Prinsip-prinsip Kemudahan

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Prinsip-prinsip Kemudahan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,281
  • Pages: 9
PRINSIP KEMUDAHAN DALAM HADIS-HADIS Ustaz Nazri Bin Hasan

Firman Allah s.w.t :

‫جعَلَ عََليْكُ ْم مِن ْم حَرَجٍم وََلكِ نْ ُيرِيدُ ِليُ َطهّرَكُم ْم وَلُِيتِمّ نِعْ َمتَ هُ عََليْكُ مْ َلعَّلكُم ْم‬ ْ َ‫مَا يُرِيدُ اللّهُمِلي‬ َ‫شكُرُون‬ ْ َ‫ت‬ “Allah tidak mengkehendaki untuk menjadikan kesukaran bagi kamu tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu supaya kamu bersyukur.” (al-Maidah : 6) Sabda Nabi s.a.w :-

‫عَليْهِب وَسَبلّمَ قال أحبّب الديان إلى ال‬ َ ُّ‫عبّاسٍب أَنّ رَسبُولَ الِّ صَبلّى ال‬ َ ‫عبْدِ الِّ بْنِب‬ َ ‫عَنْب‬ ‫الحنيفيّة السّمحة‬ Daripada Abdullah bin Abbas bahawasa Rasulullah s.a.w bersabda : “Agama yang paling disukai Allah ialah lurus dan bertolak ansur.” (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari)

‫سلّمَ خير دينكم أيسره‬ َ َ‫عَليْهِ و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ّ‫ل ال ّن ِبي‬ َ ‫عنْهُ قَالَ قَا‬ َ ُّ‫ضيَ ال‬ ِ ‫ك َر‬ ٍ ‫ن َأنَس بْن مَاِل‬ ْ َ‫ع‬ Daripada Anas bin Malik r.a beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : “Sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudahnya” (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari) Dua hadis tadi dengan jelas menyatakan bahawa agama yang dikehendaki di sisi Allah adalah yang bertolak ansur dan mudah kerana Islam tidak datang untuk menyusahkan manusia bahkan ia datang membawa sinar kebahagiaan, aman dan sejahtera sedangkan kesusahan dan kebekuan adalah suatu yang akan menghambat manusia jauh dari mengamalkan agama sebagai cara hidup. Sabda Nabi s.a.w :-

‫ب أن تؤتى رخصه كما يكره‬ ّ ‫عن ابن عمر عن النبى صلى ال علّيه وسلّم قال إ نّ ال يح‬ ‫أن تؤتى معصيته‬

Daripada Ibnu Umar daripada Nabi s.a.w, beliau berkata : “Sesungguhnya Allah suka dilakukan rukhsahnya sebagaimana Dia tidak suka apabila maksiat dilakukan.” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi)

‫سرُوا‬ ّ َ‫سرُوا وَل ُتع‬ ّ َ‫سلّ َم ي‬ َ َ‫عَليْ ِه و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ّ‫ل ال ّن ِبي‬ َ ‫عنْ هُ قَالَ قَا‬ َ ُّ‫ك َرضِ يَ ال‬ ٍ ِ‫عَ نْ َأنَس بْن مَال‬ ‫س ّكنُوا وَل ُتنَ ّفرُوا‬ َ َ‫و‬ Daripada Anas bin Malik r.a, beliau berkata : “Nabi s.a.w pernah bersabda : Permudahkan dan jangan menyukarkan, tenangkan dan jangan meliarkan.” (Riwayat Al-Bukhari)

‫ل َلهُمْب‬ َ ‫عرَا ِبيّاب بَالَ فِي ا ْلمَسْبجِدِ َفثَارَ ِإَليْهِب النّاسُب ليَ َقعُوا بِهِب فَقَا‬ ْ َ‫خ َبرَهُب أَنّ أ‬ ْ َ‫عَنْب أَببى ُه َر ْي َر َة أ‬ ٍ‫ن مَاء‬ ْ ِ‫علَى َب ْولِهِ َذنُوبًا مِنْ مَا ٍء َأوْ سَجْل م‬ َ ‫سلّمَ دَعُوهُ َوأَ ْهرِيقُوا‬ َ َ‫عَليْهِ و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ِّ‫رَسُولُ ال‬ َ‫سرِين‬ ّ َ‫ن َولَمْ ُت ْب َعثُوا ُمع‬ َ ‫سرِي‬ ّ َ‫َفِإ ّنمَا ُب ِع ْثتُمْ ُمي‬ Daripada Abi Hurairah bahawa seorang arab badwi kencing di dalam masjid maka orang ramai pun pergi kepadanya. Maka Rasulullah s.a.w pun berkata kepada mereka : “Biarkan dia dan jiruskan sebaldi air ke (tempat) kencingnya atau tuangkan air kerana kamu hanya diutus untuk memudahkan bukan memayahkan. (Riwayat Al-Bukhari, AlTirmizi dan al-Nasa’i)

ِ‫ن َأ ْم َريْ ن‬ َ ْ‫سلّ َم َبي‬ َ َ‫عَليْ ِه و‬ َ ُّ‫خ ّي َر رَ سُولُ الِّ صَلّى ال‬ ُ ‫ع ْنهَا َأ ّنهَا قَالَ تْ مَا‬ َ ُّ‫عَ نْ عَائِشَ َة َرضِ يَ ال‬ ُ‫س ِمنْه‬ ِ ‫ن َأ ْبعَدَ النّا‬ َ ‫ن ِإ ْثمًا كَا‬ َ ‫ن كَا‬ ْ ِ‫ن ِإ ْثمًا فَإ‬ ْ ُ‫سرَ ُهمَا مَا لَ ْم َيك‬ َ ْ‫ط إِل أَخَ َذ َأي‬ ّ َ‫ق‬ Daripada Aisyah r.ha, bahawa beliau berkata : “Rasulullah s.a.w tidak diberi pilihan melainkan baginda akan memilih yang paling mudah daripada keduanya selagi ia tidak berdosa. Jika ia berdosa, dialah manusia yang paling jauh daripadanya.” (Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w sendiri dalam amalannya memilih yang lebih mudah di antara dua perkara apabila beliau mempunyai pilihan selagi mana ia tidak haram. Bahkan beliau

menyuruh umatnya supaya memudahkan dan berlembut dalam berdakwah kerana apabila nilai ini tiada maka orang ramai akan terus liar dari agama seterusnya kekal dalam kejahilan dan kesesatan. Sebagai contoh yang terbaik, tiada yang lebih afdhal dan lebih utama kalau bukan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Riwayat-riwayat ini juga dengan jelas menunjukkan bahawa Islam adalah satu agama yang mudah untuk diikuti bahkan ia menjadi satu kaedah dan prinsip dalam Islam. Jumhur ulamak sendiri menjadikan ia sebagai satu kaedah. Oleh kerana itu, dalam masalah menjamakkan sembahyang semasa bermusafir, ‘jamak hakiki’ adalah lebih tepat dari ‘jamak suri’ walaupun dari segi nas atau hujjah menyebelahinya. Ini kerana ‘jamak suri’ sebenarnya tidak memudahkan bahkan menyukarkan kerana orang yang bermusafir perlu menunggu hujung waktu yang pertama. Bagaimanapun atas dasar kemudahan, Imam Abu Hanifah dan orangorang yang sependapat dengannya berpendapat bahawa qasar wajib dan tidak harus melakukan itmam. (Syarah Nawawi-Sahih Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w :-

َ‫صرِ فِي السّ َفرِ فَقَال‬ ْ ‫ظ ْه ِر وَالْ َع‬ ّ ‫جمَ ُع َبيْنَ ال‬ ْ ‫ل ُي‬ ْ َ‫عبْدِ الِّ ه‬ َ َ‫سأَلَ سَالِ َم بْن‬ َ ُ‫ب َأنّه‬ ٍ ‫شهَا‬ ِ ِ‫ن ابْن‬ ْ َ‫ع‬ َ‫س ِب َعرَفَة‬ ِ ‫س بِ َذِلكَ َألَ ْم َت َر ِإلَى صَلةِ النّا‬ َ ‫َنعَمْ ل بَ ْأ‬ Daripada Ibnu Syihab bahawa beliau bertanya kepada Salim bin Abdilah : “Adakah boleh dihimpunkan sembahyang antara Zohor dan Asar dalam perjalanan?” Maka beliau menjawab : “Ya, itu tidak mengapa. Adakah engkau tidak lihat sembahyang orang ramai di Arafah?” (Riwayat Malik)

َ‫سلّمَ إِذَا َأرَا َد أَ نْ يَ سِير‬ َ َ‫عَليْ ِه و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ِّ‫ن رَ سُولُ ال‬ َ ‫ل كَا‬ ُ ‫ن يَقُو‬ َ ‫ن َأنّ ُه كَا‬ ٍ ْ‫سي‬ َ ُ‫عِليّ بْ نِ ح‬ َ ْ‫عَ ن‬ ِ‫ب وَا ْلعِشَاء‬ ِ ِ‫ن ا ْل َم ْغر‬ َ ْ‫جمَ َع َبي‬ َ ُ‫ن يَسِيرَ َل ْيلَه‬ ْ َ‫ظ ْهرِ وَا ْل َعصْ ِر َوإِذَا َأرَا َد أ‬ ّ ‫ن ال‬ َ ْ‫جمَ َع َبي‬ َ ُ‫َي ْومَه‬ Daripada Ali bin Husain bahawa beliau berkata : “Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila beliau mahu berjalan di siang hari, beliau himpunkan antara Zohor dan Asar dan apabila beliau mahu berjalan di waktu malam, beliau himpunkan sembahyang maghrib dan Isyak.” (Riwayat Malik)

‫ضرِ فِي‬ َ ‫ح‬ َ ْ‫خوْفِب وَصبَلةَ ال‬ َ ْ‫حمَنِب ِإنّاب نَجِ ُد صبَل َة ال‬ ْ ّ‫عبْ ِد الر‬ َ ‫ل يَا َأبَا‬ َ ‫ع َمرَ فَقَا‬ ُ ‫عبْد الِّ بْن‬ َ َْ‫عَن‬ ‫حمّدًا‬ َ ُ‫ث ِإَل ْينَا م‬ َ َ‫ل َبع‬ ّ َ‫ع ّز وَج‬ َ َّ‫ن أَخِي إِنّ ال‬ َ ْ‫ع َم َر يَا اب‬ ُ ُ‫ل ابْ ن‬ َ ‫ن وَل نَجِدُ صَل َة ال سّ َفرِ فَقَا‬ ِ ‫الْ ُقرْآ‬ ُ‫ل َكمَا َرَأ ْينَا ُه يَ ْفعَل‬ ُ َ‫ش ْيئًا فَِإ ّنمَا نَ ْفع‬ َ ُ‫سلّ َم وَل َن ْعلَم‬ َ َ‫عَليْهِ و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ Daripada Abdullah bin Umar, beliau berkata : “Wahai ayah Abdirrahman, sesungguhnya kami mendapati solat khauf dan solat hadhar ada di dalam al-Qur’an dan tidak (pula) kami dapati solat safar. Maka Ibnu Umar berkata : “Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya Allah Azza Wajalla telah mengutuskan kepada kita Muhammad s.a.w dan kita tidak mengetahui sesuatu. Kita hanya melakukan sebagaimana yang kami lihat dia buat. (Riwayat Malik)

‫عَليْهِب وَسَبلّ َم َأ ّنهَا قَالَتْب ُف ِرضَتْب الصبّل ُة َر ْك َع َتيْنِب َر ْك َع َتيْنِب‬ َ ُّ‫عَنْب عَائِشَ َة َزوْجِب ال ّنبِيّ صَبلّى ال‬ ِ‫ضر‬ َ ‫ح‬ َ ْ‫ض ِر وَالسّفَرِ فَُأ ِق ّرتْ صَل ُة السّ َفرِ َوزِيدَ فِي صَلةِ ال‬ َ ‫ح‬ َ ْ‫فِي ال‬ Daripada Aisyah isteri Nabi s.a.w bahawa beliau berkata : “Difardhukan sembahyang dalam hadhar (di tempat sendiri) dua rakaat dan sembahyang musafir dua rakaat maka di kekalkan sembahyang safar dan ditambah dalam sembahyang hadhar. (Riwayat Malik)

ُ ‫ن رَسُو‬ ‫ل‬ َ ‫سلّمَ عَا َم َتبُوكَ َفكَا‬ َ َ‫عَليْ ِه و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ِّ‫خرَجُوا مَ َع رَسُولِ ال‬ َ ْ‫ل َأ ّنهُم‬ ٍ َ‫جب‬ َ ‫عَنْ ُمعَاذ بْن‬ َ‫خ َر ال صّلة‬ ّ َ‫ب وَا ْلعِشَاءِ قَالَ فَأ‬ ِ ِ‫صرِ وَا ْل َم ْغر‬ ْ َ‫ظ ْه ِر وَا ْلع‬ ّ ‫جمَ ُع َبيْ نَ ال‬ ْ َ‫سلّ َم ي‬ َ َ‫عَليْ ِه و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ِّ‫ال‬ َ‫خرَجَب فَصَبلّى ا ْل َم ْغرِبَب وَا ْلعِشَاء‬ َ ّ‫ل ثُم‬ َ َ‫جمِيعًا ثُمّ دَخ‬ َ َ‫ظ ْه َر وَا ْلعَصْبر‬ ّ ‫خرَجَب فَصَبلّى ال‬ َ ّ‫َيوْمًا ثُم‬ ‫جمِيعًا‬ َ Daripada Muaz bin Jabal bahawa mereka keluar bersama Rasululullah s.a.w pada tahun Tabuk dan Rasulullah s.a.w jamak di antara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak. (Muaz) berkata : Beliau melewatkan sembahyang pada suatu hari dan keluar bersembahyang Zohor dan Asar sekali. Kemudian dia masuk dan kemudian beliau keluar lalu bersembahyang Maghrib dan Isyak sekali. (Riwayat Malik)

ُ‫س ْير‬ ّ ‫ل بِ ِه ال‬ َ ِ‫سلّمَ إِذَا عَج‬ َ َ‫عَليْ ِه و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ِّ‫ن رَ سُولُ ال‬ َ ‫ل كَا‬ َ ‫ع َمرَ قَا‬ ُ َ‫عبْدَ الِّ بْ ن‬ َ ّ‫ن نَافِ ٍع أَن‬ ْ َ‫ع‬ ِ‫ن ا ْل َم ْغ ِربِ وَا ْلعِشَاء‬ َ ْ‫جمَ ُع َبي‬ ْ َ‫ي‬ Daripada Nafi’ bahawa Abdullah bin Umar berkata : “Rasulullah s.a.w bila masuk waktu sembahyang apabila perjalanan membuatkannya tergopoh-gapah maka dia himpunkan (sembahyang) antara Maghrib dan Isyak. (Riwayat Malik) Sesetengah ulamak berpendapat haram melakukan sesuatu yang susah sedangkan sudah diberi pilihan yang lebih mudah kepadanya,

mereka menganggap ianya sebagai menolak rahmat yang telah Allah kurniakan. Oleh kerana itu hadis-hadis tadi dan hadis-hadis yang termasuk di bawah prinsip ini boleh juga dimasukkan di bawah ‘Prinsip Rahmat’.

َ‫ظ ْه َر وَا ْلعَصْبر‬ ّ ‫عَليْهِب وَسَبلّمَ ال‬ َ ُّ‫ل صَبلّى رَسبُولُ الِّ صَبلّى ال‬ َ ‫عبّاسٍب َأنّهُب قَا‬ َ ‫عبْدِ الِّ بْنِب‬ َ ‫عَنْب‬ ٍ‫ف وَل سَ َفر‬ ٍ ‫خ ْو‬ َ ِ‫غ ْير‬ َ ‫جمِيعًا فِي‬ َ َ‫جمِيعًا وَا ْل َم ْغ ِربَ وَا ْلعِشَاء‬ َ Daripada Abdullah bin Abbas bahawa beliau berkata : “Rasululllah s.a.w sembahyang Zohor dan Asar sekali, Maghrib dan Isyak sekali tanpa ketakutan, safar.” (Riwayat Malik) Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta’ berpendapat bahawa peristiwa ini adalah ketika hujan. Tetapi sesetengah ulamak memakai hadis ini dengan maknanya yang zahir seperti Ibnu Sirin, Rabi’ah, Asyhab dan Ibnul Munzir dan segolongan ahli zahir yang lain, mereka berpendapat harus melakukan jamak ketika hadhar (di tempat sendiri) dengan syarat tidak menjadikannya kebiasaan. (Aujazul Masalik Syarah Muwatta’ Imam Malik). Selain safar dan ketakutan seseorang itu boleh menjamakkan sembahyangnya ketika hujan berdasarkan hadis ini:-

َ‫جمَ ع‬ َ ِ‫طر‬ َ َ‫ن ا ْل َم ْغرِ بِ وَا ْلعِشَاءِ فِي ا ْلم‬ َ ْ‫ل َمرَاءُ َبي‬ ُ ‫جمَ عَ ا‬ َ ‫ن إِذَا‬ َ ‫ع َمرَ كَا‬ ُ َ‫عبْدَ الِّ بْ ن‬ َ ّ‫ن نَافِ ٍع أَن‬ ْ َ‫ع‬ ْ‫َم َعهُم‬ Daripada Nafi’ bahawa Abdullah bin Umar apabila gabenor-gabenor berhimpun di antara Maghrib dan Isyak ketika hujan (maka) dia jamak bersama mereka. (Riwayat Malik) Seseorang itu lebih digalakkan memilih rukhsah dan kemudahan jika jelas ada keperluan kepadanya, misalnya lemah, tua, sakit atau terlalu sukar dan yang seumpamanya. Sebagai contoh ; sabda Rasulullah s.a.w :-

‫عَليْهِب وَسَبلّمَ فبى سبفر فرأى زحامبا و‬ َ ُّ‫عبن جابر ببن عببد ال قال كان رسبول ال صَبلّى ال‬ ‫رجل قد ظلّل عليه فقال ما هذا ؟ فقالوا صائم فقال ليس من الب ّر الصيام فى السفر‬ Daripada Jabir bin Abdillah r.a beliau berkata : “Ketika Rasulullah s.a.w dalam musafir, lalu beliau melihat seorang lelaki sedang dalam kepayahan. Beliau bertanya: “Apa ini?” Orang-orang yang ada di situ menjawab : “Dia sedang berpuasa!” Beliau bersabda : Tidaklah baik berpuasa ketika musafir. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah mengatakan apabila mendapati lelaki tersebut sukar menghadapi kesukaran, dan apabila seseorang ingin berpuasa dan ia tidak menjadi kesukaran baginya maka ia adalah harus baginya. Dalilnya berdasarkan riwayat Rasulullah s.a.w:-

: ‫سلّ َم‬ َ َ‫عَليْ ِه و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ‫ع ْنهَا أَنّ حمزة بن عمرو السلمى قال للنبى‬ َ ُّ‫عَنْ عَائِشَ َة َرضِيَ ال‬ ‫أأصوم فى السفر؟ وكان كثير الصيام فقال إن شئت فصم و إن شئت فأفطر‬ Daripada Aisyah r.ha bahawa Hamzah bin Amr al-Aslamiy bertanya kepada Rasulullah s.a.w : “Bolehkah aku berpuasa dalam musafir?” Orang ini sangat rajin berpuasa. Nabi s.a.w menjawab : Jika kamu hendak berpuasa silakanlah dan jika kamu hendak berbuka maka silakanlah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w :-

َ ‫جبَلٍ قَا‬ ‫ل‬ َ ‫عَليْهِب وَسَبلّمَ َو ُمعَا َذ بْنَب‬ َ ُّ‫ل َلمّاب َب َعثَهُب رَسبُولُ الِّ صَبلّى ال‬ َ ‫عَنْب َأبِي ُبرْ َدةَ عَنْب َأبِيهِب قَا‬ ‫ل َأبُو مُوسبَى يَا رَسبُولَ الِّ ِإنّاب بَِأرْضٍب‬ َ ‫شرَا وَل ُتنَ ّفرَا َوتَطَاوَعَا قَا‬ ّ َ‫َل ُهمَا يَسّبرَا وَل ُتعَسّبرَا َوب‬ ُ‫ل رَسُول‬ َ ‫ل لَ ُه ا ْل ِم ْزرُ فَقَا‬ ُ ‫شعِيرِ يُقَا‬ ّ ‫ن ال‬ ْ ِ‫ب م‬ ٌ ‫شرَا‬ َ َ‫ل لَ ُه ا ْل ِبتْ ُع و‬ ُ ‫ن ا ْلعَسَلِ يُقَا‬ ْ ِ‫ب م‬ ٌ ‫شرَا‬ َ ‫صنَعُ فِيهَا‬ ْ ُ‫ي‬ ٌ‫حرَام‬ َ ٍ‫س ِكر‬ ْ ُ‫ل م‬ ّ ُ‫سلّمَ ك‬ َ َ‫عَليْ ِه و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ّ‫ل‬ ِ ‫ا‬ Daripada Abi Burdah daripada ayahnya, beliau berkata : “Bilamana Rasulullah s.a.w menghantar (ayah)nya bersama Muaz bin Jabal. Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: “Permudahkanlah (oleh keduamu) dan jangan memayahkan, berilah kabar berita gembira dan jangan meliarkan (orang), dan lakukanlah dengan sukarela”. Abu Musa berkata : “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami berada di bumi yang padanya di buat arak (diperbuat) daripada madu yang dipanggil ‘bit`’ dan arak (diperbuat) daripada gandum yang dipanggil ‘mizr”. Maka beliau berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : “Setiap yang memabukkan itu haram.” (Riwayat Al-Bukhari)

‫ج َت َووْا ا ْلمَدِينَةَ فََأ َمرَهُمْب ال ّن ِبيّ صَبلّى‬ ْ ‫ع َر ْينَةَ فَا‬ ُ ْ‫عكْلٍ َأو‬ ُ ‫عَنْب َأنَسِب بْنِب مَالِكٍب قَالَ قَدِمَب ُأنَاسٌب مِنْب‬ ‫طلَقُوا َفَلمّاب صَبحّوا َق َتلُوا رَاعِيَب‬ َ ْ‫ش َربُوا مِنْب َأ ْبوَالِهَا َوَأ ْلبَانِهَا فَان‬ ْ َ‫عَليْهِب وَسَبلّمَ ِبلِقَاحٍب َوأَنْب ي‬ َ ُّ‫ال‬ ‫خ َبرُ فِي َأوّلِ ال ّنهَارِ َف َب َعثَ فِي آثَارِهِمْ َفَلمّا‬ َ ْ‫ستَاقُوا ال ّنعَمَ فَجَا َء ال‬ ْ ‫سلّ َم وَا‬ َ َ‫عَليْ ِه و‬ َ ُّ‫ال ّن ِبيّ صَلّى ال‬ ِ‫ح ّرة‬ َ ْ‫ع ُي ُنهُم ْب َوُألْقُوا فِي ال‬ ْ َ‫ت أ‬ ْ ‫جَلهُم ْب وَس ُب ِم َر‬ ُ ْ‫ا ْرتَفَع بَ ال ّنهَارُ جِي َء ِبهِم بْ َفَأ َمرَ فَقَطَع َب َأيْ ِد َيهُم ْب َوَأر‬ َ‫ستَسْقُونَ فَل يُسْ َقوْن‬ ْ َ‫ي‬ Daripada Anas bahawa ada beberapa orang berasa tidak sesuai dengan udara Madinah, maka Nabi s.a.w menyuruh mereka ke kandang supaya meminum air kencing dan susunya maka mereka pun pergi. Bila mereka

sihat, mereka bunuh pengembala (unta) Nabi dan membawa lari binatang. Apabila sampai berita perbuatan mereka di awal tengahari lalu Nabi pun mengutus supaya mengejar mereka. Bila sudah tengahari, mereka dibawa datang lalu dipotong tangan dan kaki mereka dan dan diselar mata mereka, dicampak ke kawasan berbatu hitam dan tidak diberi minum. (Riwayat al-Bukhari) Setengah ulamak berpendapat bahawa air kencing binatang yang boleh dimakan dagingnya tetap najis walaupun riwayat Anas di atas menunjukkan keharusannya bahkan mereka mengatakan bahawa ianya hanya harus dengan tujuan perubatan. Di antara mereka yang berpendapat demikian adalah Imam Syafie’ dan Imam Abu Hanifah. Tetapi bagi Imam Malik dan Imam Al-Bukhari air kencing binatang yang boleh dimakan dagingnya tidak najis bahkan suci berdalilkan hadis ini. Ini jelas menunjukkan kemudahan yang telah Allah s.w.t kurniakan. Selain itu hadis ini juga boleh dimasukkan di bawah ‘Prinsip Perubatan’ berdasarkan kesesuaiannya

‫ل أَنْب ُي ْبنَى ا ْلمَسْبجِدُ فِي َمرَابِضِب‬ َ ْ‫عَليْهِب وَسَبلّ َم يُصَبلّي َقب‬ َ ُّ‫ل كَانَب ال ّنبِيّ صَبلّى ال‬ َ ‫عَنْب َأنَسٍب قَا‬ ِ‫ا ْل َغنَم‬ Daripada Anas beliau berkata : Dulu Rasulullah s.a.w bersembahyang di kandang kambing sebelum dibina masjid. (Riwayat Al-Bukhari)

ٌ‫سوَاء‬ َ ّ‫ج ْنبِهِ فَقَالَ هَا ُهنَا َوثَم‬ َ ‫ن وَا ْل َب ّريّةُ ِإلَى‬ ِ ‫صلّى َأبُو مُوسَى فِي دَارِ ا ْل َبرِي ِد وَالسّرْقِي‬ َ ‫َو‬ Dan Abu Musa bersembahyang di pejabat pos dan kawasan yang ada najis binatang (atau najis binatang itu sendiri) sedangkan tanah lapang ada dekatnya. Maka beliau berkata : “Di sini dan di sana sama sahaja.” (Riwayat Al-Bukhari) Hadis riwayat Anas dan perbuatan Abu Musa menjadi dalil bagi Al-Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya bahawa harus bersembahyang di kandang atau tempat-tempat seumpamanya. Hadis ini sesuai dan juga menyokong pendapat ulamak supaya memudahkan. Dengan itu ia sesuai sekali di masukkan di bawah prinsip ini. Dari segi amalan, Rasulullah juga memperlihatkan sembahyangnya sebagai satu pekerjaan yang mudah dan ringkas. Seseorang itu tidak semestinya berpakaian lengkap untuk beribadat kepada Allah. Di antara dalilnya :-

ٍ‫عَليْهِب وَسَبلّ َم يُصَبلّي فِي َثوْبٍب وَاحِد‬ َ ُّ‫ع َمرَ بْنِب َأبِي سَبَلمَ َة َأنّهُب َرأَى رَسبُولَ الِّ صَبلّى ال‬ ُ ‫عَنْب‬ ِ‫علَى عَاتِ َقيْه‬ َ ِ‫طرَ َفيْه‬ َ ‫ضعًا‬ ِ ‫سَلمَ َة وَا‬ َ ّ‫ت أُم‬ ِ ‫ش َتمِل بِهِ فِي َب ْي‬ ْ ُ‫م‬ Daripada Umar bin Abi Salamah bahawa beliau melihat Rasulullah s.a.w sembahyang dalam satu kain dalam keadaan berselimut dengannya di rumah Ummi Salamah dengan meletakkan dua hujung kain di atas dua bahunya. (Riwayat Malik)

ٍ‫ب وَاحِد‬ ٍ ْ‫سلّمَ عَنْ الصّلةِ فِي َثو‬ َ َ‫عَليْهِ و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ِّ‫ل رَسُولَ ال‬ َ َ‫ن َأبِي ُه َر ْي َر َة أَنّ سَائِل سَأ‬ ْ َ‫ع‬ ِ‫سلّمَ َأ َو ِل ُكّلكُمْ َث ْوبَان‬ َ َ‫عَليْ ِه و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ّ‫ل‬ ِ ‫ل رَسُولُ ا‬ َ ‫فَقَا‬ Daripada Abi Hurairah bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang sembahyang dengan sehelai kain. Maka Rasulullah s.a.w bersabda : “Atau adakah bagi kamu dua pakaian?” (Riwayat Malik)

ٍ ْ‫صلّي الرّجُلُ فِي َثو‬ ‫ب‬ َ ُ‫ل ي‬ ْ َ‫سئِلَ َأبُو ُه َر ْي َرةَ ه‬ ُ َ‫س ّيبِ َأنّ هُ قَال‬ َ ُ‫ن ا ْلم‬ ِ ْ‫سعِي ِد ب‬ َ ْ‫شهَا بٍ عَ ن‬ ِ ِ‫ن ابْ ن‬ ْ َ‫ع‬ ‫ل َنعَ ْم ِإنّي لُ صَلّي فِي َثوْ بٍ وَاحِ ٍد َوإِنّ ِثيَابِي‬ َ ‫ل َأنْ تَ َذلِ كَ فَقَا‬ ُ َ‫ل تَ ْفع‬ ْ َ‫ل لَ هُ ه‬ َ ‫ل َنعَ مْ فَقِي‬ َ ‫وَاحِدٍ فَقَا‬ ِ‫جب‬ َ ْ‫َل َعلَى ا ْلمِش‬ Daripada Ibnu Syihab daripada Said bahawa beliau berkata : “Abu Hurairah ditanya : Adakah boleh seorang lelaki bersembahyang dalam sehelai kain maka Abu Hurairah menjawab : “Ya! (boleh)”. Maka dikatakan kepadanya : “Adakah engkau buat begitu?” Abu Hurairah menjawab “Ya, sesungguhnya aku sembahyang dalam sehelai kain dalam keadaan bajuku di penyangkut. (Riwayat Malik)

‫حزْمٍب كَانَب يُصَبلّي فِي الْ َقمِيصِب‬ َ ‫ع ْمرِو بْنِب‬ َ ‫حمّ َد بْنَب‬ َ ُ‫حمَنِب أَنّ م‬ ْ ّ‫عبْ ِد الر‬ َ ‫عَنْب َربِيعَةَ بْنِب أَبِي‬ ِ‫ا ْلوَاحِد‬ Daripada Rabi’ah bin Abi Abdirrahman bahawa Muhammad bin Amr bin Hazam bersembahyang dalam sehelai baju. (Riwayat Malik)

‫صلّي‬ َ ُ‫ن لَ ْم يَجِ ْد َث ْو َبيْ نِ َف ْلي‬ ْ َ‫ل م‬ َ ‫سلّمَ قَا‬ َ َ‫عَليْ هِ و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ِّ‫عبْدِ الِّ أَنّ رَ سُولَ ال‬ َ ِ‫عَ نْ جَا ِب ِر بْ ن‬ ِ‫ن ال ّث ْوبُ َقصِيرًا َف ْل َي ّت ِزرْ بِه‬ َ ‫ن كَا‬ ْ ِ‫ب وَاحِ ٍد ُم ْلتَحِفًا بِهِ فَإ‬ ٍ ‫فِي َث ْو‬ Daripada Jabir bin Aabdillah bahawa bersabda : “Sesiapa yang tidak mendapati dua helai kain maka hendaklah dia bersembahyang dalam sehelai kain dengan berselimut dengannya. Jika kain itu pendek, hendaklah dia pakai sebagai kain pelikat.” (Riwayat Malik)

Dari segi hikmah dan falsafahnya, semua manusia yang hidup di dunia ini adalah dari pelbagai lapisan masyarakat. Daripada lapisanlapisan itu ada yang tidak mampu untuk membeli pakain dengan lengkap, bahkan ada riwayat menyatakan ada sahabat yang berkongsi pakain bersih dengan isterinya yang mana memaksanya pulang awal segera apabila selesai sahaja sembahyang. Rasulullah cuba menunjukkan bahawa sembahyang dengan pakaian yang ringkas juga sah di sisi syariat. Sesetengah ulamak seperti Imam Ahmad berpendapat bahawa wajib menutup bahu kerana Rasulullah s.a.w tidak berpakaian lengkap tetapi beliau tetap menutup bahu. Atas dasar itulah seseorang itu lebih patut menutup bahunya daripada menutup kepala di dalam sembahyang. Walau bagaimana pun seseorang itu lebih elok memakai dengan lengkap apabila ia mampu.

ُ‫س ْير‬ ّ ‫ل بِ ِه ال‬ َ ِ‫سلّمَ إِذَا عَج‬ َ َ‫عَليْ ِه و‬ َ ُّ‫صلّى ال‬ َ ِّ‫ن رَ سُولُ ال‬ َ ‫ل كَا‬ َ ‫ع َمرَ قَا‬ ُ َ‫عبْدَ الِّ بْ ن‬ َ ّ‫ن نَافِ ٍع أَن‬ ْ َ‫ع‬ ِ‫ن ا ْل َم ْغ ِربِ وَا ْلعِشَاء‬ َ ْ‫جمَ ُع َبي‬ ْ َ‫ي‬ Daripada Nafi’ bahawa Abdullah bin Umar berkata : “Rasulullah s.a.w bila masuk waktu sembahyang apabila perjalanan membuatkannya tergopoh-gapah maka dia himpunkan (sembahyang) antara Maghrib dan Isyak. (Riwayat Malik)

Related Documents


More Documents from "manip saptamawati"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31