Pose 6

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pose 6 as PDF for free.

More details

  • Words: 982
  • Pages: 3
puasa syawal October 10, 2008 dari Abu Ayyub Al-Anshari R.A, katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Barang siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian dia mengiringinya 6 hari daripada bulan Syawal, maka seperti dia berpuasa sepanjang tahun. - [HR Muslim]. ulama’ berbeza pendapat tentang persoalan bolehkah didahulukan puasa 6 Syawal sebelum melakukan puasa qadha’.. ada yang mengatakan boleh dan ada pula yang mengatakan tidak.. namun, pendapat yang lebih kuat adalah pendapat yang mengatakan tidak boleh didahulukan puasa Syawal sebelum puasa qadha’.. antara hujahnya adalah berdasarkan matan (teks) hadits tersebut, “Barang siapa yang berpuasa Ramadhan…”, seseorang itu tidaklah dikira telah berpuasa Ramadhan sekiranya masih mempunyai “hutang” puasa.. oleh sebab itu, hendaklah dia melunaskan “hutang” tersebut, barulah dia dikira telah “berpuasa Ramadhan”.. bagaimana pula dengan persoalan menggabungkan niat, iaitu niat puasa qadha’ dan puasa 6 Syawal? tidak dibolehkan untuk menggabung niat (yakni tidak akan mendapat ganjaran yang telah Rasulullah S.A.W janjikan) kerana kedua-duanya jenis puasa tersebut harus dilakukan secara berasingan.. hendaklah menyempurnakan puasa Ramadhan terlebih dahulu, diikuti dengan puasa 6 hari di bulan Syawal.. sekiranya kedua-dua jenis puasa ini dilakukan

secara

bersamaan

pada

hari

yang

sama,

syarat

“kemudian

dia

MENGIRINGINYA 6 hari daripada bulan Syawal” itu tidak dipenuhi.. oleh itu, hendaklah kedua-dua puasa ini dilakukan pada hari yang berbeza.. adakah puasa 6 hari ini perlu dilakukan secara berturut-turut? memandangkan hadits yang shahih dari Nabi S.A.W diucapkan secara umum tanpa ada ketentuan hari, maka dibolehkan untuk berpuasa 6 Syawal secara terpisah (tidak perlu berturutan)..

wallahu a’lam..

Antara perkara yang mampu menampung kelompongan yang fardhu (wajib) adalah dengan perkara yang sunat. Dan salah satu dari pintu-pintu kebaikan adalah dengan melakukan puasa-puasa sunat. Puasa sunat juga dikenali dan dikatakan sebagai perisai bagi seorang muslim baik di dunia mahupun di akhirat. Di dunia, ia adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadis Qudsi disebutkan, “Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya.” Riwayat Bukhari. Setelah lebih seminggu kita umat Muhammad menyambut hari kemenangan, hari kegembiraan, sebagai tanda berjaya melalui program tahunan yang disediakan oleh Yang Maha Agung, bagi generasi mukhsinin mahupun mukhlisin dan muttaqin (MENCARI KUALITI DI DALAM KUANTITI) pasti merasa bersemangat untuk meneruskan ibadah-ibadah yang telah dilakukan sebelum ini. Segala kelompongan pasti ingin ditampung, mana yang kurang ditambah dan diperbaiki. Dikesempatan bulan Syawal yang masih berbaki ini, pasti ramai yang maklum dan bercita-cita untuk berpuasa enam pula. Memandangkan penulis banyak diajukan beberapa persoalan seputar tentang perkara ini. Jadi penulis ingin berkongsi sedikit ilmu yang dikurniakan dan dipinjamkan Illahi buat perbincangan, percambahan ilmu dan minda serta boleh diambil kongsi manfaatnya. InsyaAllah. Puasa seperti setahun penuh Salah satu puasa yang dianjurkan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al-Anshari, Muhammad Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” Riwayat Muslim. Dari Tsauban, Muhammad Rasulullah (S.A.W) bersabda, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Idul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh lipatnya.” Riwayat Ibnu Majah. Dilakukan setelah Idul Fitri Puasa Syawal dilakukan setelah Idul Fitri, tidak boleh dilakukan di hari raya Idul Fitri. Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah (S.A.W) yang diriwayatkan dari Umar AlKhattab, beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rasulullah melarang berpuasa di hari tersebut : hari raya Idul Fitri setelah kamu berpuasa dan hari lainnya tatkala kamu makan daging korban kamu (Idul Adha).” (Muttafaq ‘alaih). Adakah perlu berturutan? Imam Nawawi menjawab dalam Syarh Shahih Muslim 8/328 : “Afdhalnya (lebih utama) adalah berpuasa enam hari berturut-turut setelah Idul Fitri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keutamaan puasa Syawal berdasarkan konteks hadits ini.” Jadi, berdasarkan pendapat ini, boleh berpuasa secara berturut-turut atau tidak, baik di awal, di tengah, mahupun di akhir bulan Syawal. Akan tetapi yang lebih utama adalah

bersegera melakukannya berdasarkan dalil-dalil yang berisi tentang anjuran bersegera dalam beramal soleh. Sebagaimana petikan firman Allah, “oleh itu, berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh) ” Al-Maaidah:48. Mendahulukan puasa qada’ (wajib) Apabila seseorang mempunyai tanggungan puasa (qada’) sedangkan dia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang perlu didahulukan? Di dalam perkara ini terdapat pelbagai pendapat. 1. Ada yang mengatakan boleh puasa sunat Syawal dahulu kerana kekangan waktu kemudian baru diganti puasa qada’ pada bulan lain. 2. Ada yang mengatakan puasa qada’ dan sunat Syawal sekali kerana yang sunat akan terangkat di dalam puasa wajib. Walaupun pendapat yang ke-dua adalah diterima, tetapi di dalam Islam tidak digalakkan berniat untuk dua perkara atau dalam erti kata melakukan dua ibadah (qada’ dan sunat) di dalam satu waktu. Maka, pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qada’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunat itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rojab berkata dalam Lathiiful Ma’arif, “Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Ramadhan, hendaklah dia mendahulukan qada’nya terlebih dahulu karena hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu (qada’) lebih baik daripada puasa sunat Syawal”. Pendapat ini juga disetujui oleh Syaikh Muhammad bin Shaleh Al Utsaimin dalam Syarh Mumthi’. Dengan pendapat ini dapat difahami bahawa adalah lebih baik dan sempurna ibadahnya dengan melaksanakan yang wajib (qada’) terlebih dahulu, dan jika berbaki hari di bulan Syawal boleh dilaksanakan sunat Syawal meskipun tidak mencukupi enam hari. Sesungguhnya setinggi mana sekalipun fadhilat yang terkandung di dalam perkara sunat, tetap tidak boleh menandingi fadhilat yang terkandung di dalam perkara wajib. Kesimpulan • • •

Sunat Syawal boleh dilakukan pada bila-bila selagi di dalam bulan Syawal. Tidak perlu berturutan tetapi lebih utama (afdhal) dikerjakan secara berturutan. Mendahulukan yang wajib (qada’) kemudian yang sunat.

Semoga dengan perkongsian artikel ini dapat memberi dan diambil manfaatnya untuk kegunaan bersama. Semoga kebahagiaan, keredhaan dan kerahmatan selalu mengiringi orang yang menghidupkan sunnah Nabi Muhammad (S.A.W) kekasih Allah penghulu segala anbiya’. p/s: Biar sedikit beramal di dalam perkara sunat daripada berlebihan di dalam perkara bidaah. Wallahuaklam…

Related Documents