Penilaian Pendidkan Seni Kertas Seminar

  • Uploaded by: iberahim hassan
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penilaian Pendidkan Seni Kertas Seminar as PDF for free.

More details

  • Words: 5,581
  • Pages: 26
Abstrak PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Prof Madya Hj.Iberahim Hassan Fakulti Seni dan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Malaysia

Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menghargai dan memanipulasi bahasa tampak yang menghendaki seseorang itu berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual. Keupayaan membaca, membuat interpritasi dan membuat justifikasi secara kritikal, ini termasuklah keupayaan melukis makna melalui berbagai media seni. Jikalau dilihat secara lebih mendalam ia meliputi memahami simbol-simbol budaya yang terdapat kepelbagaiannya di ruang lingkup kehidupan manusia secara universal. Disamping keupayaan ini menerusi pendidikan seni juga pelajar diberi peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran pendidikan seni.Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut. Sejauhmanakah pencapaian pelajar-pelajar dalam membina keupayaan, kemahiran dan memupuk nilai tersebut dicapai? Sejauhmanakah pencapaian dan berkesannya pengajaran dalam mata pelajaran ini? Untuk menjawab persoalan ini, satu proses penilaian perlu dilakukan. Penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah. Hasil penilaian juga boleh jadikan sebagai panduan memperbaiki kurikulum supaya lebih berkesan. Penilaian juga boleh memberi maklumbalas sejauh manakah objektif yang dirancang tercapai. Penilaian juga untuk menilai keseluruhan kandungan program, sikap, pencapaian pelajar dan sebagainya. Tetapi kertas ini lebih menumpukan kepada penilaian pencapaian ketiga-tiga domain melalui mata pelajaran pendidikan seni visual ini iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Terdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dilakukan untuk pelajaran ini. Terdapat juga berbagai pandangan dan garis panduan yang boleh dirujuk agar penilaian itu akauntabel, umpamanya menggunakan piawai (standards) nasional yang telah ditantukan bagi setiap tahap pelajaran pendidikan seni visual, menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan. Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar, beberapa cadangan boleh dijadikan kriteria penilaian, umpamanya pandangan Rob Barnes (1987) terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu: proses kerja, pengendalian bahan, penggunaan media, kamahiran kritikal dan peringkat-peringkat perkembangan peribadi. Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai iaitu meliputi: komunikasi/ ekspresi, keyakinan diri/self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan / keseronokan. Penulis juga akan membincangkan bagaimana untuk menilai aspek yang berkaitan dengan pembelajaran sejarah dan apresiasi seni dan perkembangan dalam estetika. Secara umum akan membicarakan metodologi untuk mengendalikan penilaian untuk pendidikan seni visual. PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 1

Prof Madya Hj.Iberahim Hassan Fakulti Seni dan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menggunakan bahasa visual bagi membaca dan menghargai imej-imej visual. Keupayaan membaca, membuat interpritasi dan membuat justifikasi secara kritikal, ini termasuklah keupayaan melukis makna melalui berbagai media seni. Jikalau dilihat secara lebih mendalam ia meliputi memahami simbol-simbol budaya yang terdapat kepelbagaiannya di ruang lingkup kehidupan manusia secara universal. Disamping keupayaan ini, menerusi Pendidikan Seni juga pelajar diberi peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran Pendidikan Seni. Mata pelajaran ini perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut. Oleh itu tentulah ada cara untuk mengumpul segala maklumat yang berkenaan bagi mampastikan sejauh manakah matlamat pelajaran ini berkesan dan telah dilaksana dengan jaya. Makenisma untuk mendapatkan maklumat tersebut adalah dengan mengadakan pengukuran, pengujian atau penilaian. (Untuk kertas ini istilah penilaian akan terus digunakan) Mengapa perlu penilaian dalam pendidikan seni? Sebelum kita membicarakan tentang penilaian mata pelajaran pendidikan seni ini satu persoalan perlu dijelaskan. Adakah seni boleh dinilai ? Terdapat berbagai pandangan yang mandasarkan hujahnya bahawa seni itu bersangkutan dengan suatu proses yang subjektif berkaitan dengan perasaan, yang merupakan pengalaman individu menghasilkan produk, memerhati dan menterjamah makna visual kepada bentuk seni semuanya itu adalah sesuatu proses yang amat peribadi sifatnya. Maka adalah diluar jangkaan objektif penilaian jikalau seni itu dinilai oleh orang lain. Sebenarnya isu ini sudah lama dibahaskan. Sekiranya seni tidak boleh dinilai atau diukur secara rasional maka tiada tempat untuk mata pelajaran seni dimuatkan ke dalam kurikulum pendidikan. (Best 1992) Best, seterusnya menyatakan kerja-kerja seni itu adalah memaparkan pernyataan artistik yang merupakan pernyataan suatu bentuk kefahaman yang membantu kita menterjemah apa yang kita pandang dan lihat sama ada ianya catan, tembikar, atau bangunan. Kita mengunakan reason untuk membuat interpretasi. Maka perasaan artistik itu ada rasionalnya yang khusus yang melibatkan proses penghakiman walaupun dikatakan ianya amat peribadi sifatnya tetapi masih boleh dinilai. Oleh itu penilaian seni itu tentulah ada justifikasi rasionalnya untuk dinilai oleh pihak lain dan jikalau ianya 2

merupakan salah satu daripada mata pelajaran dalam sistem pendidikan tentulah ianya akauntabel untuk dinilai. Sebagai contoh jikalau kita teliti proses kerja seni yang dilalui oleh seseorang pelajar: Apabila ianya menghasilkan produk seni pelajar itu cuba menghubungkan pengalaman pertamanya terhadap suatu gubahan seni. Pelajar itu akan menapis pengalaman dan kemahiaran seninya lantas disesuaikan dengan pengetahuannya tentang persekitaran, semasa menghasilkan karya. Situasi ini adalah merupakan kualiti pemikiran dan kreativiti yang terus diperkembangkan menerusi litrasi visual dan pengetahuan seni. Proses sintesis diaplikasi dalam kontaks khusus ketika membuat karya tersebut. Itu adalah kualiti pengetahuan, kemahiran dan kefahaman serta nilai yang sepatutnya menjadi matlamat pembelajaran pelajar melalui mata pelajaran pendidikan seni. Untuk mencapai matlamat ini pelajaran perlulah dirancang dengan teliti berdasarkan matlamat dan objektif yang jelas yang bersandarkan kepada keperluan pembangunan pelajar selari dengan matlamat dan asperasi pendidikan sesebuah organisasi, negeri atau negara. Manakala perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah pula perlulah dilaksanakan dengan serious dan terancang, lengkap dengan sumber dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Untuk menentukan tahap pencapaian dan kesesuaian program pendidikan seni itu dan untuk mengenalpasti sejauh mana matlamat dan objektif tercapai maka proses penilaian perlu dilakukan. Untuk apa dan untuk siapakah penilaian ini dilakukan ? Menurut Al Hurwitz dan Michael Day (1995): Penilaian mesti dilakukan sepadan dengan objektif-objektif yang telah ditentukan untuk suatu pelajaran dan keputusannya perlu dilaporkan secara jelas dan memberi makna kepada yang menerimanya. Lima soalan asas perlu diajukan mengenai sistem penilaian iaitu: Siapa yang akan dinilai ? Mereka yang terlibat untuk penilaian ini adalah: Para guru, pelajar, atau agensi-agensi luar yang terlibat dengan program Pendidikan Seni ini. Apa yang akan dinilai? Yang akan dinilai itu adalah berbagai aspek umpamanya untuk menilai sikap, atau kesesuaian kandungan kurikulum seperti, kemahiran, pengetahuan atau proses dan prosidur. Siapa yang akan dinilai? Yang akan dinilai adalah pelajar sekolah, guru, atau pelajar yang terpilih, umpamanya pelajar-pelajar yang mempunyai keistimewaan tertentu, atau pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. Apakah had yang hendak dinilai? Mungkin kumpulan yang hendak dinilai itu hanya beberapa kumpulan pelajar, atau sebuah darjah, seluruh sekolah, keseluruhan program seni atau seluruh negara? Dan akhir sekali adalah: Apakah tujuan dan fungsi penilaian itu? Fungsi penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai maklumat kepada guru, pelajar dan keluarganya tentang kemajuan dan perkembangan pembelajaran pelajar. Menurut Eisner(1985), hasil daripada suatu penilaian, boleh dijadikan

3

sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah dalam mata pelajaran pendidikan seni. Hasil penilaian juga boleh dijadikan sebagai panduan memperbaiki kurikulum pendidikan seni supaya lebih berkesan. Bahagian atau tajuk manakah yang perlu lebih tumpuan. Atau ada tajuk-tajuk yang didapati tidak sesuai dan boleh diganti dengan tajuk baru. Penilaian berfungsi untuk menilai keseluruhan kandungan program sejauh manakah program itu berkesan selari dengan matlamat dan objektif program itu, dimanakah kelemahan dan kekuatannya, hasil daripada maklumat yang dikumpul melalui penilaian boleh dijadikan sebagai petunjuk dan panduan bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan mengetahui dimanakah kekuatan program itu. Satu lagi tujuan penilaian adalah untuk mengukur pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pendidikan seni. Penilaian ini yang sering kita lakukan sama ada secara berterusan (formatif) atau di hujung sesuatu sesi persekolahan (sumatif). Penilaian formatif berfungsi untuk melihat pembelajaran yang berlaku di kalangan pelajar secara eksplisit, umpamanya dapat mengukur tahap-tahap perkembangan kemahiran (psikomotor) pelajar dalam sesuatu aspek kemahiran, melihat perkembangan sikap dan tingkahlaku (afektif) yang memerlukan bimbingan, galakan dan pembentukan. Manakala penilaian berbentuk sumatif lebih bertujuan untuk mengukur sejauh manakah keupayaan pelajar menerima dan menghayati ilmu (kognitif). Kertas ini lebih menumpukan kepada penilaian pencapaian ketiga-tiga domain melalui mata pelajaran pendidikan seni visual ini iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Bagaimana untuk mengurus penilaian pendidikan seni ? Sesuatu penilaian itu perlu dilakukan berdasarkan beberapa prinsip, perlu ada kesahihan dan keboleh-percayaan, apa yang dinilai itu adalah berkaitan dengan falsafah, matlamat dan objektif kurikulum pelajaran tersebut, menilai apa yang telah diajar dan dipelajari oleh pelajar. Dari aspek kesahihan penilaian perlulah diuruskan secara objektif, ujian diurus mengikut prinsip, mengambil kira kaedah, penggridan (scoring), ada etika (ethics)dan equiti, bukan sekadar melakukannya secara sewenangnya. Secara prinsipnya penilaian perlu dilakukan secara beretika, berkesan, boleh dipercayai, rapi dan adil. Sebelum membuat sesuatu keputusan untuk melaksanakan penilaian guru-guru pendidikan seni perlulah menilai kembali kaedah atau method pengajarannya, adakah ianya menjurus kepada matlamat dan objektif dan selari dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas. Panduan Mengendali Penilaian:

4

Menurut Clement (1986) perlu ada framework (JPU) sebagai panduan kepada guru-guru bagi mengendali penilaian pendidikan seni. Sama ada penilaian itu secara formatif atau sumatif. Framework itu seharusnya lebih fleksibel berbanding dengan mata pelajaran lain, yang mengambil kira kepelbagaian bidang dan aktiviti dalam pendidikan seni seperti bidang-bidang seni, kraf, design dan ilmu seni yang lain. Penilaian juga perlu mengambil kira latar belakang pelajar dan persekitarannya yang di bawa bersamanya ke dalam bilik darjah. Ianya bolehlah diletakkan di bawah kriteria kefahaman baru, yang melihat personiliti, kepekaan dan tindakbalas pelajar terhadap sosio-budaya dan persekitarannya. Penilaian juga perlu dilakukan secara berterusan dan berfokus untuk membekalkan maklumat yang terkini. Penilaian yang dilakukan adalah kontektual dan authentik (tulin), memenuhi keparluan pelajar, untuk program pendidikan seni yang khusus, sesuai dengan persekitaran bilik darjah dan masyarakat. Penilaian pendidikan seni perlu ditumpukan kepada kedua-dua kategori iaitu penilaian untuk proses dan produk seni, penilaian juga perlu responsif kepada berbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran serta nilai yang merangkumi ketiga-tiga domain pendidikan iaitu, kognitif, afektif dan psikomotor. Ianya selari dengan pandangan Lansing (1971). Penilaian pendidikan seni juga responsif kepada memperkembangkan pengertian cerdas (Sternberg, 1985 dan Gardner, 1983) dan kreativiti. Guru pendidikan seni tentu peka dengan perkembangan teori kepelbagaian kecerdasan sebahagiannya telah mengamalkannya di bilik darjah. Perkembangan konsep cerdas ini yang diterokai oleh Gardner, memaparkan lapan jenis kecerdasan yang berbeza telah memberi potensi untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni dan juga penilaiannya. Manakala krerativiti pula, hasil daripada penyelidikan terkini berfokus kepada penganalisaan oprasi mental dan keunikan individu kreatif, penilaian untuk kelas pendidikan seni ini boleh menumpukan kepada tingkahlaku kreatif yang dikaitkan secara bermakna dengan proses menghasilkan produk seni. (Beattie, 1997) Lima kategori Untuk Penilaian: Barnes (1987) telah memberi sumbangan yang berguna yang boleh dijadikan panduan untuk penilaian pendidikan seni untuk pelajar sekolah rendah. Beliau mencadangkan lima katogeri perlu dinilai. Setiap kategorii itu mempunyai kriterianya: 1.

Proses menghasilkan kerja-kerja seni: Terkandung di dalamnya aspek-aspek penting dalam perkembangan artiastik ketika menghasilkan kerja-kerja seni, seperti perkembangan

5

idea, menukar-ubah design, menokok-tambah dan membaiki sesuatu dalam proses penghasilan karya atau produk akhir seni. 2.

Penggunaan alat dan bahan:

Adalah mustahak diketahui sama ada pelajar telah menunjukkan perkembangan dalam kemahiran pengurusan kepelabagaian bahan ketika menghasilkan sesuatu produk seni. Kita perlu tahu setakat mana pelajar berupaya mengurus bahan untuk aktiviti catan umpamanya, atau bagaimana keupayaan pelajar menggunakan gunting untuk menggunting sesuatu motif. Dengan itu guru dapat merapatkan hubungan antara keinginan pelajar menghasilkan sesuatu bentuk seni dengan kemahirannya mengguna alat dan bahan. Dengan ini dapat menghilangkan rasa kecewa atau sukar ketika mereka melalui proses kerja seni tersebut. 3.

Penggunaan media

Guru juga perlu mengenalpasti sejauhmanakah pelajarnya telah memahami dan menguasai media yang mereka gunakan. Sebagai contoh bolehkan pelajar membancuh warna untuk menghasilkan bentuk dan bayang. Bolehkah mereka mengguna tanah liat untuk membuat design sesuatu model. Bolehkah mereka menggunakan warna untuk menghasilkan corak, jalinan, dan sebagainya. 4.

Kemahiran mengkritik:

Katogeri ini berkaitan dengan kemahiran pelajar mendiskriminasi apabila berhadapan dan menganalisis sesuatu bentuk seni. Pelajar bukan sahaja menghasilkan bentuk seni tetapi mereka memperkembangkan keupayaan untuk membuat diskriminasi antara satu bentuk dengan satu bentuk seni yang lain , antara satu warna dengan satu warna yang lain. Melihat persamaan dan perbezaan di antara unsur-unsur seni dan pengolahannya, serta gaya yang digunakan oleh para seniman. Pelajar juga akan memperlihatkan keupayaannya menganalisis persekitaran secara kritikal. Kemahiran mengkritik secara kritikal ini termasuk juga penilaian-kendiri (self-assessment). 5.

Peringkat perkembangan peribadi pelajar:

Guru juga perlu mengambil kira dan mengetahui tahap-tahap perkembangan peribadi pelajarnya berdasarkan umur. Eisner (1972) menyatakan tahap-tahap perkembangan ini adalah sebagai indikator kepada guru supaya apa yang pelajar lalui itu sesuai dengan alat dan bahan yang disediakan atau sebaliknya. Indikator itu tidaklah digunakan secara rigid. Yang diutamakan ialah guru dapat melihat sejauh manakah cirri-ciri perkembangan telah berlaku pada pelajarnya melalui aktiviti seni yang disediakan berbanding dengan tahap perkembangan

6

yang sepatutnya. Sejauh manakah guru dapat mengesan perkembangan pelajar dari aspek sikap peribadinya terhadap kerja seninya dan kerja seni rakanrakan sebayanya? Sejauh manakah pelajar boleh menerima kritikan atau pandangan rakannya terhadap kerja-kerjanya ? Apa yang dinyatakan di atas adalah sebagai asas untuk guru jadikan panduan bagi membuat sesuatu penilaian dalam pendidikan seni khususnya untuk pelajar sekolah rendah. Penetapan Standard Ada setengah negara, di USA umpamanya, Consortium of National Arts Education Association telah meletakkan piawai kebangsaan ( National Standard) setelah arts dijadikan sebagai subjek utama sama mustahaknya dengan mata pelajaran akademik lain (Bates 2000 ms. 282), untuk dijadikan sebagai panduan penilaian pendidikan seni. Berdasarkan standard yang ditetapkan, apabila tamat sekolah menengah pelajar mengetahui dan berupaya : 1. berkomunikasi di peringkat asas dalam empat disiplin kesenian : tarian, muzik, teater dan seni visusl 2. cekap berkomunikasi dalam salah satu daripada empat disiplin tersebut 3. boleh menganalisis kerja-kerja seni 4. dibekalkan dengan maklumat yang cukup tentang kerja-kerja seni yang berbagai budaya ,dari berbagai period pensejarahan 5. berupaya mengaitkan berbagai jenis pengetahuan dan kemahiran seni merentasi disiplin. Untuk mata pelajaran pendidikan seni visual mereka telah menetapkan dua kategori standard iaitu yang berkaitan dengan kandungan (content) dan pencapaian (achievement). Standard kandungan adalah khusus apa yang patut pelajar tahu dan berupaya melakukannya, mungkin boleh dianggap sebagai matlamat atau outcome. Manakala standard pencapaian pula merupakan subkategori standard kandungan pelajar bagi tahap-tahap tertentu , daripada grade K hingga 4 , grade 5 hingga 8, dan grade 9 hingga 12. Standard pencapaian ini boleh dijadikan sebagai objektif-objektif pelajaran atau petunjuk (indicator). Terdapat enam kriteria standard kandungan untuk grade K hingga 12, iaitu: 1. kefahaman dan aplikasi media, teknik, dan proses 2. menggunakan struktur pengetahuan dan fungsi 3. membuat pilihan dan penilaian terhadap kepelbagaian bahan tajuk (subject matter) 4. memahami hubungan antara seni visual dengan sejarah seni dan kebudayaan

7

5. membuat refleksi terhadap kerja-kerja sendiri dan kerja-kerja seni orang lain dan menilai karektoristik dan merit 6. membuat perkaitan antara bidang-bidang seni dan antara disiplin lain. (Bates 2000. ms 283-285) Dan setiap standard kandungan itu terkandung di bawahnya kriteria standard pencapaian untuk pelajar : K - 4 , 5 hingga 8, dan 9 hingga 12 . Seabagai contoh untuk standard kandungan (no.6) “Membuat perkaitan antara bidang-bidang seni dan antara disiplin lain” : untuk pelajar K-4 : Standard pencapaiannya adalah : • •

Pelajar memahami dan boleh menunjukkan pesamaan dan perbezaan antara karekteristik seni visual dengan seni-seni yang lain. Mengenalpasti perkaitan antara seni visual dengan disiplin-disiplin lain dalam kurikulum

Untuk pelajar 9-12: Standard pencapaiannya adalah: •

Pelajar berupaya mengsintisis kreativiti dan menganalisis prinsipprinsip dan teknik-teknik dalam seni visual dan dalam bidang seni yang lain secara terpilih dan digunakan dalam disiplin kemanusiaan atau sains. • Pelajar boleh membandingkan bahan-bahan, teknologi, media dan proses-proses seni visual dengan disiplin seni yang lain dari aspek pengunaannya dalam proses penciptaan. (Bates 2000. ms.258) Contoh di atas boleh diolah dan disesuaikan dengan budaya dan amalan setempat. Dengan berpandukan kepada standard yang telah ditetapkan penilaian pencapaian pelajar dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru boleh dilaksanakan, standard itu sebagai kayu ukur. Penilaian Alternatif (performance) Untuk menilai prestasi dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni penilaian secara tradisional biasanya mengunakan kertas, pen dan pensil, ujian yang standard, soalan-soalan ujian berbentuk esei atau objektif yang mempunyai berbagai pilihan jawapan, jawapan betul atau salah, yang terlalu sempit dan ujian itu berasaskan kefahaman dari pembacaan semata-mata dan mengukur aspek kognitif sahaja. Al Hurwitz dan Michael Day (1995) telah mancadangkan cara untuk mengendali penilaian ini bukan sahaja menggunakan bentuk penilaian tradisional tetapi menggunakann juga bentuk penilaian alternatif (performance) bagi menilai kemajuan pelajar dan pembelajaran pelajar. Kriteria penilaian itu haruslah mengandungi aspek berikut: 8

1. menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah ditetapkan 2. menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh 3. mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding secara dipecah-asingkan 4. ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran 5. melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan membantu menilai kerja seni orang lain. 6. mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya secara lisan dan di khalayak ramai. Oleh kerana pelajaran pendidikan seni ini berbeza daripada mata pelajaran sekolah yang lain kerana ianya melibatkan kandungan visual juga kandungan verbal dan hasil kerja kreatif pelajar maka terdapat berbagai kaedah dan alat sama ada secara tradisional atau alternatif boleh digunakan secara komprehensif untuk pengumpulan maklumat penilaian. Sebahagian daripada alat penilaian yang dicadangkan selain daripada ujian dan pepereksaan adalah: • • • • • • • • •

kaedah pemerhatian kaedah temuduga kaedah perbincangan menggunakan senarai semak (check list) menggunakan soal selidik (questionnaire) meminta pelajar membuat karangan pengukuran sikap (attitude) menggunakan portfolio (kaedah ini sering digunakan masih amat berkesan) dan menggunakan penilaian yang informal seperti menggunakan kaedah anekdot. Kaedah ini juga dikatakan amat berkesan. Guru mencatatkan hasil pemerhatian terhadap pelajarnya, merekodkan kekuatan dan kelemahan serta perlakuan pelajar secara berkala. Catatan itu dikumpul dan dijadikan sebagai bahan bukti apabila guru membuat analisa terhadap kemajuan pelajarnya. (Al Hurwitz dan Michael Day,1995)

Untuk mengumpul maklumat penilaian terhadap perkembangan pelajar dalam kerja-kerja studio dan hasil kerja seni, Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai apabila membuat penilaian berasaskan pengalaman studio dan hasil kerja seni pelajar iaitu meliputi: komunikasi/ ekspresi, keyakinan diri/self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika,

9

pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan / keseronokan. (Lampiran 1) Bagi mengumpul maklumat terhadap pencapaian dan tingkah laku pelajar dalam bidang sejarah seni (kognitif domain) beliau mencadangkan beberapa kriteria berasaskan enam tahap domain kognitif berasaskan teksonomi Bloom (1956). (Lampiran 2.).Manakala untuk mendapatkan maklumat terhadap sikap pelajar terhadap apresiasi seni guru boleh menggunakan senarai semak, soal selidik atau borang pemerhatian. Michael telah mengadaptasi skala sikap yang diperkembangkan oleh Michael Stuckhardt (1976) dan Stuckhardt dan Jerry Morris (1977,1980) untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap pengalaman seni mereka. (Lampiran 3) Kesimpulannya Pada kebiasaannya amalan penilaian bagi mata pelajaran Pendidikan Seni di sekolah-sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah adalah sekadar menilai tahap kemahiran dan keupayaan pelajar dalam menghasilkan sesebuah karya dengan menggunakan bahan, peralatan dan media yang termampu disedialkan oleh pihak sekolah dan pelajarnya. Guru akan menilai secara impresif terhadap keupayaan pelajar menghasilkan kerya seninya berdasarkan kesesuaian tema yang diberi, kecekapan menggunakan alat dan bahan untuk transformasi idea menerusi media melalui pengolahan unsur-unsur seni visualnya. Guru juga akan mengukur sejauh mana kreatifnya pelajar menyelsaikan masalah artistik secara ekspresif. Penilaian begini sering dilakukan terhadap hasil kerja studio pelajar untuk kegiatan seni halus. Begitu juga apabila guru-guru menilai kerja-kerja kraf pelajarnya selain daripada aspek yang telah dinyatakan di dalam prernggan di atas guru akan menilai keupayaan pelajar menggunakan alat dan bahan mengikut proses dan prosidur sesuatu jenis kraf yang dihasilkan oleh pelajar berdasarkan kriteria khusus. Kraf lebih meberi tumpuan kepada ketepatan, kesempurnaan, teliti, dan kehalusan kerja yang menunjulkan kualiti estetika yang tinggi. Penilaian lebih tertumpu kepada kecekapan atau keterampilan. Manakala pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu kepada bidang-bidang ilmu dan pengetahuan seperti sejarah dan apresiasi seni penilaian yang sering dilakukan oleh guru adalah secara ujian dan peperiksaan, secara lisan atau tulisan untuk diberi markah. Begitulah amalan-amalan penilaian yang sering dilakukan oleh guru-guru pendidikan seni di sekolah-sekolah. Hasil daripada penilaian itu guru akan memasukkan markah pencapaian pelajarnya ke dalam buku rekod kemajuan pelajar untuk dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga pelajar. Di tahap itulah akhirnya proses penilaian.

10

Berdasarkan kepada amalan dan kebiasaan yang dinyatakan di atas marilah kita bandingkan dengan beberapa cadangan, panduan dan contoh-contoh penilaian yang boleh dilakukan oleh guru-guru untuk membuat penilaian bagi mata pelajarn Pendidikan Seni ini seperti yang telah diutarakan di atas. Adakah kita telah melaksanakan penilaian mata pelajaran ini berdasarkan tujuan dan fungsinya secara bertanggungjawab dan mengikut prinsip-prinsip penilaian ? Mungkin kita merasakan bahawa kita perlu memperbaiki kaedah atau cara perlaksanaan penilaian mata pelajaran ini demi untuk faedah pelajar-pelajar kita.

Bahan Rujukan: Al Hurwitz dan Day,M. (1995). Childeran and their art (6th edt. ).New York : Harcourt Brace& Co. (ms. 565-600) Barnes,R. (1987) Teaching Art to Young Children, London: Allen and Unwin. Bates, J.K.(2000) Becoming an art tercher. Singapore: Thomson Learning. (ms 282-285) Beattie, D.K. (1997) Assessment in art education. Massachusetts:Davis Pub.Inc. Best,D. (1992) Feeling and Reason in the Arts, London: Falmer Press. Bloom,B.S. (1956) Texonomy of Educational Objectives, Handbook I : Cognitive Domain, New York: Longman Co. Clement, R. (1986) The Art Teacher’s handbook, dalam Green,L. dan Mitchell,R. (1979) Art 7-11 developing primary teaching skills,London: Routledge. Eisner,E (1972). Educating artistic vision, dalam Art 7-11 developing primary

teaching skills,London: Routledge. Eisner,E.(1985).The educational Imagination: On the Design and Evaluation of School Programs, 2nd. Ed. . New York: Macmillan. Sternberg, (1985) Beyond IQ: ATriachic Theory of human Intelligence.New York: Cambridge Univ. Press . Gardner,H. (1983) Changing the world:A Framework for the Study of Creativity. Westport, CT: Praeger Pub. Howard Gardner(1993). Multiple Intelligences:The Theory in Practice , USA: The Getty Center of Educations in the Arts. Lansing, K. M. ( 1990 ). Art, Artist and education. New York : McGraw Hill.

11

Michael,J.A. (1998). Art and Adolescence. New York: Teachers College Press Stuckhardt, M.l (1976) dan Stuckhardt,M. dan Morris,J. (1980) dalam Michael,J.A. (1998). Art and Adolescence. New York: Teachers College Press. Lampiran 1 Penilaian

:

Pengalaman Studio Seni & Menghasilkan Produk Seni

Objektif Penilaian 1.

YA

TIDAK

Konunikasi / pernyataan 1.

Adakah pelajar ingin menyampaikan sesuatu untuk pernyataan melalui kerja seni.

2. Adakah kerja-kerja seni pelajar , mod dan peranannya. 3. Adakah dalam kerja seni pelajar menunjukkan kefahaman tentang subjek matter (bahan tajuk). 4. Adakah pelajar bebas membincangkan objektif kerja seni mereka ketika penilaian secara individu@kumpulan. 5. Adakah pernyataan pelajar itu ikhlas dan benar persembahannya. 6. Adakah pelajar berupaya berkomunikasi secara ekspresif melalui berbagai media seni. 2.

Keyakinan / Self Esteem 1.

Adakah pelajar rajin dalam menyatukan idea, perasaan dan persepsi melalui media.

2.

Adakah pelajar fleksibel dan berupaya bekerja dengan berbagai media.

3.

Adakah pelajar berpeluang untuk merubah kedudukan di bilik seni.

12

4.

Adakah pelajar berpuashati dan bangga terhadap kerja-kerja seni mereka.

5.

Adakah pelajar kenalpasti kekuatan & kelemahan kerja-kerja seni dan mengguna kekuatan serta memperbaiki kelemahan. YA

3.

4.

6.

Adakah pelajar menunjukkan inisiatif untuk mencapai matlamat Pendidikan Seni.

7.

Adakah pelajar menunjukkan keupayaan/ keinginan terhadap kualiti kepimpinan.

8.

Adakah pelajar menggunakan nilai-nilai estetika dalam kehidupan sehariannya.

TIDAK

Perkembangan Persepsi 1.

Adakah pelajar menunjukkan perkembangan kepekaan(sensitiviti) terhadap kualiti visual dalam persekitaran seperti cahaya, warna, kadar banding bayang, jarak dalaman, volume (kepaduan) seperti yang terdapat dalam kerja seni.

2.

Adakah pelajar menunjukkan perkembangan kepekaan terhadap kualiti non-visual seperti Auditory, tektail, kinestetik, dan sensasi tubuh (body sensation) seperti yang terdapat dalam kerja-kerja seni.

3.

Adakah pelajar menyedari, melihat dan mengerti nilai-nilai visual & non-visual sebagai sumber ekspresi.

4.

Adakah pelajar peka terhadap adanya perbezaan antara bentuk, warna, gambar, nilai (value) dan jalinan (unsur seni).

Organisasi estetika dan ketekalan (consistency)

1.

Adakah pelajar memahami perhubungan antara idea, bahan; Bolehkah ianya diaplikasi

13

melalui medium lain dengan lebih baik. 2.

Terdapatkah organisasi harmoni pada gambar, bentuk, warna, nilai, jalinan dalam kerja seni mereka.

3.

Adakah semua bahagian-bahagian pernyataan pelajar itu tekal dan berkait antara satu sama lain bagi menampakkan keseluruhannya.

4.

Adakah kerja-kerja seni pelajar menunjukkan kepekaan dan kesedarannya terhadap prinsipprinsip rekaan seperti imbangan, ritma, kepelbagaian, kontras dan lain-lain.

5.

Adakah kerja-kerja seni pelajar menunjukkan “sense of being” dan kesepaduan rasa kewujudan.

YA

TIDAK

6. Adakah pelajar mengambil berat dengan organisasi dan keadaan persekitarannya dan juga dalam kerja-kerja seni.

5.

7.

Adakah pelajar menunjukkan perkembangan dalam keupayaan menyaksikan estetika yang lebih kompleks dalam kerja-kerja seninya.

8.

Adakah pelajar sedar kepada kualiti estetika dalam berbagai aspek kehidupannya.

Pengetahuan Dalam Bidang Seni 1.

Bolehkah pelajar kenalpasti proses seni, adat, media, juga masalah yang dihadapi oleh seniman.

2.

Bolehkah pelajar menjangka apakah yang boleh dilakukan oleh berbagai-bagai alat/ media.

3.

Bolehkah pelajar kenalpasti/analyse pola/ struktur dalam kerja-kerja seninya.

14

4.

Bolehkah pelajar membuat penilaian kaedah kerja-kerja media, gubahan dan ekspresi kerja-kerja seninya dan kaitannya dengan kerja orang lain, dahulu dan sekarang.

5.

Bolehkah pelajar faham konsep abstrak. YA

6.

6.

TIDAK

Bolehkah pelajar kenalpasti kepelbagaian pengaruh seniman, dan gaya persembahan dalam kerja-kerja seni mereka seperti kusisme, ekspresianisme, surrelisme.

Kreativiti 1.

Adakah pelajar peka dalam mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat dalam Kerja-kerja seni.

2.

Adakah pelajar memaparkan idea-idea yang unik dan peribadi (verbal dan visual) dalam kerja-kerja seninya.

3.

Adakah pelajar dengan mudahnya menunjukkan kualiti, bebas, inventive, asli dan luar biasa dalam kerja-kerja seninya.

4.

Adakah pelajar boleh menyatakan perasaan, Idea, persepsinya secara peribadi dan Individu.

5.

Bolehkah pelajar redefine gambar, bentuk, warna, rupabentuk dan berbagai bahan kepada suatu benda baru seperti butang dijadikan mata dalam kolaj.

6.

Adakah pelajar berupaya mengkaji berbagaibagai cara dalam menyelesaikan masalah estetika.

7.

Adakah pelajar menunjukkan perkembangan kesedarannya terhadap keunikan dirinya dan orang orang lain.

8.

Adakah pelajar menunjukkan kelancaran dan dan banyak idea ketika berkarya.

15

9.

Adakah pelajar menunjukkan fleksibel dan boleh menyesuaikan dan mencari penyelesaian jika berlaku masalah dalam kerja-kerja seninya.

10.

Adakah pelajar berupaya membuat analisis, melihat sesuatu yang menyeluruh kepada yang ditil dalam kerja-kerja seninya.

11.

Adakah pelajar berupaya mengsintesis bermula daripada ditil kepada yang menyeluruh dalam kerja-kerja seninya.

YA

7.

8.

TIDAK

Kemahiran/Ketukangan

1.

Adakah terdapat penambaikan dan kecekapan dalam kemahiran mengendalikan peralatan, bahan dan proses di kalangan pelajar.

2.

Adakah pelajar berupaya mengawal kerjakerja seninya, berupaya memaparkan atau merobah purposi bentuk nutralistik, menambah atau mengurangkan detail bila diperlukan.

3.

Berupayakah pelajar menggunakan berbagai jenis garisan, rupa, bentuk dan warna bila memerlukannya.

4.

Adakah pelajar menjaga dan memulihara peralatan dan perkakasan di dalam keadaan yang baik.

Keseronokan & Kepuasan 1.

Adakah pelajar seronok menghasilkan karya seni.

2.

Adakah pelajar memerlukan peluang untuk Melakukan kerja-kerja seni.

3.

Adakah pelajar menggalakkan rakannya turut serta dalam pengalaman seni.

16

4.

Adakah pelajar menyatakan kepuasan terhadap pengalaman seni dan produk seni.

5.

Adakah pelajar berkeinginan untuk mempamerkan hasil kerja mereka.

6.

Adakah pelajar berbincang mengenai seni dengan rakan.

7.

Adakah pelajar mengambil bahagian kegiatan seni di luar bilik darjah seperti membeli bukubuku seni, mengumpul reproduksi karya seni atau menghadiri ceramah seni atau melawat pameran seni.

YA

TIDAK

(Diubah suai daripada Michael (1998) ms.39 – 41)

17

Lampiran 3

Lampiran 2

Menilai : Sejarah Seni (Domain Kognitif)

Menerusi skala penilaian ini, profil pencapaian pelajar dalam sejarah seni, selari dengan objektif dalam domain kognitif boleh dipungut. Kadar pencapaian untuk setiap tingkah laku, menggunakan skala Tidak , Sedikit hingga Ya, dan Banyak. Catatkan rating dalam petak sebelah kanan. Arus Kognitif (matlamat) 1.

Tiada -Sedikit

Ya - Banyak

Pengetahuan (ingatan, mengingat semula) Pengetahuan khusus dalam sejarah seni. Adakah pelajar tahu terma-terma atau fakta (tarikh, peristiwa, orang, tempat, karya seni) dalam sejarah seni. 1.1

Pengetahuan, cara dan kaedah untuk berhadapan sesuatu yang khusus. Adakah pelajar tahu tentang kumpulan, trend, sekuan, klasifikasi, kategori, kriteria untuk meyakinkan dan/atau kaedah mengkaji bidang sejarah seni.

1.2

Pengetahuan sejarah seni yang universal dan abstrak: Adakah pelajar tahu prinsip-prinsip dan generalisasi, teori dan struktur sejarah seni.

2.

Kefahaman 2.1

Terjemahan Adakah pelajar boleh menjelaskan dengan kata-kata lain maklumat tentan sejarah seni secara tepat, menyatakan objektif setiap bahagian bagi menterjemah komunikasi.

2.2

Interpretasi Bolehkah pelajar menyusun semula, mengolah semula dan mengemukakan pandangan baru terhadap sesuatu bahan.

18

2.3

Membuat pelunjuran (extrapolation) Bolehkah pelajar berupaya membuat jangkaan melangkaui data-data yang diberi bagi menentukan kesan, kemungkinan, perhubungan dan/atau akibat berasaskan maklumat yang ada.

3.

4.

Aplikasi

3.1

Bolehkah pelajar menggunakan pengetahuan, idea dan kaedah sejarah seni dalam situasi tertentu.

3.2

Bolehkah pelajar membuat jangkaan berdasarkan maklumat yang ada.

Analisis (Perincikan sejarah kerja-karya seni kepada bahagian-bahagian kecil daripada bidang sejarah yang lebih luas). 4.1

Analisis unsur-unsur: Bolehkah pelajar mengenalpasti mustahaknya unsur-unsur dalam sejarah seni.

4.2

Analisis perhubungan/hubungkait Bolehkah pelajar membuat perkaitan dan melihat saling hubungkait berdasarkan maklumat yang diberi dan membuat andaian berkenaan sejarah seni.

4.3

Analisis prinsip-prinsip organisasi Bolehkah pelajar mengenalpasti bentuk, pola, struktur dan ketekalan dalam kerja seni juga perkaitan dengan zaman, tempat, bila, di mana bentuk seni itu dihasilkan, sebagai bahan untuk meningkatkan pengertian makna.

19

5.

Sintisis (menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian kecil supaya menjadi lebih jelas kepada sebelumnya)

5.1

Menghasilkan komunikasi yang unik. Bolehkah pelajar berkomunikasi (tulis @ bercakap) menggunakan organisasi idea yang hebat, peranan, dan/atau pengalamannya dalam kenyataan sejarah seni.

5.2

Menghasilkan set perancangan atau cadangan operasi. Bolehkah pelajar memperkembangkan rancangan kerja atau operasi berkaitan sejarah seni.

5.3

Menghimpunkan dapatan daripada set hubungan yang abstrak. Bolehkah pelajar membina hipotesis yang tepat, membina set hubungan yang abstrak untuk membuat pengkelasan atau membuat penjelasan penomena tertentu yang berkaitan dengan sejarah seni.

6.

Penilaian (pertimbangan kualitatif atau kuantitatif berkenaan sejauh mana sesuatu sejarah seni itu memenuhi kriteria)

6.1

Pertimbangan yang berkaitan dengan kriteria internal (dalaman). Bolehkan pelajar kenal pasti falasi logik dalam perbincangan berasaskan ketepatan fakta (dokumentasi, bukti) ketekalan fakta, atau lain-lain fakta dalaman sebagai kriteria berkenaan sejarah seni.

20

6.2

Pertimbangan yang berhubung dengan kriteria external (luaran). Bolehkah pelajar menilai kerja-kerja seni tokoh yang silam dengan merujuk kepada sebahagian kriteria yang diingat. Bolehkan pelajar membandingkan kerja tokoh silam dengan standart tertinggi yang dikenal pasti (tokoh terkini).

(Diubah suai daripada Michael (1998) ms.46 – 47)

21

Lampiran 3 Menilai Domain Afektif Aras Afektif (Matlamat)

1.

YA

TIDAK

Penerimaan (ambil perhatian) 1.1

Kesedaran Adakah pelajar sedar tentang kewujudan sesuatu karya seni (pelajar sedar ada catan di dalam bilik).

1.2

Sedia@rela untuk menerima Adakah pelajar memberi tumpuan pada karya seni (pelajar tahun catan dalam bilik itu adalah gambar pemandangan).

1.3

Ada pilihan atau tumpuan terpilih Adakah pelajar tahu/sedar sesuatu karya seni walaupun banyak terdapat rangsangan lain (daripada keseluruhan catan dalam bilik pelajar memberi tumpuan pada catan pemandangan).

2.

Bertindak balas (Responding) 2.1

YA

TIDAK

Sudi untuk bertindakbalas Adakah pelajar bertinda balas berkaitan kerja-kerja seni bila disoal (jikalau disoal pelajar menjawab memang terdapat catan pemandangan di dalam bilik).

2.2

Rela untuk bertindakbalas Adakah pelajar sukarela untuk memberitahu apabila ditanya tentang seni (pelajar menghurai catan secara sukarela).

22

2.3

Puashati dalam bertindakbalas

YA

TIDAK

YA

TIDAK

Adakah pelajar rasa puashati dan gembira bila bertindakbalas tentang hasil seni (pelajar menghurai catan dan bangga dengan huraiannya).

3.

Penilaian (Valuing) 3.1

Penerimaan nilai Adakah pelajar menerima dan sukakan kerja seni bila ia menilai, tetapi mungkin akan berubah fikiran (pelajar sedar bahawa catan itu boleh diterima tapi masih ada catan-catan lain yang lebih baik).

3.2

Keutamaan untuk dinilai Adakah pelajar sukakan hasil seni, lebih daripada yang lain (pelajar lebih sukakan catan lanskap itu lebih daripada catan yang lain dan mendapatkan maklumat lanjut menerusi pembacaan).

3.3

Penglibatan (commitment) Adakah pelajar bersungguh-sungguh dan pasti, tidak sangsi dan cuba untuk mempengaruhi orang lain untuk meyakinkan bahawa seni itu berkualiti (pelajar mengkagumi Ibrahim Hassan dan catannya dan cuba mempengaruhi pelajar lain).

4.

Organisasi (internalisasi berbagai nilai, membentuk sistem) 4.1

Mengkonsepsi nilai Adakah pelajar jelas bagaimana nilai sesuatu seni ada hubungkait dengan ilmu atau pengetahuan yang ada padanya (pelajar kenal pasti sebahagian daripada catan Ibrahim Hassan yang menarik sebagai contoh, warnanya, kualiti garisan sebagainya).

23

YA

TIDAK

YA

TIDAK

Adakah pelajar mempunyai satu pegangan yang tekal dan harmoni terhadap sesuatu nilai seni (pelajar amat gemarkan satu kualiti warna, walau dalam bentuk seni apa pun kualiti warna itulah yang digemarinya).

5.

Pembinaan watak oleh nilai yang kompleks. 5.1

Set kesimpulan umum Adakah pelajar memiliki set nilai berkaitan seni dan menunjukkan ketekalan dalaman. Adakah pelajar memiliki kesungguhan dan terjurus kepada pegangannya, bersedia untuk bertindak balas dalam kaedah tertentu dan tegas terhadap pendiriannya (pelajar secara tekal sensitif kepada kualiti warnawarna dan garisan dalam semua jenis bukan setakat catan Van Gogh saja).

5.2

Pembinaan Watak Adakah pelajar memiliki sistem nilai tentang seni yang menjadi kepercayaan dan amalan dirinya (pelajar internalise aspek-aspek tertentu seni dan peka terhadapnya seperti nilai garisan, nilai warna yang diaplikasi dalam karyanya, dan diamalkan di dalam kehidupannya dan tekal dengan pegangannya).

(Diubah suai daripada Michael (1998) ms.48 – 49)

24

Untuk menilai Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, Rob Barnes (1987) mencadangkan 5 kategori yang perlu dinilai: 1.

Proses Kerja Artistik Develompent ketika menghasilkan kerja seperti: • perkembangan idea • tukar design • tokok tambah • ubah suai -

2.

Respon kepada idea dan rangsangan visual ketika proses berlaku lebih diutamakan daripada produk seni.

Penggunaan bahan -

Sejauhmana kanak-kanak telah menunjukkan perkembangan dalam kemahiran menggunakan bahan.

-

Adakah kanak-kanak boleh menggunakan bahan dengan cara yang betul. Kemahiran menggunakan bahan dengan betul membantu kanak-kanak untuk melukiskan hajat/niat dalam kerja-kerja seni.

3.

Penggunaan media Selain daripada keupayaan pelajar mengawal penggunaan bahan penilai dibuat juga terhadap: Keupayaan menggunakan media untuk pernyataan visual contoh: -

-

Bolehkah mereka membancuh warna untuk mewujudkan bayang, untuk menghasilkan jalinan, corak. Bolehkah mereka menggunakan tanah liat untuk menghasilkan sebuah model.

25

4.

Kemahiran melihat secara kritikal -

Kategori ini bertujuan menilai keupayaan, kemahiran kanak-kanak melihat dan membuat diskriminasi di samping menghasilkan produk seni: Contoh: Sejauh manakah kanak-kanak boleh mendiskriminasi antara warna-warna, garisan yang berbeza, bentuk atau rupa yang berbeza-beza.

5.

-

Sejauh manakah kanak-kanak boleh mendiskriminasi karya seniman atau bentukbentuk seni yang terdapat persekitarannya.

-

Sejauh manakah kanak-kanak berupaya mendiskriminasi dan melihat alam persekitarannya secara kritikal.

-

Kemahiran melihat secara kritikal boleh digunakan untuk penilaian kendiri (selfassessment).

Guru-guru perlu mengetahui tentang tahap-tahap perkembangan peribadi kanakkanak. Peringkat Perkembangan Peribadi:

-

Berdasarkan umur kanak-kanak sejauh manakah keupayaan kanak-kanak itu menghasilkan bentuk-bentuk seni.

-

Sejauh manakah kematangan psikomotornya.

-

Sejauh manakah perkembangan intelektual & fizikal.

-

Sejauh manakah perkembangan sosio emosinya.

Eisner (1972) tahap-tahap perkembangan kanak-kanak adalah sebagai indikator (petunjuk) setakat mana seseorang kanak-kanak itu boleh lakukan bila diberi peluang pengalaman dengan alat dan bahan gunakan standard itu sebagai membantu perkembangan bukan untuk memaksa.

26

Related Documents


More Documents from "Geethu Princess"