Pj

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pj as PDF for free.

More details

  • Words: 2,679
  • Pages: 19
PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua SMK Dang Anum iaitu Puan Hajah Masnah binti Md.Nor kerana telah menyuruh guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan membuat folio tentang permainan Badminton dan Herba Tradisional(Pemakanan). Tidak lupa kepada guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan saya , Cik Nooralifah binti Md.Nor yang memberi tunjuk ajar kepada saya dalam melakukan folio ini.Tanpa tunjuk ajar guru,saya tidak mengetahui cara membuat folio ini.Selain itu,terima kasih kerana memberi tugasan ini kepada saya.Sesungguhnya jasamu tetap dikenang. Ibu bapa saya iaitu Zamani bin Md.Ali dan Zaharah binti Haji Hamzah yang telah memberi tujuk ajar selain guru saya.Di samping itu,ibu bapa telah memberi dorongan kepada saya.Jasamu sungguh berharga.Terima kasih untuk segalagalanya.

PENDIDIKAN JASMANI(

KETERANGAN

Skuasy ialah satu sukan beraket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai "Squash Rackets", satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan skuasy. Permainan ini dimainkan oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan raket 'piawai' dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan berongga.

Sejarahwan skuasy menyatakan bahawa permainan ini berasal dari Harrow School pada kurun ke-19, hanya di luar London, England, sebagai satu penambahan raket. Pembinaan gelanggang yang pertama direkodkan seperti di Harrow dalam tahun 1860-an. Kemungkinan bahawa gelanggang skuasy awal telah dibina di Harrow oleh satu gelanggang dengan membahagikan dewan gelanggang raket, yang mana merupakan lebih tepat lagi sama seperti tiga saiz gelanggang skuasy Sepanyol (untuk membenarkan lebih banyak pemain bermain di dalam gelanggang pada masa yang sama). Permainan umumnya kekal sebagai pertandingan peringkat sekolah-sekolah dan universitiuniversiti sehinggalah awal abad ke-20, yang mana masa itu sukan ini menjadi popular dalam kelab-kelab persendirian (seperti RAC di London) dan dengan pegawai-pegawai dalam angkatan tentera British.

Gelanggang Skuasy Perseorangan Antarabangsa, seperti yang dispesifikasikan oleh Persekutuan Skuasy Sedunia AS menjadi negara pertama untuk membentuk sebuah persatuan yang berdedikasi dan mengkodifikasikan permainannya pada tahun 1907. Pada tahun yang sama, Persatuan Tenis dan Raket (British) metubuhkan satu jawatankuasa kecil skuasy untuk mentadbir permainan, yang menjadi secara progresif dikanunkan semasa tahun 1920-an. Kemudiannya, Persatuan Raket Skuasy (British) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran permainan dalam 1928. Sukan ini sekarang ditadbir oleh WSF (Persekutuan Skuasy Dunia). Permainan profesional lelaki diuruskan oleh PSA (Persatuan Skuasy Profesional) dan wanita oleh WISPA (Persatuan Pemain Skuasy Antarabangsa Wanita).

Skuasy berterusan hampir secara eksklusif permainan bagi kelas pertengahan atas dan / atau kelas atasan sehingga sekitar tahun 1950-an, apabila pengendali-pengendali komersial mula membina gelanggang untuk orang awam. Permainan ini menjadi terkenal, dengan penyertaan memuncak sekitar awal tahun 80-an. Walaupun berlaku kemerosotan dalam bilangan pemain membilang, permainan ini popular di kebanyakan tempat, terutama Australia, barat laut Eropah, Amerika Utara dan Asia (terutamanya selatan dan tenggara). Di tahap elit, permainan dibahagi di antara pemain-pemain amatur dan pemain profesional, yang mana jurulatih-jurulatih sering diambil bekerja oleh kelab-kelab yang eksklusif.

Senarai nama pemain skuasy

Lelaki •

A.A. AbouTaleb



Gogi Alauddin



Ibrahim Amin



F.D. Amr Bey



Gamal Awad



Ahmed Barada



Abdul Bari



Jonah Barrington



Ritwik Bhattacharya



Lee Beachill



Stewart Boswell



Gawain Briars



Don Butcher



Mark Cairns



Mark Chaloner



Stuart Davenport



Byron Davis



Jim Dear



Michael Desaulniers



Chris Dittmar



Rodney Eyles



David Evans



Gregory Gaultier



Saurav Ghosal



Alex Gough



Del Harris



Moussa Helal



Geoff Hunt



Hiddy Jahan



Aftab Jawaid



Dan Jenson



Paul Johnson



Mahmoud Karim



Azam Khan



Aziz Khan



Hashim Khan



Jahangir Khan



Jansher Khan



Mohibullah Khan



Mohibullah "Mo" Khan



Rehmat Khan



Roshan Khan



Sharif Khan



Torsam Khan



Joe Kneipp



Thierry Lincou



Peter Marshall



Brett Martin



Rodney Martin



Nick Matthew



Cam Nancarrow



Peter Nicol



Victor Niederhoffer



Ross Norman



Mike Oddy



Ong Beng Hee



David Palmer



Simon Parke



Paul Price



Jonathon Power



Charles Read



Anthony Ricketts



Chris Robertson



Craig Rowland



Henri Salaun



Amr Shabana



Mark Talbott



Nick Taylor



Chris Walker



Cameron White



John White



Dean Williams



James Willstrop



Glen Wilson



Mo Yasin



Qamar Zaman

Perempuan •

Vanessa Atkinson



Tania Bailey



Philippa Beams



Vicky Botwright



Cassie Campion



Vicki Cardwell



Sue Cogswell



Robyn Cooper



Joshna Chinappa



Nicol David



Susan Devoy



Danielle Drady-Harte



Linda Elriani



Sarah Fitz-Gerald



Fiona Geaves



Natalie Grainger



Natalie Grinham



Rachael Grinham



Suzanne Horner



Liz Irving



Leilani Joyce



Carla Khan



Shelley Kitchen



Tamsyn Leevey



Martine Le Moignan



Michelle Martin



Heather McKay



Janet Morgan



Sue Newman



Claire Nitch



Lisa Opie



Carol Owens



Dipika Pallikal



Lucy Soutter



Rhonda Thorne



Sue Wright



Barbara Wall



Margaret Zachariah

SEJARAH SKUASY

Permainan Skuasy adalah permainan yang mudah dipelajari. Peraturan permainannya mudah difahami oleh pemain. Skuasy dimainkan di dalam gelanggang tertutup yang merupakan sebuah bilik kosong bersiling tinggi dan mempunyai empat dinding termasuk dinding belakang. Matlamat permainannya ialah untuk mendapatkan mata dengan melakukan servis, dan memukul bola supaya lawan tidak dapat mengambil bola yang dipukul itu.

Di England, beberapa sekolah mula mencuba dalam permainan ini dengan mendirikan gelanggang sendiri. Pada tahun 1825, permainan ini telah diperkenalkan di Sekolah Harrow. Perkataan skuasy adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia terkena raket. Pada mulanya, skuasy dimainkan secara suka-suka sahaja. Selepas perang dunia pertama, ia telah menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Persatuan Skuasy di England ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun-tahun awal pertandingan skuasy, ianya telah dimenangi oleh pemain-pemain Inggeris, tetapi selepas tahun 1950-an permainan ini telah dikuasai oleh Negara Pakistan yang dimulai oleh Hashim Khan. Kemudian, diikuti pula oleh adiknya Azam Khan dan supupunya Roshan Khan. Permainan skuasy akhirnya telah dibawa masuk ke Malaysia oleh orangorang Inggeris yang bertugas di negara ini. Tarikh tepat permainan skuasy diperkenalkan di Malaysia tidak dapat dipastikan. Adalah dipercayai ia diperkenalkan sekitar tahun 1920-an. Pada masa itu, ia dimainkan oleh kelab-kelab, khusus untuk orang-orang kulit putih. Permainan skuasy mula diminati oleh rakyat negara ini selepas perang dunia kedua. Selepas tahuntahun 1960-an, skuasy mula menjadi satu permainan yang semakin diminati hingga ada sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan mereka. Pertandingan dan kejohanan skuasy mula dianjurkan samada di peringkat sekolah, kelab atau jabatan.

Pada tahun 1972, sekumpulan peminat dan pemain skuasy di sekitar Kuala Lumpur telah bertemu di Kelab Tasik Perdana Kuala Lumpur bertujuan menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk sukan ini. Akhirnya, Persatuan Skuasy Malaysia (PSM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan sukan untuk permainan skuasy di seluruh Malaysia. Datuk Hisyam Albakri adalah presidennya yang pertama. Dengan adanya Persatuan Sepak

Takraw Malaysia, banyak persatuan-persatuan skuasy negeri ditubuhkan termasuk Kelab Skuasy Angkatan Tentera Malaysia dan Kelab Skuasy Polis Diraja Malaysia. Beberapa pertandingan mula diadakan seperti di Kolej Melayu Kuala Kangsar tahun1939 dan Pertandingan Piala Tiger tahun 1966.

PENYAKIT BERJANGKIT

1.CAMPAK Campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak , namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur. 90% kontak yang tidak berimunisasi berada berdekatan pesakit akan dijangkiti dengan mudah. Ia menjangkiti sistem respiratori dan menyebabkan ruam kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul. Ia disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang terdedah kepada pesakit. Campak boleh menjadi serius dan membawa kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30 juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih dari 75,0000 kematian. Orang yang telah dijangkiti campak akan membentuk imuniti semulajadi.

Tanda dan Gejala Gejala bermula 10 – 12 hari selepas terdedah dengan pesakit, Gejala awal adalah seperti hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit otot , sensitif terhadap cahaya dan demam. Selepas 2 hingga 4 hari gejala tadi, ruam badan dan tompokan putih di dalam mulut mula timbul. Ruam bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke bawah dan bersatu antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam masa 4 hari sebagaimana tempoh ia berlaku.

Komplikasi

Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku antaranya: • Jangkitan telinga • Pembesaran Nodus Limfa • Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak • Jangkitan paru paru • Jangkitan bronkus • Jangkitan peti suara • Cirit birit atau muntah 2 • Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi lahir kekurangan berat badan. Kematian amat jarang berlaku ( satu atau dua daripada 1000 kes, selalunya disebabkan oleh jangkitan paru paru atau jangkitan otak.

Rawatan

• Acetaminophen (paracetamol) untuk mengurangkan demam dan sakit badan. • Rehat (tidur ) dengan cukup. • Pelembab yang menyegarkan ruang respiratori (pernafasan) dan menghilangkan batuk. • Antibiotik diberikan kepada pesakit yang membentuk otitis media atau jangkitan kuman pada paru paru. • Pengasingan.

Pencegahan Di Malaysia, vaksin campak biasanya diberikan bersama sama vaksin beguk, dan rubella ketika berumur satu dan tujuh tahun. Orang yang tidak berimunisasi dan adik beradik perlu diasingkan dari pesakit.

2.RUBELA Rubela atau dikenali sebagai German measles merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus biasanya ditemui pada tekak, darah dan najis individu yang dijangkiti. Rubela dicirikan dengan bintik-bintik ruam merah. Ancaman virus Rubela yang paling menakutkan oleh virus rubela ini sekiranya ia menjangkiti wanita yang hamil dalam tempoh 12 minggu pertama atau tiga bulan. Ini disebabkan virus rubela boleh merentasi sistem pertahanan uri dan masuk ke dalam tubuh janin yang sedang membentuk menjadi bayi. Jangkitan virus rubela pada bayi dikenali sebagai sindrom konginetal rubela. Sindrom konginetal rubela terutama pada peringkat awal kehamilan ini dianggap merbahaya kerana sifat janin mula membentuk. Sindrom konginetal rubela memberikan risiko kecacatan yang tinggi terhadap bayi dalam kandungan termasuk kecacatan seperti buta, katarak, hilang pendengaran, masalah jantung dan adakalanya terencat akal. Dianggarkan lebih 85 peratus bayi yang dijangkiti dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan terdedah dengan risiko yang berbahaya. Malah wanita hamil yang dijangkiti sindrom konginetal rubela pada akhir tempoh mengandung juga berhadapan dengan risiko bayi yang dilahirkan mempunyai perkembangan yang lambat bagi belajar berjalan atau melakukan aktiviti-aktiviti yang mudah. Rubela pada remaja dan orang dewasa dicirikan dengan pening kepala, sakit tekak, demam dan ruam kecil berwarna merah merupakan sejenis penyakit yang amat mudah berjangkit. Ia biasanya menjangkiti kulit dan kelenjar limfa.

Pertahanan badan Sehingga kini, belum ada rawatan yang dapat menghindar atau membantu wanita yang mendapat jangkitan rubela semasa hamil. Oleh itu kaedah suntikan vaksin vaksinasi digunakan dan kaedah vaksinasi dapat melindungi wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom konginetal rubela. Suntikan vaksin ini merangsang sistem pertahanan tubuh dengan menghasilkan antibodi. Wanita yang telah mendapatkan vaksinasi, perlu menunggu sehingga tiga bulan selepas vaksinasi sebelum merancang untuk hamil. Vaksin diperbuat daripada bakteria yang sama atau sebahagian daripada bakteria yang menyebabkan terjadinya penyakit tersebut. Bezanya bakteria yang terdapat dalam vaksin yang disuntik adalah bakteria yang telah mati atau dilemahkan. Justeru, bakteria ini tidak akan menyebabkan mereka yang disuntik jatuh sakit. Sistem pertahanan tubuh akan bertindak balas pada vaksin yang disuntik ke dalam tubuh ibu yang menyebabkan terbentuknya antibodi. Antibodi akan melindungi tubuh sekiranya anda diserang oleh penyakit tersebut termasuklah bayi atau janin dalam kandungan. Bagaimanapun sekiranya seseorang wanita itu telahpun hamil, dia tidak digalakkan diberikan vaksinasi. Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil.

Rekod serangan Rubela Penyakit Rubela ditakuti kerana rekod serangannya yang menakutkan. Ketika wabak Rubela merebak di Amerika Syarikat pada tahun 1967-1965, lebih 20,000 bayi telah dilahirkan cacat. Wabak Rubela juga dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 kes keguguran dan bayi yang lahir mati sejurus dilahirkan. Dianggarkan 25 peratus bayi yang mendapat jangkitan rubela pada tiga bulan pertama usia kandungan dilahirkan dengan satu jenis atau lebih kecacatan. Ibuibu yang mendapat jangkitan rubela selepas trimester yang kedua, risiko mendapat sindrom konginetal rubela boleh menyebabkan masalah lain seperti: •

Lahir tidak cukup bulan



Berat badan yang kurang



Masalah makan



Cirit-birit



Jangkitan kuman dalam paru-paru



Anemia



Radang paru-paru



Mudah mengalami pendarahan



Bintik-bintik merah ungu pada muka dan tubuh



Pembengkakan hati dan limpa

Langkah penghindaran Untuk menghindar daripada penyakit Rubela, seseorang itu boleh menjalani ujian darah bagi mengenal pasti sama ada terdapat antibodi terhadap rubela di dalam darah mereka. Wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan menjalani ujian imuniti terhadap rubela sebelum mereka hamil. Vaksinasi dapat melindungi wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom konginetal rubela. Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil.

Bagaimanapun, doktor tidak akan menggugurkan kandungan sekiranya wanita terbabit tidak menyedari bahawa mereka hamil ketika mendapat suntikan imunasi. Rubela amat mudah berjangkit dalam tempoh satu minggu sehinggalah tujuh hari selepas ruam timbul.

Gejala rubela •

Mengigil



Sakit kepala



Bersin



Batuk



Sakit tekak



Suhu badan yang agak panas

Ruam Selepas gejala-gejala ini, ruam akan timbul bermula dari muka, leher dan seluruh badan. Kelenjar pada leher juga mungkin akan bengkak

3.KEPIALU Demam kepialu atau Demam paratifoid (Typhoid Fever dalam bahasa Inggeris) merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi. Demam kepialu biasa terdapat di seluruh dunia, dan hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia. Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria dari orang yang dijangkiti, atau dari sisi kumbahan yang mengandungi bakteria. Oleh itu kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dikekalkan setiap waktu. Mereka yang mengendalikan makanan jualan perlu menjalani pemeriksaan perubatan seperti yang disyaratkan dalam lesan perniagaan makanan. Elakkan daripada membeli makanan daripada peniaga tidak berlesen terutamanya apabila terdapat wabak demam kepialu di sesuatu kawasan. Selepas membiak di dalam badan pesakit, antara gejala termasuklah demam tinggi 103° ke 104°F (39° ke 40°C), lemah, sakit kepala, hilang selera makan, dan sakit perut. Gejala lain pula termasuklah radang leper, tompok bewarna merah bunga ros. Demam kepialu mampu membawa maut. Gejala akut kebocoran usus kecil (intestinal perforation), berkhayal (delusions), dan menjadi keliru juga boleh berlaku. Antibiotik, seperti ampicillin, trimethoprim-sulfamethoxazole, dan ciprofloxacin biasa digunakan bagi merawat demam kepialu. Seseorang itu mampu menjadi pembawa penyakit demam kepialu, tanpa menunjukkan sebarang gejala, tetapi mampu menjangkiti orang lain. Pada tahun 1907, Mary Mallon ("Typhoid Mary") menjadi pembawa Amerika Syarikat yang pertama dijejak dan dikenal pasti. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (Centers for Disease Control) dianggarkan 1 sehingga 20 orang yang dijangkiti demam kepialu masih membawa penyakit demam kepialu selepas sembuh.

Demam kepialu mungkin berlarutan selama tiga minggu sehingga satu bulan sekiranya tidak dirawat. Kematian berlaku antara setiap 1 dalam 9 ke 1 dalam 3 kes. Suntikan vaksin berserta pemilihan makanan merupakan cara utama mengelakkan terkenanya demam ini. Demam kepialu telah meragut nyawa beberapa orang terkenal, termasuk Rudyard Kipling, Franz Schubert, Wilbur Wright, dan Putera Pengiring British Albert of Saxe-Coburg-Gotha.

CARA MENCEGAH Bakteria dibawa oleh penghidap,lalat,lipas dan tikus SIMPTOM PENYAKIT *Mata layu dan cengkung *Tubuh badan kurus dan lesu *Tiada selera makan *Demam berlarutan *Sakit kepala *Ruam berbentuk bunga ros *Sembelit diikuti cirit-birit

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN *Dapat imunisasi kepialu/tifoid *Minum air yang dimasak. *Tudungkan semua makanan supaya tidak dihinggapi lalat *Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum makan.

*Pilih gerai yang bersih

4.BEGUK Beguk adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus (RNA Paramyxovirus). Ia di sebarkan melalui udara oleh orang yang dijangkiti beguk samaada dengan beresin, batuk dan sebagainya. Gejalanya demam, kelenjar yang bengkak dan sakit di bahagian rahang. Waktu terdedah sehingga timbul gejala penyakit ialah dari 14 sampai 25 hari. Tempoh pengasingan yang disarankan selama 9 hari setelah bengkak timbul. Pencegahannya ialah melalui imunisasi (MMR) pada usia 12 bulan dan 4 tahun.

SIMPTOM PENYAKIT *Pipi berhampiran telinga menjadi bengkak *Pesakit mungkin mengalami demam *Bahagian mungkin mengalami demam *Bahagian leher tersa kejang *Sensitif terhadap cahaya *Badan tersa lemah *Sakit kepala LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN *Dapatkan imunisasi beguk *Elakkan daripada melakukan sentuhan langsung. *Kuarantinkan penghidap beguk

5.CACAR AIR Cacar air (Varicella zoster) ialah penyakit merebak akibat jangkitan virus varicella-zoster. Penyakit ini dijangkiti oleh kanak-kanak dan biasanya mereka akan pulih.

CARA MEREBAK Virus disebarkan melalui sentuhan kulit,pakaian yang tercemat dan udara.

SIMPTOM PENYAKIT *Sakit kepala atau demam ringan *Gelembung air timbul pada kulit dan muka *Kulit berasa gatal *Tidur tidak nyenyak *Keletihan

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN *Dapatkan imunisasi cacar air *Elakkan daripada melakukan sentuhan langsung *Kuarantinkan pesakit cacar air

Related Documents

Pj
May 2020 33
Pj
June 2020 37
Pj
May 2020 41
Pj 7
April 2020 20
Pj - 2000.05
November 2019 24
Soalan Pj
June 2020 11