Pjpk Definisi

  • Uploaded by: nazerimdnazar
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pjpk Definisi as PDF for free.

More details

  • Words: 224
  • Pages: 7
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 3 TOPIK: REKREASI KEMAHIRAN: MENJEJAK

DEFINISI REKREASI • Rekreasi ialah aktiviti terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang. • Tujuannya adalah untuk memperoleh keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. • Rekreasi membolehkan kita menikmati kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani, emosi,rohani dan intelek.

…. Sambungan • Aktiviti rekreasi juga dapat memupuk semangat kerjasama, membina disiplin diri dan ketahanan mental. • Kemahiran dalam aktiviti rekreasi boleh dipelajari melalui kegiatan kokurikulum di sekolah. • Antara aktiviti rekreasi yang dilaksanakan di sekolah ialah menjejak.

DEFINISI MENJEJAK • Menjejak bermaksud merentas sesuatu kawasan dari titik permulaan hingga ke destinasi yang dituju. • Aktiviti menjejak memerlukan kita menerokai dan melalui sesuatu laluan semula jadi seperti hutan, bukit bukau dan sungai.

FAEDAH AKTIVITI MENJEJAK • KOGNITIF – Mengetahui flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan. – Mengenal pasti habitat flora dan fauna. – Melatih membuat keputusan yang rasional berasaskan pengetahuan diri, pengalaman dan situasi semasa. – Melatih dan menginterpretasikan isyarat dan pandu arah.

FAEDAH AKTIVITI MENJEJAK • AFEKTIF – Mengagumi kebesaran Tuhan dan alam ciptaanNya. – Bekerjasama dalam kumpulan. – Menikmati dan menghargai keindahan alam. – Meningkatkan kemahiran sosial.

FAEDAH AKTIVITI MENJEJAK • PSIKOMOTOR – Meningkatkan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan otot.

» Sumber: Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3

Related Documents

Pjpk Definisi
May 2020 12
Pjpk
June 2020 28
Muka Pjpk
August 2019 32
Definisi
May 2020 53
Definisi
June 2020 45
Definisi
April 2020 55

More Documents from ""

Pjpk Definisi
May 2020 12