Permainan Tradisional Wau/layang-layang

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Permainan Tradisional Wau/layang-layang as PDF for free.

More details

  • Words: 6,165
  • Pages: 24
1 PENDAHULUAN Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Selain itu, ketika penduduk di negara ini kebanyakannya masih bekerja sebagai petani dan nelayan, mereka bekerja keras dan ia dilakukan secara berkumpulan. Mereka mula berkerja dari awal pagi sehingga lewat tengah hari. Oleh sebab itu, pada waktu petang mereka akan meluangkan masa untuk bermain beramai-ramai bagi menghilangkan penat. Sekali sekala, mereka akan mengadakan pertandingan untuk menonjolkan bakat masing -masing. Permainan-permainan ini tidak memerlukan peralatan yang canggih atau mahal dan ia biasanya dimainkan golongan dewasa dan kanak-kanak. Peralatan yang digunakan dalam permainan ialah seperti bola diperbuat daripada rotan sementara alat permainan lain diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi seperti biji getah, tempurung kelapa dan buluh. Ketika itu, radio dan televisyen tidak dimiliki oleh ramai orang jadi permainan tradisional telah berperanan sebagai sumber hiburan masyarakat, di samping dapat juga merapatkan hubungan antara jiran tetangga. sementara itu, apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian, permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lainlain.

2 Sementara itu, terdapat beberapa kepentingan dalam permainan tradisional. Antaranya, permainan tradisional ternyata dapat menyatupadukan masyarakat. Hal ini bererti bahawa jalinan muhibah dan rasa persaudaraan wujud dalam kalangan masyarakat. Permainan tradisional bukan sahaja memberi hiburan, malah ia memberi manfaat terhadap kecerdasan rohani dan jasmani sewaktu bermain, terutama di luar rumah. Keadaan ini berlaku kerana pemainnya menggunakan gerakan otot, seperti lengan, kaki, dan mata. Contohnya, permainan Wau, sepak raga dan galah panjang. Selain itu, apabila permainan itu dipertandingkan, maka mereka akan bersatu tenaga untuk memenangi sesuatu permainan dengan ini dapat melahirkan badan yang sihat serta membentuk sifat mulia seperti tolong menolong, bersatu padu, bertolak ansur, dan bertanggungjawab di samping semangat ingin mencapai kejayaan tertanam dalam jiwa mereka. kepentingan permainan tradisional juga ialah melatih kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya. Hal ini demkian kerana sewaktu bermain mereka terpaksa berhubung dengan rakan sebaya dan secara tidak langsung melatih mereka bergaul. Perbualan spontan antara mereka akan menambahkan perbendaharaan kata. Selain itu, permainan kanak-kanak juga dapat melatih mereka untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpin. Mereka akan akur pada ketua dan syarat pertandingan. Sifat bertolak ansur dan bertanggungjawab dapat dipupuk. Lagu yang ada dalam permainan kanak -kanak akan melatih mereka menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Latihan mengira turut ada dalam permainan, contohnya, dalam selambut dan congkak. Permainan ini memerlukan kepintaran bertindak dan kecekapan akal. Setiap gerakkan, walaupun nampak mudah, iaitu sekadar mengambil dan mengatur kembali biji guli dari lubang ke lubang, tetapi ianya mempunyai maknanya yang tersendiri. Selain itu, permainan tradisional mampu melahirkan masyarakat yang kreatif yang penuh dengan nilai kesenian kerana untuk menghasilkan sesuatu alat permainan, seperti gasing dan wau, kemahiran dan ketelitian diperlukan. Gasing atau wau yang baik bergantung pada pembuat dan pemain. Secara tidak langsung, hal ini "memaksa" masyarakat berfikir untuk menghasilkan kelainan. Tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional banyak membawa manfaat dan peranan kepada masyarakat umumnya. Dalam bidang pelancongan, permainan tradisional dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Dalam usaha mengekalkan permainan tradisional ini, pihak yang berkenaan haruslah mengambil langkah yang sesuai untuk mengetengahkan kepelbagaiannya. Khazanah permainan tradisional, sekiranya tidak dikekalkan akan menghilangkan pengenalan peribadi dan jati diri bangsa.

3

Pada hari ini, dapat dilihat masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh golongan muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden seperi permainan video game. Peminggiran permainan tradisional ini turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan budaya sendiri. Ini merupakan cabaran yang terpaksa ditempuh dalam mengekalkan permainan tradisional.

4 DEFINISI LAYANG-LAYANG Perkataan layang-layang lebih sinonim dengan negeri-negeri di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini terbukti berdasarkan catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan dengan jelas Raja Ahmad bermain layang-layang dengan pemuda serta kerabat Diraja, dan tidak pula disebut wau. Berbanding dengan wau di Utara, saiz layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah lebih kecil dan kurang dari segi motif hiasannya. Secara umumnya, layang-layang di negeri-negeri ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu layang-layang laga, layang-layang anak dan layanglayang hiasan. Musim permainan layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah hampir sama dengan negeri-negeri di Utara iaitu selepas musim menuai padi. Menurut sumber, di negeri Johor misalnya Wau Merak atau nama asalnya layang-layang kipas dimainkan oleh orang Bugis selepas waktu musim menuai padi. DEFINISI WAU Di Malaysia, terdapat satu lagi istilah yang juga bermaksud layang-layang iaitu ‘wau’. Perkataan wau digunakan oleh negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Terdapat beberapa teori yang menyatakan bagaimana perkataan wau ini wujud dan salah satunya menurut Wayne Hosking dalam bukunya yang bertajuk “Kites Of Malaysia”, mengatakan perkataan wau berasal dari perkataan Belanda iaitu “Wouw” yang merujuk sejenis burung besar yang dijumpai di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, menurut cerita orang tua-tua di negeri Kedah bahawa perkataan wau berasal dari perkataan Thailand dan boleh dianggap sebagai teori yang paling kukuh setakat ini. Di Thailand, layang-layang di negara tersebut dipanggil wau. Dari segi geografi pula, keempat-empat negeri tersebut merupakan negeri yang paling hampir dengan Thiland. Fakta yang terbaru dijumpai, hasil dari temuramah dengan penggiat-penggiat wau di Semenanjung Malaysia menyarankan bahawa perkataan wau tersebut wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busur yang terdapat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus

5 yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau, “wau”, “wau” secara berirama. SEJARAH DAN MITOS WAU Tiada catatan sahih mengenai tarikh sebenar serta asal usul kewujudan wau pertama di Malaysia. Walau bagaimanapun, menurut sejarahwan Clive Hart, kedatangan wau yang pertama di Malaysia dipercayai berasal dari negara China. Ia berdasarkan karektor yang terdapat pada layang-layang tradisional China yang mempunyai banyak persamaan dengan layang-layang di Malaysia. Ianya bukan sesuatu yang mustahil memandangkan Tanah Melayu (Malaysia) telah menjalin hubungan dengan negara China sejak hampir 2000 tahun yang lalu. Sebagai contoh salah sebuah negeri di Malaysia iaitu dipanggil “Ho-Lo-Tan” pada kurun ke-5 masihi, “Chih-Tu” pada kurun ke-6 masihi dan “Tan-Tan” pada kurun ke-7 masihi. Walau bagaimanapun konsep “layang-layang melayu” telah diperakui oleh orangorang Eropah sejak dahulu lagi. Orang-orang Melayu telah menggunakan daun kayu yang lebar untuk dijadikan wau. Kemudian, sesuai dengan perkembangan kemajuan manusia mereka mencipta beberapa rekabentuk baru. Berkemungkinan juga wau di Malaysia mengalami satu evolusi dan menyerap unsur- unsur kebudayaan dari negara China. SEMANGAT PADI Kewujudan layang-layang di Malaysia juga dikaitkan dengan “semangat padi”. Sebuah cerita lagenda dari negeri di utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah. Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi. Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis

6 mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami. LAYANG-LAYANG SEBAGAI ACARA PERMAINAN DIRAJA SIAPA YANG MEMAINKAN WAU PERANAN WAU DALAM MASYARAKAT MALAYSIA DAHULU DAN SEKARANG Di Malaysia terdapat sedikit perbezaan peranan wau dalam masyarakat berbanding dahulu dan sekarang iaitu dari segi fungsi dan persekitaran. MASA DAHULU Dalam tahun 1960-an hingga 1970-an, perkembangan permainan layang-layang di Malaysia amat memberangsangkan. Layang-layang sering dimainkan selepas musim menuai kerana untuk bermain layang-layang ia bukan sahaja memerlukan kepakaran untuk membuatnya tetapi juga kawasan lapang dan tiupan angin yang sesuai untuk menaikkan layang-layang. Apabila selesai waktu menuai, kawasan tanah yang sebelum ini ditanam dengan padi menjadi lapang dan kering. Pada masa tersebut, proses menanam padi tidak seperti hari ini iaitu dua kali setahun. Ini merupakan peluang kepada masyarakat ketika itu untuk bermain layang-layang pada waktu petang sebagai salah satu hiburan yang sangat digemari. Perhubungan masyarakat yang sangat terhad menyebabkan masyarakat Melayu dahulu pada keseluruhannya sering bermain dengan permainan tempatan seperti gasing, wau, sepak bulu ayam, sepak raga dan congkak. MASA SEKARANG Pada hari ini, layang-layang di Malaysia tidak hanya dimainkan di peringkat kampung atau daerah sahaja bahkan telah menjangkau ke peringkat antarabangsa melalui Festival Layang-Layang yang diadakan di seluruh dunia sepanjang tahun. Rakyat Malaysia melalui Majlis Pelayang Malaysia telah memandang ke hadapan untuk menjadikan layang-layang atau wau sebagai salah satu pendekatan untuk memperkenalkan Malaysia serta budayanya di peringkat dunia.

7

Di peringkat nasional pula telah diwujudkan pertandingan wau tradisional serta wau ciptaan di dalam festival-festival yang diadakan bagi mewujudkan suasana yang lebih meriah serta bermatlamat. Daya kreativiti para seniman juga menjadikan fungsi layang-layang semakin luas dan tidak hanya tertumpu kepada satu bentuk permainan tradisional sahaja tetapi juga sebagai replika atau cenderamata. Hasil kraftangan ini bukan hanya menarik disebabkan rekabentuk serta kehalusan kerja sahaja tetapi dari sudut eksperimentasi bahan seperti seramik, tembaga, gangsa, perak, emas, Kristal dan sebagainya. Sebagai pengiktirafan terhadap layang-layang di Malaysia, wau bulan telah diiktiraf sebagai wau kebangsaan dan imejnya telah diabadikan sebagai latar wang kertas satu ringgit Malaysia dan wang syiling lima puluh sen. Masyarakat Malaysia turut menjadikan layanglayang sebagai simbol untuk mengabadikan sesuatu peristiwa. Sebagai contoh, pada tahun 1999 sempena dengan Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang (Malaysia) Yang Ke-4, sebuah layang-layang ciptaan yang dinamakan Wau Dugong telah direka. Ia dihasilkan sempena tragedi kematian beberapa ekor ikan dugong yang semakin pupus di perairan Negeri Johor. KESIMPULAN Teori-teori kewujudan layang-layang di Malaysia yang telah dinyatakan sehingga kini masih belum menggambarkan secara tepat bilakah layang-layang pertama wujud di negara ini. Walau bagaimanapun, ia telah membuktikan kepentingan laying-layang kepada masyarakat Melayu pada masa dahulu. Kewujudan layang-layang di Malaysia pada asasnya berteraskan dua perkara iaitu adat resam dan rekreasi.

8 2.0 Fungsi atau Peranan Layang-layang/Wau 2.1 Fungsi layang-layang/wau dalam masyarakat terdahulu Fungsi layang-layang atau wau dalam masyarakat terdahulu boleh dikupas melalui fungsinya dalam masyarakat Melayu dan juga dalam masyarakat dunia. Dalam masyarakat Melayu, jika diimbas kembali sejarah lama wau ini dikaitkan dengan mitos semangat padi. Hal ini bermaksud wau adalah semangat padi bagi masyarakat Melayu terdahulu. Perkara ini dapat dibuktikan melalui satu mitos iaitu “Pada satu hari, seorang petani bersama isterinya yang tidak mempunyai anak terjumpa dengan seorang anak perempuan yang cantik, lalu dipelihara oleh mereka. Si suami tiaptiap hari membawakan minuman dan makanan kepada anak perempuan itu di tempat dia bermain di rumah padi, yang akhirnya menimbulkan perasaan cemburu di hati isteri. Anak perempuan itu dipukul oleh si isteri lantas melarikan diri dari rumah petani tersebut menghala angin barat. Berikutan dengan kejadian itu, padi petani suami isteri tadi, tidak berbuah dan diserang penyakit. Mengikut nujum, anak perempuan yang dihalau tadi adalah semangat padi. Untuk memohon maaf, petani itu harus membuat satu lembaga merupai Wau Bulan”. Mitos ini membawa maksud bahawa anak perempuan yang dikatakan semangat padi itu digantikan dengan wau/layang-layang setelah anak perempuan itu melarikan diri. Maka dengan ini wau berfungsi sebagai semangat padi dalam masyarakat Melayu terdahulu. Oleh sebab itulah wau sering dimainkan selepas musim menuai padi. Permainan wau ini juga berfungsi sebagai permainan atau acara permainan rasmi anak raja dan golongan istana pada zaman masyarakat Melayu dahulu. Permainan wau kerabat diraja ini telah bermula sejak 500 tahun dahulu ketika zaman Sultan Mahmud Syah lagi. Setiap tahun pihak golongan istana akan mengadakan pesta layang-layang yang membolehkan anak raja bersama-sama rakyat jelata berserta dalam pertandingan layang-layang. Kebiasaannya, golongan anak raja mempunyai layang-layang yang lebih hebat berbanding rakyat biasa. Layang-layang yang hebat ini menunjukkan kebesaran kerabat diraja itu sendiri. Kebesaran itulah ganjarannya. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui catatan Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu(Sulalatus Salatin). Menurut ceritanya, dalam satu musim permainan layang-layang disertai oleh pemuda serta kerabat diraja termasuk anak kepada Sultan Melaka, Raja Ahmad. Layang-layang milik Raja Ahmad paling besar manakala talinya daripada tali kail paling besar. Raja Ahmad adalah orang terakhir

9 menaikkan layang-layangnya dan apabila dilihat oleh peserta lain, mereka turut bertindak menurunkan layang-layang kerana bimbang jika bergesel dengan layang-layang Raja Ahmad, sudah pasti layang-layang mereka akan terputus. Fenomena ini menunjukkan kebesaran kerabat diraja Raja Ahmad itu. Bagaimanapun di antara peserta itu, ada seorang peserta iaitu Hang Isa Pantas tidak menurunkan layang-layangnya. Berbanding layang-layang Raja Ahmad, layang-layang Hang Isa Pantas jauh lebih kecil tetapi talinya bersadur serbuk kaca. Layang-layang Raja Ahmad kemudiannya semakin mendekati layang-layang Hang Isa Pantas lalu kedua-dua tali layang-layang tersebut bergesel. Akibat terkena serbuk kaca akhirnya tali layang-layang Raja Ahmad tersebut putus lalu jatuh di Tanjung Jati.

Layang-layang juga menjadi satu aktiviti riadah atau aktiviti masa lapang dalam masyarakat Melayu terdahulu. Aktiviti riadah ini kebiasaannya dilakukan selepas musim menuai padi kerana kawasan tanah yang sebelum ini ditanam dengan padi menjadi lapang dan kering. Jadi, permainan ini dimainkan di kawasan lapang dan berangin. Oleh sebab perhubungan yang terhad menyebabkan masyarakat Melayu terdahulu mengisi masa lapang mereka dengan permainan seperti layang-layang ini. Contohnya, ketika nelayan tidak turun ke laut maka permainan layang-layang menjadi pilihan kegiatan hiburan masa lapang mereka. Aktiviti masa lapang ini bukan sahaja disertai oleh seorang individu malah seisi keluarga akan turut serta. Hal ini bermakna bapa,emak dan anakanak akan bersama-sama mengisi masa lapang mereka. Keadaan ini akan membawa banyak kebaikan. Kebaikan itu boleh diperolehi apabila seorang bapa mengajar anaknya cara membuat wau, bagaimana bermain wau dan sebagainya. Aspek-aspek ini membolehkan permainan ini diwarisi dari generasi ke generasi lain di samping menjadi aktiviti masa lapang masyarakat. Selain itu, bagi menambahkan kemeriahan aktiviti masa lapang ini masyarakat Melayu menjadikan aktiviti layang-layang ini sebagai acara keramaian dan pesta. Apabila sesuatu permainan atau pesta diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi sokongan kepada peserta. Hal ini membuktikan bahawa permainan layang-layang sememangnya aktiviti riadah masyarakat Melayu terdahulu. Contoh wau yang digunakan untuk bermain pada masa lapang ialah Wau Teraju Tiga.

10 Wau atau layang-layang turut berfungsi sebagai penjaga sawah padi dan hasil padi pada zaman masyarakat Melayu terdahulu. Menurut Encik Hishamudin Bin Satil, individu yang ditemuramah oleh kami, beliau menyatakan bahawa orang Melayu zaman dahulu menggunakan wau atau layang-layang ini untuk menghalang binatang-binatang yang suka memakan atau membinasakan sawah dan hasil padi mereka. Contohnya, di negeri Perlis, wau dibina dalam bentuk yang berupa seakan-akan burung helang dan dinaikkan ke udara di tengah-tengah sawah padi. Tujuan wau berupa burung helang ini dibuat adalah untuk menghalau dan menakutkan burung-burung yang suka memakan padi. Namun fungsi wau atau layang-layang ini lama-kelamaan telah digantikan dengan “orang-orang” yang juga terletak di tengah-tengah sawah padi Permainan layang-layang dalam masyarakat Melayu terdahulu berfungsi sebagai satu seni kebudayaan rakyat(Folklore). Kebudayaan di sini bermaksud amalan yang dibuat berulang-ulang kali. Manakala seni ialah satu keindahan. Maka permainan layanglayang dalam masyarakat Melayu dahulu bermakna keindahan amalan masyarakat Melayu. Sejarah juga menunjukkan perkembangan layang-layang dalam masyarakat Melayu menunjukkan betapa indahnya permainan layang-layang itu sehinggakan ianya disamakan dengan dewa-dewi di kayangan. Tujuan amalan permainan layang-layang ini juga tidak menyimpang daripada kebudayaan masyarakat Melayu dahulu. Rata-rata masyarakat Melayu dahulu bangga dengan kebudayaan permainan layang-layang ini kerana permainan layang-layang dalam masyarakat Melayu hanya digunakan untuk tujuan yang baik sahaja. Seterusnya, antara fungsi utama wau/layang-layang dalam masyarakat dunia dahulu ialah sebagai alat peperangan dan lambang kejayaan sesebuah negara. Wau ini digunakan sebagai peta penyerangan dan penakulan sesebuah negara. Di atas layanglayang inilah dilukis strategi dan cara menyerang sesebuah negara. Perkara ini dapat dibuktikan apabila cucu pembina Empayar Srivijaya, Jaya Sinha mengadakan beberapa serangan untuk menyatukan kembali Empayar Srivijaya yang berpecah. Sebelum Jaya Sinha mengadakan serangan, dia telah lama bertapa dan apabila selesai, dia pulang dari gua tempatnya bertapa dengan membawa rangka atau ‘lembaga’ wau bulan yang baginya merupakan peta penyerangan dan penaklukan kembali Empayar Srivijaya. Setelah mendapat kemenangan,  Wau Bulan yang dibawa Jaya Sinha tadi menjadi lambang Empayar Srivijaya yang dikenali sebagai ‘Sejagat Tanah Jawa’. Lambang kebesaran ini

11 ditunjukkan dengan mengadakan pesta menyambut kemenangan lalu menaikkan wau tersebut ke udara. Keadaan ini menunjukkan wau sebagai lambang kejayaan Empayar Srivijaya. Selain itu, di China, General Han Hsien telah mengalahkan tentera General Hsiang Yu dalam peperangan di Kaishai dengan menakutkan mereka melalui bunyi layang-layang besar pada waktu malam yang kononnya bunyi tersebut sebagai tanda kemarahan dewa. Pada zaman dahulu, di Jawa Barat, Lampung, dan beberapa tempat di Indonesia layang-layang berfungsi sebagai alat bantu memancing. Layang-layang ini terbuat dari anyaman daun sejenis anggrek tertentu, dan dihubungkan dengan mata kail. Di Pangandaran dan beberapa tempat lain, layang-layang dipasangi jerat untuk menangkap kalong atau kelawar. Di Rome Kuno dan Greece pula, permainan wau merupakan satu kegemaran biasa. Di Eropah dan Amerika, selain menjadi satu hobi, wau digunakan untuk kajian sains yang bermula pada tahun 1479 Masihi oleh Alexander Wilson dan Thomas Mervill dari Scotland. Mereka ini memasang termometer pada layang-layang untuk mengukur permukaan bumi. Dalam kontek masyarakat dunia laying-layang digunakan untuk pemerhatian cuaca bagi merekod data cuaca. Penggunaan layang-layang sebagai alat bantu penelitian cuaca telah dikenal sejak abad ke-18. Contoh yang paling terkenal adalah ketika Benjamin Franklin menggunakan layang-layang yang terhubung dengan kunci untuk menunjukkan bahawa petir membawa muatan listrik.

Layang-layang juga berperanan penting dalam pengembangan pesawat, kerana Orville dan Wilbur Wright menggunakan jenis ini untuk menguji teori mereka tentang pemelintiran sayap, sebelum akhirnya berhasil menemukan pesawat terbang pertama tahun 1903. Bahkan Alexander Graham Bell, pencipta telefon pernah merancang layang-layang untuk dikembangkan menjadi pesawat penumpang.

12

Selain dari faktor-faktor ini, kewujudan layang-layang di seluruh dunia mempunyai fungsi yang penting. Fungsi-fungsi ini dapat kita lihat melalui kejadian seperti seorang Jeneral Korea menggantungkan sebuah lampu(tanglung) pada layang-layang bagi memberi semangat kepada tenteranya. Selain itu, seorang lagi Jeneral telah menggunakan layanglayang bagi membawa tali ke sebarang sungai, kemudian membawa kabel melaluinya bagi membuat sebuah jambatan, kamera juga pernah digantung pada layang-layang suatu ketika dahulu untuk mengambil gambar-gambar cantik, layang-layang juga sebagai medium penghantaran surat dan sebagainya. Apa yang dapat disimpulkan ialah layang-layang ini sebenarnya mempunyai fungsi yang dinamik dalam konteks masyarakat dunia. Fungsi Permainan Layang-Layang dalam Masyarakat Kini Layang-layang yang dahulunya digunakan untuk mengisi masa lapang dan untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat dan hubungan keluarga kini telah bertukar fungsinya. Terdapat pelbagai fungsi yang wujud sama ada untuk memperkenalkan layanglayang kepada masyarakat luar ataupun berfungsi sebagai sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan. 1.0

Layang-layang sebagai sebuah medium pertandingan

Kini banyak pertandingan layang-layang dianjurkan untuk tujuan memperkenalkan layanglayang atau wau diperingkat antarabangsa. Fungsi layang-layang kini sebagai bahan pertandingan adakalanya mendatangkan kebaikan, adakala mendatangkan keburukan. Mereka yang terlibat dengan pertandingan ini segelintirnya hanya memikirkan habuan yang akan diperolehi dan bukan untuk nilai sentimental yang terdapat pada permainan tersebut. Antara pertandingan atau festival yang dianjurkan antaranya, festival layang-layang yang sering dianjurkan oleh pelayang Johor yang menempah lokasi di Pasir Gudang. Menurut Encik Hishamudin Bin Satil, individu yang ditemuramah oleh kami, beliau menyatakan bahawa masih terdapat pelayang-pelayang di Malaysia ini yang mementingkan nilai sesebuah layang-layang tersebut. Tetapi golongan ini sangat kecil. Menurut beliau lagi, terdapat juga pertandingan layang-layang yang dianjurkan untuk sekolah-sekolah di Malaysia ini. Adik

13 beliau adalah antara individu yang terlibat dengan pertandingan tersebut. Tetapi sambutan terhadap pertandingan ini masih kurang kerana sekolah-sekolah yang mewakili sekolahsekolah mereka akan terus ke peringkat antarabangsa dan bukan dimulakan dengan pertandingan di antara sekolah-sekolah dahulu. Hal ini kerana permainan ini tidak begitu mendapat sambutan. 2.0

Layang-layang sebagai lambang atau identiti

Layang-layang bukan sekadar berfungsi sebagai medium pertandingan, tetapi turut berfungsi sebagai medium untuk perlambangan atau identiti sesebuah agensi. Fungsi layang-layang ini kononnya diwujudkan adalah untuk memperkenalkannya tetapi adakalanya ia dilihat sebagai sebuah perkara yang lebih menjurus kepada tujuan komersial sahaja. Ia hanya untuk dikenali dan bukan untuk diselami. Sebagai contoh, syarikat penerbangan Malaysia Airlines menggunakan motif wau sebagai lambang untuk menunjukkan identitinya sebagai syarikat penerbangan yang berasal daripada Malaysia. Tiada tujuan lain yang dapat dilihat dari fungsi layang-layang sebagai perlambangan syarikat tersebut. Apa yang dilihat hanyalah lambang semata-mata. Terdapat juga tiang-tiang lampu yang dihiasi dengan motif layang-layang ini, seperti yang terdapat di Pasir Gudang, Johor. Tiang-tiang lampu ini diwujudkan sedemikian rupa adalah bertujuan untuk memberikan peringatakan bahawa ada sedang menuju ke kawasan Muzium Layanglayang. Tiada nilai yang tersirat didalamnya, hanyalah berfungsi sebagai petunjuk kepada jalan sahaja. 3.0

Layang-layang berfungsi sebagai bahan untuk tujuan komersial atau material.

Fungsi layang-layang sebagai bahan untuk tujuan komersial sering ditemui di mana-mana sahaja. Mungkin pada mulanya ia dihasilkan untuk memperkenalkan permainan ini, tetapi setelah sekian lama fungsi itu sudah mula dilupakan dan pengedar-pengedar juga sudah muak dan letih untuk menghasilkannya walhal habuan yang diperolehi amat sedikit.

14 Kini fungsi penjualan material ini sudah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan. Hal ini kerana item-item yang dipasarkan sudah pelbagai dan adakalanya hanya bentuk sesebuah layang-layang atau wau itu sahaja yang dikekalkan, manakala aspekaspek lain sudah mula dilupakan. Sebagai contoh, bentuk wau digunakan untuk menghasilkan ‘brooch’ atau kerongsang untuk hiasan, ‘keychain’ atau rantai kekunci untuk dijadikan hadiah ole-ole ketika menziarahi sesuatu tempat, sebagai corak di atas kek dan sebagai alat pameran dirumah. Semua hasil karya ini dijual dengan harga yang tinggi, motif yang digunakan menjadi sebab kononya barangan tersebut mempunyai nilai estetika yang tinggi walhal mereka ingin mengaut keuntungan daripadanya. 4.0

Layang-layang berfungsi sebagai bahan pameran.

Muzium Layang-Layang menjadi topik utama yang akan disentuh sekiranya memeperkatakan tentang pameran layang-layang. Boleh dikatakan semua layang-layang di seluruh dunia boleh ditemui di situ. Tetapi sampai bila layang-layang ini akan bertahan dengan menjadikannya sebagai alat pameran di muzium-muzium. Terdapat juga layang-layang yang dijadikan pameran di kedai-kedai yang bertujuan untuk menarik minat pelanggan untuk memasuki premis perniagaan mereka. Semua layanglayang tersebut hanya boleh dilihat dan dijadikan sebagai bahan ilmiah atau bahan pengetahuan dan bukan sebagai medium untuk mencapai fungsi seperti masa dahulu. Ia hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh dimainkan, hal ini sangat mengecewakan kita sebagai masyarakat melayu. 5.0

Layang-layang berfungsi sebagai alat hiburan

Layang-layang dahulunya turut berfungsi sebagai medium untuk hiburan ketika masa lapang. Kini juga ia berfungsi sebagai permainan ketika masa terluang cuma perbezaannya, kini tidak ramai yang memainkannya. Masyarakat kini lebih memilih pemainan elektronik untuk menghiburkan mereka. Fungsi layang-layang sebagai alat permainan kini hanya boleh didapati dan ditemui dikawasan luar bandar dan di kampong-kampung. Jikalau dilihat di

15 bandar, layang-layang sudah tidak dimainkan kecuali sekiranya tempat tersebut berdekatan dengan pantai, barulah kita akan dapat melihat layangan layang-layang di langit biru. Di kawasan pantai timur, layang-layang masih lagi berfungsi sebagai permainan ketika masa lapang terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Golongan yang terlibat pula lebih cenderung kepada golongan dewasa atau golongan tua sahaja. Golongan muda pula tidak begitu menonjol penglibatannya. Walau bagaimanapun, fungsi ini sekiranya tidak diperkukuhkan lagi, maka ia akan pupus ditelan zaman. Kini juga sudah terdapat permainan komputer yang mengadaptasi layang-layang sebagai medium permainannya. Layang-layang kini boleh dimainkan secara elektronik tanpa perlu mempunyai layang-layang di rumah. Apa yang penting adalah komputer. Tidak perlu lagi berdiri di kawasan lapang, berdiri di tengah panas, menunggu angin bertiup mahupun berlari untuk menaikkan layang-layang.

4.0 Cabaran- cabaran dalam permainan tradisional wau 4.1 Permainan wau sebagai aktiviti hiburan Permainan wau pada era kegemilangannya dianggap sebagai aktiviti hiburan setelah seharian bertungkus lumus mencari rezeki untuk menyara keluarga. Permainan ini biasanya diadakan pada waktu petang setelah menunaikan solat asar. Pada waktu tersebut permainan ini dimainkan oleh semua golongan tidak mengira peringkat umur. Kanak-kanak yang masih kecil akan bermain wau yang lebih ringkas reka bentuknya berbeza dengan golongan belia dan dewasa yang kebiasaannya akan bermain wau yang lebih besar saiznya dan rekabentuk yang pelbagai serta mempunyai keunikan yang tersendiri. 4.2 Proses pembuatan wau Proses pembuatan adalah suatu proses yang rumit dan agak memakan masa. Proses ini bermula dari pemilihan buluh yang sesuai sehinggalah hiasan di badan wau itu sendiri. Buluh yang sesuai digunakan untuk menghasilkan ialah buluh duri. Hal ini demikian kerana struktur buluh duri yang agak lembut yang akan memudahkan proses pembentukkan wau itu sendiri mengikut kreativiti pembuatnya. Buluh yang akan digunakan untuk menghasilkan wau

16 kemudiaannya akan dijemur sehingga kering. Proses ini memerlukan tempoh selama satu atau dua dua hari bergantung kepada cuaca. Setelah buluh yang dijemur tadi benar-benar kering maka proses meraut dan membentuk buluh pula akan bermula. Saiz buluh yang akan dibentuk bergantung kepada saiz wau yang hendak dihasilkan. Sekiranya wau bersaiz besar yang ingin dihasilkan maka buluh perlu dibentuk agar lebih besar. Buluh yang dibentuk kemudiannya perlu dipastikan mempunyai berat yang stabil dikedua-dua belah hujung di bahagian kanan dan kirinya. Hal ini bertujuan memastikan wau yang dihasilkan mampu terbang. Walau bagaimanapun wau tidak akan mampu dinaikkan sekiranya berat dikedua-dua bahagian adalah tidak stabil. Setelah buluh didapati mempunyai berat yang stabil maka bentuk wau akan dirangka. Bentuk wau ini adalah berdasarkan kreativiti pembuatnya. Wau tradisional juga terdapat dapat pelbagai bentuk. Setelah rangka wau siap dibentuk, kertas atau bahan lain yang bersesuai akan digunakan untuk menghias rangka wau yang telah siap. Bahan ini kemudiannya dihiaskan dengan corak-corak tertentu mengikut kreativiti dan citarasa pembuatnya. Kertas wau yang digunakan perlu digumpal terlebih dahulu supaya tidak cepat terkoyak semasa wau diterbangkan di udara. Wau tradisional biasanya menggunakan motif flora sebagai hiasan. Hiasan di badan wau juga dipanggil ’sobek’ di negeri Kelantan. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti 4.3 Unsur-unsur kesenian dalam permainan wau

17 Permainan wau juga terdapat nilai-nilai kesenian yang tinggi. Hal ini dapat dilihat pada badan wau itu sendiri. Kesenian Melayu yang banyak menggunakan motif awan larat turut digunakan sebagai pada badan wau. Sebagaimana yang kita telah sedia maklum bahawa penggunaan motif awan larat sangat banyak digunakan sebagai hiasan pada rumah-rumah Melayu Tradisional, perahu dan tenunan songket yang cukup terkenal sebagai identiti bangsa Melayu itu sendiri.

4.4 Unsur-unsur kekeluargaan dalam permainan wau Hal ini dapat dilihat ketika proses pembuatan wau pada masa dahulu. Pada ketika itu si ayah dan dan anak akan bekerjasama untuk menghasilkan wau yang mereka mahukan. 4.5 Cara bermain wau

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

18

ANTARA CABARAN WAU MASA KINI: 1) Dari Segi Pembuatannya

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut. Petua dan pantang larang pemilihan buluh, mencari dan menebang buluh adalah memilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun., mengelakkan daripada

menebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut

mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak, memastikan tidak mengambil buluh yang sudah mengeluarkan bunga kerana dipercayai sudah tua dan digelar “ mati beragan”, memastikan akar buluh tersebut tidak berada di kawasan air kerana dikhuatiri telah dimakan ulat bubuk dan akan menyebabkan buluh tersebut reput. Bagi orang Kelantan pula, mereka memiliki lagu mereka sendiri semasa menebang buluh tersebut.

2) Kerumitan membuat sesebuah wau memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi. Kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta

19 pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Kebanyakan masayarakat tidak meminati wau adalah kerana kerumitannya untuk menghasilkannya. Menurut Encik Hishamudin Satil, iaitu orang yang kami temuramah, beliau mengatakan bahawa untuk membuat rangka wau sahaja sudah mengambil masa yang lama, malahan memerlukan kesabaran yang tinggi semasa meraut buluh tersebut. Namun, semasa proses meraut dijalankan, buluh yang diraut oleh para peserta akan patah. Disebabkan hal inilah, mereka berasa putus asa, dan tidak memiliki keyakinan yang tinggi untuk mencuba lagi 3)

Langkah Mencungkil, Menarik Minat Dan Bakat Para Peserta

Menurut Encik Hishamudin Satil juga, untuk memastikan para peserta ini cenderung ke arah memartabatkan tradisi wau, maka diperlukan minat dan bakat mereka terlebih dahulu. Bagi pendapat beliau, sekiranya ada minat, tetapi tidak memiliki bakat, ia tetap tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, sekiranya mereka memiliki bakat, namun tidak memiliki minat, ia juga tidak berhasil untuk melahirkan seseorang yang bakal memartabatkan tradisi wau. Jadi, beliau berpendapat, adalah penting sekiranya para peserta memiliki minat dan bakat pada satu masa yang sama. Ada satu- satu masa juga, ada di kalangan mereka yang akan mudah tertarik dengan tradisi wau ini sekiranya pihak tertentu sudah menyediakan segala peralatan untuk menghasilkan sesebuah wau. Maka, dapat disimpulkan di sini bahawa, para peserta pada hari ini adalah terlalu manja, ibarat ” makanan sudah ada di depan mata, namun tetap mahu disuapkan juga”.

4) Kerumitan Untuk Memperolehi Bahan- Bahan Sepertimana yang kita semua sedia maklum bahawa pada hari ini, pembangunan begitu rancak sekali dibangunkan, ibarat ” cendawan yang tumbuh selepas hujan”. Maka, disebabkan hal inilah berlakunya situasi kerumitan untuk kita menemui hutan hujan yang tumbuh subur di muka bumi ini. Namun, disebabkan timbulnya isu pembalakan haram dan pembangunan bandar yang tidak rancang, akibatnya hutan hujan hampir hilang panoramanya yang indah, disamping sumber hutan yang semakin berkurangan. Maka, hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan segala hasil hutan seperti kayu – kayu balak, buluh- buluh dan sebagainya semakin sukar didapati. Jadi, menurut Encik hishamudin Satil, kerumitan untuk mendapatkan

20 sumber- sumber hasil hutan inilah yang menyebabkan timbul kepayahan untuk mendapatkan buluh yang berkualiti bagi meghasilkan wau yang sempurna sifatnya.

5) Nilai Kekeluargaan Semakin Hilang Pada hari ini, ibu bapa sudah memiliki kerjaya yang memerlukan mereka keluar bekerja pada awal pagi, dan pulang ke rumah pada lewat malam. Implikasi daripada situasi inilah maka menyebabkan anak- anak terbiar tanpa diberi sebarang perhatian dan bimbingan. Berikutan daripada situasi ini juga, maka menyebabkan anak- anak mudah memanfaatkan wang ringgit yang diberikan oleh ibu bapa mereka dengan melakukan aktiviti- aktiviti yang tidak berfaedah, seperti bermain alat permainan video, bersiar- siar di pasar raya, dan sebagainya. Hal ini berbeza dengan situasi masyarakat dahulu yang mana hubungan antara ibu bapa serta anak- anak terjalin sungguh erat dan penuh dengan nilai kasih sayang. Kita melihat kepada proses pembuatan wau pada zaman dahulu. Si bapa akan mengajarkan anak- anak mereka bermula daripada akar umbi untuk membuat sesebuah wau. Hal ini meliputi daripada langkah awal iaitu mencari buluh di hutan, meraut buluh untuk dijadikan rangka, seterusnya bimbingan si bapa untuk mengajar anak- anak mereka menghiaskan wau tersebut dengan pelbagai corak. Namun, perubahan zaman yang semakin hari semakin terdedah dengan permainan moden yang mengasyikkan telah menyebabkan permainan tradisi Melayu ini seakan hampir dilupakan terutama oleh generasi muda. Ini kerana semangat mengembalikan permainan wau sebagai tradisi unggul masyarakat Melayu dan Malaysia umumnya telah semakin terhakis. Permainan ini semakin pupus kerana kurang diminati oleh masyarakat kini. Dengan peredaran masa dan perubahan cara hidup, permainan tradisional lama- kelamaan diganti dengan aktiviti- aktiviti riadah yang lain, permainan tradisional seperti wau dan gasing diteruskan sebagai tarikan pelancong sementara permainan kanak- kanak seperti polis dan

21 pencuri dan guli diabaikan kerana kanak- kanak lebih mengutamakan mainan- maina keluaran kilang. Kini, permainan elektronik dan digital seperti Nintendo dan Playstation pula menjadi pilihan mereka. Permainan tradisional dianggap tiada nilai komersial dan ditambah pula dengan pengaruh Barat yang semakin menular sejajar dengan perkembangan ICT yang begitu pesat.

Jadi, dapat disimpulkan bahawa, untuk menghasilkan sesebuah wau yang sempurna amat memerlukan kerjasama yang padu, selain sokongan antara satu sama lain. Hal ini sungguh berbeza dengan masyarakat kita pada hari ini. Jika si anak menginginkan sesebuah wau, maka si ayah akan memenuhi tuntutan tersebut dengan membelikan wau tersebut di mana- mana kedai yang terlibat. Jadi, tidak terlihat di sini akan kasih sayang si ayah dan si anak untuk bekerjasama menghasilkan sesebuah wau. Hanya dengan wang ringgit, mampu mendapatkan sebuah wau. Namun, nilai kasih sayang disitu tidak berjaya dihasilkan.

6) Fungsi Wau dibuat Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya. ini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Wau dihasilkan juga bagi tujuan dikomersialkan. Pada masa kini, walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu tetapi wau juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali.

22 Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Persatuan Pelayang Johor, Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Warisan negeri, Jabatan Pendidikan Negeri serta Majlis Pelayang Malaysia. Ketua Eksekutif Johor Corporation, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata 600 pelayang luar dan tempatan menyertai festival itu yang bertemakan “Membudayakan Layang-Layang ASEAN”. Katanya festival itu menjadi lebih menarik dengan penampilan sulung pelayang dari Switzerland dan Russia. “Ini adalah satu pengiktirafan bahawa festival ini sudah diterima pelayang luar sebagai satu acara yang tidak boleh tidak disertai. Secara tidak langsung, kehadiran lebih ramai pelayang luar telah menjadikan acara ini sebagai festival layang-layang antarabangsa terbesar dunia dan kita harus berbangga dengan pencapaian ini dan terus berusaha untuk memperbaiki penganjurannya,” katanya. Antara acara yang diadakan sepanjang festival itu adalah pertandingan wau cantik di bumi, persembahan layang-layang tempatan dan antarabangsa serta permainan“loly pop drop”untuk kanak-kanak. Turut diadakan ialah pertandingan layang-layang sekolah peringkat kebangsaan, pertandingan “Malay kite”, cabaran Taman Laru, pertandingan melukis dan mewarna, bengkel layang-layang dan pertandingan membuat wau. Sempena festival itu, Asean Kite Council (AKC) turut dilancarkan dengan kesemua lapan negara Asean menjadi anggotanya. Muhammad Ali berkata antara peranan AKC ialah memartabatkan layang-layang tradisional negara ASEAN ke seluruh pelusuk dunia. Kini pelbagai cara kerajaan Malaysia mempromosikan produk kraftradisional Malaysia kepada dunia, antaranya dengan mengadakan pertandingan wau antarabangsa, pameran kraftangan ke luar negara dan sebagainya. Terdapat juga syarikat-syarikat besar seperti MAS menggunakan motif wau bulan pada lambang syarikat penerbangan utama Malaysia itu. Secara tidak langsung ia juga mempromosikan wau bulan kepada dunia. 8) Hargai Wau Tradisional POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan setem dan sampul surat hari pertama berjudul ‘Layang-Layang Tradisional’ sempena sambutan Hari Pos Sedunia, baru-

23 baru ini. Himpunan setem berkenaan yang boleh didapati di semua Pejabat Pos seluruh negara menampilkan koleksi layang-layang, iaitu wau tradisional seperti Wau Jala Budi, Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau Merak. Pengurus Kanan Filateli Pemasaran Korporat, Bahagian Setem dan Filateli, Pos Malaysia, Wong Lai Kim, berkata tema bagi keluaran ini adalah ‘Mencapai Semua Orang, Di Mana Saja’, sesuai dengan sifat layang-layang yang terbang bebas. Beliau berkata, setem berkenaan bersaiz 40 milimeter (mm) x 30mm dan dicetak pada helaian yang mengandungi 20 keping setem dengan menggunakan kertas teras air bersalutkan fosfor serta boleh didapati dalam tiga denominasi iaitu 30 sen, 50 sen dan RM1. “Setem yang memaparkan Wau Jala Budi dijual dengan harga 30 sen sekeping manakala setem 50 sen dan RM1 masing-masing memaparkan imej Wau Bulan dan Wau Kucing,” katanya pada majlis previu setem berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Wong berkata, pengumpul setem juga berpeluang mendapatkan lembaran kecil dengan saiz 70mm x 100mm pada harga RM2 yang memaparkan Wau Merak atau turut dikenali sebagai Layang-Layang Kipas. Selain itu, sampul surat hari pertama berharga 30 sen dan pek cenderamata berharga RM4 boleh didapati di semua Pejabat Pos. Folder berharga RM5 hanya ditawarkan di pejabat pos terpilih. Pada tarikh sama juga, Pejabat Pos seluruh negara akan mengadakan pelbagai aktiviti di Pejabat Pos masing-masing bagi meraikan pelanggan.

24

RUJUKAN http://www.pdfcoke.com/doc/3672398/kerja-kursus-sejarahwau http://id.wikipedia.org/wiki/Layang-layang http://chichit-news.blogspot.com/2009/02/sejarah-layang-layang.html http://www.pdfcoke.com/doc/3535947/kerja-kursus-sejarahpermainan-wau buku biru dan buku bahasa inggeris itu.

Related Documents