Pernyataan Masalah Kajian.docx

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pernyataan Masalah Kajian.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,327
  • Pages: 12
1.3 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Sehingga kini terdapat dua bentuk cadangan penggunaan dinar emas dalam sistem monetari. Bentuk-bentuk cadangan tersebut adalah; penggunaan fizikal dinar emas atau syiling dinar emas sebagai mata wang. Cadangan ini telah diutarakan oleh al-Maqrizi (1957), Vadillo (2002), Zaim Saidi (2005), Hosein (2008), Dahinden (2008), Muhaimin Iqbal (2009), Nik Mahani (2009) dan Wan Kamal (2009). Manakala, satu lagi cadangan adalah dengan menjadikan dinar emas sebagai sandaran nilai ke atas mata wang. Cadangan ini pula telah dikemukakan oleh Bordo (1992), Mundell (1997), Mahathir (2002), Nor Mohamed (2002), Mohammad Kabir & Choudhury (2002), Ahamed Kameel (2002; 2003), Sanep (2009), Zoelick (2010) dan Choudhury (2010).

Walau bagaimanapun, dalam merealisasikan penggunaan dinar emas dalam sistem monetari pada hari ini, kedua-dua cadangan tersebut mempunyai beberapa masalah atau isu yang perlu diselesaikan. Isu pertama adalah berkaitan dengan pertikaian hukum tentang penggunaan wang kertas dalam sistem monetari. Pertikaian hukum ini diutarakan oleh beberapa golongan aktivis dinar emas yang menyokong penggunaan fizikal dinar emas. Isu kedua pula adalah berkaitan dengan kesesuaian penggunaan dinar emas sebagai mata wang dalam realiti semasa. Manakala isu yang ketiga pula adalah mencari penyelesaian untuk melaksanakan sistem dinar emas sebagai instrumen kewangan dalam ekonomi semasa.

1.3.1 Pertikaian Hukum Penggunaan Wang Kertas sebagai Mata Wang

Pertikaian hukum ke atas dinar emas dan wang kertas wujud apabila terdapat beberapa golongan aktivis dinar emas yang membawa fahaman berbeza dalam agenda memartabatkan penggunaan kembali dinar emas sebagai mata wang. Gerakan Murabitun Sedunia (Murabitun) yang memperjuangkan penggunaan fizikal dinar emas berpegang bahawa dinar emas adalah mata wang tuntutan Islam dan penggunaan wang kertas adalah haram. Menurut pandangan Vadillo (2002), sistem wang kertas yang ada pada hari ini adalah haram kerana ia merupakan resit hutang atau dayn. Islam tidak membenarkan

hutang menjadi bahan tukaran dan penggunaannya mestilah terhad sebagai kontrak peribadi. Beliau berhujah berdasarkan satu riwayat di dalam kitab al-Muwatta’, yang menyatakan bahawa Marwan Ibn al-Hakim telah mengarahkan pengawalnya untuk mengambil semula resit hutang (yang telah diniagakan di pasar al-Jar sebelum barangan sampai) dan mengembalikan semula kepada tuannya.1

Gerakan ini juga menganggap, haramnya sistem wang kertas adalah kerana wujudnya gharar (penipuan) dan riba dalam sistem tersebut. Gharar dalam pertukaran wang kertas menjadi asas keuntungan yang tidak adil. Hal ini berlaku kerana penggantian wang sebenar iaitu dinar dan dirham dengan wang artifisial iaitu kertas. Keuntungan atau lebihan (riba) didapati melalui kaedah bank yang mencipta kredit berganda. Wang ini juga tidak membolehkan masyarakat menebus dengan emas yang menjadi sandaran. Seterusnya Vadillo (2009), Hosein (2008) dan Zuhaimy (2003) merumuskan bahawa wang kertas dan institusi bank menjadi simbol kewujudan riba. Riba adalah jelas pengharaman dalam Islam dan dengan itu wang kertas adalah haram. Walau bagaimanapun, pandangan ini dilihat bersalahan dengan golongan yang cuba menegakkan penggunaan dinar emas sebagai sandaran nilai sekiranya kertas tidak boleh dijadikan mata wang.

Respons daripada pandangan tersebut, terdapat beberapa pandangan ulama terdahulu yang menjurus kepada wang kertas sebagai resit hutang. Antaranya adalah pandangan al-Husayni (1329H), di mana beliau ada menyatakan bahawa ‘banknote’ (wang kertas) sebagai dokumen hutang terhadap pemegang dokumen dan dokumen tersebut digunakan sebagai alat perantara pertukaran dan pembayaran kerana ianya lebih ringan dan mudah dibawa. al-Husayni (1329H) berpendapat bahawa transaksi dengan kertas ini hukumnya sama dengan transaksi al-hiwalah (transfer).

1

Riwayat tersebut adalah:

َ ‫ان َمر َوانَ ب ِن ال َحك َِم مِ ن‬ َ‫َار فَتَبَايَ َع النَّاس تِلك‬ ِ َّ‫و َح َّدثَنِي عَن َمالِك أَنَّه بَلَغَه أَنَّ صكوكًا َخ َرجَت لِلن‬ ِ ‫طعَ ِام الج‬ ِ ‫اس فِي َز َم‬ َ َ َّ َ َّ ‫على َمر َوانَ ب ِن ال َحك َِم‬ َ ‫سل َم‬ َ ‫ّللا‬ َ ِ‫ّللا‬ َ ‫علي ِه َو‬ َّ ‫صلى‬ َّ ‫ب َرسو ِل‬ ِ ‫الصُّكوكَ بَينَهم قَب َل أَن يَست َوفوهَا فَ َد َخ َل َزيد بن ثَابِت َو َرجل ِمن أصحَا‬ َ َ َ َ َ‫اّللِ َو َما ذَاكَ فَقَ َال َه ِذ ِه الصُّكوك تَبَايَعَهَا النَّاس ث َّم بَاعوهَا قب َل أن يَست َوفوهَا فبَع‬ ‫ث‬ َّ ِ‫الربَا يَا َمر َوان فَقَا َل أَعوذ ب‬ ِ ‫فَقَ َال أَتحِ ُّل بَي َع‬ َ‫اس َويَردُّونَهَا إِلَى أَه ِله‬ ِ َّ‫س يَتبَعونَهَا يَن ِزعونَهَا مِ ن أَيدِي الن‬ َ ‫ َمر َوان الح ََر‬. Lihat, Malik bin Anas, al-Muwatta’, kitab alBuyuc, bab/sharh; wa haddathani can Malik annahu balaghahu anna sukukan kharajat linnasi fi zamani.

Walau bagaimanapun, pandangan tersebut disangkal oleh Dato’ Seri Haji Harussani (Mufti Perlis), Datuk Haji Rashid Redha b. Mohd Salleh (Mufti Negeri Melaka), Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah bin Haji Abdul Halim (Mufti Negeri Kedah) dan Mohamad Shukri bin Mohamad (Timbalan Mufti Negeri Kelantan). Mereka semua berpandangan bahawa hukum penggunaan wang kertas hari ini adalah harus dan boleh digunakan seperti biasa. Haramnya dalam sistem ini adalah mekanisme pelaksanaannya yang boleh membawa kepada riba, spekulasi dan penipuan. Wang kertas tersebut tidak haram dan ia juga bukan ‘resit hutang’ kerana mempunyai nilai yang telah ditentukan. Sekiranya Malaysia ingin mengembalikan penggunaan dinar emas, maka mekanismenya juga perlu jelas dan nyata (Salmy Edawati 2005). Manakala Syed Nazmi bin Tuan Taufek (Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu) merumuskan tiga faktor wang kertas hari ini tidak boleh dikatakan haram. Faktor-faktor tersebut adalah; a) Wang kertas bukan ‘resit hutang’ kerana mempunyai nilai yang ditentukan oleh kerajaan.

b) Penggunaannya dibenarkan selagi tidak melanggar hukum Islam. Apa yang salah hari ini adalah cara kendalian dan penggunaannya oleh sesetengah pihak ke atas mata wang tersebut.

c) Sistem monetari yang bermula dengan sistem barter, sistem emas dan seterusnya kepada sistem kertas adalah mengikut peredaran zaman bukan semata-mata untuk memalsukan manusia dan menjadikan mata wang itu haram.

Beliau menekankan bahawa hukum haram ke atas wang kertas tidak boleh diletakkan sama dengan hukum haram memakan khinzir. Umat Islam diharamkan memakan khinzir dan dihalalkan sekiranya berada dalam keadaan darurat atau terdesak yang boleh membawa kemudaratan lain. Pengharaman ini telah disebut dalam al-Quran dan mempunyai nas yang nyata. Ini berbeza dengan hukum haram penggunaan wang kertas kerana ia tidak mempunyai nas yang nyata (Salmy Edawati 2005). al-Qaradawi (1993) menegaskan bahawa sistem kewangan yang berteraskan Islam perlu diwujudkan

memandangkan sistem mata wang Islam telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w sehingga jatuhnya kerajaan cUthmaniyyah di Turki. Sistem tersebut telah terbukti memainkan peranan utama dalam menstabilkan ekonomi pada masa itu. Sistem mata wang tersebut bebas daripada belenggu penindasan dan ketidakadilan. Sistem mata wang Islam yang berasaskan emas diterima dalam muamalah Islam kerana ia mempunyai kestabilan nilai dan memiliki nilai intrinsik (Umar Azmon 2002) dan berbentuk cayn2 bukan berbentuk dayn.3 Penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak jelas dipraktikkan pada zaman Rasulullah s.a.w di mana terdapat hadis-hadis yang menyentuh tentang penggunaannya dalam urusan kewangan dan ibadah seperti zakat, mas kahwin, diyat, jizyah dan sebagainya. Manakala, Dato’ Haji Harussani Zakaria ada menyatakan sekiranya mata wang tidak mempunyai satu asas yang kuat untuk dijadikan tukaran atau sandaran maka ia termasuk dalam perkara gharar4. Gharar adalah sesuatu yang tidak pasti dan menimbulkan keraguan, sama dengan masalah riba yang terang-terangan telah diharamkan oleh Allah S.W.T. Sekiranya sistem monetari hari ini tidak dapat lari daripada unsur gharar dan riba, maka ia adalah sistem yang tidak selaras dengan tuntutan syarak (Joni Tamkin & Mohd Ridhwan 2009). Manakala spekulasi dan manipulasi mata wang pula akan membawa kepada penindasan dan menzalimi negara-negara kecil. Oleh yang demikian, bagi mewujudkan satu sistem yang lebih adil dan harmoni, Islam telah menuntut umatnya mencari alternatif kepada satu sistem kewangan yang lebih adil dan stabil (Salmy Edawati 2005).

2 c

Ayn adalah perkataan Arab yang bermaksud wang atau duit yang mempunyai nilai hakiki. Lihat Kamus Idris al-Marbawi, 1990. Dayn (jama’nya Duyun) merupakan perkataan Arab yang bermaksud hutang. Lihat Kamus Idris al-Marbawi, 1990. 3

4 Menurut Ibn Manzur (t.th), gharar bermaksud mendedahkan seseorang atau hartanya kepada kemusnahan secara tidak sedar dan secara umumnya gharar bermaksud bahaya, bencana atau risiko. Manakala al-Sarakhsi (1979) menjelaskan bahawa gharar boleh berlaku dalam keadaan ketidakpastian tentang kewujudan sesuatu perkara dan perkara yang tidak diketahui seperti sesuatu yang terlindung akibat atau natijahnya. Gharar diharamkan dalam Islam kerana boleh membawa pertelingkahan dan setiap muamalat yang membawa pertelingkahan sememangnya diharamkan dalam Islam.

Kenyataan tersebut disokong oleh Datuk Haji Rashid Redha b. Mohd Salleh dengan menyarankan untuk mengembalikan penggunaan dinar emas sebagai mata wang. Menurut beliau ia adalah satu langkah yang baik dan bertepatan dengan kehendak dan tuntutan Islam. Dinar emas yang menjadi amalan pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan mata wang yang bernilai, stabil dan adil. Dinar emas terbukti mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan mata wang yang ada sekarang. Justeru, kajian Salmy Edawati (2005) menyimpulkan bahawa alternatif kepada sistem wang kertas apungan adalah sistem berasaskan emas atau sistem dinar emas. Dinar emas menjadi alternatif kerana ia mempunyai ciri-ciri mata wang yang menepati kehendak Islam iaitu; mempunyai nilai intrinsik, stabil dan tahan lama. Ciri-ciri ini dapat mengelakkan sesebuah mata wang daripada berlakunya riba, inflasi dan manipulasi.

Rasulullah s.a.w telah menggunakan mata wang dinar dan dirham dalam transaksi harian. Manakala, mata wang fulus telah digunakan sebagai mata wang bantu kepada urus niaga yang lebih kecil atau murah. Rentetan dari situlah, perkataan ‘dinar’ dan ‘dirham’ telah disebut di dalam al-Quran dalam beberapa surah seperti dalam surah Al c

Imran ayat 75, surah Yusuf ayat 20, surah al-Nisa‘ ayat 59 dan surah al-Kahfi ayat 19.

Ini kerana wahyu telah diturunkan pada zaman Rasulullah s.a.w, dan tidak hairanlah sekiranya semua konsep dan ciri mata wang telah disebut secara umum dalam al-Quran berdasarkan konsep mata wang dinar dan dirham.

Oleh yang demikian, perbincangan berkaitan mata wang dalam Islam perlu diperhalusi agar dapat menyelesaikan permasalahan mata wang yang timbul pada hari ini. Apa yang penting adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri mata wang dinar emas yang menjadi tuntutan dalam Islam. Melalui persoalan apakah konsep dan ciri-ciri mata wang Islam dan adakah hanya mata wang dinar emas sahaja menjadi tuntutan dalam Islam? Maka, timbul juga pertikaian segelintir ulama tentang kedudukan wang kertas yang diguna pakai pada hari ini. Adakah wang kertas sah di sisi Islam atau sebaliknya?

Justeru, pertikaian dan percanggahan pandangan dalam menentukan hukum sebenar mata wang kertas yang diguna pakai pada hari ini perlu dibincangkan dan

diselaraskan. Penjelasan hukum ke atas wang kertas ini adalah penting kerana ia membabitkan muamalah harian umat Islam. Di samping itu juga, wang kertas akan menjadi wasilah atau perantara dalam mekanisme pelaksanaan sistem mata wang yang bersandarkan nilai dinar emas.

1.3.2 Kesesuaian Penggunaan Dinar Emas sebagai Mata Wang dalam Sistem Ekonomi Semasa Sejarah perkembangan sistem monetari dunia telah membuktikan kestabilan nilai mata wang dan sifar inflasi pernah berlaku dalam tempoh pengamalan sistem bimetallic (dwilogam) atau goldsmith (tukang emas). Manakala, tempoh sistem piawaian emas sama ada gold standard (piawaian emas) atau Bretton Woods5 dikenali sebagai era keemasan kerana keharmonian dan kestabilan sistem mata wang sepanjang tempoh pengamalannya. Oleh yang demikian, terdapat dua bentuk mekanisme dinar emas yang boleh dibentuk berdasarkan sistem piawaian emas yang lepas. Mekanisme penggunaan fizikal dinar emas yang menggunakan syiling emas sebagai mata wang adalah adaptasi daripada sistem bimatellic dan sistem piawaian emas penuh antara tahun 1718 sehingga 1924. Manakala sistem sandaran nilai dinar emas adalah lebih mirip kepada sistem Bretton Woods yang pernah diamalkan sepanjang tahun 1944 sehingga 1971.

Zaman bimetallic ialah satu tempoh penggunaan mata wang dwi logam dan kebiasaannya menggunakan emas dan perak. Ibn Khaldun (1984) pernah mengutarakan pandangan bahawa logam emas dan perak adalah logam yang paling sesuai untuk dijadikan mata wang kerana mempunyai nilai yang tetap dan tidak berubah-ubah seperti logam lain yang tiada jaminan nilai dalam pasaran. al-Jammal (1992) turut menyatakan bahawa punca utama penawaran emas dan perak dalam pasaran menjadi mantap, teguh dan teratur di sepanjang masa adalah kerana cirinya berbeza dari segi pengeluaran kadar 5

Menurut kajian Mar (1968), sistem mata wang berasaskan emas telah mendominasi sejarah dalam tempoh yang lama iaitu bermula pada zaman Rom dan Parsi (abad ke 7 Masihi) dahulu sehingga tahun 1971. Perubahan mata wang berasaskan emas mengalami perubahan mengikut keperluan dan peredaran zaman. Zaman tersebut bermula dengan penggunaan sistem bimetallic iaitu penggunaan fizikal logam emas dan perak sebagai mata wang, sistem goldsmiths (sistem tukang emas bersama resit hutang), sistem piawaian emas penuh, dan berakhir dengan sistem Bretton Woods.

penghasilan yang terhad berbanding dengan kadar logam lain yang sudah wujud dalam pasaran. Kajian Lewis (2007) secara tidak langsung menyokong pandangan ini dengan menyatakan emas merupakan hard money6 yang cenderung kepada kestabilan dan boleh diyakini nilainya kerana keadaan semula jadi emas itu sendiri.

Oleh itu, secara teorinya emas dan perak mempunyai keistimewaannya tersendiri berbeza dengan komoditi lain dan menjadi logam yang paling sesuai sebagai mata wang. Ibu Khaldun (1980) ada menyebut: “Sesungguhnya emas dan perak merupakan wang simpanan yang sebenar dan harta perolehan untuk seluruh penghuni dunia ini umumnya…”. Secara umumnya, sejarah telah mencatatkan penggunaan fizikal syiling emas dan perak sebagai mata wang dan telah diamalkan kira-kira 2500 tahun dahulu sehingga tahun 1717 apabila dunia memperkenalkan sistem piawaian emas atau gold standard (Duckenfield 2004).

Manakala sistem gold standard dan Bretton Woods telah diperkenalkan setelah berakhirnya sistem bimetallic. Sesebuah negara dikatakan melaksanakan sistem piawaian emas penuh apabila menggunakan emas sebagai sandaran nilai (ultimate numeraire) kepada mata wang (Cecco 1974). Kebanyakan para pengkaji sistem ini seperti Hawtrey (1947) dan Macedo et al. (1996) mengenal pasti bahawa pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan keadilan pasaran bebas berlaku dalam tempoh tersebut. Ware (2001) juga menyokong hal ini kerana berdasarkan kajian beliau ke atas sistem Bretton Woods menunjukkan bahawa emas berperanan sebagai alat penstabil yang digunakan bersama kadar pertukaran global. Justeru, berdasarkan sistem piawaian emas yang lepas menunjukkan bahawa terdapat dua mekanisme mata wang berasaskan emas pernah digunakan dalam sistem monetari dunia. Setiap mekanisme yang telah digunakan mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

6 Lewis (2007) menyatakan bahawa mata wang terbahagi kepada dua iaitu hard money dan soft money. Hard money adalah mata wang yang mempunyai nilaian tersendiri yang tetap, tidak boleh dicerobohi dan tertakluk kepada undang-undang semula jadi mata wang tersebut, bukan kepada undangundang buatan manusia. Manakala, soft money, merupakan mata wang yang telah dicipta atas kehendak dan undang-undang manusia yang boleh berubah-ubah nilainya, seperti mata wang yang diamalkan pada masa ini.

Secara tidak langsung, sejarah telah menunjukkan bahawa kepelbagaian mekanisme boleh dibentuk dalam usaha membangunkan penggunaan dinar emas. Rentetan itu, aktivis-aktivis dinar emas juga bangkit pada hari ini adalah berdasarkan kepelbagaian pemahaman ke atas dinar emas dan gagasan yang dibawa adalah berbeza sama ada penggunaan fizikal dinar emas atau sandaran nilai. Namun, matlamat mereka adalah sama iaitu untuk menjadikan dinar emas sebagai mata wang. Golongan yang mempertahankan penggunaan fizikal dinar emas melihat beberapa perkara positif seperti:

a) Sejarah telah membuktikan bahawa sistem ekonomi dunia adalah stabil dan harmoni semasa penggunaan fizikal dinar emas seperti pada zaman Rasulullah s.a.w (alMaqrizi 1957) dan sepanjang zaman bimetallic dan gold standard (Vadillo 2002; Zaim Saidi 2005; Hosein 2008).

b) Penggunaan perkataan dinar dan dirham atau emas dan perak dalam al-Quran dan alHadis mewakili harta dan kekayaan, menggambarkan bahawa ekonomi atau mata wang perlu berasaskan emas dan perak. Maka, mereka berpegang bahawa ketidakcukupan bekalan emas dan perak tidak akan berlaku sekiranya mata wang ini menjadi tuntutan dalam Islam (Hosein 2008; Vadillo 2002; Zuhaimy 2003).

c) Statistik harga emas dunia juga membuktikan bahawa sepanjang zaman bimetallic (penggunaan mata wang logam) inflasi adalah sifar (al-Maqrizi 1957) dan ini menunjukkan harga emas dan perak sentiasa stabil (Dahinden 2008; Muhaimin Iqbal 2009; Nik Mahani 2009).

Manakala golongan yang mendaulatkan sistem sandaran nilai dinar emas seperti Ahamed Kameel (2002;2003), Mohammad Kabir & Choudhury (2002), Bordo (1997), Mundell (2005) dan Sanep (2009) menggariskan kelebihan pengamalan sistem tersebut. Antaranya ialah:

a) Mata wang perlu mempunyai sandaran komoditi yang bernilai seperti emas bagi mengelak kegiatan spekulasi dan manipulasi mata wang

(Mahathir 2002; Nor

Mohamed 2002). Di samping itu juga, nilai mata wang akan lebih stabil dan tidak mudah turun naik sekiranya bersandarkan komoditi bernilai (Mohammad Kabir & Choudhury 2002).

b) Mata wang bersandarkan nilai emas adalah satu alternatif yang praktikal untuk dilaksanakan pada masa kini berbanding dengan penggunaan dinar emas secara fizikal kerana rizab emas dunia tidak mencukupi untuk menampung tuntutan perkembangan ekonomi semasa (Mahathir 2010; Choudhury 2010).

Justeru, timbul persoalan untuk menentukan sistem atau mekanisme dinar emas yang paling sesuai dilaksanakan pada hari ini? Oleh yang demikian, penelitian setiap mekanisme ini adalah penting bagi menghasilkan prospek mekanisme penggunaan dinar emas yang bersesuaian untuk dilaksanakan dalam ekonomi semasa.

1.3.3 Penyelesaian ke Arah Penggunaan Dinar Emas dalam Ekonomi Semasa

Persoalan tentang dinar emas telah dibincangkan lebih 10 tahun yang lampau namun, pelaksanaannya sebagai mata wang masih belum dapat direalisasikan sepenuhnya. Hari ini terutamanya di Malaysia, dinar emas hanya digunakan sebagai aset simpanan, hadiah, pembayaran mas kahwin dan beberapa tempat seperti di Kelantan menerima pembayaran zakat dalam bentuk dinar emas. Sehingga kini terdapat beberapa model dan mekanisme yang pernah dicadangkan dan dibentuk. Antaranya ialah;

a) Mekanisme penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa merupakan cadangan penggunaan dinar emas yang terawal di Malaysia. Mekanisme ini telah dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad dan telah dibentangkan oleh Tan Sri Nor Muhamed Yakcop pada tahun 2002 dalam International Conference on Stable and Just Global Monetary System.

b) Model penggunaan dinar emas sebagai mata wang yang telah dirangka oleh Profesor Dr. Ahamed Kameel Mydin Myra pada tahun 2002 dalam bukunya yang bertajuk ‘The Islamic Gold Dinar’.

c) Mekanisme penggunaan dinar emas sebagai mata wang telah di gariskan oleh Umar Ibrahim Vadillo dalam bukunya ‘Return of The Islamic Gold Dinar’ pada tahun 2002.

d) Mekanisme penggunaan dinar emas sebagai mata wang pernah dibentuk oleh Nuradli Ridwan Shah Mohd Dali dan kawan-kawanya pada tahun 2003 dalam bukunya ‘The Mechanisme of Gold Dinar’.

e) Zuhaimy Ismail juga pernah mencadangkan satu model penggunaan dinar emas sebagai mata wang pada tahun 2003 melalui bukunya yang bertajuk ‘Kembalinya Dinar dan Dirham Umat Islam’

f) Zaim Saidi telah mencadangkan beberapa bentuk penggunaan dinar emas yang boleh dilaksanakan dalam ekonomi semasa pada tahun 2005. Cadangan tersebut dimuatkan dalam bukunya yang berjudul ‘Kembali ke Dinar: Tinggalkan Riba Tegakkan Muamalah’. g) Pada tahun 2007, Sufyan al-Jawi melalui bukunya ‘Kemilau Investasi Dinar Dirham: Muamalah Syariah Tanpa Riba’ telah mencadangkan penggunaan dinar emas sebagai mata wang terhadap negara-negara Islam di dunia. Cadangan tersebut dibuat kerana dinar emas mampu membanteras riba.

h) Mekanisme menggunakan dinar emas dalam simpanan jemaah haji Indonesia melalui sistem ONH (Ongkos Naik Haji) telah diperhalusi oleh Hamidi M. Lutfi dalam bukunya ‘Gold Dinar: Sistem Monitor Global Yang Stabil dan Berkeadilan’ pada tahun 2007. Model pelaburan Gold Accumulation Plans Scheme (GAPs) telah diperkenalkan dan digunakan dalam pembayaran perbelanjaan haji yang dikenali sebagai Tabungan Haji Investatif (THI).

i) Muhaimin Iqbal (2009) telah mencadangkan beberapa kaedah pelaburan alternatif menggunakan dinar emas. Beliau juga telah mengenal pasti beberapa cara penggunaan dinar emas sebagai mata wang. Cadangan, pengalaman dan usaha yang telah dilakukan untuk memartabatkan dinar emas sebagai mata wang telah disusun dalam bukunya yang bertajuk ‘Dinar The Real Money: Dinar Emas, Uang dan Investasiku’.

j) Terkini, Umar Ibrahim Vadillo telah membentuk satu model penggunaan dinar emas sebagai mata wang kepada kerajaan negeri Kelantan. Kertas kerja tersebut telah dibincangkan dalam Bengkel Dinar Emas 2009 (Workshop on Gold Dinar 2009) anjuran Dinar Research Group UKM pada 24-25 Julai. Sebelum ini, dinar emas Kelantan telah dikeluarkan pada tahun 2006, manakala dirham perak pula telah dilancarkan pada 16 Ogos 2010. Sehubungan dengan itu, kerajaan Kelantan telah mengumumkan bahawa sebanyak 1000 buah permis perniagaan telah bersetuju menerima pembayaran dalam bentuk dinar dan dirham. Walau bagaimanapun, usaha ini dilihat tidak akan berjaya sepenuhnya kerana masalah ketidakcukupan bekalan emas untuk menampung permintaan rakyat Kelantan (The Star 2010; News Strait Time 2010).

Justeru, timbul persoalan mengapakah mekanisme pelaksanaan dinar emas sebagai mata wang masih belum dapat dilaksanakan walaupun sudah terdapat modelmodel yang telah dibangunkan? Dan bagaimanakah bentuk penggunaan dinar emas yang boleh dilaksanakan dalam ekonomi semasa? Perubahan zaman dan tuntutan ekonomi semasa perlu diambil kira dalam merealisasikan penggunaan sistem mata wang berasaskan dinar emas.

Penggunaan fizikal dinar emas memerlukan pembangunan infrastruktur yang besar dan mencabar sekiranya hendak dilakukan pada masa kini. Infrastruktur pembangunan yang pernah dicadangkan oleh Vadillo (2002), Zuhaimy (2003) dan Muhammad Nasri (2009) memperlihatkan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu penyelesaian seperti masalah perundangan, ketidakcukupan

bekalan emas dunia dan persetujuan negara menggunakan sistem dinar emas. Ini kerana kelangsungan sesuatu sistem adalah berdasarkan kemampuan dalam menyediakan infrastruktur pembangunan sistem tersebut. Justeru, kajian ini cuba mengenal pasti permasalahan yang timbul dalam penggunaan dinar emas sebagai mata wang dan mencari penyelesaian ke atas permasalahan tersebut seterusnya menghasilkan infrastruktur yang diperlukan dalam membentuk pelaksanaan dinar emas sebagai mata wang.

Related Documents