RASUAH 1.0 Pengenalan. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab al-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui
prosedur-prosedur
biasa,
dia
tidak
akan
memperoleh
apa-apa
yang
dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya. Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita.
1
2.0 Definisi. 2.1 Etika. Terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah etika berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun perwatakan dan keperibadian. Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ". Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai isuisu 'standard moral' yang
melibatkan para teknokrat
yang
boleh membantu
meningkatkan integriti profesyen mereka. Pengertian etika menurut Kamus Dewan ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu, kumpulan, persatuan dan pekerjaan. Etika juga boleh di definisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu samada baik ataupun buruk. Etika dalam erti kata lain adalah mematuhi nilai moral. Kesimpulanya etika ialah satu kod peraturan (susunan undang-undang) yang bertujuan untuk mengatur dan memberi panduan tingkahlaku kepada individu, kumpulan atau sasaranya dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Etika keprofesionalan (kerjaya) bermaksud satu set peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan yang mempunyai hubungkait dengan satu-satu bidang kerjaya yang bertujuan untuk memastikan setiap bidang kerjaya tersebut mencapai matlamat sasarannya. Contohnya Kod etika dalam bidang kehakiman, kedoktoran, pendidikan dan sebagainya. 2.2 Rasuah. Rasuah boleh ditafsirkan sebagai "ganjaran atau imbuhan yang diperoleh hasil daripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan". Rasuah bukan sahaja boleh diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam bentuk meterial.
2
Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti “wang kopi”, “undercounter payment” dan “duit pelincir.” Dalam pengertian sosiologi pula, rasuah dianggap sebagai suatu perlakuan yang bertentangan atau menyeleweng daripada corak atau standard perlakuan kehidupan yang menjadi kebiasaan, yang tidak syak lagi bertentangan dengan nilai-nilai moral dan akhlak serta kod etika yang baik. Dalam sebuah kamus yang terkenal, Webster’s Third New International Dictionary (1961) mendefinisikan rasuah sebagai: “ an inducement [as if a public official] by means of improper considerations (as bribery) to commit a violation of duty.” M.McMullan - Theory of Corruption (Article) mendefinasikan rasuah sebagai ‘Seorang pegawai kerajaan adalah melakukan rasuah apabila beliau menerima wang atau apaapa (barangan atau perkhidmatan) bernilai wang kerana melakukan sesuatu yang berkaitan urusan tugasnya, iaitu mengabaikan tanggungjawabnya atau tidak mematuhi panduan yang ditetapkan atas alasan yang tidak wajar’ (a public officer is corrupt if he accepts money or money’s worth for doing something that he is under duty to do anyway, that he is under a duty not to do, or to exercise a legitimate discretion for improper reasons). Jacob Van Kleveren dalam artikalnya “the Concept Of Corruption” mengatakan ‘Penjawat Awam menyalahguna kuasanya untuk mendapat pendapatan tambahan daripada orang
3
awam’ (a civil servant abuses his authourity in order to obtain an extra income from the public ) adalah melakukan rasuah. 2.3 Moral. Pada umumnya, ahli-ahli falsafah percaya bahawa perkataan moral ditujukan kepada makhluk-makhluk yang rasional sahaja. Dan ianya tidak ditujukan kepada makhluk yang tidak berpandukan kepada prinsip-prinsip rasionaliti.
Sebagai contoh, perbuatan-
perbuatan haiwan yang ‘tidak senonoh’ yang dilakukan secara terbuka tidak kita takrifkan sebagai ‘tidak bermoral’ tetapi perbuatan yang sama apabila dilakukan oleh manusia yang rasional akan dinyatakan sebagai kelakuan yang tidak bermoral. Oleh itu, takrifan moral akan hanya ditujukan kepada manusia yang boleh berkelakuan sejajar dengan prinsip-prinsip serta peraturan yang menstrukturkan atau mengarahkan rupa bentuk tingkah laku (UUM 1992). Dalam erti kata lain, perkataan ‘moral’ akan hanya digunakan ke atas makhluk yang berupaya menahan serta menstrukturkan keinginan, kemahuan serta kehendak mereka dengan berdasarkan kepada prinsip-prinsip rasionaliti. Sebagai kesimpulannya moral boleh dilihat sebagai satu produk sosial yang terhasil dari kebiasaan dan kepentingan diri manusia. Ianya juga didorong oleh kepekaan mengenai apa yang betul dan apa yang harus. Ini bermakna bahawa manusia dalam sesebuah masyarakat
akan
menggariskan
bentuk
tingkah
laku
yang
bermoral
dengan
berpandukan kepada sumber-sumber tertentu seperti agama, kepercayaan, atau adat turun temurun untuk dijadikan sebagai panduan kepada tingkah laku anggota-anggota masyarakat. Fahaman mengenai konsep moral yang dipegang oleh sesebuah masyarakat juga akan berubah. Pendapat-pendapat baru mengenai perilaku bermoral akan membawa kepada kewujudan teori-teori moral yang baru.
Teori ini pula
memuatkan kriteria khusus bagi pengaplikasian konsep moral yang tepat dan dengan itu membekalkan asas kepada penilaian kelakuan moral yang kukuh. 3.0 Rasuah dan Generasi Muda. Satu kajian yang diperolehi oleh Institut Integriti Malaysia (IIM), bahawa 31 peratus pelajar IPTA sanggup menerima rasuah sekiranya mereka mempunyai kuasa dan peluang . Menurut Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Sulaiman Mahbob, laporan ini diperolehi berdasarkan satu kajian persepsi awam terhadap rasuah di negara ini yang dibuat pada tahun 2002 di kalangan mahasiswa IPTA. Walaupun ianya dikatakan sebagai persepsi umum, namun ianya mempunyai implikasi yang besar, 4
kerana pertama dikeluarkan secara rasmi oleh badan integriti nasional, IIM dan keduanya, ianya melibatkan pelajar IPTA, yang merupakan golongan cerdik pandai yang berada di universiti. Gejala rasuah di kalangan generasi muda masih belum berada di tahap yang kritikal, walaupun ada laporan yang berdasarkan persepsi umum yang dilaporkan oleh IIM. Setakat ini memang belum ada lagi statistik rasmi yang menunjukkan gejala rasuah yang berlaku di kalangan generasi muda, yang boleh kita kategorikan dalam kelompok remaja dan pelajar, sama ada pelajar sekolah atau universiti. Generasi muda sekarang sedang melalui proses belajar dan mengikut rentak generasi senior yang sedang memimpin mereka. Generasi muda yang masih ‘mentah’ dan ‘baru kenal dunia’ ini akan terus belajar dari kelompok yang ‘makan garam’, Sekiranya baik pimpinan dan contoh tauladannya, maka akan melahirkan generasi muda yang turut mempunyai akhlak dan peribadi yang mulia, kerana ‘kepimpinan melalui tauladan’. Jika sebaliknya, maka generasi yang rosak akan dilahirkan. Pepatah, ‘cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari’ mungkin sesuai dikaitkan dengan situasi kedua. Budaya
rasuah
merupakan
barah
yang
sedang
melanda
negara
ini.
Berdasarkan kedudukan Tranparency International Corruption Perceptions Index 2006 , Malaysia memperolehi mata 5.0 daripada 10 dengan tahap keyakinan 4.5- 5.5 daripada 10 mata. Kedudukan ini berada jauh di belakang negara Finland, yang diiktiraf sebagai negara yang hampir bersih daripada rasuah yang memperolehi mata 9.6 dan tahap keyakinan 9.4- 9.7 daripada 10. Berdasarkan sepuluh negara teratas, tiada satu pun negara Islam yang hampir bersih daripada rasuah, yang menyaksikan Finland, kemudian Iceland, New Zealand, Denmark, Singapura, Sweeden, Switzerland, Norway, Australia dan Netherlands. Negara Islam yang paling hampir bersih ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berada di tangga 31. Sebagai umat Islam, seharusnya kita perlu bertanya, mengapa negara bukan Islam yang tiada langsung teks wahyu Ilahi yang melarang rasuah, boleh bersih daripada rasuah, manakala kita umat Islam, mempunyai larangan jelas dalam teks Al- Quran dan Hadith, namun tegar dalam rasuah? Persoalan ini perlu dijawab dengan rasa keinsafan dan kesedaran mendalam.
3.1 Punca gejala rasuah. 5
“ Kalau tiada angin, masakan pokok oleh bergoyang” , demikianlah pepatah Melayu yang menujukkan bahawa setiap perkara mempunyai sebab dan akibatnya. Antara faktor perdana yang menyebabkan rasuah ialah kemerosotan integriti. Integriti ditakrifkan sebagai keikhlasan, ketulusan, kejujuran dan sikap positif lain yang wujud secara keseluruhan pada individu, keluarga, komuniti dan sesebuah organisasi. Faktor-faktor kemerosotan integriti ialah individu, budaya, kurangnya didikan agama, persekitaran dan sebagainya. Berdasarkan kajian krimonologi dan kajian Badan Pencegah Rasuah(BPR), punca utama seseorang individu terbabit dengan jenayah rasuah adalah kerana kelemahan kawalan dalaman diri. Faktor yang mempengaruhi sifat dan sikap negatif ini ialah kemerosotan penghayatan nilai dan sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan. Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, tiada displin diri, bersikap tamak serta mementingkan diri akan menyababkan merosotnya integriti. Tekanan hidup yang pelbagai juga menyababkan individu terjerumus dalam kancah rasuah, penyelewengan atau terlibat dalam gejala tidak bermoral. Selain itu, keadaan persekitaran juga mudah mempenggaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah lakunya. Budaya yang menjunjung tinggi dapat memberi persekitaran yang kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. Manakala budaya
yang
sebaliknya
hanya
akan
mendorong
individu
menjadi
tidak
bertanggungjawab dan mengamalkan sikap endah tak endah. Faktor-faktor yang dinyatakan tersebut menyumbang kepada kemerosotan integriti. Lantaran itu, langkahlangkah yang efektif harus diambil dengan segera agar masalah kemerosotan integriti dikalangan masyarakat dapat ditangani secara sistematik dan menyeluruh. 3.2 Sebab Rasuah Adalah Kedangkalan Agama. Boleh disimpulkan bahawa ramai dan banyak yang mengatakan bahawa kedangkalan dan ketidakfahaman mendalam mengenai agama adalah punca utama kepada gejala rasuah. Ini boleh diperhatikan dalam satu karya Almarhum Prof Syed Hussien Al- Attas, pemikir bangsa yang baru meninggalkan kita, yang bertajuk Sosiologi Korupsi (The Sociology of Corruption) bahawa sebab- sebab rasuah adalah; 1) Ketiadaan atau kelemahan kepimpinan dalam posisi- posisi kunci yang mampu memberi ilham dan mempengaruhi tingkah laku yang menjinakkan korupsi, 2) Kelemahan pengajaran- pengajaran agama dan etika,
6
3) Kolonialisme, 4) Kurangnya pendidikan, 5) Kemiskinan, 6) Tiadanya hukuman yang keras, 7) Budaya yang subur untuk pelaku korupsi, 8) Struktur pemerintahan, 9) Ketika reformasi negara (perubaha radikal), 10) Keadaan masyarakat Prof Hussien Al- Attas menegaskan bahawa kelemahan agama menjadi punca kepada gejala rasuah, di samping sebab- sebab sampingan lain. Kefahaman agama bagaimana yang dikatakan menjadi punca kepada berlakunya gejala rasuah ini? Satu laporan oleh BPR menunjukkan berlaku peningkatan dari segi tangkapan perasuah dari bulan Oktober hingga Disember 2006, menujukkan 17 daripada 140 orang atau 12.1% terdiri daripada kumpulan pengurusan dan profesional. Kumpulan ini telah melakukan ‘jenayah kolar putih’, mengkhianati amanah orang bawahan dan ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Dalam Islam, kefahaman dan keyakinan adalah dua perkara yang berlainan, akan tetapi saling memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya kita memahami bahawa ibadat solat adalah wajib, namun kita seolah tidak yakin akan balasan yang ditentukan ke atas kita, maka seolah kita pincang dalam salah satu dualisme kefahaman dan keyakinan. Ada juga orang yang faham bahawa rasuah adalah berdosa, boleh dikenakan azab akibat perbuatannya. Namun demikian, mereka berani menerima dan memberi rasuah kerana tidak sampai lagi tahap keyakinan mereka akan balasan yang bakal diterima sekiranya mereka tetap merasuah dan bakal mendapat ganjaran dan pujian sekiranya bertahan untuk tidak menerima rasuah. Kefahaman dalam agama perlu disertai dengan keyakinan yang mendalam . Yakin boleh dicapai dengan semangat keilmuan yang mendalam. Maksudnya ialah proses pencarian ilmu yang bertujuan mendapat keredaan Allah akan memudahkan lagi pencapaian tahap keyakinan kita 4.0 Pendidikan awal pencegahan rasuah. 7
Generasi muda perlu diberi kesedaran akan bahayanya budaya rasuah. Pendidikan kesedaran yang bermula sejak kecil dan matang perlu digiatkan. Seperti yang dikatakan di peringkat awal, memang tiada lagi kajian rasmi mengenai amalan rasuah di kalangan generasi muda. Namun demikian, ianya bukan membolehkan kita menarik nafas lega apabila tiada lagi data rasmi yang dikeluarkan. Langkah pncegahan perlu dimulakan sejak awal lagi, bagi memudahkan lagi proses pembentukan nilai murni di kalangan generasi muda hari ini. Generasi muda ibarat kain putih yang perlu dibentuk dengan warna yang betul. Setakat ini boleh dikatakan BPR selaku, organ rasmi dan penting dalam menangani rasuah telah melaksanakan program kesedaran melalui kerjasama pintar dengan Kementerian Pelajaran. Langkah pertama dianjurkan Kementerian Pelajaran ialah memperkenalkan dasar penerapan elemen pendidikan pencegahan rasuah dalam kurikulum di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi iaitu memasukkan elemen berkenaan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam Di samping itu juga, BPR ada melaksanakan program kesedaran berbentuk aktiviti sosial, ceramah dan kempen kesedaran kepada kelompok generasi muda . Namun demikian, perlulah kita sedari bahawa pendekatan makro telah dimainkan oleh BPR sendiri, termasuk agensi- agensi kerajaan yang lain, masyarakat dan individu. Pendekatan ini sudah baik, bahkan perlu diselangi dengan kesedaran mendalam bahawa di peringkat mikro, bahawa punca kepada gejala rasuah ialah kedangkalan dan kefahaman mendalam mengenai peranan agama. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pepatah ini boleh dijadikan pendoman untuk melahirkan generasi muda yang berpegang teguh pada integriti dan membenci rasuah. Anak-anak diibaratkan sebagai sekeping kertas putih, manakala pendidik merupakan pencorak yang mencorakkannya mengikut matlamat dan idea masing-masing. Masa depan generasi muda bergantung pada ilmu dan didikan yang diberi disamping dipengaruhi oleh budaya yang baik dan juga membesar dalam persekitaran yang elok. Ibu bapa yang bertanggungjawab keatas anak-anak haruslah sentiasa menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Anak-anak yang mencontohi ibu bapa mereka kebarangkalian atau kemungkinan besar akan melakukan sesalahan yang sama jika teladan yang baik tidak ditunjukkan.
8
Dari aspek jenayah rasuah, apabila anak yang dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kebendaan ini mula memegang jawatan dan mempunyai kuasa, mereka akan lebih cendrung mengetepikan undang-undang dan peraturan semata-mata untuk mengaut keuntungan dari. Ibu bapa juga haruslah memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan. Disamping itu, kempen ceramah dan kursus meningkatkan integriti serta peningkatan etika professional juga harus dipergiat. Kempen pendidikan pencegahan rasuah harus dilakukan secara berperingkat. Kerajaan boleh bermula dari peringkat sekolah. Pendidik juga digalakkan agar mengikuti kursus khas untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan integriti dan etika professional dan isu rasuah menerusi kurikulum, sahsiah dan kepimpinan supaya mereka sedar bahawa integriti amatlah penting kepada diri sendiri dan kepada pembangunan negara. Pada tahun 2002, seramai 969 guru kaunseling sekolah menengah dari seluruh negara dipilih mengikuti Seminar Peranan Kaunselor Dalam Pendidikan Integriti dan Pencegahan Rasuah di peringkat sekolah. Selain guru kaunselor, pentadbir sekolah turut mengikuti seminar berkenaan. Mereka yang mengikuti seminar tersebut perlu mengamalkan konsep pengurusan integriti dalam organisasi dan memainkan peranan penting dalam mendidik generasi muda tentang kepentingan integriti menerusi pelbagai kurikulum dan kokurikulum. Selain itu, institusi sosiobudaya yang merangkumi pendidikan, kesihatan,rekreasi, sukan dan media massa memainkan peranan penting dalam pembinaan insanyang berintegriti dan beretika. Matlamat pengukuhan integeriti dalam aspek sosiobudaya ialah pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran. Selain aspek akademik, komponen kesihatan, rekreasi dan juga sukan juga menyumbang kepada pembinaan kesihatan badan, kecergasan mental, keceriaan dan produktiviti individu. Untuk
9
meningkan kan taraf kesihatan badan dan kecergasan mental, penerapan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni dalam bidang sukan dititikberatkan. Badan-badan sukan juga amatlah penting kerana ianya dapat menolong meningkatkan etika dan integriti. 5.0 Kesimpulan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa agama adalah benteng diri yang cukup berkesan. Seseorang yan menpunyai pegangan agama, menghayati serta mengamalkan ajaran agama akan sentiasa diberkati Tuhan dalam hidupnya. Setiap agama di dunia ini mahukan
penganutnya
hidup
berpaksikan
nilai
murni
seperti
jujur,
amanah,
bekerjasama, benar, telus, adil dan saksama. Dunia ini akan menjadi lebih selamat dan hidup manusia juga akan menjadi aman damai dan bebas daripada segala bentuk jenayah. Walaupun rakyat Malaysia mempunyai pelbagai agama, tetapi ini tidak akan menjadi masalah jika semua perkara dapat ditangani dengan baik. Bagi golongan pelajar atau generasi muda secara umumnya, kefahaman mendalam mengenai agama perlu diperkukuhkan. Dalam fasa ini, sebagai seorang individu, kita perlu seiringkan kefahaman Islam kita dengan keyakinan yang mendalam. Keyakinan dalam agama Islam boleh diperolehi dengan cara kita berilmu. Malah, keyakinan boleh timbul jika kita rajin bertanya dan meminta nasihat daripada ulama dan ilmuwan Islam. Bahkan, pengalaman peribadi yang diiringi dengan reda atas setiap peristiwa yang menimpa, sama ada nikmat atas ujian, boleh membantu mengukuhkan lagi keyakinan kita terhadap Islam, dan paling penting kepada Yang Maha Esa. Rasuah perlu dilihatkan sebagai Dwi- dosa, pertamanya kepada Allah, dan keduanya kepada diri sendiri; kerana makan sumber yang haram dan kepada orang lain yang terlibat rasuah. Semangat integriti perlu diterap di peringkat individu lagi. Manakala di peringkat organisasi atau masyarakat, generasi tua perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada generasi muda supaya tidak mengamalkan rasuah. Kepimpinan seluruh peringkat, sama ada negara, masyarakat, organisasi terutamanya tidak boleh dilihatkan bergelumang dengan rasuah, menyebabkan terkesan kepada generasi muda. Pendekatan selamat yang melihatkan sekadar generasi muda yang memerangi rasuah, akan tetapi generasi tua masih ‘menikmati’ rasuah tidak akan kemana- mana. Bahkan mungkin, ‘vicious circle’ akan terus berlaku. Sikap hormat-menghormati dan saling memahami antara penganut patut ditingkatkan. Jelas sekali, ibu bapa yang menjadi pendidik utama bertanggungjawab memastikan 10
anak-anak dihantar untuk mendapatkan pendidikan agama. Institusi yang memainkan peranan penting dalam membina integriti individu, masyarakat dan negara menyemai nilai-nilai moral ke dalam diri individu berlandaskan ajaran agama masing-masing. Sebagai contoh, dalam konteks Islam, rasuah dianggap sebagai suatu perbuatan yang keji. Sabda Rasullullah S.A.W. yang bermaksud: “Allah melaknat orang yang memberi rasuah, menerima rasuah dan orang yang menjadi perantara kedua-duanya.” (Hadis riwayat Ahmad, Tarmizi dan Ibnu Hibban). Sebagai akriulkalam, semua pihak haruslah berganding bahu bagai “aur dengan tebing’ untuk meningkatkan integriti individu, masyarakat dan negara. Dengan kata lain, janganlah kita menyerah bulat-bulat kepada pihak kerajaan. Begitu juga dengan masalah rasuah di negara kita. Kita seharusnya mengukuhkan integriti diri yang merupakan resipi penting untuk menghapuskan amalan rasuah. 6.0 Rujukan. 1) Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. 2) http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic38_2004.htm 3) http://malaysia.usembassy.gov/reports/hrr05_bm.htm 4) http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2088 5)http://www.bpr.gov.my/cda/m_penerbitan/art_details.php?id=7&crumb=Mela hirkan%20generasi%20muda%20benci%20rasuah 6) Kamus Dewan. 2005. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7) Joseph W. Weiss (2006), Business Ethics, Thomson, United States. 8) Steven Luper (2002), A GuideTto Ethics, Mc Graw Hill, New York.
11