1 Peranan Grafik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abstrak Tujuan pendidikan termasuklah untuk mengoptimalkan kemampuan anak didik dan membantu mengembangkan kemampuan yang sempurna secara fizik., intelektual dan emosi. DePorter (Jamalludin & Zaidatul, 2005) dalam teorinya “Quantum learning” menyatakan bahawa manusia memiliki potensi untuk berkembang (potential to growth) hampir tidak terbatas. Namun kita hanya memanfaatkan sebahagian kecil sahaja kemampuan tersebut “we live only a small part of the life we are given”. Ini disebabkan kerana kita tidak mempunyai kaedah dan media yang tepat untuk mengembangkan kemampuan
tersebut.
Pada
akhir-akhir
ini,
perkembangan
media
sangat
memberangsangkan dengan kemunculannya teknologi multimedia. Menurut Gagne ( Nik Ramelah, 2004) menjelaskan bahawa media pengajaran meliputi berbagai-bagai jenis alat yang dapat memberi rangsangan untuk belajar. Penggunaan teknologi multimedia merupakan alternatif yang tepat saat ini kerana multimedia dapat menyentuh seluruh media pendidikan dalam satu perisian. Pengenalan Teknologi pendidikan adalah penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk merancang dan melaksanakan sistem pengajaran dengan penekanan kepada pencapaian objektif pendidikan dengan tepat dan boleh diukur, pemusatan kepada pelajar bukan berorientasikan mata pelajaran, lebih bergantung pada teori pendidikan, kesahihan, penemuan hasil kajian pendidikan menerusi analisis emprikal dan penggunaan alat pandang dengar yang meluas. Menurut Zuraidah (Nik Ramelah, 2004) perkataan media berasal dari “medium” yang bererti perantara atau pengantar. Perantara adalah pembawa mesej yang hendak disampaikan oleh seseorang kepada orang lain. Mesej pula merupakan apa sahaja maklumat yang akan disampaikan oleh seseorang samada dalam bentuk verbal, visual atau isyarat melalui sesuatu media kepada pendengar.
2 Menurut Yusuf (Nik Ramelah, 2004) media juga sebagai suatu alat yang mempunyai peranan untuk memperkembangkan intelektual pelajar. Briggs (Nik Ramelah, 2004) pula berpendapat bahawa media sebagai alat fizikal atau suatu yang dapat menyediakan maklumat untuk merangsang pelajar dalam pembelajarannya seperti kaset, perisian komputer, gambar, carta dan sebagainya. Pada hakikatnya, teks, grafik, audio, animasi dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu konsep atau topik dalam sesuatu mata pelajaran. Secara ringkas, teknologi media ditakrifkan sebagai suatu alat bagi menyampaian pengajaran bukan semata-mata menggunakan penerangan lisan. Ini termasuklah penggunaan media pengajaran seperti pita rakaman gambar bergerak, peta, glob, projektor overhed (OHP) dan trasperansi, televisyen dan komputer. Definisi Grafik Grafik komputer adalah salah satu cabang disiplin ilmu informatika yang mempelajari pembuatan gambar dengan menggunakan komputer. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, grafik membawa maksud perkara berkenaan lukisan, ukiran dan gambar rajah. Bahan grafik digunakan bagi membantu seseorang menyampaikan informasi dengan cara yang paling ringkas, tepat dan efektif. Ia juga digunakan bagi memudahkan pemahaman terhadap sesuatu konsep. Menurut Brown (Muhamad Hasan, 2000) grafik digunakan bagi mendapatkan kesesuaian idea yang tepat serta menjimatkan masa. Sebagai contoh ‘kartun’ adalah satu daripada bahan grafik ia digunakan sebagai satu daya tarikan kepada pelajar dan bagi menyampaikan mesej dengan cepat dan tepat. Menurut Wittich dan Schuller (Muhamad Hasan, 2000) menerangkan bahawa grafik adalah terdiri daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang, dan gambargambar. Grafik juga merupakan alat, kaedah, dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak biasanya tertarik kepada bahan grafik yang ditunjukkan dan mereka sentiasa ingin tahu mengenai keadaan sekeliling dunia.
3 Panduan Menggunakan Grafik dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Apabila grafik digunakan dalam membina sesuatu persembahan dalam pengajaran dan pembelajaran, tujuan utamanya ialah bagi menyediakan satu persekitaran yang lebih cantik dan mampu menarik perhatian pelajar dan seterusnya dapat melahirkan naluri ingin tahu pelajar. Selain itu, apa yang paling penting dalam mengaplikasi grafik ialah mampu menyampaikan maklumat atau mesej dengan tepat dan tidak mengelirukan. Terdapat beberapa garis panduan yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa mengaplikasikan media grafik dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya (a) memilih grafik yang bersesuian dengan kumpulan sasaran, (b) memilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama, (c) memilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas, (d) memilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi, dan (e) menggunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah. Dengan panduan tersebut, guru dapat menghasilkan media grafik yang sesuai dan dapat menyampaikan informasi dengan cara yang paling ringkas, tepat, dan efektif. Selain itu, terdapat juga prinsip-prinsip am grafik yang perlu diberi perhatian dalam penghasilan bahan grafik antaranya perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum menghasilkan media pengajaran supaya ia berkesan iaitu penentuan saiz yang perlu dibuat berdasarkan kesesuaian pengguna. Seterusnya, susunan perlu dibuat sebelum sesuatu bahan grafik dilaksanakan begitu juga dengan rekabentuk yang perlu dibuat lebih awal. Rekabentuk hendaklah mudah supaya tidak mengelirukan pelajar dan bersifat penyatuan yang berkait antara satu sama lain serta ditegaskan kepada satu idea sahaja untuk memusatkan pemerhatian pelajar. Dalam perancangan perimbangan pula aspek penting termasuklah pewarnaan, penghurufan, dan idea-idea yang hendak disampaikan. Begitu juga dengan perancangan ilustrasi, warna, roda warna yang perlu diberi perhatian. Seterusnya alat-alat mewarna seperti pen felt, pensel warna, kapur warna, kertas warna, lut sinar dan cat air. Prinsip penghurufan termasuklah dari segi saiz, bentuk, alat-alat penghurufan dan cara menggunakan merupakan aspek yang begitu penting diberi perhatian.
4 Peranan Grafik dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Grafik sememangnya telah digunakan di dalam kehidupan manusia sejak dahulu dan kepentingannya memang tidak dapat disangkal lagi. Samada bagi tujuan hiburan ataupun pendidikan, grafik dikatakan mampu bertindak sebagai media penyampai mesej atau maklumat yang amat berkesan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi bukan hanya memerlukan suara, kata-kata dan isyarat semata-mata, tetapi juga memerlukan alat dan bahan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan sampai mesejnya serta mendapat sambutan dari pelajar. Dalam proses ini, pelajar perlu disediakan oleh guru dengan pelbagai punca penanggapan. Semakin banyak pancaindera
yang
digunakan
maka
semakin
berkesan
pembelajaran
itu.
Ini
memandangkan segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui pancaindera penglihatan mereka dapat diterima dengan lebih terperinci dan ini menyebabkan ianya mudah difahami dan seterusnya dikekalkan di dalam ingatan. Grafik juga dikatakan mampu menyediakn visual bagi menerangkan sesuatu konsep yang sukar diterangkan menerusi penggunaan teks semata-mata. Ianya juga mampu menambahkan daya tarikan dan seterusnya menarik perhatian pelajar dengan lebih mudah. Penggunaan grafik juga dapat mempercepatkan proses penyampaian sesuatu maklumat dan ia juga dapat menyediakan maklumat yang jelas, tepat, dan konsisten diantara individu yang berbeza. Sememangnya grafik memainkan peranan yang penting dalam pendidikan (pengajaran dan pembelajaran). Rancangan kartun yang merupakan satu bentuk grafik kegemaran kanak-kanak yang boleh digunakan secara berkesan untuk membantu proses pengajaran guru di bilik darjah. Keberkesanan penggunaan grafik dalam menarik minat pelajar memfokus perhatian terhadap pengajaran terbukti
apabila satu kajian
penyelidikan media teknologi mendapati 83 peratus proses pembelajaran pelajar dilakukan
melalui penglihatan. Menurut Maizurah Omar (Nik Azis Nik Pa, 1989)
gambaran grafik di televisyen atau komputer yang memaparkan keadaan dunia sebenar boleh memberi pengalaman konkrit bagi memudahkan proses
pengajaran dan
pembelajaran. Program televisyen terutamanya yang berbentuk pendidikan merupakan rangsangan kepada perubahan proses pengajaran berbanding kaedah pengajaran tradisi.
5 Grafik juga berperanan besar dalam pendidikan sebagai penerangan, alat pendorong dan pemberitahuan. Grafik digunakan untuk menerangkan konsep, idea dan proses, serta digunakan untuk merangsang minat dan memberi maklumat. Terdapat banyak lagi fungsi grafik seperti meningkatkan ketahanan ingatan, menimbulkan respons emosi, memperkayakan pembacaan dan sebagai bahan demonstrasi. Pendek kata, penggunaan grafik dapat diaplikasikan untuk menyampaikan pelbagai maklumat dalam pendidikan. Program televisyen menyediakan grafik-grafik yang boleh digunakan oleh guru untuk mencapai fungsi-fungsi tersebut. Oleh itu para pendidik perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan grafik yang digunakan mempunyai nilai pendidikan yang maksimum. Guru-guru perlu memilih format dan jenis grafik yang bersesuaian dengan sesuatu aktiviti. Ini kerana objektif sesuatu pelajaran akan mempengaruhi jenis dan tahap grafik yang digunakan. Sebagai contoh, penggunaan grafik untuk kelas kesusasteraan Melayu tentunya berlainan daripada grafik untuk menerangkan konsep yang abstrak. Peranan lain adalah melalui grafik membolehkan pelajar mempelajari ilmu yang ada di dalamnya yang sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan dan emosinya. Kemampuan grafik memberi pengajaran secara persendirian (melalui sistem tutor peribadi) bukan bererti tiada pengajaran secara langsung daripada guru (orang dewasa). Pengajaran langsung daripada guru tetap dikekalkan tetapi grafik
boleh
menyenangkan dan mempermudah pengajaran guru terutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan jika pelajar tidak faham. Pakej boleh dilihat berulangkali sehingga pelajar faham. Namun, untuk kesan yang lebih baik, guru harus sentiasa menjadi pembimbing kepada murid. Selain daripada itu grafik juga memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap terhadap sesuatu permasalahan. Ia juga memudahkan pelajar mengulangkaji , mengadakan latihan dan mengukur kemampuan kerana grafik membolehkan pelajar untuk berinteraksi dengan bahan grafik. Oleh itu kehadiran gafik dalam proses pembelajaran sangat dirasakan manfaatnya. Bagi perancang bahan grafik perlu mendalami rekabentuk pembelajaran agar bahan grafik yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
6 Penggunaan grafik dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat menyediakan asas yang kuat kepada pelajar dalam memahami dan mengamati sesuatu konsep yang sedang dipelajari di mana pelajar dapat menggunakan pancaindera pendengaran dan penglihatan dalam menghayati bahan. Seterusnya menghasilkan pembelajaran yang kekal dan berkesan kepada pelajar berbanding belajar menggunakan teks sahaja. Hal ini, secara langsung dapat merangsang murid untuk belajar dan berminat untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun penggunaan teknologi untuk penambahan nilai kepada sesuatu bahan sumber memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi. Tidak dinafikan, faktor masa mungkin menjadi kekangan kepada guru menyediakan bahanbahan ini. Selain daripada faktor peluang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Di samping itu juga, guru juga perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai kesan yang baik. Kesimpulan Walaupun grafik berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna bahawa grafik adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan keberhasilan pembelajaran antaranya, keadaan motivasi belajar, keadaan sosial, ekonomi dan pendidikan keluarga, situasi pada saat pembelajaran, kurikulum dan guru. Dalam penggunaan grafik, apabila seseorang pelajar faham dan cekap maka aktiviti akan berjalan dengan baik dan menguasai bahan pelajaran sedangkan apabila sebaliknya, maka grafik tersebut bukannya untuk mempermudah bahkan mungkin akan menghambat keberhasilan. Oleh itu, seseorang guru mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk membuat persediaan ‘Bahan Bantu Mangajar’ (BBM) asas. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang guru menghasilkan BBM yang sistematik dan efektif. Mengikut Kemp (Muhamad Hasan, 2000) seseorang itu tidak semestinya mempunyai pengetahuan dan latar belakang seni yang tinggi bagi membentuk sesuatu BBM, memadailah jika mempunyai pengetahuan asas grafik. Hal ini kerana media grafik memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran.