Prinsip Asas Grafik

  • Uploaded by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Prinsip Asas Grafik as PDF for free.

More details

  • Words: 4,122
  • Pages: 31
Teknologi Terkini

PENGENALAN “ Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang , simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang yang dijadikan satu media untuk memberi satu konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat ”

PRINSIP-PRINSIP GRAFIK Walaupun seni grafik memerlukan kebolehan senilukis, tetapi untuk menghasilkan bahanbahan pengajaran tidak semestinya seorang itu pelukis. Seorang guru dapat menghasilkan bahan pengajaran jenis visual untuk pembelajaran dengan berpandukan kepada beberapa prinsip seni grafik. Dalam menghasilkan sesuatu media pendidikan kita memerlukan grafik. Grafik adalah berupa huruf, angka, gambarajah, carta dan sebagainya. Oleh itu kita harus dan perlu mempelajari kaedah-kaedah dan prinsip grafik yang betul supaya media-media pendidikan yang kita terbitkan itu bermutu. Untuk mengeluarkan bahan-bahan pengajaran seperti carta, gambar kepingan lutsinar, slaid dan sebagainya, prinsip-prinsip rekabentuk dipatuhi supaya bahan itu nanti bukan sahaja akan berkesan tetapi juga menarik.

1. Prinsip Mudah 1.1

Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.

Perkara Utama : Menunjukkan cecair di masukkan ke dalam botol. Tidak perlu dilukis tiga buah botol, dilukis sebuah botol lebih mudah untuk difahami. 1

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

1.2

Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik , kerana mudah dilihat.

1.3

Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.

Definasi Pusat Sumber

-

Perpustakaan

-

Pusat Media Perpustakaan

-

Pusat Media

-

Pusat Sumber Pembelajaran

-

Pusat Bahan Pengajaran

Contoh Bahan Transparensi

1.4

Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisangarisan kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan.

KERETA

2

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

2. Prinsip Penyatuan Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemenelemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan. Dengan kata lain, elemenelemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan. Penyatuan dapat diperolihi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentukbentuk tertentu, warna dan sebagainya.

3. Prinsip Penegasan 3.1 Tegaskan satu elemen atau satu idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat perhatian

BOLA SEPAK

BOLA SEPAK

Tajuk Carta : Bola Sepak. Tidak perlu dilukis gambar permainan lain 3

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

3.2

Gunakan warna, penghurufan tertentu, saiz, ruang dan sebagainya untuk menegaskan idea tersebut.

4. Prinsip Seimbang Kesemua elemen-elemen dalam sesuatu visual dari elemen penghurufan hingga ke elemen gambar dan garisan haruslah seimbang pada keseluruhanya dan tidak berat sebelah. Dengan kata lain, semua elemen visual itu adalah dalam kedaan yang sama berat.

Seimbang Formal

Seimbang Tak Formal

5. Keperluan Visual

BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA

4

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

6. Prinsip Rekabentuk Untuk memenuhi prinsip dalam rekabentuk , perkara – perkara berikut perlu diambil kira : 6.1 Garisan Fungsi garisan dalam rekabentuk ialah untuk menghubungkan bersama - sama elemen – elemen visual dan untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual tersebut dengan urutan tertentu.

6.2 Bentuk Tiap-tiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk itu nyata atau tidak. Pada keseluruhanya ada empat jenis bentuk yang biasa digunakan iaitu I , S , T dan Z. Bentuk – bentuk lain yang luar biasa akan menambahkan minat pemerhati.

Ada Ruang 5

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

Tiada Ruang

Ada Ruang

6.3 Ruang Ruang – ruang kosong haruslah ditinggalkan juga dikeliling perkataan dan elemen – elemen visual yang laian untuk mengelakkan perasaan sesak dikalangan pemerhati. Keadaan sesak tersebut boleh mengelirukan.

6.4 Warna 6.4.1 Kontras Tujuannya untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.Lazimnya perbezaan warna antara latar ( elemen negatif ) dengan visual ( elemen positif ) akan menimbulkan kontras yang baik.

6

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

7. Perancangan Sebelum memulakan kerja – kerja grafik untuk menghasilkan sesuatu media pengajaran, kita harus ada perancangan yang teliti terlebih dahulu. Perancangan bagi menentukan jenis yang akan diterbitkan berdasarkan : 7.1 Bahan yang sedia ada atau bahan yang diperlukan hendaklan disenaraikan.Misalnya pena , pensil , pembaris , pemadam . pemotong kertas , gam , dakwat , marker dan lain – lain keperluan. 7.2 Sebelum kita memulakan penerbitan kita harus tentukan objektif terbitan dan beberapa ramai murid yang menjadi sasaran kita. Ini adalah penting untuk kesesuaian dalam penggunaan dan untuk menggelakkan pembaziran. 7.3 Begitu juga dalam membuat terbitan , kita harus tahu tujuan terbitan itu. Adakah ianya untuk tayangan , bukan tayangan , atau pameran. Contohnya : 7.3.1 Untuk tayangan seperti lutsinar / transperensi , slaid , filem Jalur , video dan VCD. 7.3.2 Untuk bukan tayangan seperti carta , buku dan pena. 7.3.3 Untuk pameran seperti poster dan lukisan. 7.4 Perancangan “ Art Work “ Ada empat ‘art work ‘ yang diperlu dirancang dengan mengambil kira saiz dan dimensi kawasan kerja , perbandingan bahan visual , reka bentuk dan susunatur , latarbelakang , sumber , kemahiran , teknik , bahan – bahan dan kemudahan – kemudahan yang boleh digunakan.

8. Saiz Kawasan Kerja Adalah sangat penting memilih ‘cardboard ‘ atau saiz kertas yang boleh diperlakukan dengan mudah. Keperluan-keperluan berikut perlu diambil perhatian bila menentukan permukaan kerja : 8.1 Perhurufan dan lukisan boleh dibuat dengan mudah. 8.2 Ruang tepi perlu di sediakan disekeliling visual. 8.3 Bahan – bahan art work senang disimpan.

9. Warna Walaupun lukisan – lukisan dan gambar – gambar hitam putih sememangnya menarik tetapi penggunaan warna yang betul akan menimbulkan perasaan , mood dan minat. Kegunaan warna dalam menghasilkan bahan pengajaran adalah sangat – sangat diperlukan untuk menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah yang kurang

7

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

beraneka warna. Tetapi perlu dingatkan penggunaan warna untuk bahan – bahan visual adalah tertakluk kepada prinsip – prinsip grafik dan batasan – batasan tertentu.

9.1 Panduan AM Warna 9.1.1 Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elemen tumpuan. 9.1.2 Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokromik , warna berhampiran atau pun warna penggenap. 9.1.3 Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan mudah difahami serta tidak kelihatan sukar. 9.1.4 Permukaan hitan akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan. Dengan berlatar belakangkan warna hitam , warna putih akan kelihatan lebih atau paling jelas. Ini diikuti dengan warna kuning , oren, hijau , merah , dan ungu mengikut tertib jelas kelihatan. 9.1.5 Sebaliknya , jika warna putih merupakan warna latar belakang , warna yang paling jelas kelihatan ialah warna hitam. Ini dikuti oleh warna merah , oren , hijau , biru , unggu dan kuning. 9.1.6 Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu. Jangan sekali – kali menggunakan warna mengikut sesuka hati sehingga kesan yang diperolehi tidak terkawal dan lari jauh dari rancangan awal.

9.2 Skim Warna Warna-warna diklasifikasikan kedalam carta warna.

Kuning

Kuning - Oren

Kuning – Hijau

Oren

Hijau

Merah - Oren

Biru – Hijau

Merah

Biru

Merah Ungu

Biru Ungu

Ungu 8

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

Carta warna ini merupakan panduan pemilihan warna kepada guru – guru yang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai latihan dalam seni lukis. Untuk mewarnakan visual , salah satu dari skim warna ini atau kombinasi skim ini bolehlah digunakan.

9.2.1 Skim Warna Monokromik Warna monokromik berharmoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari satu warna yang muda membawa kepada warna tua. Satu contoh skim monokromik ialah warna ungu; dari ungu muda hingga ke ungu tua. Begitu juga warna biru, dari biru muda hingga ke biru tua.

9.2.1 Skim Berhampiran (atau Analogus) Warna berhampiran berharmoni terdiri dari warna-warna yang berhampiran dalam carta warna. Misalnya, skim berhampiran ialah warna hijau, hijau-biru, begitu juga warna kuning, kuning-oren dan oren.

9.2.3 Skim Penggenap ( berlawanan atau komplimentari) Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan dalam carta warna. Misalnya, warna kuning-oren digunakan bersama dengan warna biru-ungu.

10. Kegunaan Grafik Dalam Visual Huruf angka dan perkataan memainkan pernan yang penting dalam komunikasi, kita patut berhati-hati bila menggunakan bahan visual. Perkataan dan angka mestilah senang dibaca.

10.1 Huruf Bahan Visual Bahan visual untuk pengajaran yang disediakan oleh guru hendaklah boleh dilihat oleh semua murid sama ada yang duduk di depan atau pun di belakang bilik darjah. Dengan itu perkara-perkara kecil di dalam visual seperti tulisan atau perhurufan haruslah boleh dilihat dengan jelas oleh semua murid. Penglihatan penghurufan bergantung kepada: a. Saiz huruf yang digunakan. b. Jenis atau stail penghurufan yang dipilih. c. Cara atau kaedah penghurufan.

9

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

Pemilihan saiz, jenis atau satail huruf bergantung juga kepda ciri-ciri bilik, di mana visual digunakan seperti bentuk bilik panjang, lebar serta keadaan cahaya gelap atau terang. Jenis skrin atau layar yang digunkan untuk bahan tayangan sama ada skrin tayang depan atau skrin tayang belakang. Skrin tayang belakang tidak begitu cerah dan dengan itu memerlukan huruf-huruf yang lebih besar.

10.2 Cara Menulis Huruf dan Angka / Jenis-jenis Penghurufan 10.2.1 Tulisan bebas ( free hand) Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan menggunakan berus dan dakwat atau cat berwarna. Cara ini setiasa digunakan untuk grafik yang besar seperti carta dan poster. Lain-lain jenis tulisan bebas boleh dibuat dengan menggunakan beberapa jenis pen dan mata pen seperti mata pen skrip. Pensel lukisn arang, kapur dan feltpen atau pen marker juga boleh digunakan. Berikut beberapa petua untuk melukis penghurufan.

Sham Penghurufan yang ditulis dengan tangan

Aa

Bb

Menulis dengan menggunakan garisan pandu bagi mempastikan huruf sentiasa lurus dan sama tegak.

AABBCC Pastikan huruf – huruf keseluruhannya mempunyai ketebalan yang sama.

10

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

10.2.2 Penghurufan dari komputer dan stail penghurufan

Cubaan Gunakan garisan luar untuk mendapatkan rasa kekuatan kepada huruf-huruf.

Pusat Sumber Pusat Sumber Pusat Sumber Lukiskan garisan di atas atau di bawah huruf untuk penegasan. Kadangkala dua garisan tebal dan garisan halus.

Huruf – huruf besar boleh digunakan dalam ruang kecil dan bertindih – tindih huruf – huruf berkenaan. Ini adalah jenis penghurufan yang menarik dan mudah membuatnya. Penghurufan juga boleh dibuat dengan kaedah tampalan.

SEKOLAH Penghurufan yang menggunakan bayang.

11

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

10.2.3 Penghuruf rufan yang dipotong dari bahan lain.

A A Huruf Asal

A A Salin

Potong

Tampal

10.2.4 Huruf Pindah Kering. Bahan pindah kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf , simbul , angka dalam berjenisjenis saiz , bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam tiap-tiap kepingan yang dibeli mengikut pointnya. Saiz biasa ialah 6 point hingga 192 point. Bahan pindah kering ini senang diperolehi dan senang digunakan.

Huruf Pindah Kering

Tanggalkan

12

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

10.3 Mudah Dilihat Huruf yang digunakan mestilah mudah dilihat dan senang dibaca. Perkataan dan angka serta lain-lain data yang dibuat untuk maklumat penonton, mestilah berhati-hati supaya ianya senang dibaca.

10.3.1 Ukuran Huruf Saiz huruf ini mengikut jenis grafik , jenis penonton dan jarak grafik itu akan dilihat sesuai dengan peringkat umur murid. 10.3.2 Keterangan Huruf Huruf itu mesti dibuat dengan terang dan senang dibaca. 10.3.3 Bentuk Huruf Jenis bentuk huruf mengikut jenis kerja grafik itu, pembaca dan jarak membaca. Bentuk huruf itu boleh menarik dan juga menjadikan grafik itu senang atau susah untuk dibaca. 10.3.4 Susunan Grafik Bahan-bahan untuk dibaca patut disusun supaya pembaca itu dapat membacanya dengan mudah. Bahan yang mudah dibaca dan menarik terpulanglah pada susunan grafik itu , warnanya yang dipilih dan latar belakangnya.

11. Lukisan Dan Gambar Foto Lukisan dan gambar foto memainkan peranan penting untuk menarik perhatian penonton. Satu gambar boleh memberi keterangan dan makna yang sesuai. Gambar itu boleh dibuat dalam bentuk dalam bentuk benar ( life like drawing ) bentuk garis kasar ( outline ) bentuk gambar rajah ataupun dalam bentuk effect dan abstrak.

12. Warna Dan Grafik Kepentingan warna adalah untuk menarik perhatian dan menunjukkan bahan-bahan yang lebih penting di dalam visual itu. Bila warna digunakan untuk tulisan tajuk utama visual , kita mesti berhati-hati dan pilih warna yang sesuai untuk latar belakang grafik itu. Warna itu patut berturut-turut atau bertentangan seperti tulisan hitam di atas kertas putih atau kuning. Tetapi tulisan kuning di atas kertas putih adalah tidak sesuai.

13

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

13. Kertas Pilihan jenis-jenis kertas untuk grafik juga sama penting dengan pilihan warna kerana ada banyak jenis kertas yang boleh digunakan dalam grafik. Kertas boleh dipilih mengikut kilat mukanya (gloss) kasar atau licin mukanya (texture) dan lain-lain. Pilihan jenis kertas ini bergantung kepada kegunaan dan tempat kegunaan.

14. Panduan Am Penghurufan. Untuk panduan guru di dalam bilik darjahnya di mana keadaan bilik darjah itu memang sudah diketahui oleh guru , tumpuan ialah untuk memastikan bahawa murid yang duduk di belakang bilik darjah dapat melihat dengan jelas. Berikut diberikan panduan penghurufan untuk semua jenis visual , dari panduan penghurufan carta ke penghurufan untuk ditayangkan seperti slaid dan kepingan lutsinar / transparensi. 14.1 Pilih stail penghurufan yang mudah dilihat seperti jenis tanpa serif. Elakkan dari mengguna jenis yang berbunga-bunga atau bersambung ( jenis skrip dan inggeris lama)

Huruf Mudah Penghurufan Yang Mudah Dibaca

Prinsip Grafik Huruf Mudah

14

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

rinsip Grafik Prinsip Grafik Prinsip Grafik Penghurufan Yang Tidak Sesuai Untuk Sekolah Rendah

14.2 Untuk tajuk-tajuk yang pendek (enam perkataan atau lebih sedikit) gunakan huruf besar kesemuanya. Untuk tajuk-tajuk yang paling panjang yang melebihi enam perkataan,gunakan huruf-huruf kecil atau biasa yang didahului dengan huruf-huruf besar dipermulaan perkataan. Huruf-huruf kecil lebih mudah dilihat. 14.3 Jarakkan huruf dengan cara optik atau menggunakan penghilatan mata. Dengan kata lain sebenar di antara huruf adalah tidak sama, tidak kelihatan hampir menyentuh. Yang penting ialah semua kekosongan diantara huruf-huruf hendaklah seimbang dan kelihatan sama. 14.4 Jarak di antara perkataan hendaklah sekurang-kurangnya 1 ½ x lebar huruf M. Jarak di antara semua perkataan hendaklah kelihatan sama. Ini adalah bersesuaian untuk bahan batu yang bersaiz besar seperti carta dan untuk jumlah murid seramai 40 orang.

Ini buku saya 1 ½ lebar huruf M 15

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

14.5 Jarak di antara akhir ayat kepermulaan ayat baru, dibarisan yang sama hendaklah sekurang-kurangnya 3 x lebar huruf “ M “. Jarak di antara semua hujung ayat ke permulaan ayat baru hendaklah kelihatan sama juga.

Buku Biru

Buku Hijau

3 lebar huruf “ M “

Buku Biru Buku Hijau 1 ½ Tinggi huruf “ M “

14.6 Warnakan penghurufan dengan warna yang akan menyebabkan penghurufan tersebut kelihatan lebih jelas. Warna latar penghurufan haruslah warna yang boleh menyebabkan penghurufan itu lebih jelas.

15. Keluarga Penghurufan Terdapat tiga keluarga ( kategori) Penghurufan. 15.1 Keluarga Huruf Serif 15.2 Keluarga Huruf Senserif 15.3 Keluarga Huruf Pelbagai

Air Sejuk Air Sejuk

Huruf Tanpa Serif

Huruf Moden Yang Bersirif Sedikit

16

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

Air Sejuk Air Sejuk

Huruf Skrif

Huruf Inggeris Lama

16. Penyusunan Barisan Huruf.

Memohon Kebenaran Keluar Seimbang Formal

Memohon Kebenaran Keluar Sejajar Di Pangkal

Memohon Kebenaran Keluar Sejajar Di Hujung 17

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

17. Pengenalan Grafik Dalam Komputer Dalam era masa kini, penggunaan komputer menuntut manusia memilih untuk melakukan kerja dengan lebih mudah lagi. Pelbagai perisian digunakan untuk membina kerja-kerja yang melibatkan grafik.

Penggunaan komputer dalam penghasilan bahan P&P dapat memudahkan kerja dalam jangkamasa yang singkat. Walaubagaimanapun pengguna harus mengetahui mengenai prinsip-prinsip asas grafik supaya hasil yang diciptakan dapat difahami dan menarik perhatian pengguna.

Dalam bab ini anda didedahkan dengan penggunan asas grafik MS-Words. Anda haruslah mengetahui asas penggunaan MS-Word dan telah kenal Bar Alat yang dipaparkan di skrin.

18. Bagaimana Mengendali Grafik Anda boleh mencipta dan menyerikan lagi dokumen word dengan menggunakan gambar tersedia dari koleksi Microsoft ClipArt Gallery atau menyisip fail imej yang dihasilkan dengan program lain.

Anda boleh juga melukis bentuk untuk dimasukkan ke dalam penghasilan. Setiap grafik atau bentuk yang ditambah ialah satu objek. Objek boleh dipindahkan dan diubah saiznya mengikut kehendak.

Anda akan belajar menggunakan peralatan grafik dalam Word. Anda juga ditunjukkan cara melukis bentuk asas, menyisip gambar, menghasilkan imej WordArt, dan mengendali objek grafik.

18

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

19. Menyisip Grafik Tersedia Satu cara untuk menambah keberkesanan visual ialah dengan menggunakan gambar clipart, iaitu lukisan atau imej tersedia yang mencakupi pelbagai topik dan kategori. Anda boleh menyisipkan gambar tersedia ini ke dalam sebarang dokumen anda. Microsoft Word menyediakan koleksi imej tersedia termasuk imej dan gambar foto hitam putih dan berwarna. Selain gambar dalam galeri Microsoft, anda boleh mencari gambar lain di Jaringan Web Sedunia (WWW).

19.1 Membuka Kotak Dialog Klik tetikus pada lokasi yang anda ingin menyisipkan gambar. Buka menu Insert dan pilih picture, Clip Art untuk membuka kotak dialog insert clipArt.

Klik

19

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

19.2 Melihat Kategori Gambar Dari tab picture, tinjaulah kategori gambar yang ada. Gunakan bar tatal untuk melihat semua kategori yang ada. Klik pada objek yang dipilih.

Klik

19.3 Melihat Gambar Paparkan senarai gambar yang tersedia. Sesetengah kategori mempunyai pautan Keep Looking yang boleh diklik untuk memaparkan gambar lain. Jika anda tidak mendapati gambar yang diperlukan, klik butang back untuk mencari kategori lain ( klik Forward untuk melihat set gambar sebelumnya setelah mengklik butang back ).

20

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

19.4 Memilih Gambar Apabila menemui gambar yang sesuai digunakan, klik pada gambar tersebut. Klik butang Insert . Untuk pra pandang gambar itu, klik butang Preview Clip.

19.5 Gambar Muncul Gambar itu akan muncul di dalam fail anda bersama bar alat picture. Anda boleh mengubah saiz atau memindah imej. Tutup kotak dialog dengan mengklik butang tutup ( X ).

Gambar muncul Di paparan

20. Menyisip Fail Gambar Jika anda mempunyai fail gambar dari program lain, anda boleh menyisipnya ke dalam dokumen anda. Anda boleh juga memasukkan objek seperti imej terimbas, hamparan Excel dan objek visual yang lain.. Anda boleh mengubah saiz, memindahkan dan disalin.

21

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

20.1 Membuka Kotak Dialog Paparkan menu Insert dan pilih object untuk membuka kotak dialog object. Klik tab Create from file.

20.2 Membuka Kotak Dialog Browse Untuk mencari fail objek yang hendak disisipkan, klik butang Browse untuk membuka kotak dialognya.

22

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

20.3 Memilih Fail Objek

Cari gambar fail yang dikehendaki. Pilih fail itu dan klik Insert untuk kembali ke kotak dialog object. Klik OK untuk menyisipkan objek itu. Objek yang dipilih itu boleh dikecilkan saiznya dan boleh dipindahkan.

21. Mencipta Teks Dengan Wordart Salah satu alat grafik popular Microsoft yang dibekalkan bersama Word ialah aplikasi WordArt. WordArt membolehkan anda menukarkan teks ke objek grafik yang pelbagai bentuk dan pelbagai kesan menarik.

21.1 Membuka Menu Buka menu insert dan pilih picture, WordArt. Ini membuka kotak dialog WordArt Gallery.

23

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

Pilih satu kesan ( stail ) WordArt yang sesuai. Contoh yang diperagakan menunjukkan bentuk dan kesan itu. Klik OK

21.2 Menaip Teks Dalam kotak Edit WordArt Text, taipkan teks yang hendak digunakan untuk membentuk objek WordArt itu.

24

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

21.3 Menukar Bentuk Font Gunakan kotak naik turun Font untuk memilih bentuk dan stail Font. Anda juga boleh menukar saiz Font.

Klik OK, objek WordArt anda akan muncul dalam dokumen bersama bar alat WordArt. Gunakan bar alat ini untuk mengubahsuai objek WordArt sama ada mengecil atau membesarkannya.

25

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

21.4 Melukis Bentuk Asas Anda boleh melukis pelbagai bentu dengan menggunakan Word Drawing. Anda boleh mendapatkan alat Drawing ini di bar yang terpapar di bawah skrin komputer. Pelbagai bentuk lukisan disediakan dengan mengklik pada bar alat. Antaranya garisan lurus, petak segiempat, bulat, anak panah, segitiga dan sebagainya. Anda juga boleh mengklik butang AutoShapes untuk mendapatkan pelbagai bentuk yang diingini.

Baralat melukis AutoShapes

21.5 Bagaimana hendak melukis? Klik pada bar alat Drawing untuk memilih bentuk lukisan. Gerakkan penuding tetikus ke lokasi untuk anda mula melukis. Klik dan seret tetikus untuk melukis bentuknya. Apabila bentuk yang dikehendaki diperolehi, lepaskan butang tetikus. Anda boleh mengubah saiz, memindah atau memformat objek itu.

21.6 Melukis bentuk tidak sekata

26

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

Gunakan alat Freeform untuk melukis poligon atau bentuk tidak sekata. Untuk menggunakan alat ini, klik butang AutoShapes di bar alat Drawing, kemudian pilih kategori Lines dan pilih alat Freeform.

22. Melilit Teks disekililing Grafik Anda boleh menambah objek ke dalam dokumen yang mempunyai teks. Anda boleh merancang dan menentukan kedudukan teks di dalam teks. Misalnya anda mungkin mahu teks disusun sehingga tepi objek, atupun meninggalkan sedikit ruang putih antara objek dengan teks. Kawalan lilitan teks word membolehkan anda menentukan cara teks dan objek diperagakan bersama.

22.1 Memilih Objek Pilihlah objek yang dikehendaki. Klik butang Text Wrapping di bar alat picture. Gunakan menu naik turun untuk memilih lilitan teks yang sesuai.

Word akan melilitkan teks di sekeliling objek berdasarkan opsyen yang dipilih. Dalam contoh ini lilitan Tight telah digunakan.

27

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

23. Menambah Teks Ke Dalam lukisan 23.1 Lukisan yang dibuat dengan menggunakan butang Drawing boleh dimasukkan teks dengan menggunakan Text Box.

Klik butang Text Box yang ada pada bar alat Drawing. Klik pada objek lukisan dan taipkan teks yang ingin dimasukkan.

28

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

23.2 Menukar warna Klik kanan objek itu untuk memaparkan menu pintas dan pilih perintah Format di bahagian bawah menu. Nama perintah ini berbeza bergantung pada jenis objek dipilih. Misalnya jika anda telah klik kanan pada satu bentuk, namanya ialah Format AutuShape. Jika anda klik kanan pada kotak teks, namanya ialah Format Text Box.

Kotak dialog Format muncul. Klik tab Colors and Lines untuk melihat opsyen bagi menukar warna dan stail garis objek.

23.3 Menambah Kesan Bayang 29

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

Satu lagi cara untuk menambah kesan khas pada objek ialah dengan menggunakan bayang ( shadow ). Ini dapat memberi kesan 3D pada kotak teks, bentuk, gambar, objek WordArt dan sebagainya. Anda boleh mengawal dengan tepat lokasi bagi bayang yang akan muncul serta warnanya. 23.1 Memasukkan Kesan Bayang Klik pada objek yang dipilih. Klik butang Shadow di bar alat Drawing untuk memaparkan palet kesan bayang. Klik pada kesan yang dikehendaki. Kesan bayang yang dipilih dengan serta-merta muncul pada objek.

23.2 Membuka Bar Alat Khas Untuk kawalan yang lebih rapi terhadap kesan bayang, gunakan bar alat Shadow Setting. Klik butang Shadow dan pilih Shadow Setting pada palet yang muncul.

30

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Teknologi Terkini

31

Grafik PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam FAX : 03-55124828 TEL : 03-55122576

E-MAIL : [email protected]

Related Documents


More Documents from ""