingkatkan kualiti dan pencapaian. Antara pengkaji yang melihat perbezaan antara penggunaan ICT di dalam P&P ialah Howell (1971) di mana beliau melihat pelajar lebih tertarik untuk mempelajari sesuatu subjek (bahasa Perancis) dengan menggunakan komputer berbanding cara konvensional. Begitu juga dengan pengkajipengkaji lain yang melihat alat bantu mengajar (ABM) dengan menggunakan ICT lebih banyak membantu memberi pemahaman kepada pelajar berbanding penggunaan ABM yang tidak menarik. Pada dasarnya, sesi P&P pada masa ini lebih tertumpu dengan alat Bantu mengajar yang bersifat teknologi seperti menggunakan komputer, OHP, pemancar LCD dan sebagainya. Maka, bakal guru seharusnya peka terhadap perubahan situasi ini agar guru-guru tidak ketinggalan dengan perubahan persekitaran di sekolah. Pengkaji melihat masih ada segelintir bakal guru yang belum cukup ilmu teknikal dalam mengendalikan peralatan yang bersifat teknologi apatah lagi peralatan seperti ini sering kali digunakan di sekolah. Mengikut Norizan (2004), kegagalan guru dalam menggunakan ICT adalah disebabkan oleh ketidakmahiran dalam menggunakan alat dan perisian yang semakin meningkat keupayaannya. Hal ini mendorong pengkaji untuk melihat secara mendalam mengenai situasi ini. Kementerian kini sedang giat memperbaharui alat-alat bantu mengajar bagi memudahkan lagi guru melaksanakan tugas mereka. Ramai yang menganggap bahawa mempelajari serba sedikit dalam pengendalian peralatan ICT ini adalah perkara remeh. Mengikut kajian Zorinawati (1999), guru yang
9
tidak mahir dengan ICT adalah disebabkan oleh tiga faktor iaitu 1) takut kepada komputer, 2) takut tidak mampu menangani perkembangan komputer dan 3) takut jika mengetahui komputer, akan diberikan kerja yang banyak oleh pengetua/guru besar. Sebagai seorang guru yang berwibawa seharusnya tahu dalam segala aspek mahu pun dalam bidang akademik, teknikal dan sebagainya. Guru harus mengambil inisiatif dan mengetahui perkembangan semasa untuk menarik minat pelajar dalam mendalami ilmu yang disampaikan. Kajian ini melihat sejauh mana pelajar semester 5 dan 6 program ekonomi (guru pelatih) mahir dalam mengendalikan peralatan ICT. Guru yang tidak tahu mengendalikan peralatan ini menyumbang kepada masalah yang akan wujud di sekolah kelak. Oleh yang demikian, daripada kajian ini akan dapat mengenal pasti masalah yang wujud dalam mengendalikan peralatan ICT bagi melicinkan proses P&P di dalam bilik darjah seterusnya melihat keberkesanan pengajaran yang dijalankan. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN 1.3.1
Objektif Umum
Kajian ini telah menetapkan objektif umum kajian dan juga beberapa objektif khusus untuk melihat apa yang sebenarnya ingin dicapai dalam kajian ini. Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk melihat gambaran tahap kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan pelajar semester 5 dan 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi (ISMPE) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam proses P&P. 1.3.2
Objektif Khusus
Objektif khusus kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk : 1.3.2.1 Mengenal pasti tahap latihan ICT dalam kalangan pelajar semester 5 dan 6 ISMPE UPSI.
10
1.3.2.2 Mengenal pasti tahap kekerapan pelajar semester 5 dan 6 ISMPE UPSI mengendalikan peralatan ICT.
1.3.2.3 Menganalisis tahap kesesuaian subjek ICT yang diajar semasa mengikuti latihan ISMPE di UPSI.
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
Antara kepentingan kajian adalah seperti berikut:
1.4.1
Mengaitkan
dapatan
kajian
dengan
teori-teori
yang
sedia
ada
dan
menambahbaikkan teori tersebut.
1.4.2
Memberi cadangan terhadap organisasi yang terlibat dalam merangka subjek ICT di UPSI untuk menambahbaikkan struktur subjek tersebut supaya sesuai dengan kehendak terkini.
1.5 LIMITASI KAJIAN
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengambil kira beberapa perkara bagi membatasi kajian. Kajian in adalah merupakan kajian jangka masa pendek iaitu kurang daripada empat bulan. Ianya disebabkan oleh sumber, tenaga dan masa yang terhad.
11
Ketepatan maklumat adalah bergantung kepada kefahaman, kerjasama, serta kejujuran responden menjawab soalan-soalan yang terkandung dalam borang soal selidik.
Kajian hanya dilakukan melalui soal selidik secara tertutup berdasarkan tiga skala iaitu tidak setuju, setuju dan sangat setuju. Selain itu, kajian ini juga hanya melibatkan dua kelas pelajar ISMPE iaitu sebanyak 36 orang pelajar sahaja yang terdiri daripada pelajar semester 5 dan 6. Batasan ini dibuat bagi memudahkan pengkaji membuat kajian yang mempunyai skop kajian yang khusus. Pengkhususan skala responden ini menyebabkan dapatan kajian tidak menyeluruh kepada jumlah pelajar sebenar ISMPE yang berada di dalam UPSI. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini mungkin mempunyai ralat berikutan pendapat atau pandangan yang tidak seimbang.
1.6 DEFINISI OPERASIONAL
Definisi konsep ada kalanya dirujuk sebagai definisi teori yang harus bersandarkan pada sesuatu teori atau telah diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia memberi maksud yang lebih abstrak atau umum. Definisi operasional pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau di manipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan. Definisi operasional menentukan prosedur yang spesifik bagi melaksanakan kajian ke atas definisi konsep mengenai sesuatu, individu atau objek. Dengan cara ini ia memberi peluang untuk mengkaji pemboleh ubah itu secara empirik. Beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini memerlukan definisi yang terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajian ini mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut ialah:
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) - Teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan 12
bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global. Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997) maklumat bermaksud , "Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system of encoding a message so that it can be stored, retrieved and manipulated, and functionally it is something that alters a person's cognitive organisation". Ia bermaksud Maklumat dapat ditakrifkan dari segi struktur dan dari segi fungsi. Dari segi struktur ia adalah satu sistem yang mengekod pesanan supaya ia boleh disimpan, dikembalikan dan dimanipulasikan dan berfungsi untuk mengubah organisasi kognitif seseorang. Komunikasi mengikut Brown (1997), “The interchange of information, and again may be viewed in terms of the structure of that interchange or its function in affecting people's understanding and knowledge. Information and communication are, therefore, inextricably linked”. Di sini dapat dirumuskan bahawa komunikasi membawa maksud proses penukaran maklumat. Apabila digabungkan maklumat dan komunikasi, maka istilahnya adalah seperti yang tertera di atas.
13
Bab 2 SOROTAN LITERATUR
2.0 PENGENALAN
14
Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan dapatan daripada kajian yang terdahulu mengenai penggunaan ICT dalam pendidikan. Kajian-kajian yang diambil berdasarkan kepada kesesuaian dan hubung kait dengan tajuk yang dibincangkan. 2.1 INFORMATION COMMUNICATION TECHONOLOGY (ICT) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama melalui rangkaian setempat atau global (Rozina Jamaludin, 2000). Teknologi Maklumat atau lebih dikenali dengan singkatan IT (Information Technology) telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita pada masa kini. IT merupakan alat utama dalam era maklumat kerana IT menjadi teras dalam komunikasi antara manusia dan pembekalan maklumat kepada masyarakat. Oleh itu, pengetahuan tentang IT adalah penting bagi membentuk masyarakat yang bermaklumat. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seterusnya telah meningkatkan penggunaan Internet, web dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran, di samping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). Perkembangan baru ini telah mengembangkan lagi konsep pembelajaran kolaboratif melalui alat-alat konvensional
15
seperti listserv, newsgroup, emel dan “Internet Real-Chat” (IRC) di samping penggunaan konferensi audio (audio conferencing) dan konferensi video (video conferencing). Dalam kajian Kellah M. Edens (2008), beliau mengatakan bahawa kemajuan teknologi maklumat seterusnya telah menyebabkan meningkatnya penggunaan web dan Internet untuk tujuan pendidikan. Struktur maklumat dalam web yang berdasarkan kepada kaedah hiperteks dan hipermedia yang mengandungi pelbagai maklumat dalam berbentuk teks, grafik, animasi, audio dan video dihubungkan dan dipersembahkan dalam bentuk yang tidak linear. Rangkaian maklumat ini membolehkan maklumat dikongsi bersama-sama dalam pelbagai bentuk dan mengakibatkan berkembangnya kolaborasi antara manusia. Situasi baru ini memberi peluang yang lebih meluas kepada pendidikan sains yang lebih fleksibel dan terbuka dari segi masa dan kaedah serta meningkatnya interaksi sosial dalam pendidikan. 2.2 KEMAHIRAN ICT Kemahiran komputer sebenarnya berkait rapat dengan kemahiran ICT. Merujuk kepada Simonson et al. (1987), setiap individu mampu menguasai kemahiran komputer sekiranya mereka mempunyai sikap yang positif termasuk menghilangkan kegelisahan atau menunjukkan minat yang mendalam dalam penggunaan komputer, dan kesedaran akan bertanggungjawab
terhadap
komputer.
Selain
itu,
kemampuan
untuk
menilai
tanggungjawab, memilih dan melaksanakan pelbagai kegunaan aplikasi komputer untuk menjadi lebih berguna dan efisien dalam sesuatu kerja. pengetahuan yang bersesuaian untuk menggunakan perkakasan dan perisian untuk aplikasi komputer. Kemahiran
ICT
dianggap
sebagai
pemangkin
kepada
individu
untuk
memaksimumkan keupayaan teknologi digital. Pada peringkat tertinggi, kemahiran ICT dapat menggalak dan melahirkan inovasi, transformasi individu dan perubahan masyarakat (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). Dupagne. M. (1992) pula menyentuh tentang latihan perguruan yang mencukupi adalah penting untuk membina keyakinan dan kemahiran guru terhadap penggunaan teknologi komputer dengan sepenuh
16
masa di sekolah. Sebenarnya latihan komputer dalam kalangan guru-guru tidak dapat dilaksanakan lagi kerana pendidikan komputer di sekolah-sekolah sendiri menghadapi masalah kritikal. Perisian khas untuk kursus dalam perkhidmatan serta bengkel perlu dibangunkan untuk memperbaiki kecekapan pengaplikasian komputer dalam kalangan guru. Kajian yang lepas oleh Jackson, Clements dan Jones (1984) yang bertujuan menilai tahap kesedaran dan penggunaan IT di kalangan fakulti di Universiti Georgia. Hasilnya telah menunjukkan sikap terhadap komputer dan kesedaran penggunaan komputer di universiti tersebut adalah positif. Statistik menunjukkan 85% responden telah mengikuti aktiviti kesedaran komputer seperti bengkel, seminar dan belajar bersendirian dan 86% responden mempamerkan minat untuk belajar lebih mendalam lagi penggunaan IT. Manakala, dalam satu kajian oleh Shields (1986) di Universiti Brown melaporkan lebih 80% daripada responden mempunyai serba sedikit pengalaman menggunakan komputer. Hampir 75% daripadanya menggambarkan pengalaman yang positif dan lebih 69% menyatakan mereka berminat menggunakan komputer dengan lebih kerap. Dapatan yang diperoleh oleh Ranjit Kaur & Chua Lay Siok (2000) menunjukkan bahawa tiada perhubungan yang signifikan antara jantina, umur, kelulusan tertinggi dan saiz sekolah dengan sikap terhadap penggunaan komputer. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan terhadap penggunaan komputer antara kemahiran dan pengetahuan komputer serta takut terhadap komputer. Kajian ini menunjukkan tahap penggunaan komputer di sekolah sederhana tetapi mempunyai kepakaran yang rendah untuk membangunkan perisian komputer. Sikap terhadap penggunaan komputer dipecahkan kepada empat bahagian iaitu keyakinan, kesukaan, kebimbangan dan penggunaan dalam profesion. Keseluruhan kajian mendapati sikap penggunaan komputer adalah positif tetapi penggunaannya dalam profesion di bawah tahap purata. Dapatan kajian terhadap 60 orang guru pelatih Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) didapati bahawa 70% daripada responden menyatakan tidak tahu menggunakan komputer. Kajian-
17
kajian ini menunjukkan masih terdapat jurang antara harapan Kementerian Pendidikan dengan keadaan amalan sebenar yang wujud di sekolah. Kajian Agarwal & Day (1998) meninjau pengalaman fakulti di universiti atau kolej yang pernah menggunakan ICT sebagai alat pembelajaran subjek ekonomi. Hasil kajian beliau mendapati bahan kursus yang terdapat pada web mempunyai potensi untuk meningkatkan tahap pembelajaran dari aspek persediaan kelas, menggalakkan penyertaan, menarik perhatian, dan paling penting ialah meningkatkan interaksi antara pengajar dan pelajar. Kajian Agarwal dan Day (1998) tentang kesan Internet/web terhadap pembelajaran Ekonomi melalui Internet/web mendapati kemudahan akses maklumat dengan menggunakan Internet telah meningkatkan penggunaan data-data ekonomi. Penggunaan data-data sebenar ini telah meningkatkan kefahaman teori ekonomi. Selain itu, kajian ini mendapati pembelajaran melalui Internet/web telah meningkatkan komunikasi antara pengajar dengan pelajar dan meningkatkan kualiti pembelajaran, dan juga mempunyai kesan ke atas pengekalan (retention) dan persepsi pelajar terhadap pelajaran Ekonomi. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintegrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Sikap serta keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Rozina Jamaludin (2000) menyarankan
bahawa satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT ialah dengan menyediakan latihan kemahiran ICT kerana ia berupaya meningkatkan efikasi guru. Menyokong pendapat
Rozina Jamaludin (2000) ialah Roblyer. M. &
Edwards. J. (2004) yang menyatakan bahawa apabila guru menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran, keyakinan diri akan muncul sebagai petunjuk yang penting ke atas seseorang guru untuk mengajar ICT dalam bilik darjah. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Yusni Abd Rahman & Wan Mohd Rani Abdullah (2001) yang mengatakan bahawa
18
penggunaan ICT dalam pengajaran adalah bergantung kepada keyakinan diri guru untuk mengguna dan mengendali peralatan ICT. 2.3 ICT DALAM PENDIDIKAN Rozina Jamaludin (2000) menyatakan
bahawa
guru
merupakan aset sekolah,
pelaksanaan sebarang program pendidikan bergantung kepada kesediaan, kecekapan, sikap, komitmen, pengetahuan, sokongan dan keterampilan guru, lebih-lebih lagi bidang yang memerlukan kemahiran khusus seperti komputer dan teknologi. Para penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa latihan guru masa kini sepatutnya dapat membantu guru untuk bersikap positif terhadap penggunaan komputer. Apabila komputer diperkenal di sekolah, guru tidak berasa selesa dan cuba menolak penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. kajian mereka mendapati bahawa guru-guru beranggapan bahawa komputer khususnya teknologi maklumat akan mengambil alih peranan mereka sebagai pengajar kerana komputer berupaya membekalkan ilmu yang lebih meluas dan ini akan mencabar profesion dan keupayaan guru. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta merangsang minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Heinich et al, 1999). Proses pengajaranpembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau melalui sistem Internet, perisian dan pangkalan data. Menurut Rozina Jamaludin (2000), dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala Halimahtun Saadiah dan Nor Azilah Ngah (2003) pula mendapati kejayaan ICT dalam pendidikan bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek
19
yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Dalam hal ini Irfan Naufal Umar (2004) pula mendapati penggunaan ICT dalam proses P&P membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah. Selain daripada itu, Harris (2000) pula mengkategorikan penggunaan ICT dalam P&P kepada tiga, iaitu:i.
Pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan eletronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu topik dan hubungan elektronik dengan pakar.
ii.
Koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru berkongsi atrikel, sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk dianalisis.
iii.
Projek yang melibatkan penyelesaian masalah yang melibatkan pelajar daripada pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan kemudiannya berkongsi kaedah dan dapatan kajian. Di samping itu pautan hiperteks dan hipermedia pula membolehkan pelajar menentukan sendiri arah tuju pembelajaran, kelajuan pembelajaran dan urutan pembelajaran. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003) pula mendapati penggunaan ICT
dalam P&P membolehkan pelajar bersifat aktif dalam pencarian maklumat dan membina pengetahuan daripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluang menghubungkaitkan pengetahuan merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak. Mengikut Norhaniza Abdul Kadir (1994), hasrat untuk mencapai penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan dua jenis perubahan dalam kalangan guru. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif.
20
Baharudin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2001) pula mengatakan bahawa latihan ICT diperlukan bukan sahaja untuk melatih kemahiran penggunaannya tetapi juga untuk meyakinkan penggunaannya dalam P&P dalam kalangan guru. Malah Norizan (2003) dalam kajiannya mendapati wujud perhubungan yang baik antara kemahiran ICT dengan amalan ICT dalam P&P. Manakala beliau mendapati guru-guru masih tidak pasti akan keupayaan mereka untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Kebanyakan daripada mereka masih berada di tahap ‘perlu belajar’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Penggunaan ICT ini dalam bilik darjah tradisional mempunyai kesan positif ke atas proses pembelajaran. ICT ini dapat memperluaskan pembelajaran luar bilik darjah, melibatkan pakar dari luar bidang pendidikan untuk mengimbangkan hubungan antara guru dan pelajar, meningkatkan tanggungjawab dan inisiatif pelajar, memudahkan pelajar-pelajar mengakses sumber-sumber pembelajaran, dan meningkatkan penyertaan dalam kelas (Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal, 2000). 2.4 KESIMPULAN Berdasarkan sorotan kajian di atas jelaslah menunjukkan sudah ramai pengkaji sama ada pengkaji tempatan dan barat membuat kajian tentang keberkesanan ICT dalam P&P. Pembelajaran Berbantukan ICT merupakan kaedah pembelajaran yang paling interaktif dan berinformasi serta mula diminati oleh guru dan pelajar (Yali Zhao, 2007). Hal ini jelas menunjukkan bahawa tahap kemahiran dalam penggunaan ICT tersebut dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu kajian ilmiah tentang keberkesanan pembelajaran subjek ekonomi berbantukan ICT masih terlalu kurang. Oleh itu diharapkan kajian ini akan menambahkan khazanah pembelajaran ekonomi berbantukan ICT untuk rujukan pengkaji yang akan datang. 2.5 REKA BENTUK KONSEPTUAL
21
Reka bentuk konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar. Ia ditunjukkan di dalam bentuk gambar rajah. Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat faktor-faktor yang memberi gambaran mengenai tahap kemahiran ICT dalam kalangan pelajar semester 5 dan 6 ISMPE UPSI. Terdapat tiga faktor yang ingin di lihat dan dijadikan sebagai objektif kajian. Reka bentuk tersebut ditunjukkan seperti mana gambar rajah di bawah:
22
Rajah 1: Gambar rajah reka bentuk konseptual untuk kajian
Bab 3 METODOLOGI KAJIAN
23
3.0 PENDAHULUAN Metodologi kajian merujuk kepada cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang minimum dalam mencapai sesuatu penyelidikan (Majid Konting, 1990). Bagi memberi fokus khusus, bab ini akan menerangkan pemilihan metodologi kajian yang sesuai untuk di aplikasi bagi mencapai tujuan kajian asal. Untuk membincangkan metodologi kajian ini, beberapa aspek akan diberi penekanan iaitu reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur pengumpulan data dan seterusnya analisis data. 3.1 KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN REKABENTUK KAJIAN Pada umumnya reka bentuk kajian bertujuan untuk membantu dan membimbing pengkaji ke arah mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam kajian. Kaedah tinjauan digunakan di dalam penyelidikan dengan cara pengumpulan data daripada kumpulan yang dikaji dengan menggunakan satu set soalan soal selidik. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu penyelidikan yang berbentuk deskriptif. Pendekatan kuantitatif diguna pakai bagi mendapatkan data yang diperlukan melalui instrumen kajian iaitu soal selidik. Melalui kaedah ini, ianya dapat memudahkan pengkaji untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasikan data yang diperoleh. Semasa menjalankan kajian, pengkaji menggunakan borang soal selidik dengan harapan dapat mengumpulkan maklumat dengan cepat dan mendapat gambaran yang mendalam tentang permasalahan kajian. Responden hanya perlu menyatakan keadaan sebenar berpandukan soalan yang disediakan. 3.2 PROSEDUR KAJIAN Setiap kajian yang dijalankan haruslah mempunyai langkah-langkah kajian seperti mana yang dirancang dan telah dijalankan. Begitu juga dengan kajian ini, pengkaji telah
24
melakarkan langkah-langkah yang telah dan akan dijalankan untuk melengkapkan kajian ini. Langkah-langkah kajian ditafsirkan dalam bentuk gambar rajah seperti di bawah:
Rajah 2: Gambar rajah yang menunjukkan langkah-langkah yang telah dan akan dijalankan di dalam kajian ini
25
3.3 TEMPAT KAJIAN Kajian ini telah dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. 3.4 PENSAMPELAN KAJIAN Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada 60 orang pelajar semester 5 ISMPE. Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), sampel adalah sumber untuk mendapatkan data kerana sampel sebenarnya mewakili keseluruhan populasi yang besar. Kesemua yang menjadi sampel kajian ini adalah dipilih secara pensampelan sistematik. Oleh itu, seramai 36 orang pelajar semester 5 ISMPE telah dipilih dalam menjalankan kajian ini. 3.5 INSTRUMEN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan ICT dalam
kalangan pelajar semester 5 Pendidikan Ekonomi. Pengkaji menggunakan soal selidik untuk tujuan mengumpulkan data kuantitatif responden. Instrumen berbentuk soal selidik mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk dianalisis. Instrumen kajian yang dijalankan terbahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian A mengandungi 1 item tentang maklumat responden. Responden hanya perlu menandakan di dalam petak-petak yang disediakan berkaitan dengan diri responden. Maklumat latar belakang ini terdiri daripada jantina sahaja. Bahagian B mengandungi 6
item yang mengukur tahap kemahiran responden terhadap penggunaan ICT. Bahagian C pula terdiri daripada 13 item yang melihat tahap kekerapan responden menggunakan ICT.
26
Bahagian 4 terkandung 4 item yang menilai keberkesanan subjek ICT yang ditawarkan kepada pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 3.6 KAJIAN RINTIS Menurut Polit et al (2001) kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Kajian rintis juga merupakan pra ujian untuk mencuba instrumen kajian khusus. Kelebihan kajian rintis adalah dapat membantu pengkaji memperoleh petunjuk awal tentang itemitem yang mungkin tidak tepat atau gagal. Sebelum soal selidik ini dilaksanakan kepada responden sebenar, kajian rintis dilaksanakan terlebih dahulu oleh pengkaji. Kajian rintis dilakukan bagi menentukan kesahan serta kebolehpercayaan soal selidik di samping menguji kefahaman responden terhadap item-item dalam soal selidik yang diberikan. Tujuan kajian rintis ini dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kebolehpercayaan item-item kajian supaya bila diulang uji kepada responden yang sama atau responden yang mempunyai ciri-ciri yang sama akan mempunyai nilai ketekalan yang setara. Selain daripada itu, ianya juga dilakukan untuk memastikan ketepatan pernyataan item dari sudut nahu dan tatabahasanya sama ada dari segi penggunaan istilah dan struktur ayat supaya mudah difahami oleh responden dan mengetahui tahap kemampuan responden untuk memahami kehendak soal selidik. Dengan ini, responden dapat menjawab persoalan tersebut dengan baik dan jawapan tersebut menggambarkan dirinya yang sebenar. Pengkaji telah melaksanakan kajian rintis ini ke atas 15 orang pelajar semester 6 ISMPE. Responden yang dipilih bukan responden sebenar kajian. Hasil daripada kajian rintis yang dilakukan, didapati bahawa responden tidak menghadapi masalah di dalam memahami item-item soal selidik tersebut. Borang soal selidik yang telah diisi lengkap oleh responden telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social
27
Sciences Version 11.5 (SPSS). Dapatan analisis menunjukkan keseluruhan nilai-nilai alpha (α) untuk semua item dalam soal selidik ialah 0.55. Nilai alpha kebolehpercayaan yang sesuai digunakan dalam penyelidikan bagi sesuatu alat ukur ialah yang mempunyai nilai yang lebih daripada 0.70. Ini menunjukkan bahawa nilai dan tahap kebolehpercayaan item-item soal selidik adalah tinggi dan boleh digunakan bagi tujuan penyelidikan sebenar. 3.7 PENGANALISIS DATA Semua maklumat yang terkumpul dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.0. Bagi tujuan analisis latar belakang responden pada Bahagian A, kaedah analisis statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Data-data kemudiannya disusun dan diterangkan dalam bentuk jadual. 3.8 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan secara terperinci berkenaan metodologi kajian yang merangkumi reka bentuk, kaedah pensampelan, prosedur kajian dan cara-cara penganalisisan data. Dapatan kajian ini adalah berdasarkan analisis data yang telah dijalankan dengan kaedah-kaedah yang telah dinyatakan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji untuk tujuan kajian ini. Metodologi kajian ini membantu pengkaji dalam mencapai objektif kajian.
28
BIBLIOGRAFI Agarwal, R, & Day. A.E (1998). The Impact of The Internet on Economic Education. Journal of Economic Education. 29 (2), Pg. 99-110. Baharudin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2001). Sistem komputer dan aplikasinya. Kuala Lumpur: Penerbit Venton Publishing. Brown, A.L. (1997), "Transforming schools into communities of thinking and learning about serious matters", American Psychologist, vol.5, no.52, pp.399-413. Dupagne. M. (1992). Teachers’ attitudes towards computers: A review of literature. Journal of Research on Computing in Education. 24 (3): 142-158. Gagne. R. M.(1987). Foundations of Instructional Technology. New York: Lawrence Erlbaum. Heinich, R, Molenda. M, & Russell. J. D. (1999). Instructional Media and the New Technologies of Instruction. New York: Macmillan. Jackson. W. K, Clements D. G. and Jones. L. G. (1984). Computer Awareness and Use at a
Research University. Journal of Educational Technology Systems.13(1): Pg. 47-
56. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Pahang: PTS Publication & Distributors.
29
Kellah M. Edens. (2008). The Interaction of Pedagogical Approach, Gender, Self Regulation, and Goal Orientation Using Student Responde System Technology. The Journal of Research on Technology in Education. 41,2: Pg. 161. Kerajaan Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris dan Jamalludin
Harun. (na).
Kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM : Satu tinjauan. 1st International
Malaysian
Educational
Technology
Convention.
Universiti
Teknologi Malaysia. Milton Chen and William Paisley (1982). Children and Microcomputers. Beverly Hills: In Search of Excellence. New York: Harper and Row. Norhaniza Abdul Kadir (1994). Tahap Penggunaan, Kemahiran Sikap dan Pengetahuan Pensyarah-pensyarah Vokasionalseluruh
Pendidikan
Vokasional
di
Kolej
Menengan
Semenanjung Tentang Komputer: Kajian Ilmiah, Ijazah Pendidikan
UPM . Norizan Ahmad (2003), Kemahiran dan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Sains di Sekolah Menengah : Lebih Banyak Soalan Dari Jawapan, Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur. Pelan
Induk
Pendidikan
2006-2010
(2006),
Online
diperolehi
daripada
http://www.moe.gov.my/ pada 31 Julai/2009. Ranjit Kaur & Chua Lay Siok. (2000). Tinjauan penggunaan internet di kalangan guru pelatih institut bahasa (IBMM) ke arah pembelajaran elektronik di
30
Institut
Bahasa Melayu Malaysia Kuala Lumpur. Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL Kuala Lumpur. 2 April. Rozina Jamaludin. (2000). Asas-asas multimedia dalam pendidikan. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2007). ICT daalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) 139 – 152. Roblyer, M. D., & Edwards, J. (2004). Integrating educational technology into teaching. NJ:
Prentice-Hall.
Shields, M. (1986). Computing at Brown - An ongoing study. Perspectives In Computing. The
Journal of Research on Technology in Education. 6(2): Pg. 57-62.
Simonson, M. R., Maurer, M., Montag-Torardi, M. dan Whitaker, M. (1987). Development of a Standardized Test of Computer Literacy and a Complex Anxiety Index. Journal
of Educational Computing Reseach. 3(2): 231-247.
Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal. (2000). Pembelajaran secara elektronik (atas talian). http://www.kuwi.net.my/artikel/e-learning.htm. Yali Zhao. (2007). Social Studies Teacher’ Perspective of Techonology Integration. The Journal of Technology and Teacher Education. 15, 3: Academic research Library. Pg. 311. Yusni Abd Rahman & Wan Mohd Rani Abdullah (2001). Mengukur kesediaan Guru Menggunakan Pengajaran.
Komputer
dalam
Menajalankan
Tugas
Pentadbiran
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
31
dan
32