PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN FISIOLOGIKAL REMAJA Disediakan oleh : Afidah bt Mohd Ali Roslina bt Che Noor
PENDAHULUAN G. Stanley Hall (1904) Mengenengahkan istilah ’storm and stress’ bagi menggambarkan remaja sebagai ’zaman ribut dan tekanan dalam tempoh kehidupan manusia dengan memiliki sifat tertentu, mengalami perubahan dan penuh dengan keganjilan’.
Arnett (2003) Melihat remaja sebagai ’tempoh melalui konflik dengan ibubapa, perubahan mood yang cepat dan perilaku yang berisiko’.
Beberapa
perubahan fizikal, fisiologi dan psikologi berlaku semasa baligh. Perubahanperubahan ini membuka alam baru daripada alam kanak-kanak kepada alam remaja. Baligh dikenali sebagai pertumbuhan fizikal dan fisiologi. Baligh juga bererti perkembangan psikologi individu. Kanak-kanak lelaki akan bertukar menjadi remaja dan kanak-kanak perempuan akan mempunyai sifat-sifat kewanitaan. Saiz badan, kadar tinggi dan pertumbuhan badan berlaku dengan pantas.
Definisi Remaja Masa
peralihan dari masa kanak-kanak ke masa dewasa. Batasan usia remaja menurut WHO (badan PBB untuk kesihatan dunia) adalah 12 hingga 24 tahun. (Rogers, 1981) - Adolescence atau 'remaja' itu berasal daripada perkataan Latin iaitu "adolescere" yang bermaksud "membesar" atau "membesar menjadi matang" Kamus Dewan ( Edisi Tiga ) - remaja merupakan mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin dan sedang melalui proses inginkan 'cinta'.
KONSEP REMAJA Muss (1966) mentakrifkan : i) Sudut kronologi; di usia 12 hingga 13 tahun kepada awal 20an secara umumnya, ii) Sudut psikologi; individu berada di pinggir keadaan dalam mencari keselarasan baru untuk menukar sifat dan kelakuan yang keanak-anakan kepada sifat dan kelakuan orang dewasa dalam masyarakat dan iii) Sudut sosiologi; zaman peralihan daripada anak-anak yang bergantung kepada orang lain menuju dewasa yang berdikari
Peringkat Usia Remaja Peringkat
awal Tingkatan 1 dan 2
Peringkat
pertengahan Tingkatan 3 hingga 5
Peringkat
akhir Tingkatan 6
Peringkat Usia Remaja
PERKEMBANGAN FIZIKAL
Baligh merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akil baligh. Perkara yang paling ketara semasa baligh adalah perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan pembiakan.
Bagi
remaja lelaki perubahan yang akan berlaku ialah suara menjadi garau, misai dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula tumbuh, mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar mula membesar. Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah akil baligh.
Bagi
remaja perempuan pula perubahan yang akan dialami seperti buah dada (payudara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari, Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan, jerawat mula tumbuh, mula didatangi haid, suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.
Perkembangan Fizikal Remaja Pada
zaman remaja, fizikal remaja mengalami perubahan yang ketara dan tiba-tiba. Sifat seksual kedua seperti bulu badan, pertambahan lemak badan, perkembangan otot, dan kematangan organ seksual akan timbul dalam perubahan fizikal remaja. Terdapat perubahan wujud bersama pada lelaki dan perempuan, iaitu saiz badan, peningkatan kekuatan tenaga dan stamina.
Perkembangan Remaja Awal Secara
purata anak-anak perempuan lebih pendek daripada lelaki semasa kanak-kanak, Mulai tumbuh pesat, menjadi lebih tinggi dan lebih berat diantara usia 10 dan 12 tahun. Kebanyakan kanak-kanak perempuan bertambah sekitar 5 cm setiap tahun. Pertumbuhan yang perlahan mengikutinya hingga seseorang wanita mencapai ketinggian maksimum sekitar umur 16 atau 17 tahun.
Pertumbuhan
lelaki yang secara am ketinggalan 2 tahun dibandingkan dengan perempuan Pertumbuhan lelaki mulai tumbuh pesat diantara usia 10 dan 16 tahun, iaitu pertambahan sekitar 7cm hingga 12 cm setahun.
Perkembangan Remaja Pertengahan Apabila
remaja mula mencapai umur 14 atau 15 tahun, perubahan-perubahan fizikal menjadi semakin perlahan. Mereka bersedia menerima perubahan fizikal mereka yang baru.
Perkembangan Remaja Akhir Peringkat
perkembangan remaja akhir adalah yang paling panjang. Fasa ini bermula sekitar umur 17 tahun hingga 20 tahun. Perubahan fizikal pada saat ini tetap terjadi, tetapi lambat. Remaja secara fizikal kelihatan sudah dewasa kecuali mentalnya belum. Keadaan fizikal mereka sangat penting dan menentukan harga diri mereka. (W. S. Turambi, 2001)
Perkembangan Fizikal Remaja Lelaki
10 hingga 13 tahun (remaja awal) Badan
bertambah gagah Otot-otot membesar Bahu melebar Dada menjadi bidang Suara menjadi garau Skrotum membesar Kulit skrotum bertambah kasar dan berwarna gelap Saiz zakar membesar
14 hingga 17 tahun (remaja pertengahan) Tubuh
bertambah tinggi Bulu ari-ari tumbuh dan bertambah lebat Skrotum semakin membesar Kulit skrotum semakin kasar Saiz zakar semakin membesar Jerawat mula tumbuh Mengalami mimpi ghairah
18 hingga 20 tahun (remaja akhir) Ketinggian
bertambah Bulu tumbuh di ketiak dan mungkin di bahagian dada Misai dan janggut mula tumbuh Warna kulit skrotum bertambah gelap Saiz zakar semakin membesar
Perkembangan Fizikal Remaja Perempuan Bagi
remaja perempuan, peringkat dewasa bermula apabila mereka telah mengalami akil baligh. Akil baligh adalah satu peringkat dimana remaja akan meningkat dewasa dari segi seks terutamanya. Ini berlaku kerana organ proses pembiakan dapat mencapai fungsi kedewasaan pada waktu itu.
Perubahan Remaja Perempuan Perkembangan
dada Pertumbuhan bulu kemaluan Pertumbuhan bulu di bawah ketiak Pertumbuhan badan Waktu haid pertama Pertambahan pengeluaran minyak dan peluh yang dihasilkan oleh kelenjar.
PERKEMBANGAN FISIOLOGIKAL
Kelenjar pituitari Ia
terletak pada bahagian tengah bawah otak. Kelenjar ini menghasilkan sejenis hormon, iaitu bahan kimia yang melicinkan perjalanan sistem salur darah, sistem pembekal makanan, sistem pembekal oksigen dan sebagainya yang disebut hormon pituitari. Hormon pituitari yang berlebihan akan menyebabkan individu berbadan besar. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan pertumbuhan seseorang terbantut.
Kelenjar tiroid Terletak
di kiri kanan tengkorak. Menghasilkan hormon tiroksin. Tiroksin yang berlebihan akan menyebabkan seseorang individu aktif Kekurangan tiroksin akan menyebabkan seseorang berasa lesu.
Kelenjar pankreas Pankreas
menghasilkan hormon insulin. Insulin mengawal jumlah gula di dalam darah. Sekiranya pankreas tidak berfungsi dengan betul, maka lebihan gula akan terjadi. Ini menyebabkan penyakit diabetis.
Kelenjar adrenal
Sepasang kelenjar adrenal terdapat di atas buah pinggang. Bahagian dalam kelenjar menghasilkan hormon adrenalin dan nonadrenalin. Ketika seseorang itu hilang akal adrenalin masuk ke dalam darah lalu menyebabkan denyutan jantung bertambah cepat dan tekanan darah juga meningkat tinggi. Hormon nonadrenalin dikeluarkan di dalam darah dan ini mengembalikan seseorang itu kepada individu yang normal. Bahagian luar adrenal mengeluarkan hormon streroid yang mengekalkan keseimbangan garam dalam badan. Ia membolehkan protein bertukar menjadi gula dan selepas itu akan menjadi tenaga.
Kelenjar jantina Kelenjar
jantina lelaki menghasilkan semen (mani) dan hormon androgen. Androgen akan menghasilkan sifat-sifat kelelakian. Kelenjar jantina perempuan (ovari) menghasilkan ovum dan hormon estrogen. Estrogen menimbulkan sifatsifat keperempuanan seperti kedatangan haid.
Perkembangan Fisiologikal Remaja Lelaki
Perubahan fizikal dikawal oleh hormon, bahan biokimia yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin. Hormon mempengaruhi pertumbuhan remaja sejak lahir Bilangan pengeluaran hormon semakin bertambah pada akil baligh. Hormon “lelaki” dan hormon “perempuan” muncul dalam kedua-dua seks, tetapi lelaki mempunya hormon bernama androgens yang lebih banyak, dan hormon yang terpenting, testosterone berbanding dengan perempuan Perempuan pula mempunyai hormon dipanggil estrogen dan progesterone yang lebih banyak berbanding dengan lelaki. (Tanner, 1978).
Reproduktif Lelaki
Reproduktif Lelaki
Zakar ialah organ yang boleh mengendur dan mengembang akibat sesuatu rangsangan. Berfungsi menyalurkan keluar air kencing dan air mani. Skrotum ialah pundi lembut yang mengampu dan melindungi testis. Berfungsi untuk mengawal suhu sekitaran testis, agar lebih sejek dari suhu badan. Skrotum akan mengembang supaya testis akan berada jauh dari badan apabila suhu badan meningkat. Skrotum akan mengecut dan testis akan berada berhampiran tubuh apabila suhu atau cuaca sejuk. Testis ialah kelenjar yang menghasilkan sperma (benih lelaki) dan hormon testosteron bagi sifat-sifat kelakian.
Reproduktif Lelaki Kelenjar
ialah yang menghasilkan cecair membantu sperma di salurkan. Prostate dan Vesikal seminal ialah cecair yang bercampur dengan air mani. Duktus Sperma ialah saluran yang membawa sperma dari testis.
Perkembangan Fisiologikal Remaja Perempuan
Haid pertama, adalah menandakan peringkat perubahan remaja perempuan. Waktu haid pertama mungkin berlaku pada umur 9 ½ atau lewat umur 16 ½; purata perempuan Amerika Syarikat ialah 12 ½. Dalam bahagian dunia lain, waktu haid pertama berlaku lebih lewat berbanding dengan Amerika Syarikat. Contohnya, purata perempuan Czechoslovakian menghadapi haid pertama pada umur 14 tahun, (Power, Hauser, & Kilner, 1989). Waktu haid pertama biasanya berlaku semasa dia hampir mencapai ketinggian dewasanya dan semasa dia diuruskan untuk menyimpan jumlah minimum lemak badan. Bagi purata ketinggian perempuan, tanda ini biasanya berlaku semasa beratnya mencapai lebih kurang 100 pound (Frisch, 1988).
Ovari
Sepasang kelenjar berfungsi untuk mendewasakan seorang gadis. Panjangnya 3 cm dan lebarnya 2cm dengan ketebalan 1 cm. Sewaktu kanak-kanak kedua-dua ovari tidak memainkan apa-apa peranan. Selepas akil baligh, perubahan-perubahan terjadi dikendalikan oleh ovari. Fungsi ovari - menghasilkan hormon estrogen dan progesteron Hormon-hormon tersebut menggalakkan pertumbuhan tubuh sejak permulaan usia belasan tahun
Ovari
Uterus Uterus
juga dikenali sebagai rahim Merupakan organ yang berbentuk buah pear. Ia berongga dengan dinding yang sangat tebal, berukuran sekitar 7.5 cm, panjangnya 50 cm dan lebarnya 1.75 cm. Uterus terletak di dalam garisan pertengahan tubuh, jauh di bawah rongga perut.
Selaput Dara Selaput
dara ialah membran mukosa atau selaput nipis yang menutupi sebahagian dari mulut faraj. Bahagian mulut faraj yang tidak ditutup ialah tempat darah haid keluar. Biasanya selaput ini menghalagi persetubuhan dan mempunyai saiz, struktur dan ketebalan yang berbeza.
Tiub-tiub falloppio Kedua
tiub ini merupakan saluran dari ovari menuju ke uterus. Tiap-tiap tiub kira-kira 10 cm. Ia tidak bersambung dengan ovari. Dihujung tiub-tiub itu ada rerambut yang amat halus terletak berdekatan dengan dua ovari atau saran telur.
Faraj Faraj
adalah saluran di antara vulva dan uterus merupakan satu tiub lembut bergetah dan dipenuhi dengan saraf-saraf berahi. Dindingnya diselaputi dengan pengalas lembut dan berlendir ialah membra mukosa elastik dan dalam keadaan berlipat lipat. Bukaan faraj terletak antara salur kencing dan dubur, biasanya diselaputi oleh selaput dara.
Kedatangan Haid Apabila
tiba akil baligh, seseorang remaja perempuan akan mengalami kedatangan haid. Remaja tersebut akan mengeluarkan darah dan tisu-tisu cecair daripada rahim menerusi faraj. Darah dan tisu cecair yang dikeluarkan daripada rahim sebenarnya merupakan lapisan yang disediakan oleh badan untuk membolehkan seorang bayi membesar.
KESAN KEMATANGAN AWAL DAN LEWAT
Walaupun banyak remaja mempunyai sikap positif dengan patutnya terhadap kadar kematangan mereka sendiri (Pelletz, 1995), kematangan awal dan lewat mendatangkan masalah, terutamanya bagi lelaki kematangan lewat. Lantaran daripada perempuan matang, dengan puratanya, 2 tahun lebih awal daripada lelaki, jadi lelaki kematangan lewat adalah orang yang paling lewat mencapai akil baligh dan paling lewat untuk mengalami pertumbuhan secara pecut. Oleh itu, dia adalah paling kecil dan kurang otot berbanding dengan rakan sama umur dia, dia mengalami kelemahan dalam sukan. Kanak-kanak dan dewasa berkecenderungan menganggap kanak yang lebih kecil sebagai kanak yang lebih muda, jadi, orang yang mengalami kematangan lewat mempunyai status sosial yang lebih rendah di kalangan rakan dia dan dipandang sebagai kurang kecekapan oleh dewasa (Brackbill & Nevill, 1981).
PENUTUP
Pertumbuhan dan perkembangan remaja merupakan tempoh yang tidak wajar dikesampingkan di dalam kehidupan manusia. Tempoh ini bakal menyaksikan kecenderungan individu untuk membuat pilihan berdasarkan kepada apa yang difikirkan betul oleh akal fikirannya, tanpa terlalu menitikberatkan nilai-nilai dan norma-norma yang menjadi amalan di persekitaran, malah kadang-kadang ia dilihat terlalu janggal buat dirinya. Keghairahan untuk keluar dari alam kanak-kanak menuju kedewasaan, menjadikan remaja sering hilang arah tuju dan acap kali terjebak dengan tingkah laku songsang di dalam masyarakatnya.
SEKIAN