Perkebunan-hortikultur

  • Uploaded by: ZULKAFLI ARIFIN
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perkebunan-hortikultur as PDF for free.

More details

  • Words: 1,174
  • Pages: 10
PERKEBUNAN TAJUK : MEMBIAK TUMBUHAN. 1.

Tujuan utama pembiakan ialah: a. untuk menambah bilangan b. supaya tidak pupus.

2.

Tumbuhan boleh dibiakkan melalui: a. pembiakan seks. b. pembiakan aseks.

3.

Pembiakan seks. a.

Pembiakan seks ialah pembiakan menggunakan biji benih.

b. i. ii.

Melalui pembiakan seks kita dapat: menambahkan bilangan tumbuhan. menghasilkan hibrid pokok yang lebih baik dan menarik.

4.

Contoh pokok yang dibiakkan secara seks ialah: b. Celosia (bunga balung ayam) b. Helianthus (bunga matahari) c. Comphrena (bunga butang) d. Impatiens (bunga keembung)

5.

Langkah-langkah membiak secara seks a. menyediakan biji benih menyediakan medium semaian b. menyemai biji benih menjaga anak benih

6.

7.

Menyediakan biji benih a. Biji benih yang baik dan sesuai untuk digunakan dalam pembiakan seks ialah biji benih yang: i. cukup matang ii. berisi iii. berbentuk normal iv. tiada tanda serangan penyakit dan perosak b.

Biji benih perlu dirawat dengan racun serangga atau kulat untuk mengelakkan daripada serangan penyakit dan perosak.

c.

Pemilihan biji benih yang baik penting untuk memastikan peratus percambahan anak pokok yang akan tumbuh.

Menyediakan medium semaian. a.

Campuran medium semaian ialah:

tanah loam : baja organik : pasir sungai 2

:

1

:

1

8.

Faktor-faktor medium semaian yang baik: a. berkeadaan gembur supaya ada pengudaraan dan saliran. b. kaya dengan nutrien

9.

Baja fosfat super dicampurkan dalam medium untuk menggalakkan pertumbuhan akar.

10.

11.

Menyemai biji benih. a.

Pilih bekas semaian yang sesuai dan ada lubang saliran.

b.

Sebelum menyemai biji benih, tutup lubang saliran dengan batu atau serpihan pasu.

c.

Lubang saliran ditutup supaya medium tidak keluar bersama-sama dengan air siraman.

d.

Isi dan ratakan permukaan medium semaian hingga 2.5 cm dari permukaan atas bekas semaian.

e.

Biji benih boleh disemai dengan cara: i. menabur ii. menanam

f.

Bagi biji benih yang halus, akan dicampur dengan pasir halus supaya mendapat taburan biji benih yang sekata.

g.

Taburkan satu lapisan nipis tanah selepas menyemai biji benih.

h.

Bagi biji benih yang kasar pula bolehlah ditanam dalam lubang medium semaian.

i.

Biji benih ditanam lebih kurang dua kali diameter biji benih.

Menjaga anak benih. a. Anak benih yang baru tumbuh perlu dijaga. b.

Pastikan medium semaian sentiasa lembap.

c.

Untuk mengekalkan kelembapan medium bekas semaian boleh : i. ditutup dengan plastik lut sinar ii. ditutup dengan kaca.

d.

Bekas semaian perlu diletakkan di tempat yang redup.

e.

Apabila anak benih mula tumbuh, alihkan plastik dan kaca.

f.

Siram anak pokok yang baru tumbuh.

g.

Merumput perlulah dilakukan untuk menggelakkan persaingan dengan anak benih.

h.

Sebelum mengubah, proses pengerasan perlu dilakukan bagi mengurangkan renjatan semasa mengubah.

i.

Proses pengerasan dilakukan dengan mengurangkan air dan perlindungan secara beransur-ansur.

Aktiviti. 1.Menyediakan medium semaian. 2.Menyemai biji benih halus 3.Menyemai biji benih kasar

12. Pembiakan aseks. 1.

Pembiakan aseks boleh dilakukan dengan kaedah : i. keratan batang ii. keratan daun iii. pembahagian rumpun

2.

Melalui pembiakan aseks, pokok yang baru mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pokok induk.

3.

Contoh tumbuhan yang boleh dibiakkan secara aseks ialah:

Kaedah keratan batang

Contoh tumbuhan Cadiaeum (pokok puding) Bougainvillea (bunga kertas) Hibiscus (bunga raya)

keratan daun

Sansevieria (pokok lidah jin) Begonia (pokok resam batu)

pembahagian rumpun

Sansevieria (pokok lidah jin) Caladium (pokok keladi)

4. a.

Langkah-langkah membiak secara aseks. menyediakan keratan batang/ daun/ pembahagian rumpun menyediakan medium pengakaran menanam keratan menjaga anak pokok

5.

Contoh pokok tumbuhan hiasan yang dibiakkan secara aseks.

13.

Menyediakan bahagian tumbuhan untuk pembiakan aseks. 13.1. Menyediakan keratan batang. Cara-cara melakukan pembiakan dengan kaedah keratan batang ialah: a.

Keratan batang boleh dibahagi kepada tiga bahagian: i. lembut ii. sederhana iii. keras

b.

Keratan batang yang dipilih mestilah : i. sihat ii. bebas daripada penyakit atau perosak

c.

Panjang keratan yang diperlukan ialah 15 cm – 20 cm.

d.

Potongan hendaklah bersih untuk mengelakkan daripada serangan penyakit.

e.

Bahagian bawah keratan dipotong serong supaya terdapat permukaan yang luas untuk menyerap air.

f.

Manakala pada bahagian atas keratan dipotong melintang untuk membezakan antara atas dan bawah keratan.

g.

Buang semua daun yang terdapat pada kayu keras. Ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kehilangan air melalui proses transpirasi.

h.

Permukaan bahagian bawah dipotong serong dan licin untuk menambahkan keluasan permukaan batang untuk menyerap air.

14.

15.

i.

Sekiranya keratan kayu keras digunakan, semua daun pada keratan hendaklah dibuang. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kadar transpirasi.

j.

Di antara pokok hiasan yang dibiakkan dengan cara ini ialah Hibiscus, Ixora dan Bougainviella

Menyediakan medium pengakaran. a.

Pasir sungai merupakan medium pengakaran yang baik.

b.

Pasir sungai digunakan sebagai medium pengakaran kerana: a- mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik b- bersih c- tidak menghalang perkembangan akar.

c.

Tutup lubang saliran pada bekas semaian.

d.

Rata dan tekan permukaan medium supaya padat.

Menanam keratan batang. a.

Apabila keratan batang dan medium pengakaran telah disediakan, proses penanaman keratan pula dilakukan.

b.

Bahagian bawah keratan dicelup ke dalam hormon pengakaran untuk menggalakkan pertumbuhan akar.

c.

Keratan batang ditanam secara condong untuk menggalakkan pembentukan tunas yang banyak.

16.

Menjaga anak pokok. a.

Kekalkan kelembapan medium dengan menyiram atau menutup bekas dengan plastik lut sinar.

b.

Keratan batang yang baru ditanam perlu diberi teduhan.

c.

Buang rumpai yang tumbuh untuk mengelakkan persaingan.

d.

Keratan boleh diubah sekiranya telah mempunyai 3 4 akar utama.

Aktiviti. 1.Menyediakan keratan batang. 2.Menyediakan medium pengakaran. 3.Menanam keratan batang

Kaedah Keratan Daun 1.

Pokok yang hendak dibiakkan dengan kaedah ini mestilah mempunyai daun yang berlendair kerana ia banyak menyimpan makanan di dalam daunnya

2.

Terdapat dua cara untuk melakukan pembiakan melalui kaedah ini iaitu melalui: a) bahagian daun b) lai daun

3.

Di antara pokok hiasan yang dibiakkan dengan keratan daun ialah Sanseveria dan Begonia

Kaedah Pembahagian Rumpun 1.

Pokok hiasan yang dibiakkan melalui kaedah ini akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan rumpun yang kecil.

2.

Setiap rumpun akan mengandungi anak pokok yang sempurna iaitu ia mempunyai akar, batang dan daun

3.

Diantara pokok hiasan yang dibiakkan dengan kaedah ini ialah Adiantum, Calathea dan Sanseveria

Kaedah Tut atau Markot 1.

Kaedah ini melibatkan pembuangan kulit dan kambium pada dahan

2.

Bahagian yang telah dibuang kulit itu dibalut dengan medium mengetut bagi menggalakkan pengakaran

3.

Hormon pengakaran digunakan bagi mempercepatkan pengakaran

4.

Kaedah ini sesuai bagi membiakkan pokok yang mempunyai dahan berkayu.

5.

Ia melibatkan dua proses iaitu: a) menyediakan medium mengetut b) menyediakan dahan untuk ditut

6.

Contoh pokok hiasan yang dibiakkan dengan kaedah ini ialah Rosa, Codiaeum dan Adenium.

7.

Pokok yang dimarkot mempunyai ketulenan baka,cepat berbunga dan berbuah

8.

Kelemahan menggunakan kaeah ini adalah ia tidak mempunyai akar tunjang

Kaedah Cantuman Baji 1.

Kaedah ini menggunakn pucuk (sion) yang disatukan dengan batang pokok penanti

2.

Sion akan mengeluarkan pucuk baru jika cantuman berjaya

3.

Contoh pokok hiasan yang diabiakkan dengan kaedah ini ialah Bougainviella, Coleus dan Hibiscus

4.

Untuk menentukan kejayaan cantuman , perkara-perkara berikut harus diberi perhatian: a) b) c) d) e)

Sion dan pokok penanti mesti dari famili yangs sama Kerja-kerja mencantum mesti dilakukan dengan serta merta untuk mengelakkan sion dan pokok penanti menjadi kering Lapisan kambium tidak boleh tercemar Pisau yang digunakan mesti bersih dan tajam Pokok penanti dan sion mestilah sihat dan cergas

Aktiviti. 1.Menyediakan keratan daun. 2.Menyediakan kaedah mengetut. 3.Menyediakan kaedah cantuman baji.

More Documents from "ZULKAFLI ARIFIN"