Pertumbuhan Fizikal Kanak2

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pertumbuhan Fizikal Kanak2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,321
  • Pages: 12
Pertumbuhan Fizikal •

Berat badan Berat badan betambah dengan cepat pada peringkat awal kanak-

kanak. Namun ketika peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir iaitu sebelum mereka baligh, berat kanak-kanak akan meningkat sebanyak paun 2.5 kilogram (5 paun) setiap tahun. Walau bagaimanapun, berat badan kanak-kanak perempuan adalah kurang berat daripada lelaki pada umur yang sama.



Ketinggian badan Pada ketika ini, ketinggian badan kanak-kanak akan bertambah

sebanyak 5 hingga 7.5 sentimeter (2-3 inci) setiap tahun. Kanak-kanak perempuan lebih rendah daripada kanak-kanak lelaki sebelum usia sebelas tahun. Kemudian pada usia dua belas atau tiga belas tahun, kanak-kanak perempuan menjadi lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki.



Pertumbuhan gigi Manusia mempunyai dua set pertumbuhan gigi dalam seumur hidup.

Pada ketika umur kanak-kanak 7 tahun, gigi susu mula tanggal.pertukaran gigi susu ke gigi kekal mengambil masa yang lama, iaitu dari hujung peringkat prasekolah hingga hujung peringkat kanak-kanak atau kira-kira dua belas tahun.



Rangka tulang Pertumbuhan

tulang

berlaku

dalam

tiga

cara,

iaitu

menjadi

bertambah pnjng, lebih keras, dan berkurang atau bertambah dari segi jumlah pada bahagian tertentu. Pertambahan saiz tulang amat ketara di tulang panjang di bahagian kaki dan lengan. Tulang tersebut akan memanjang, menebal dan membesar secara tetap sepanjang zaman kanakkanak. Pembesaran tulang rangka berlaku dengan pembesaran kaki dan tangan diikuti leh pembesaran pinggul, dada, bahu, dan akhir sekali badan

memanjang.

ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Aspek Perkembangan kanak-kanak akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu FIZIKAL, MENTAL dan SOSIO-EMOSI.

PERKEMBANGAN FIZIKAL Perkembangan fizikal kanak-kanak merangkumi pertumbuhan fizikal, kemahiran pergerakan kasar dan halus.

Kemahiran pergerakan motor kasar dan halus Kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran motor kasar dan halus.

Kemahiran motor kasar kanak- kanak sekolah (7-11 tahun) Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih terurus, berbanding peringkat awal kanak-kanak. Contohnya, mereka sudah boleh menunggang basikal, memanjat, berlari, menari dan bersukan. Disamping itu mereka juga lebih diberi tanggungjawab menjalankan aktiviti seperti membantu ibu menyapu dan mengemas rumah, memasak, menjahit serta membasuh dn melipat pakaian. Kemahiran

fizikal

menjadi

suatu

keseronokkan

dan

merupakan

pencapaian yang berguna kepada kanak-kanak. Penting bagi kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan pada peringkat sekolah rendah.

Kemahiran motor halus kanak-kanak sekolah (7-11 tahun) Semasa kanak-kanak mulai masuk kea lam perseklahan, otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar menulis, ,membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah. Mereka

memperoleh

kemahiran

tersebut

apabila

otot-otot

kecil

bertambah terutama dibahagian tangan dan kaki. Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan, seperti menulis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih

sempurna.

PERKEMBANGAN MENTAL

Kami bahagikan Perkembangan mental kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir kepada 3 bahagian:

Perkembangan persepsi kanak-kanak • Deria sentuhan Pada peringkat prasekolah, deria sentuhan kanak-kanak sudah cukup berkembang sehingga membolehkan mereka membezakan objek yang kasar dengan yang halus, panas dengan yang sejuk dan sebagainya.



Deria rasa dan bau Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat membezakan rasa

sekunder, misalnya manis gula berbeza daripada manis kicap atau masam limau dengan masam cuka. Ketika ini juga, kanak-kanak boleh membezakan antara bau yang lebih rumit seperti bau rempah dan cili.



Deria pendengaran Kanak-kanak pada ketika ini sudah mampu balajar dan menumpukan

kepada

maksud

perkataan.

dibiasakan

Sekiranya

dengan

aktiviti

mereka

mendengar

cerita dan menyanyi, kebolehan mengingat perkara baru akan meningkat. Seperti contoh, mereka sudah pandai menghafal dan menyanyikan laku

penyanyi pujaan mereka.



Deria penglihatan Manusia bergantung lebih kepada penglihatan, berbanding deria-deria

yang lain semasa meneroka persekitaran mereka. Menurut Elanor dan James Gibson, kematangan otak menyumbang kepada peningkatan dalam integrasi

sistem

penglihatan

dan

sistem

motor.Teori

differensiasi

menerangkan bagaimana kanak-kanak membezakan symbol tulisan. Mereka mula mengenal huruf dalam pasangan. Huruf-huruf yang hampir serupa seperti C dan G, E dan F, selalu mengelirukan mereka (Gibson,1970). Penulisan huruf yang sngsang adalah kebiasaan yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Pembacaan buku yang banyak dapat meningkatkan kepekaan persepsi

kanak-kanak

dalam

mengesan

perkataan

bertulis.

PERKEMBANGAN EMOSI Emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi itu menyenangkan, mereka akan berasa terdorong untuk mencapai

sesuatu matlamat itu. Emosi

menambahkan keseronokkan kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi penggerak

kepada

tindakan,

dan

memberikan

makna

kepada

bentuk

tindakan yang diambilnya.

• Emosi Diskrit Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat di kesan melalui air muka, misalnya suka, takut, marah, sedih atau duka, minat, terkejut dan jijik. Pada peringkat kira-kira 6 tahun, rasa segan, bimbang, putus harap dan iri hati berkembang daripada perasaan duka dan harapan serta kasih sayang terhadap orang dewasa berkembang daripada emosi suka. Pernyataan emosi yang lebih halus seperti yang terdapat pada orang dewasa daripada kematangan dan pembelajaran yang seterusnya berlaku pada zaman kanak-

kanak dan remaja.



Emosi Kesedaran Kendiri Selain

emosi

diskrit,

Perkembangan

emosi

kanak-kanak

juga

merangkumi emosi yang berkaitan dengan kesedaran kendiri atau emosi yang berkaitan dengan kendiri kanak-kanak, seperti perasaan malu, bangga, dengki dan bersalah. Pada peringkat prasekolah, perasaan cemburu tehadap kawan-kawan sekelas adalah perkara biasa kerana mereka masih memerlukan rasa kasih saying daripada ibu bapa dan guru. Kanak-kanak pada peringkat ini juga kerap mengalmi emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensitive pada pujian

dan

kritikan

orang

lain

(Lewis,1995;

Lewis,

Allesandri

&

Sullivan,1992). Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan berasa bangga dan yakin terhdp kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya, jika mereka dimarah kerana salah laku, mereka akan rasa bersalah, walaupun perkara itu merupakan satu kemalangan atau dilakukan dengan tidak sengaja (Graham, Doubleday & Guarino, 1984). Bandura (1986,1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkah laku

emosi

menyatakan

yang

diperhatikan

emosinya

pada

bergantung

orang kepada

lain. apa

Cara

kanak-kanak

yang

dipelajari

disekelilingnya.



Memahami dan bertindak balas kepada emosi. Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah

empati. Kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang dalam sedih (Eisenberg & Fabes,1998). perkembangan empati bergantung kepada perkembangan intelektual dan bahasa dan disokong leh personaliti dan pengalaman mereka.

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial dan

mahir

dalam

mengawal

emosi

lebih

cenderung

bersifat

empati

(Eisenberg, 1992,1996). Pada awal umur prasekolah, kanak-kanak merujuk kepada sebab, akibat dan tanda perbuatan untuk mentafsir keadaan emosi. Pada peringkat umur 7 tahun hingga 9 tahun, kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Mereka mula belajar memahami perasaan orang lain melalui pengalaman dan interaksi dengan rakan sebaya. Kanakkanak ini suka membuat sesuatu untuk menarik perhatian orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini sangat perasan terhadap kritikan dan cemuhan.

Mereka

mendapati

susah

untuk

menyesuaikan

diri

dengan

kegagalan. Ketika berumur 9 tahun hingga 12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan sebaya berbeza dengan nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan daripada rakan sebaya tetapi pada masa yang sama mereka masih bergantung kepada ibu bapa. Kanak-kanak juga gemar menolong melaksanakan

pelbagai

tugasan,

suka

menerima

membantu orang lain tanpa mengharap ganjaran.

tanggungjawab

dan



Tingkah Laku Prososial vs Tingkah Laku Anti Sosial Perasaan empati kanak-kanak akan membawa kepada perkembangan

sosial ke arah membantu orang lain, iaitu tingkah laku prososial. Sebagai contoh, kanak-kanak menunjukka perasaan prihatin terhadap mereka yang lemah dan membantu dalam penjagaan adik. Kanak-kanak yang berumur 6 tahun hingga 7 tahun lebih cenderung untuk menunjukkan sikap bekerjasama apabila bermain dengan rakan mereka. Manakala tingkah laku anti sosial pula seperti tingkah laku agresif, intrusive, asertif, dan suka mengawal orang alin atau melakukan keganasan dan mencederakan orang lain. Kelakuan antisocial yang bermasalah dihadapi pada zaman kanakkanak ialah bercakap bohong, bergaduh, mencuri dan lari dari rumah. Terdapat beberapa penerangan mengapa seseorang itu menjadi anti sosial. Salah satu daripadanya ialah tanggapan bahawa tingkah laku antisosial itu sebenarnya akibat daripada proses modeling, misalnya melalui model-model atau cerita-cerita yang dipaparkan di televisyen.

Laman ini dibina untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus SKPX 2083, Psikologi Perkembangan. Pelajar Psikologi Perkembangan Sesi 2006/2007, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecedaraan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Hak Cipta © 2007 Laman Web oleh SKPX 2083, Psikologi Perkembangan. Paparan terbaik menggunakan IE 6.0 dengan resolusi 1024 X 768.

Related Documents

Pertumbuhan Fizikal Kanak2
November 2019 15
Fizikal
May 2020 31
Pertumbuhan
December 2019 32
Perkembangan Fizikal
December 2019 30
Kemudahan Fizikal
May 2020 26