Prinsip-prinsip Islam Hadhari (6-10) Dan Relevensinyaya Dalam Proses Pembangunan Negara

  • Uploaded by: siti nurdiyana
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Prinsip-prinsip Islam Hadhari (6-10) Dan Relevensinyaya Dalam Proses Pembangunan Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 1,103
  • Pages: 53
TAJUK : 10 PENDEKATAN ISLAM HADHARI DAN PROSES PEMBANGUNAN NEGARA PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI ( 6 – 10 )

PENGENALAN KEPADA ISLAM HADHARI

Apakah maksud Islam Hadhari???

Definisi Umum…..

Kesimpulannya…

ajaran Islam yang membawa kepada fokus kehidupan untuk mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat dan negara yang bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta masalah penjajahan pemikiran dan cara hidup

PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI

Kerajaan menitikberatkan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup didunia ini dari segi sosio-ekonomi, taraf hidup, kesihatan, kehidupan fizikal, pendidikan yang bermutu, infrastruktur, 1

kesihatan emosi, dan mental serta kesejahteraan spiritual. “ Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah): dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” ( Surah al-Qasas: Ayat 77)

Konsep Islam Hadhari membentuk masyarakat yang beriman dan kukuh agama untuk menuju ke arah kehidupan yang 2

berkualiti.

“Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki atau perempuan, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik”. (Surah al-Anfal : 24)

Buktinya… Kerajaan membangunkan institusi pendidikan Islam dengan pesatnya. Misalnya : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, kolej-kolej Islam, Kolej Universiti Islam dan Universiti Islam.

Tujuan :

Melahirkan generasi muslim yang berakhlak pada masa hadapan, tinggi ilmu dan luhur budinya. Bukti kerajaan amat dinamik.

Melalui konsep Islam Hadhari, pihak kerajaan harus menjalankan fungsi dan menggalas tanggungjawab kekhalifahan seterusnya memantapkan kedudukan agama Islam bagi menjamin keamanan, kesejahteraan dan 3

kemakmuran kepada rakyat dan negara.

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui usaha pemimpinpemimpin negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

“ Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintah di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orangorang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka ; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan( dari anacaman musuh). (Surah an-Nur : ayat 55)

Khalifah Allah juga bertanggungjawab mengurus, mengharmonikan dan memakmurkan alam ini berlandaskan ketentuan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T 4

Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga seterusnya dapat membentuk kehidupan yang bermakna.

Kesimpulan… Kita mestilah menjadi manusia yang berkualiti dari segi pemikiran, tingkah laku dan cara hidup. Umat yang positif dapat melahirkan idea-idea dan pendapat yang positif sekaligus membentuk masyarakat yang sejahtera

Kehidupan berkualiti dapat dicapai melalui kejayaan negara dalam melaksanakan tuntutan keperluan asas kehidupan seperti penghayatan kehidupan beragama, menghayati kehidupan yang aman, peluang dan hak memiliki harta serta jaminan generasi akan datang yang cemerlang.

PRINSIP 7 : PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

1

Melalui konsep Islam Hadhari, kerajaan bukan sahaja membela penganutnya bahkan mengambil kira hak dan kepentingan golongan bukan Islam termasuklah golongan-golongan minoriti lain.

Mereka dijamin dari segi perlindungan nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. (bahagian kedua Perlembagaan Persekutuan)

Kesan : kumpulan minoriti dan kaum wanita turut sama menyertai dan menggerakkan pentadbiran negara seperti aktiviti ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan agama.

2

Islam Hadhari mengangkat martabat golongan wanita dengan meletakkan mereka ditempat yang tinggi.

Wanita yang sudah berumahtangga mempunyai hak untuk tinggal di rumah suaminya, menerima nafkah hidup dan batin, memperoleh kesenangan hidup tidak melebihi suaminya, mendapat hak menerima nasihat dan bimbingan dari suaminya.

3

 Wanita diberi peluang menyumbang secara konstruktif bagi memajukan dan membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.  Peluang-peluang pendidikan diberikan pada wanita setaraf dengan kaum lelaki

Buktinya : Kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (15 Februari 2001). Tujuan : Membangunkan,memajukan, dan memperjuangkan kehidupan golongan wanita, keluarga dan masyarakat.

4

Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan.

Individu cacat kekal atau sementara (OKU)

Kanak-kanak istimewa

Ibu tunggal Orang-orang tua

Anak-anak yatim

5

Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan..

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia, (Allah menyuruh)maka menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat”. (surah al-Nisa’: 58 )

PRINSIP 8 : KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi

Langkah tersebut menepati prinsip pertama pendekatan Islam Hadhari iaitu “Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah” dan juga prinsip yang terkenal di dalam Islam sebagai “Amar Makruf dan Nahi Munkar” (menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran).

1

Pada zaman Rasulullah S.A.W :

2

3 Kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) dan melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dalam usaha membudayakan integriti dalam kalangan masyarakat sesuai dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu “…membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Kesimpulan…

Hadhari tidak akan sempurna jika tidak dimasukkan ciri-ciri keperibadian dan akhlak yang mulia. Ciri-ciri ini perlu ada pada segenap lapisan masyarakat bermula daripada pemimpin tertinggi negara, para pegawai kerajaan, kakitangan awam dan swasta, golongan belia sehinggalah kepada rakyat jelata supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

PRINSIP 9 : PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI

1

2

Antara contoh-contoh pencemaran yang berlaku di negara kita :

PRINSIP 10: KEKUATAN PERTAHANAN

1

2

3

Kesimpulan…

RAKYAT SEBAGAI BENTENG PERTAHANAN NEGARA

Rakyat yang cemerlang dan bersatu padu merupakan aset bagi sesebuah negara. Integriti pelbagai kaum amat penting dalam memastikan pembangunan dan pertahanan

Bukti

Secara keseluruhannya…

BIBLIOGRAFI Buku Amini Amir Abdullah (2006). SKP 2203 TITAS. Selangor.ProOffice Shoppe Sdn.Bhd. Mohd Shauki Abd. Majid ( 2004). Memahami Hadhari Dari Perspektif .Islam.Kuala Lumpur.iBook Publication Sdn. Bhd. Mohd Shauki Abd. Majid (2004). Wacana Hadhari dalam Islam. Kuala Lumpur.iBook Publication Sdn. Bhd.

Internet Editor Hadhari (2008). Pemantapan Hubungan Etnik Berteraskan Prinsip Islam Hadhari.Retrieved 9 Februari, 2009 from http://www.Islam Hadhari.net Prof. Mohd Yusof Hj. Othman (2008). Pemuliharaan Alam Semulajadi. Retrieved 9 Februari,2009 from http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index Tan Sri Prof. Dr. Mohd Kamal bin Hassan (2008). Keutuhan Budaya dan Moral. Retrieved 9 Februari,2009 from http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index

www.cybertroopers.net/ www.jais.sarawak.gov.my www.mailarchive.com/[email protected] www.mois.gov.my www.timestreets.com/forum/viewtowww.islam.gov.my/islamhadh ari

Related Documents


More Documents from ""