Penilaian Tahap Kecekapan (ptk)

  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penilaian Tahap Kecekapan (ptk) as PDF for free.

More details

  • Words: 543
  • Pages: 2
Apakah Itu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) ? Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) adalah satu kaedah untuk menilai seseorang pegawai sama ada mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan dari segi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau sebaliknya. Setiap PTK mengandungi dua bahagian iaitu kompetensi umum dan kompetensi khusus. Kompetensi umum meliputi perkara-perkara yang perlu dimiliki oleh semua lapisan pegawai awam seperti ciri-ciri peribadi, kepimpinan dan komunikasi. Kompetensi khusus ialah kecekapan yang berkaitan tugas jawatan dalam perkhidmatan pegawai. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan PTK mengikut dasar yang ditetapkan oleh JPA melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2005, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006, dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun. Dijawab oleh : Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Kementerian Pelajaran Malaysia Siapakah Yang Disyaratkan Mengambil PTK ? Semua pegawai dalam perkhidmatan awam, termasuk di Badan-badan Berkanun Persekutuan, Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang memilih Sistem Saraan Malaysia (SSM) perlu mengambil PTK dan mendapat keputusan melepasi Tahap Kecekapan (TK) sekurang-kurangnya pada Aras III sebagai salah satu syarat untuk tujuan kenaikan pangkat. Manakala pegawai yang mendapat keputusan melepasi TK pada Aras IV layak dipertimbangkan untuk mendapat anjakan gaji. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pegawai membuat permohonan untuk mengambil PTK. Bagi pegawai dalam perkhidmatan pelajaran yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran boleh membuat permohonan kepada :Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4, Blok E12, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA. Dijawab oleh : Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Kementerian Pelajaran Malaysia Apakah Rasionalnya PTK Diperkenalkan ? PTK diperkenalkan bagi memupuk pembangunan diri, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan menyediakan pegawai perkhidmatan awam dalam pelaksanaan pengurusan sumber manusia yang berasaskan kompetensi. Hal ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan pegawai perkhidmatan awam bagi menghadapi cabaran globalisasi, meningkatkan daya saing negara, memupuk sikap dan budaya baru dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan (service delivery system).

"Janganlah kita mengandaikan bahawa Penilaian Tahap Kecekapan sama ada melalui peperiksaan atau kursus hanya menguji tahap pencapaian kita semata-mata untuk memperolehi ganjaran. Apa yang paling penting dan perlu dihayati ialah untuk pembangunan diri, organisasi, masyarakat dan negara ini. Peluang pembangunan diri ( modal insan ) ini boleh direbut melalui pembelajaran berterusan dan amalan budaya organisasi pembelajaran bagi memastikan kita mempunyai tahap kompetensi yang terbaik untuk melaksanakan tugas yang dilaksanakan.” Y.Bhg. Tan Sri Jamaludin bin Hj. Ahmad Damanhuri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia 8 Januari 2003

Dijawab oleh : Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Kementerian Pelajaran Malaysia Apakah Objektif PTK ? Secara ringkasnya, objektif PTK adalah untuk menggalakkan pembangunan diri melalui pembelajaran berterusan ke arah memastikan pegawai perkhidmatan awam mempunyai tahap kecemerlangan yang ditetapkan. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. "Janganlah kita mengandaikan bahawa Penilaian Tahap Kecekapan sama ada melalui peperiksaan atau kursus hanya menguji tahap pencapaian kita semata-mata untuk memperolehi ganjaran. Apa yang paling penting dan perlu dihayati ialah untuk pembangunan diri, organisasi, masyarakat dan negara ini. Peluang pembangunan diri ( modal insan ) ini boleh direbut melalui pembelajaran berterusan dan amalan budaya organisasi pembelajaran bagi memastikan kita mempunyai tahap kompetensi yang terbaik untuk melaksanakan tugas yang dilaksanakan.” Y.Bhg. Tan Sri Jamaludin bin Hj. Ahmad Damanhuri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia 8 Januari 2003 Dijawab oleh : Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=soalan_lazim&unit=utama&bhs=my&info=7&mod =senarai_soalan

Related Documents

Ptk
May 2020 53
Ptk
April 2020 51
Ptk
May 2020 52