PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH SK TAMAN CUEPACS 2009-2011
VISI MELAHIRKAN INSAN BERDISIPLIN, BERILMU DAN BERBUDI BAHASA
MISI Menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan serta iklim sekolah yang positif ke arah pembelajaran murid yang berkesan. Menyediakan pelbagai keperluan, kemudahan pengajaran serta bimbingan berterusan kepada guru bagi mempertingkat kualiti pengajaran. Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi memperkembang potensi setiap murid secara menyeluruh dan bersepadu. Memberi penekanan khusus kepada peningkatan disiplin diri dan berakhlak mulia di kalangan semua murid dan warga sekolah yang lainnya. Memupuk dan memantapkan semangat kekitaan di antara semua murid, guru, ibu bapa serta masyarakat sekitar.
PIAGAM PELANGGAN Kami warga SKTC bersedia dan berjanji akan, menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan kepada kami dengan penuh dedikasi dan iltizam. mengamalkan dasar pintu terbuka bagi memastikan hubungan yang erat serta persefahaman dan permuafakatan yang tinggi di kalangan semua ahli komuniti SKTC memberi peluang kepada semua anak didik kami memperkembang potensi diri masing-masing supaya dapat menjadi insan yang berilmu pengetahuan, kemahiran serta berakhlak mulia.
OBJEKTIF Objektif Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs adalah untuk menjadikan masa persekolahan setiap murid satu pengalaman yang menyeronokkan lagi bermanafaat, mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi serta membina kekuatan disiplin diri bagi melahirkan individu yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia.
JAWATAN KUASA PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH PENGERUSI : PN ZARINA BT ABD MAJID N/ PENGERUSI : TN HJ MOHD YUSOF BIN MOHD NOR ( GPK 1 )
ISU STRATEGIK
SEKOLAH SHOWCASE NEGARA
PENJANAAN STRATEGI MENGGUNAKAN SWOT DALAMAN
KEKUATAN ( STRENGTHS)
KELEMAHAN ( WEAKNESSES )
PELUANG (OPPORTUNITIES )
S+O
W+O
CABARAN ( THREATS)
S+T
W+T
LUARAN