Penyata Razak

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penyata Razak as PDF for free.

More details

  • Words: 826
  • Pages: 5
Pengenlan Telah dinyatakan bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Penyata Razak mencadangkan beberapa perkara dengan mengambilkira matlamat akhirnya dalam membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. 1 - Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama 2 - Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. 3 - Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. 4 - Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. 5 - Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. 6 - Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. 7 - Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan. 8 - Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. 9 - Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita ini oleh Abdul Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961.

Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961 Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah: 1 - Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma 2 - Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. 3 - Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. 4 - Murid naik darjah secara otomatik 5 - Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang. 6 - Pendidikan akhlak dititikberatkan. Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

Penyata Razak Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah: Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita ini oleh Abdul Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961.

Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961 Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah: Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. Murid naik darjah secara otomatik Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang. Pendidikan akhlak dititikberatkan. Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum. Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama . Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini. Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat

dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan.

Related Documents

Penyata Razak
May 2020 27
Penyata Pendapatan
May 2020 22
6.0 Penyata Kewangan.docx
December 2019 22
Penyata Nilai Bersih Aset
October 2019 37
U Razak Of Burma
April 2020 12
Penyata Cuti Tahunan
November 2019 23