Peranan Intelektual Malaysia di Zaman Globalisasi ● Ahmad Sahidah Abstrak Intelektual adalah orang yang mempunyai peranan sangat penting dalam memberikan hala tuju kepada pembangunan sesebuah negara. Tidak dapat dielakkan bahawa kewujudan mereka telah mempercepat kemajuan dan kejayaan dan sekali gus menjadi benteng bagi penguatkuasaan nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Di sisi lain, mereka juga boleh berleluasa mengkritik dasar-dasar kerajaan atau pandangan orang ramai yang dianggap tidak selari dengan kepentingan masyarakat luas. Mereka juga cuba membantu masyarakat untuk memahami fenomena dan persoalan yang sedang berlaku, termasuk bagaimana orang ramai memberi tanggapan terhadap persoalan globalisasi. Kata kunci: Intelektual, kritisisme dan globalisasi PENGENALAN Memasuki kemerdekaan yang ke-50, sebagai bangsa, negara dan masyarakat, Malaysia boleh dikatakan telah mantap, gagah dan makmur. Mencecah usia emas ini semestinya ia tidak lagi dirunsingkan masalah ekonomi. Namun, meskipun kemajuan ekonomi boleh dirasakan oleh sebagian besar rakyat, tetapi tugasnya untuk mensejahterakan warga lebih tegar tetap menjadi tanggungjawapnya. Dibandingkan dengan negara-negara lain yang mempunyai usia yang sama, Malaysia melangkah lebih cepat dan telah mengisytiharkan sebagai negara Maju pada tahun 2020. Tidak saja pendapatan per-kapita yang di atas rata-rata negara-negara secara umum, namun iklim pelaboran juga merangsang pelabor asing untuk memajukan industri. Selain dunia pelancongan yang menambah pendapatan dan kesejahteraan masyarakat, Malaysia juga menjadi tujuan belajar dari seluruh negara. Imej yang baik ini tentu saja makin menempatkan negara ini pada kedudukan yang menentukan dalam percaturan dunia. Walau bagaimanapun, kemajuan negara tidak boleh dilepaskan dari globalisasi itu sendiri, yang memungkinkan masuknya arus modal dan manusia ke sesebuah negara. Namun, sisi negatif daripada globalisasi yang meminggirkan tradisi tempatan menjadi pemangkin hilangnya identiti. Secara tidak sedar, kepercayaan kepada diri sendiri mulai rapuh dengan lebih menyukai barangan asing untuk menaikkan imej. Dengan demikian, adalah susah bagi pengusaha dalam negeri jika barangan yang dihasilkan tidak diminati oleh warganya sendiri. CABARAN GLOBALISASI Globalisasi ekonomi yang melanda seluruh dunia turut serta mempercepat hubungan dalam berbagai-bagai bidang yang lain. Meskipun pada mulanya, globalisasi dikatakan
1
sebagai satu keniscayaan bagi kehidupan manusia sejak dulu lagi. Biasanya pembahasan sebuah konsep ini dimulakan dari definisi dan lagi-lagi ini menambah kebingungan kerana satu sama lain menyatakan sisi berbeza dari kata yang sama. Bahkan secara tersurat, MacGillivray, sengaja memetik satu pernyataan dalam majalah Spectator (5 Oktober 1962) globalization is indeed a staggering concept (sesungguhnya globalisasi adalah sebuah konsep yang membingungkan).1 Selanjutnya, saya akan cuba mengikhtisarkan beberapa pokok fikiran dalam karya MacGillivray tentang tanggapan ramai orang terhadap globalisasi. Bill Clinton, bekas ke atas presiden Amerika Syarikat, mendefinisikan globalisasi dengan dunia tanpa tembok. Tony Blair, bekas Perdana Menteri Inggeris, mengatakan bahawa ia adalah fenomena yang tak boleh dielakkan dan sangat menarik. Sedangkan George Bush, Presiden Amerika Syarikat, menyatakan sebagai ikatan perdagangan dan kepercayaan. Dalam bahasa yang jauh berbeza, George Monbiot mengungkapkan bahawa ia memungkinkan sebuah syarikat untuk mengacungkan senjata pada sesebuah kerajaan. Sebahagian pemerhati yang lain justeru membuat imajinasi visual dan anekdot untuk memudahkan memahami istilah ini. Ia seperti seorang laki-laki berdiri di tembok ratapan (tempat berdoa orang Yahudi yang terletak di Palestin) sambil memegang telepon bimbit sehingga kawannya boleh menunjukkan rasa simpati, atau sebuah tayangan video memperlihatkan Osama bin Laden memegang senjata Kalashnikov dan pergelangan tangannya dililit jam Timex. Bukankah sebenarnya peristiwa semacam ini mudah ditemukan di dalam kehidupan seharian kita sendiri? Bahkan para pendemo pemboikotan barangan asing menggunakan seluar dan kasut barangan luar, dan tidak jarang adalah barangan yang dibuat oleh negara yang dikritiknya? Pendek kata, ada dua tipa dasar definisi, yaitu tipa ekonomi ketat dan sosial longgar. Menurut Paul Krugman, globalisasi adalah frasa tempat segala macam barangan untuk perkembangan dunia perdagangan, hubungan antara pasar wang di negara yang berbeza dan pelbagai cara lain di mana dunia menjadi tempat yang lebih kecil. Secara lebih khusus, Joseph Stiglitz, pakar ekonomi dan pemenang hadiah Nobel, lebih memfokuskan pada penghilangan penghalang perdagangan bebas dan penyatuan lebih rapat kepentingan ekonomi antaranegara. Telah banyak organisasi ditubuhkan untuk memungkinkan perdagangan bebas sama ada dua hala mahupun tidak. Lagi-lagi, pakatan semacam ini banyak dikritik oleh masyarakat dunia ketiga kerana dianggap melemahkan persaingan dalaman negara berkembang kerana tidak boleh bersaing. Namun demikian, kata Maxgillivray, adalah penting untuk mengetahui definisi yang lebih ketat tidak hanya berhubungkait dengan ruang lingkup tetapi juga motif. Dengan kata lain, kita tidak hanya ingin mengenali bila dan di mana, tetapi juga siapa dan mengapa. Sebab sememangnya ragam definisi mempunyai implikasi pada konsep dan amalan dari globalisasi itu sendiri. Seperti ditegaskan sebelumnya, untuk tidak terjebak pada definisi diperlukan sarana lain seperti imaginasi visual atau anekdot seperti di atas. Banyak penentang dan juga penyokong globalisasi mengutamakan sebuah definisi yang ketat. Misalnya, Forum Internasional untuk Globalisasi, salah sebuah kumpulan utama
2
yang mengajukan alternatif dari globalisasi, mendefinisikannya sebagai dorongan dunia luas saat ini menuju sebuah sistem ekonomi yang terglobalkan yang didominasi oleh syarikat dan institusi perbankan antarabangsa yang tidak bertanggung jawab bagi proses demokratik atau pemerintahan kebangsaan. Sangat jelas, globalisasi dibatasi hanya pada persoalan ekonomi. Boleh dikatakan sekarang syarikat antarabangsa (multinational corporation) telah menggantikan kuasa negara. Manakala sarjana yang lain menolak fokus ekonomi kerana dipandang terlalu sempit. Manfred Steger, pensyarah Universitas Illinois, mengulas setengah dozen definisi yang lebih luas yang diberikan oleh para akademisi. Akhirnya, beliau menyimpulkan bahawa globalisasi adalah sebuah proses sosial multidimensi yang menciptakan, melipatgandakan, membentangkan, dan menguatkan ketergantungan sosial dan pertukaran di serata dunia manakala pada waktu yang sama turut mengembangkan di dalam masyarakat sebuah kesedaran akan hubungan yang rapat antara tempatan dan yang jauh di seberang.2 Kata global itu sendiri sebenarnya telah digunakan oleh kalangan akademisi Amerika pada tahun 1960-an. Meskipun pada kenyataannya, kata ini sebagai kata sifat boleh ditemukan di dalam Harper’s Magazine tahun 1892. Majalah ini menggambarkan Monsieur de Vogüe, seorang Perancis yang gemar berkelana. Beliau pergi ke dunia Timur dan Barat untuk mendapat ragam warna dan idea, minatnya adalah seluas semesta dan ambisinya, sebagaimana diucapkan sendiri, adalah menjadi ‘global’. Tentu saja, Marshall McLuhan, pakar komunikasi, yang sering dipetik ideanya kerana memperkenalkan istilah global Village, menyatakan bahawa ‘dunia mengalami kontraksi menjadi sebuah kampung yang besar’. Sebenarnya kehendak-global adalah proses mental ingin melintasi dunia yang telah dimulakan oleh Pythagoras pada abad ke-5 sebelum Masihi dan mencapai titik puncaknya dalam perjalanan Columbus dan Vasco da Gama pada abad ke-5 dan ke-16. Namun, sumbangan pada arus global ini turut diramaikan oleh bangsa lain iaitu, Yunani, Mongol, Islam, Cina, Belanda dan Irland.3 BEBERAPA SESAT FIKIR TENTANG GLOBALISASI Menurut Maxgillivray, dalam buku A Brief History of Globalization seringkali orang ramai salah faham tentang globalisasi. Menyatakan globalisasi sebagai kepanjangan daripada kapitalisme Amerika adalah menyesatkan.4 Sebab ia juga merupakan fenomena negara lain. Misalnya, bagaimana sebuah kerajaan militer Nigeria yang kejam di bawah allahyarham Sani Abacha menggantung sembilan penggiat Ogoni, termasuk dramawan Ken Saro-Wiwa kerana mencetuskan tunjuk perasaan secara luas terhadap Syarikat Minyak Inggeris-Belanda Shell. Selain itu, pembatasan globalisasi pada persoalan ekonomi juga tidak tepat. Ia sebenarnya juga merangkumi kebudayaan global sebagai ketegangan dinamik antara identiti tempatan dan ambisi global, sama ada di dalam agama, seni, filem, muzik atau sukan.
3
Tentu sahaja, fenomena piala dunia bola sepak adalah contoh yang paling termasyhur tentang betapa batas-batas dunia telah luruh menjadi penumpahan ‘hasrat’ bersama. Demikian juga, penyebaran agama-agama besar dunia, Kristian, Hindu, Islam, Buddha dan Yahudi, seperti ditulis oleh penulis buku di atas, tidak boleh dilepaskan dari peranan penyebaran arus orang dan modal. Masing-masing telah menggunakan polanya sendiri dalam menyebarkan agamanya. Bahkan, boleh dikatakan penyebaran agama Kristian telah membonceng kolonialisme di banyak negara. Akhirnya, fenomena yang paling dahsyat adalah kekuatan filem, muzik dan sukan (di sini penulis menyebut bola sepak) sebagai pemangkin yang mendekatkan seluruh emosi orang di dunia terhadap kebudayaan. Batas-batas antaranegara menjadi luruh dengan fanatisme terhadap penyanyi, personaliti filem atau atlit olahraga tanpa mengambil kira perbezaan latar-belakang. Namun demikian, pertukaran kebudayaan global mempunyai dua kecenderungan yang berlawanan. Di satu sisi, ia boleh menciptakan keseragaman dan di sisi lain ia meningkatkan kreativiti kanibalistik dan menyelamatkan peninggalan kebudayaan yang rentan musnah. Misalnya, bagaimana kolaborasi Mickey Hart, mantan pemukul drum Gratefull Dead dan Alain Jabbour, Direktur Amerikan Folklife Center mengeluarkan album dari peramuan musik pelbagai pulau di Nusantara. Mengatakan globalisasi sebagai fenomena baru adalah bentuk sesat pikir lain. Migrasi global pertama dimulai jutaan tahun yang lalu ketika sekelompok kecil manusia moden mulai menyebar dari padang rumput yang padat di Afrika Timur. Pada mulanya mereka bergerak sangat lambat – hanya beberapa kilometer dalam setahun. Salah satu motivasinya adalah pencarian buruan baru dan perkahwinan dengan suku lain. Mereka menggunakan kaki dan perahu. Yang menarik, bahawa globalisasi awal tidak didorong oleh hal besar tetapi oleh barangan sederhana. Halia adalah komoditi migrasi pertama yang diperkenalkan oleh Sepanyol pada Meksiko dan Jamaica pada abad keenambelas.5 Selanjutnya, pala, getah, cengkih menjadi rebutan para imperialis untuk diperdagangkan. Bahkan, tak jarang di antara mereka sendiri terlibat perang untuk menguasai daerah penghasil rempah-rempah.
PEMUJA DAN PENENTANG GLOBALISASI Perlawanan tempatan terhadap globalisme pastinya muncul kerana beragamnya amalan politik, budaya dan agama. Salah satu contoh, bagaimana kewangan global tidak akan menjadi tunggal sebab Islam dan Katolik menolak faedah.6 Ini memungkinkan untuk lahirnya pelbagai hubungan perdagangan yang tidak didominasi oleh mata wang dollar Amerika Syarikat. Bahkan bersatunya negara-negara Eropah telah memungkinkan penyatuan alat tukar yang makin menghakis kuasa dollar di benua Eropah. Tidak itu sahaja, Iran dan Malaysia mencadangkan dinar sebagai alat pertukaran perdagangan
4
antarabangsa, sehingga membolehkan makin mengurangkan kejayaan dollar di negaranegara Islam. Dalam kurun waktu dekad ini, para pemprotes globalisasi berkumpul bersama untuk menolak sidang tahunan organisasi global seperti Organisasi Perdagangan Dunia (WTO), Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, Forum Ekonomi Dunia dan G 7. Seringkali protes mereka berakhir dengan kerusuhan, seperti yang terjadi di Seattle, Washington, Davos dan tempat lain. Yang mengenaskan, di Genoa, tempat kelahiran Columbus, penemu benua Amerika, Syarikat, seorang demonstran muda mati ditembak polis.7 Sebagai tandingan terhadap Forum Ekonomi Dunia yang menyokong globalisasi, para penggiat yang menentang globalisasi juga membuat pertemuan yang dikenali dengan Forum Sosial Dunia. Kelompok yang terakhir ini mempunyai pandangan bahawa negaranegara maju telah berlaku tidak adil terhadap negara berkembang. Alih-alih mereka menolong negara miskin, justeru mereka menjeratnya untuk menjana keuntungan ekonomi yang berlimpah melalui kerjasama yang sepihak. Greenpeace, salah satu penentang globalisasi, adalah organisasi bukan kerajaan yang memberi tumpuan kepada persoalan kerosakan alam sekitar yang disebabkan kilangkilang yang dimiliki syarikat global dan tempatan. Mereka tidak teragak-agak melakukan sabotaj. Oleh kerana itu, Graeme Snooks, ahli sains politik, mencadangkan agar dikembangkan satu paradigma teknologi baru untuk menggantikan industrialisme, yang banyak tergantung pada minyak penghasil polusi, yaitu dengan penggunaan tenaga matahari (Solar Revolution).8 INTELEKTUAL DAN KRITISISME Without an intellectual community there is no demand for change in the fundamental forms of society (Syed Hussein al-Attas, 1977: 52) Satu karya penting yang berusaha untuk mengkaji tugas intelektual di negara sedang berkembang adalah Intellectuals in Developing Societies yang ditulis oleh Syed Hussin al-Attas. Huraian dalam karya ini menjadi munasabah kerana berhubutkait dengan kajian peranan intelektual di Malaysia dan negara jirannya. Sebenarnya, banyak karya yang mengupas persoalan peranan intelektual, seperti sebuah karya yang menjadi klasik Edward Shils, The Intellectual and the Powers and Other Essays (1972) dan yang paling terkenal adalah karya Julien Benda bertajuk The Treason of Intellectuals. Meskipun intelektual kerap dikatakan sebagai sekelompok manusia yang berumah di atas angin atau berkecuali, namun demikian didapati beberapa faktor yang mempengaruhi keputusan mereka untuk mengikuti satu tradisi pemikiran atau mazhab yang lain. 9 Neil Gross, pensyarah Universiti Wisconsin America, membuat senarai faktor tersebut, antaranya pencarian kedudukan intelektual di mana pemikir berada di bidang pengetahuan moden mencari pengiktirafan, kehormatan dan kepercayaan dari rakannya dan sekali gus kedudukannya di dalam lingkungannya bermastautin.
5
Namun, sebelum lebih jauh membincangkan intelektual, adalah perlu untuk mengetengahkan definisi intelektual agar kita boleh menemukan titik terang kedudukan mereka di dalam masyarakat ramai. Camic dan Gross mendefinisikannya sebagai seseorang yang “relatif mampu menghasilkan idea ilmiah, pentafsiran, moral, politik dan estetik.10 Manakala Syed Hussein Alatas mengatakan secara lebih umum bahawa intelektual adalah seseorang yang terlibat dalam pemikiran tentang idea dan masalah bukan bendawi dengan menggunakan kemampuan taakulan.11 Mungkin, dua definisi intelektual yang diutarakan oleh Julien Benda dan H. W. Fowler akan melengkapi definisi kata ini, di mana yang pertama mengatakan:12 “The Clerks are all those whose activity essentially is not the pursuit of practical aims, all those who seek their joy in the practice of an art or a science or metaphysical speculation, in short in the possession of nonmaterial advantages, and hence in certain manner say: “My Kingdom in not of this world.” Manakala yang kedua menegaskan bahawa: An intellectual person who was not intelligent would be, though not impossible, a rarity; but an intelligent person who is not intellectual we most of us flatter ourselves that we can find in the looking-glass. Tentu saja, penjelasan Edward Shils tentang siapakah sebenarnya intelektual itu membantu kita untuk memahami lebih dalam. Bagi Shils, pakar sosiologi termasyhur, di dalam kehidupan seharian ada perbezaan di dalam setiap masyarakat dalam memahami nilai-nilai tertinggi (ultimate values), sama ada yang bersifat kognitif (pengetahuan), moral mahupun estetik dan perbezaan keperluan terhadap kesepaduan. Kehidupan biasa menghindari definisi ketat dan penganutan yang konsisten terhadap aturan tradisional dan rasional, ia tidak memerlukan hubungan berterusan dengan yang suci (the sacred). Kehidupan seharian secara ceroboh penuh dengan kompromi dan improvisasi; ia berlaku “di sini dan sekarang.”13 Di tengah kehidupan seharian ini, didapati beberapa orang yang mempunyai kepekaan luar biasa terhadap ‘yang suci’, sebuah refleksi yang tidak umum tentang hakikat kesejagadan dan aturan masyarakat yang mengatur kehidupannya. Mereka adalah orang yang mencari dan seringkali berhubungan dengan simbol-simbol yang bukan situasi konkrit langsung daripada kehidupan seharian dan referensinya jauh melampaui ruang dan waktu. Berkat kedalaman pemikirannya, mereka mampu melihat satu masalah secara syumul. Meskipun peranan intelektual itu sangat penting, namun satu hal yang perlu diperhatikan adalah bahawa fungsi kritis dan sokongan (affirmation) itu bergantung kepada hakikat sistem politik di mana mereka hidup.14 Jadi, sikap mandiri intelektual itu adalah pilihan utama, yang didasarkan bukan kepada sokongan membuta tuli kepada kerajaan atau bukan kerajaan. Mereka bekerja untuk menghasilkan idea dan mewujudkan gagasan itu
6
menjadi kenyataan di tengah-tengah masyarakat. Mungkin, dua tokoh intelektual terkemuka Sahnon Ahmad, penyair dan bekas pensyarah, dan Chandra Muzaffar, presiden International Movement for a Just World JUST), boleh dijadikan contoh bahawa keberpihakan mereka pada institusi politik ‘pembangkang’ justeru telah ‘mematikan’ reformasi itu sendiri. Sebuah perubahan dari ‘luar’ kerajaan belum memungkinkan kerana ketiadaan sokongan dari orang ramai sebagai objek perubahan. Adalah tepat apa yang diketengahkan oleh Edward Shils: The intellectual activities and their situation in society are the products of a compromise and an articulation on the intellectual disposition and the needs of society for those actions which can be performed only by persons who of necessity, by virtue of the actions they perform, are intellectuals. The larger the society and the more complex the tasks its rulers undertake, the greater the need therefore for a body of religious and secular intellectuals.15 Mungkin definisi yang paling ‘konkrit’ adalah apa yang diungkapkan oleh José Ferrater Mora bahawa intelektual adalah orang yang boleh menulis esei, buku, ulasan, sajak, novel dan simponi. Tambahan lagi, semua yang mengajar di institusi pendidikan, menemukan teorema baru, teori baru, dan mereka yang menandatangani manifesto atau menolaknya. Pendek kata, mereka yang terlibat dalam perbincangan tentang ‘intelektual’.16 Dengan demikian profesion yang boleh dikategorikan sebagai intelektual adalah wartawan, pensyarah, penulis lagu, dan penyair. Manakala definisi Mora ini hanya bertumpu pada aktiviti menghasilkan idea ataupun konsep. Lebih jauh, intelektual juga mempunyai peranan untuk mewujudkan idea mereka melaui tindakan atau amalan. Jadi, selain berperanan sebagai penghasil karya, sebagai tugas utama, intelektual juga bergiat dalam bidang pentabdiran, ulama atau paderi dan pegawai yang berkhidmat untuk kepentingan masyarakat.17 RESPONS INTELEKTUAL Memandangkan globalisasi makin membuat tempatan terpuruk, para intelektual di sini telah menunjukkan tanggapannya dengan mengajukan petisi berhubung kait dengan perubahan dasar pengajaran bahasa Inggeris di pengajian awam yang dianggap sebagai sebuah tantangan baru bagi kaum nasionalis Malaysia yang menganggapnya sebagai satu kemunculan kolonialisme baru.18 Identiti kebangsaan dikhuatiri akan terhakis oleh ‘bahasa asing’. Walau bagaimanapun, keengganan untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam sesetengah masyarakat secara tidak langsung menunjukkan rasa rendah diri. Mereka beranggapan bahawa bahasa Inggeris boleh menaikkan prestij pemakainya. Misalnya, bagaimana Kongres Intelektual Melayu Ketiga pada tahun 1994 mengajukan sepuluh memorandum kepada kerajaan yang memprotes penggunaan bahasa Inggeris di pengajian tinggi, meskipun pada masa itu hanya dibatasi pada pengajaran sains dan
7
teknologi. Berdasarkan catatan Halim Salleh, Utusan Malaysia pada masa itu memberikan kesempatan bagi intelektual untuk membincangkan masalah ini. Bahkan, persoalan yang sama juga muncul pada tahun ini ketika pelajaran sains di sekoleh menengah juga ditentang oleh ramai kalangan kerana akan makin menjauhkan pelajar daripada bahasa kebangsaan. Dari peristiwa di atas boleh dikatakan bahawa intelektual itu tidak hanya menyatakan manifesto, tetapi juga bagaimana menyebarkan ideanya melalui media sehingga boleh dibaca oleh orang ramai. Dengan demikian, pesanan yang dicetuskan daripada wacana yang dibincangkan boleh sampai kepada masyarakat. Bagaimanapun intelektual mempunyai keupayaan untuk meyakinkan orang ramai dan mengarahkan pendapat publik sesuai dengan pandangan-pandangannya yang ideal. Apa yang dilakukan oleh Farish A Noor dalam mengutarakan pendapatnya mungkin boleh dipandang sebagai sikap intelektual sejati. Tulisannya tidak hanya mengkritik kerajaan dan pembangkang, bahkan kepercayaan umum masyarakat juga tidak luput daripada perhatiannya. Dalam buku The Other Malaysia, beliau dengan tegas mengajak kita untuk kembali mengambil kira pemikiran yang dipinggirkan, atau yang beliau panggil sejarah subaltern, sebagai bandingan terhadap sejarah dan pandangan arus perdana.19 Secara tersirat, idea dalam buku ini ingin mengajak kita untuk menghargai kebudayaan tempatan, sebagai antitesis terhadap kebudayaan global. Namun, adalah jamak terjadi seluruh wacana dan berita di media selalu dibawah pengawalan arus perdana. Di sini, intelektual seharusnya tidak mendokong mana-mana pihak. Justeru mereka harus mengajarkan orang ramai apa yang harus mereka fikirkan terhadap dasar penguasa sekalipun. Jadi, jika penguasa lebih banyak menuruti kehendak globalisasi, tanpa memperhitungkan kepentingan tempatan, maka adalah tugas intelektual untuk menolak keinginan pemerintah. Sebagaimana ditegaskan oleh Francis G Wilson bahawa pendapat orang ramai (public opinion) selalu berada di luar kerajaan.20 Dengan kata lain, intelektual harus mengambil sikap mandiri.21 Namun demikian, tidak berarti intelektual selalu menentang kerajaan jika memang pendirian mereka menunjukkan perlawanan terhadap hegemoni negara kaya, seperti dilakukan oleh Mahathir Mohammad ketika menjadi Perdana Menteri22 tetapi, boleh dikatakan tanggapan di sini lebih merupakan cetusan pendapat umum dalam menghadapi kerakusan negara-negara kaya, yang kata Mahathir kekayaan dunia dikuasai oleh tujuh negara. Boleh dikatakan mantan Perdana Menteri ini berhasil melawan kuasa global yang ingin membantu Malaysia ketika diterjang krisis, namun beliau tidak mempercayai resipi yang diberikan oleh IMF, dan bahkan secara gemilang berhasil keluar dari krisis yang katanya disebabkan oleh spekulasi yang dilakukan oleh George Soros. Lebih jauh, persoalan yang sebenarnya patut mendapat perhatian adalah hegemoni kebudayaan dalam bidang muzik, filem, dan fesyen yang telah mempengaruhi ekspresen sehari-hari daripada masyarakat tempatan. Kalau kita perhatikan, ramai penulis yang terdiri dari tokoh keagamaan, pensyarah, dan cendekiawan cuba menggesa pembuat dasar
8
dalam semua bidang untuk menapis serangan kebudayaan dari luar sebagai bentuk kecemasan atas hilangnya akar budaya sendiri. Malangnya, sikap kritis ini tidak disertai dengan apa yang disebut dengan budaya tandingan (counter-culture). Para seniman tempatan, sebagai bahagian daripada intelektual, belum upaya untuk menciptakan pelbagai karya berkualiti yang boleh dinikmati oleh orang ramai. Tidak dapat dielakkan, kebudayaan tinggi (high culture) selama ini diidentikkan dengan karya muzikal Barat. Misalnya, bagaimana begitu antusias orang ramai, dari menteri, penyanyi dan banyak ahli masyarakat lain berpusupusu menonton persembahan Il Divo, sementara pertunjukan muzik tempatan tidak mendapat penghargaan yang sama. Demikian pula berhubungkait dengan dunia fesyen, di mana pakaian tradisional Melayu hanya dipakai ketika dilangsungkan aktiviti kebudayaan dan tidak dipakai dalam kegiatan menyambut tamu dari pelbagai negara dan acara rasmi yang lain untuk menunjukkan bahawa kita bangga dengan pakaian sendiri. Mereka lebih menyukai menggunakan tali leher dan kot, padahal kedua-duanya adalah pakaian Barat yang sesuai dengan iklim sejuk di sana, sementara di sini yang bercuaca panas tidak cocok dengan pakaian yang tertutup dan tebal. Secara psikologikal, ketidakmahuan untuk membanggakan pakaian sendiri adalah bentuk perasaan rendah diri dan merasa telah berdiri setaraf dengan bangsa lain hanya dengan menggunakan pakaian yang sama, benar-benar satu pendirian yang dangkal dan palsu. Mengapa di dalam acara rasmi kenegaraan para pemimpin negara Timur selalu menggunakan kot dan bukan pakaian tradisional atau kebangsaan sendiri? Dampak lain yang tak kalah hebatnya daripada globalisasi budaya dan boleh mencetuskan konflik adalah persoalan ekonomi yang tidak merata. Oleh itu, Fred Halliday mencadangkan agar diusahakan sebuah demokratisasi ekonomi.23 Atas dasar pendapat ini, para intelektual wajib mencurahkan perhatian bagaimana masyarakat boleh mendapatkan kesempatan yang luas untuk bekerja dan menjana pendapatan yang layak untuk hidup sihat, tempat tinggal, dan pendidikan. KESIMPULAN Daripada huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa tugas intelektual adalah tidak hanya menghasilkan idea, tetapi juga melakukan tindakan, seperti menolak dasar-dasar kerajaan dan kecenderungan masyarakat untuk tidak menghargai barangan buatan tempatan, misalnya. Dengan kemajuan teknologi maklumat, para intelektual harus juga upaya untuk menyampaikan pemikirannya melalui sarana multimedia, selain juga menyampaikan idenya di aktiviti seminar dan akhbar. Seringkali nasionalisme hanya dilaungkan di hari kemerdekaan, sementara keberpihakan pada karya anak negeri tidak dipedulikan. Produk kereta nasional tidak disokong sepenuhnya oleh penduduk tempatan, malahan lebih memilih kereta berjenama sebagai cara untuk menunjuk-nunjuk. Jika demikian sikap kebanyakan warga negara, maka kemajuan yang ingin diraih tidak akan dicapai secara sempurna. Sudah waktunya para
9
intelektual bergandeng tangan dengan seluruh kekuatan masyarakat, sama ada kerajaan dan swasta, untuk mencintai barangan yang dihasilkan negeri sendiri. Dengan mengenal watak globalisasi sebagai cara manusia untuk memperoleh kekayaan dan keselamatan, maka kita tidak boleh menolak dan bahkan anti-globalisasi. Namun, di sinilah persoalan yang seringkali muncul ketika yang kuat menindas yang lemah. Sebagai negara yang baru berkembang, seluruh unsur masyarakat harus berani menyatakan tidak pada keinginan-keinginan negara maju yang ingin bekerjasama, namun hakikatnya mereka ingin lebih banyak mengambil keuntungan dari kita. RUJUKAN Alatas, Syed Hussein. (1977) Intellectuals in Developing Societies, London: Frank Cass. Boggs, Carl. (1993) Intellectuals and the Crisis of Modernity, New York: State University of New York Press. Camic, Camic dan Neil Gross, (2001) “The New Sociology of Ideas”, Blackwell Companion to Sociology, ed. J. Blau Malden, MA: Blackweel. Coser, Lewis A. (1970) Men of Ideas: A Sociologist’s View, New York: The Free Press. Gilberg, Trond. (2000) “Yugoslav Nationalism at the End of the Twentieth Century”, dalam Leo Suryadinata, Nationalism and Globalization: East and West, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Gross, Neil. (2002) “Becoming a Pragmatic Philosopher: Status, Self-Concept, and Intellectual Choice, dalam American Sociological Review, Vol. 67 (February). Held, Virginia. (1983) The Indepencence of Intellectuals”, dalam The Journal of Philosophy, Vol. 80, No. 10 (October). Hitti, Philip K. (1970) History of Arabs: From the Earliest Times to the Present (New York: MacMillan. Hollander, Paul. (1983) “Intellectuals, the Pursuit of Power, and the Good Society,” Contemporary Sociology, Vol. 12, No. 5. September. MacGillivray, Alex. (2006) A Brief History of Globalization: The Untold Story of Our incredible Shrinking Planet, New York: Carroll & Graf Publishers. Mohamad, Mahathir. (2002) Globalization and the New Realities, Kuala Lumpur: Pelanduk Publications, [M] Sdn. Bhd.
10
Mora, José Ferrater. (1959) “The Intellectual in Contemporary Society,” dalam Ethics, Vol. 69. No. 2 (January). Noor, Farish A. (2002) The Other Malaysia: Writings on Malaysia’s Subaltern History, Kuala Lumpur: Silverfishbooks. Robertson, Robbie. (2003) The Three Waves of Globalization A History of a Developing Global Consciousness, London dan New York: Zed Books. Salleh, Halim. (2000) “Globalization and the Challenge to Malay Nationalism as the Essence of Malay Nationa1ism,” dalam Leo Suryadinata, Nationalism and Globalization: East and West, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Shils, Edward. (1972) The Intellectual and the Powers and Other Essays, Chicago dan London: The University of Chicago Press. Wilson, Francis G. (1954) “Public Opinion and the Intellectuals,” The American Political Science Review, Vol. 48, No. 2. (June).
BIODATA AHMAD SAHIDAH adalah mahasiswa PhD Bidang Tamadun Islam Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia. Sekarang beliau bekerja sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah di Universiti Sains Malaysia dalam mengkaji kitab al-Bahr al-Lahut yang dijangka sebagai manuskrip Arab Melayu pertama di Nusantara.
NOTA HUJUNG
11
1
Dipetik daripada Alex MacGillivray, A Brief History of Globalization: The Untold Story of Our incredible Shrinking Planet (New York: Carroll & Graf Publishers, 2006), hlm. 4. 2 Ibid., hlm. 5. 3 Ibid., hlm. 11. 4 Ibid., hlm. 13. Leo Suryadinata menegaskan bahawa hal ini disebabkan oleh pengaruh yang luar biasa kekuasaan ‘lunak’ Amerika Syarikat, khasnya melalui media. Kebudayaan Amerika telah memasuki kebudayaan negara lain, sama ada memperkaya mahupun menghakis kebudayaah sesebuah bangsa. Meskipun, ramai negara yang cuba membatasi pengambilan kebudayaan Paman Sam ini. Lihat Leo Suryadinata, “Nation, Nationalism and Globalization”, dalam buku yang disuntingnya Nationalism and Globalization: East and West (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2000), hlm. 334. 5 Ibid., hlm. 103. Sebenarnya fenomena perdagangan antaranegara telah dimulakan sejak peradaban Islam yang telah berhasil menguasi hampir lebih dari separuh dunia, jauh sebelum Eropah menjajah negara-negara di Asia dan Afrika. Empayar Islam pada masa itu telah berjaya memajukan perdagangan antaranegara. Untuk penjelasan lebih jauh boleh dibaca dalam Philip K Hitti, History of Arabs: From the Earliest Times to the Present (New York: MacMillan, 1970). Bandingkan dengan pendapat Trond Gilbelg bahawa “The concepts of globalism and globalization are not new in scholarly discourse. Some economic historians will inform us that there have been other times in human history when trade proceed virtually unimpeded between various parts of the world. Lihat lebih jauh dalam karyanya “Yugoslav Nationalism at the End of the Twentieth Century”, dalam Leo Suryadinata, Nationalism and Globalization: East and West (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2000), hlm. 9. 6 Alex MacGillivray, op.cit., hlm. 191 7 Ibid., hlm. 131. 8
Sila rujuk Robbie Robertson, The Three Waves of Globalization A History of a Developing Global Consciousness (London dan New York: Zed Books. 2003), hlm. 249. 9 Sila rujuk Neil Gross, “Becoming a Pragmatist Philosopher: Status, Self-Concept, and Intelectual Choice”, American Sociological Review, vol. 67 (February 2002). 10 Camic, Camic dan Neil Gross, “The New Sociology of Ideas”, Blackwell Companion to Sociology, ed. J. Blau Malden (MA: Blackweel, 2001), hlm. 237. 11
Syed Hussein Alatas, Intellectuals in Developing Societies (London: Frank Cass, 1977), hlm. 8. Namun definisi ini dikritik oleh Ziauddin Sardar sebagai naiv. 12
Dipetik daripada Lewis A. Coser, Men of Ideas: A Sociologist’s View (New York: The Free Press. 1970), hlm. vii.
13
Shils, Edward. The Intellectual and the Powers and Other Essays (Chicago dan London: The University of Chicago Press, 1972), hlm. 3. 14 Sila rujuk Paul Hollander, Intellectuals, “The Pursuit of Power, and the Good Society,” Contemporary Sociology, Vol. 12, No. 5. (Sep., 1983), hlm. 505. 15 Edwards Shils, op.cit., hlm. 4. 16 Lihat José Ferrater Mora, “The Intellectual in Contemporary Society,” dalam Ethics, Vol. 69. No. 2 (January, 1959), hlm. 96. 17 Edwards Shils, op.cit., hlm. 154. Bandingkan dengan apa yang diketengahkan oleh Carl Boggs bahawa intellectuals are involved in the production and dissemination of ideas, which, from ancient Greece to present, has always been a manifestly social and political activity. Sementara istilah intellegentsia menegaskan sebuah konsep peranan yang lebih luas, seperti para profesional, penulis, seniman, ilmuwan, wartawan dan bahkan ahli politik. Lihat lebih jauh dalam Carl Boggs, Intellectuals and the Crisis of Modernity (New York: State University of New York Press, 1993), hlm. x. Kemudian untuk mengetahui bagaimana para pemikir atau intelektual ini memilih pilihan ‘kajiannya, boleh ditelusuri dalam Sosiologi Idea sebagai cawangan daripada Sosiologi Pengetahuan. Lihat selanjutnya dalam Neil Gross, “Becoming a Pragmatic Philosopher: Status, Self-Concept, and Intellectual Choice”, dalam American Sociological Review, Vol. 67 (February, 2002), hlm. 52-76. 18 Halim Salleh, “Globalization and the Challenge to Malay Nationalism as the Essence of Malay Nationalism,” dalam Leo Suryadinata, Nationalism and Globalization: East and West (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2000), hlm. 158 19
Pada pendapat saya, inilah karya yang paling cemerlang tentang pembacaan terhadap sejarah Malaysia oleh sarjana tempatan dari sebelum merdeka hingga masa kini. Lebih dalam Farish A. Noor The Other Malaysia: Writings on Malaysia’s Subaltern History (Kuala Lumpur: Silverfishbooks, 2002). 20 Sila rujuk Francis G Wilson, “Public Opinion and the Intellectuals”, dalam The American Political Science Review, Vol. XLVII, No. 2 (June, 1954), hlm. 324. 21 Tentang bagaimana seorang intelektual harus mandiri, Virginia cuba mengetengahkan prasyarat yang harus dipenuhi oleh seorang intelektual, di antaranya income atau pendapatan. Selain itu, ia juga harus mendapatkan sokongan sosial sehingga pemikirannya boleh difahami dan seboleh mungkin juga diwujudkan. Lebih jauh boleh dibaca Virginia Held, “The Indepencence of Intellectuals”, dalam The Journal of Philosophy, Vol. 80, No. 10 (October, 1983), hlm. 572-582. 22
Sebuah ulasan yang sangat baik tentang bagaimana mendepani cabaran globalisasi, lihat Mahathir Mohamad, Globalization and the New Realities (Kuala Lumpur: Pelanduk Publications, [M] Sdn. Bhd., 2002). 23 Dipetik daripada Robbie Robertson, op.cit., hlm. 253.