SULIT
02/2
Nama:
Tingkatan:
SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2000 1½ jam
JABATAN PENDIDIKAN PAHANG PENILAIAN BERSAMA PERCUBAAN TAHUN 2000 SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PAHANG TINGKATAN TIGA BAHASA MELAYU Kertas 2 Satu jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi tiga soalan 2. Jawab semua soalan
Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak
2000 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Pahang
[Lihat Sebelah SULIT
1
SULIT
02/2 Soalan I (Masa dicadangkan : 45 minit)
Tuliskan sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan itu hendaklah kira-kira 180 patah perkataan.
a.
Belajar secara berkumpulan dikatakan dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar. Tuliskan kebaikan-kebaikan belajar secara berkumpulan.
b.
Anda telah menyertai satu kegiatan amal di Rumah Orang-Orang Tua Seri Kenangan anjuran unit berpakaian seragam sekolah anda. Tuliskan laporan tentang kegiatan tersebut.
c.
Tempat tinggal anda telah dilanda banjir. Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan. Gambarkan suasana di tempat tersebut.
d.
Pertanian secara moden dapat meningkatkan pendapatan. Tuliskan langkah-langkah untuk menggalakkan kegiatan tersebut.
e.
Anda telah diundang untuk memberi ceramah dalam satu program anjuran Kelab Bimbingan dan Kaunseling. Tajuk ceramah itu ialah “Kepentingan Pendidikan Moral”. Tuliskan ceramah tersebut selengkapnya.
2
02/2
ILihat sebelah SULIT 02/2
SULIT Soalan 2 (Masa dicadangkan : 30 minit)
Kaji graf di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam graf, huraikan faktor-faktor pertambahan bilangan pelancong ke Malaysia. Huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
BILANGAN PELANCONG KE MALAYSIA 1994 - 1999 30
28.29
25
23.46 21.77
20
14.64
15 12.56 10.51 10
1994
1995
1996
1997
1998
1999
TAHUN
(20 markah)
3
02/2
[Lihat sebelah SULIT 02/2
SULIT Soalan 3 (Masa dicadangkan: 15 minit)
Isikan setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menuliskan nombor tempat kosong berkenaan berserta dengan jawapan anda. PETIKAN TIDAK PERLU DISALIN SEMULA.
Kawasan hutan yang luas juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan. Air ___(1)___ sumber alam yang penting kepada ____(2)____ yang hidup. Jika kita tidak mempunyai kawasan tadahan ___(3)___ cukup, banjir besar ___(4)___ berlaku. Banjir kilat yang ___(5)___ melanda juga disebabkan oleh kurangnya kawasan tadahan air. Selain itu hutan simpan juga dijadikan sumber ___(6)___ oleh ahli sains biologi. Flora dan fauna yang ___(7)___ di dalam hutan merupakan khazanah, negara yang sering menjadi bahan kajian. Kajian ini amat ___(8)___ untuk kegunaan pada masa akan datang. ___(9)___ hutan yang indah dengan habitat semula jadi menjadi daya ___(10)___ pelancong untuk berkunjung.
(10 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT
4