Peraturan Perpustakaan

  • Uploaded by: Normali Abdul Ghani
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peraturan Perpustakaan as PDF for free.

More details

  • Words: 267
  • Pages: 3
PERATURAN-PERATURAN MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN •

Pelajar-pelajar diminta menanggalkan kasut sebelum masuk ke perpustakaan dan menyusunnya di rak yang telah disediakan.



Merokok, makam, minum, tidur, berjudi atau sebarang permainan adalah dilarang di dalam perpustakaan.



Pelajar-pelajar hanya dibenarkan membawa masuk kertas catatan dan alat tulis sahaja. Beg, bungkusan, payung dan sebagainya tidak boleh dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut disediakan di pintu masuk perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan harta benda.



Menempah tempat duduk adalah tidak dibenarkan. Buku-buku dan alat-alat lain yang ditinggalkan di atas kerusi atau meja dalam jangka waktu tertentu akan dipungut oleh pustakawan yang bertugas.



Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas dan bersopan ketika berada di perpustakaan. TShirt tidak berkolar dan T-Shirt berwarnawarni tidak dibenarkan , kecuali T-Shirt sekolah dan T-Shirt rumah sukan.



Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan atau berada dalam keadaan yang mencurigakan.



Pelajar-pelajar mestilah SENYAP di perpustakaan. Membuat bising adalah dilarang sama sekali.

• Pelajar-pelajar dilarang menconteng/mengoyak atau membawa keluar bahan bacaan tanpa kebenaran. • Ketika hendak meninggalkan perpustakaan, pelajar-pelajar dikehendaki menunjukkan semua buku serta bahan-bahan yang dibawa keluar untuk pemeriksaan. • Segala peraturan peminjaman dan pemulangan buku mestilah dipatuhi. • Pustakawan yang bertugas berhak dan berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan perpustakaan jika didapati mengganggu ketenteraman. •

Loceng isyarat akan dibunyikan 5 minit sebelum masa untuk ditutup dan semua pelajar hendaklah meninggalkan perpustakaan apabila tiba masanya.



Guru Penyelaras Pusat Sumber berkuasa menarik balik kuasa kemudahan perpustakaan sekiranya peraturan-peraturan di atas tidak dipatuhi.



Pustakawan yang bertugas hendaklah memastikan lampu, kipas, penghawa dingin telah tutup sebelum meninggalkan perpustakaan.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA.

Related Documents


More Documents from ""

Bidang Tugas Ajk Pss
June 2020 23
Brosur Pss
June 2020 31
Gradient Ppoint
May 2020 26
Carta Organisasi 2009
June 2020 14