Peningkatan Suhu Dunia.docx

  • Uploaded by: Crystal Vermillion
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peningkatan Suhu Dunia.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 579
  • Pages: 3
Marcapada, alam sekitar semakin tercemar. Masyarakat yang tidak peduli terhadap penjagaan alam semakin semakin banyak. Hal ini membawa pelbagai kesan negatif, terutamanya peningkatan suhu dunia yang amat membimbangkan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan peningkatan suhu dunia. Antaranya ialah aktiviti pembalakan yang tidak terancang dan tidak terkawal serta penipisan lapisan ozon yang serius. Tambahan pula, pengeluaran asap dari kenderaan dan industri-industri di dunia juga mendorong kepada peningkatan kandungan karbon dioksida dalam udara yang menyebabkan peningkatan suhu dunia. Peningkatan suhu dunia akan membawa banyak kesan yang buruk. Jadi, kita mestilah berusaha untuk supaya suhu dunia tidak meningkat lagi. Persoalannya, bagaimanakah kita hendaklah mengurangkan peningkatan suhu dunia? Kita mestilah memelihara dan memulihara alam sekililing untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem supaya alam sekitar tidak merosot lagi dan suhu dunia tidak meningkat. Kita harus menjaga alam sekitar. Sebagai contoh, kita tidak boleh membakar sampah-sarap. Kerajaan perlu mengadakan pelbagai jenis kempen yang bertema kepentingan memelihara alam sekitar supaya masyarakat sedar kepentingannya untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap masa hadapan, kita mestilah memberi sokong yang penuh kepada kempen-kempen yang dijalankan ini. Oleh itu, kita mestilah mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Kita harus memelihara dan memulihara alam sekitar supaya alam sekitar terjaga dan suhu dunia tidak akan meningkat lagi. Selain itu, kita haruslah menyedari tanggungjawab kita terhadap pengekalan alam sekitar supaya suhu dunia tidak meningkat lagi. Semua orang bertanggungjawab terhadap pemusnahan alam sekitar yang telah berlaku ink. Jadi, kita mestilah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti-aktiviti yang akan memusnahkan alam

sekitar dan menyebabkan peningkatan suhu dunia seperti aktiviti pembalakan haram dan pembakaran terbuka. Aktivitiaktiviti tersebut selalunya dilakukan oleh pihak yang ingin mendapat kesenangan dan keuntungan semata-matanya. Hal ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mereka terhadap kekekalan alam sekitar. Oleh itu, kita mestilah melaporkan kejadian ini apabila ternampak kepada pihak berkuasa seperti pihak polis dan Jabatan Alam Sekitar. Jadi, kita patutlah mengamalkan nilai kemapanan alam sekitar. Kita haruslah bertanggungjawab menjaga alam sekitar dan melaporkan kes-kes yang mencemarkan alam sekitar kepada pihak berkuasa supaya alam sekitar terjaga dan tidak akan berlaku peningkatan suhu dunia lagi, Tambahan pula, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah prihatin terhadap persoalan alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya. Beberapa tahun yang lalu, tahap indeks pencemaran udara (IPU) di Malaysia, terutamanya Kuala Lumpur telah mencapai ke tahap yang amat berbahaya dan menjejaskan kesihatan manusia. Pada masa itu, pihak berkuasa telah mengadakan Kempen Berkongsi Kereta untuk mengurangkan pencemaran udara yang menyebabkan peningkatan suhu dunia serta mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ibarat sambil menyelam minum air. Sebagain rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan prihatan terhadap isu alam sekitar, kita haruslah memberikan sambutan meriah kepada kempen-kempen yang diadakan okeh pihak berkuasa seperti kempen tersebut. Kita perlu prihatin terhadap masalah alam sekitar. Jangan tidak peduli kepada kemerosotan alam sekitar. Oleh itu, kita patutlah mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Kita haruslah prihatin terhadap isu tersebut, bekerjasama dengan pihak berkuasa serta berusaha untuk menyelesaikan isu itu. Intihanya, semua pihak haruslah mengamalkan nilai-nilai dan melinatkan diri dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar supaya peningkatan suhu dunia tidak berlaku lagi.

Semua pihak mesti bertanggungjawab, tidak ada seseiapa pun yang boleh dikecualikan dalam tanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar agar peningkatan suhu dunia dapat dielakkan. Suhu dunia yang semakin meningkat ini amat membahayakan dan membimbangkan. Jadi, semua pihak mesti menyokong projek-projek serta kempen-kempen yang bertema menjaga alam sekitar. Saya berharap agar para pihak dapat bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar supaya alam sekitar dapat terjaga dan suhu dunia tidak akan meningkat lagi.

Related Documents

Suhu
June 2020 38
Suhu Kulkas.xlsx
July 2020 22
Suhu Kulkas.docx
December 2019 49
Suhu Kulkas.xlsx
December 2019 50
Suhu Code.docx
May 2020 25

More Documents from "syerly"

Rahmawati Ek
October 2019 31
Amarahmawati
October 2019 18
Even Faster Websites
April 2020 144
Exercomp Sales Report
November 2019 162
Cowan
November 2019 152