Pengurusan Projek Pembinaan (psmza)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengurusan Projek Pembinaan (psmza) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,992
  • Pages: 26
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN KM.8 JALAN PAKA 23000 DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN TEL: 09-8400800 http://www.psmza.edu.my

-CIVIL ENGINEERING DEPARTMENT-

CONSTRUCTION MANAGEMENT TUGASAN TIGA TAJUK:

PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN Disediakan Oleh:

MOHD ABDUL WAFI ADHA BIN ABD WAHAB 13PKA08F2047 SULIA BINTI ABDULLAH 13PKA08F2035 SUMARNI BINTI SHA’ARI 13PKA08F2057 Disemak Oleh:

ENCIK MOHD RUZI BIN HAMZAH Lecturer Of Civil Engineering Department Tarikh Hantar: 08 Oktober2009

TUGASAN INI TELAH DIJALANKAN OLEH

MOHD ABDUL WAFI ADHA BIN ABD WAHAB 13PKA08F2047 870804115727 DKA6-S1 DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

SULIA BINTI ABDULLAH 13PKA08F2035 871113115466 DKA6-S1 DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

SUMARNI BINTI SHA’ARI 13PKA08F2057 870405115252 DKA6-S1 DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

PENGHARGAAN Assalamualaikum... Terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kami iaitu En. Mohd Ruzi Bin Hamzah kerana memberi peluang kepada kami untuk menjalani tugasan luar bagi subjek pengurusan pembinaan. Terima kasih juga kami tujukan kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun atas kerjasama yang diberikan semasa kami membuat lawatan ke Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya. Terima kasih ini juga kami kami sematkan buat Sheikh Mohd Indera Shahri Bin Alias iaitu Pengurus Projek bagi Projek Membina Dan Menyiapkan Sebuah Masjid Sungai Udang, Dungun Terengganu yang banyak memberi maklumat dan tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini. Buat rakan-rakan yang banyak membantu saya ucapkan terima kasih. Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menyiapkan Tugasan Ketiga Bagi Subjek C 5011 Pengurusan Pembinaan Sekian, Terima Kasih

ISI KANDUNGAN TAJUK i.

Ahli Kumpulan

ii.

Penghargaan

iii.

Pengenalan

iv.

Maklumat Tentang Projek Pilihan

v.

Lampiran Gambar (Bukti)

vi.

Pihak Yang Terlibat

vii.

Carta Organisasi Tapak Bina

viii.

Lampiran Profil Syarikat

ix.

Masalah Teknikal Utama

x.

Teknik Penyelesaian

xi.

Teknik Perancangan Yang Digunakan

xii.

Lampiran Contoh CPM

xiii.

Faktor Utama Dalam Perancangan Projek

xiv.

Perlaksanaan Kontraktor Mengelakkan Projek Lambat

xv.

Langkah Utama Apabila Memasuki Tapak Bina

xvi.

Lampiran Kerja Utama Di Tapak Bina

xvii.

Agenda Utama Dalam Mesyuarat Tapat

xviii.

Lampiran Contoh Minit Mesyuarat

xix.

Lampiran Contoh Diari Tapak

xx.

Lampiran Contoh Surat Amaran

xxi.

Lampiran contoh pelan

xxii.

Lampiran Tambahan Daripada JKR

M/SURAT

Pengenalan Apabila seseorang kontraktor ditawarkan sesebuah projek, beliau akan berusaha untuk melaksanakan projek tersebut dengan cara yang paling ekonomi dan disiapkan dalam masa yang paling singkat. Oleh yang demikian perancangan kerja dan kawalan adalah sangat penting untuk memastikan pengurusan projek berjalan dengan sempurna. Bagi memastikan setiap yang dirancangkan akan dilaksanakan, sesuatu bentuk kawalan perlu diadakan bagi mengawasi setiap peringkat projek. Oleh itu setiap kontraktor yang mendapat kerja disyaratkan untuk menyediakan satu jadual perancangan kerja kepada pihak JKR untuk diluluskan. Dalam tugasan kali ini, kami telah menjalankan satu lawatan tapak bagi mengumpul segala maklumat berkaitan pengurusan projek pembinaan. Tugasan yang di pertanggunjawabkan adalah menyatakan masalah yang dihadapi, teknik perancangan yanh digunakan sertas addenda mesyuarat tapak yang dikendalikan. Segala maklumat yang diperolehi dicatat dan di kongsi dalam laporan ini. Laporan ini juga telah diterbitkan secara online menerusi laman sengsawang kumpulan kami iaitu http://wafieadha.blogspot.com

Projek Pilihan

Membina Dan Menyiapkan Masjid Sungai Udang, (1500 Jemaah), Dungun, Terengganu No Kontrak JKRNT(T) 6/2008 Nilai Kontrak RM 3,960,550.00 Tarikh Mula 17 Mac 2008 Tarikh Siap 11 September 2009-10-05

Pihak Yang Terlibat Bagi Membina Dan Menyiapkan Masjid Sungai Udang, Dungun

Pemilik Majlis Agama Islam Dungun

Pegawai Penguasa Jabatan Kerja Raya Malaysia

Pemborong Utama (Main Contractor) Hajdin Bina Sdn Bhd

Sub-kontraktor Busu Bin Ibrahim

CONTOH LAPORAN RINGKAS KONTRAK KERJA TARIKH LAPORAN : 12 MAC 2008

1. MAKLUMAT ASAS No. Kontrak

: JKRNT (T) 6/2008

Tajuk

: Cadangan Membina Dan Menyiapkan Masji Sungai Udang (1500 Jemaah) Dungun Terengganu

2. MAKLUMAT PENGAWASAN Pejabat Penyelia

: JKR Dungun

Kementerian Pelanggan

: Kementerian Pelajaran Malaysia

Pejabat Penyelaras

: Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu

Kaedah Pengawasan

: Jabatan

3. MAKLUMAT KONTRAKTOR UTAMA / NSC

Kontraktor

: HAJDIN BINA SDN BHD

Alamat

: 129, Kampung Tok Jiring, Jalan Kelantan, 2/060 Kuala Terengganu, Terengganu

No Pendaftaran PKK

: 1104A990305

Kelas

: “C”

Taraf

: Bumiputera

Kontraktor NSC

:-

4. MAKLUMAT KEWANGAN Anggaran Tahunan Semasa

:-

Bayaran Wang Pendahuluan

:-

Perbelanjaan Hingga Kini :Kos Kontrak Asal Kos Kontrak Semasa

: RM 3,960,550.00 : RM 3,960,550.00

5. MAKLUMAT KERJA Tarikh Milik Tapak

: 17 MAC 2008

Tarikh Siap Asal

: 11 OKTOBER 2009

Tarikh Siap Semasa

:-

Peratus Pencapaian

:-

LAMPIRAN: PROFIL SYARIKAT KONTRAKTOR

MASALAH TEKNIKAL UTAMA YANG BERLAKU DI SEPANJANG TEMPOH PEMBINAAN

Masalah utama yang dihadapi oleh syarikat kontraktor ini sepanjang tempoh pembinaan adalah; •

Kelewatan Dorm – Bedasarkan Kehendak Pemilik



Kenaikan Harga Barang



Kelewatan Pembayaran Pihak Atasan

Kelewatan Dorm Dari perbincangan yang dijalankan bersama pihak kontraktor, penerangan yang diberikan membawa maksud pihak pemilik berhak untuk menukar atau mengubah sebarang perincinan daripada pelan. Contoh kubah masjid boleh di tukar mengikut kepuasan pemilik. Kos ini tersedia dan ditanggung sepenuhnya oleh harga kontrak. Ini menyebabkan kelewatan yang berlaku dan terpaksa di tanggung oleh pihak kontraktor apabila pihak pemilik lewat memberi kata putus untuk perubahan yang diinginkan Kenaikan Harga Barang Pada tahun 2008 kenaikan harga barang pembinaan amat tinggi sehingga 70%. Ini menyebabkan pihak kontraktor terpaksa menunggu keadaan harga stabil. Dan terpaksa mencari pembekal utama yang mampu member kerjasama dengan pihak kontraktor.

Walaubagaimanapun, pihak pegawai penguasa telah member tempoh lanjutan selama 3 bulan disebabkan oleh kenaikan harga barang. Ini memberi peluang kepada kontraktor untuk mencari pembekal bahan pembinnan. Kelewatan Pembayaran Pihak Penguasa Pihak kontraktor yang tidak menerima bayaran akan mengalami masalah untuk menjalankan kerja pembinaan. Ini menyebabkan keleawatan yang berlaku dalam kerja pembinaan. Kontraktor tidak dapat membayar segala peruntukan bulanan untuk meneruskan kerja pembinaan.

KAEDAH MENGATASI MASALAH TEKNIKAL UTAMA

Kaedah yang digunakan oleh syarikat kontraktor ini bagi mengatasi masalah utama adalah: •

Menggunakan Modal Sendiri



Menggandakan Kerja Pembinaan

Menggunakan Modal Sendiri. Pihak kontraktor ini terpaksa menggunakan modal sendiri bagi meneruskan kerja pembinaan. Agar tidak mencapai kelewatan kerja yang terlalu lama. Segala peruntukan iniakan ditanggung oleh pihak kontraktor. Dan pusingan bayaran akan dilakukan jika bayaran dari pihak penguasa dirterima. Menggandakan Aktiviti Pembinaan Menurut pengurus projek, kerja pembinaan akan digandakan agar sentiasa mengikut jadual kerja. Ini membantu pihak kontraktor menjalankan kerja dengan sempurna. Segala bayaran upah akan mengikut jumlah jam bekerja. Ini amat membantu untuk mempercepatkan kerja pembinaan dijalankan.

KAEDAH TEKNIK PERANCANGAN YANG DI GUNAKAN DALAM PROJEK PEMBINAAN Syarikat ini telah menggunakan teknik CPM iaitu Critical Pass Method CPM amat mudah di fahami dan amat sistematik bagi kerja pembinaan ini. Pihak kontraktor ini akan sentiasa memantau segala kerja pembinaan yang dijalankan mengikut jadual cpm ini. Ia memudahkan tugas pengurus projek untuk mengawal perlaksanaan kerja, sama ada kerja-kerja yang dijalankan adalah lambat atau cepat sebagaimana yang dirancangkan CPM ini dapat member maklumat seperti apakah kerja-kerja yang dijalankan pada bila-bilka masa dan tindakan yang boleh di ambil bagi melicinkan kerja pembinaan. CPM juga dapat member maklumat mengenai kedudukan keperluan tenaga buruh, loji dan peralatan serta bahan-bahan yang diperlukan di tapak bina. CPM dapat memberi garis panduan dalam mengawasi dan menyelia kerja dan menentukan sama ada kemajuan kerja adalah sebagaimana yang telah dirancangkan oleh pihak kontraktor. Ia juga dapat dijadikan asas untuk member nasihat dan amaran awal kepada kontraktor untuk melicinkan perlaksanaan kerja

LAMPIRAN: CONTOH C.P.M

FAKTOR UTAMA YANG PERLU DI BERI PERHATIAN DAN DI PERTIMBANGKAN DALAM MEMBUAT PERANCANGAN PROJEK YANG BERKESAN Factor utama yang perlu diberi perhatian dan dipertimbangan dalam membuat perancangan projek yang berkesan adalah: •

Factor Kewangan



Memberi Perhatian Garisan Merah (Dalam CPM)

Factor Kewangan Menurut pengurus projek, kewangan merupakan salah satu aspek penting dalam menjalankan kerja pembinaan. Pada masa kini, segala perkara yang ingin dijalankan memerlukan system kewangan yang teratur. Ini disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang berlaku. Pihak pembekal utama (supplier) ingin bayaran tunai jika berurusan dengan mana-mana kontraktor. Ini mentebabkan kewangan yang mencukupi pasti mampu melicinkan perjalanan projek. Member Perhatian Pada Garisan Merah Dalam Cpm Menurut pengurus projek, garisan merah di dalam cpm adalah membawa naksud kerja yang tidak mempunyai masa apungan. Ia terpaksa diberi perhatian yang serius semasa manjalankan lkerja pembinaan. Ia harus di beri perhatian dan pertimbangan dalam membuat perangcangan projek. Ia mampu member hasil yang lebih baik untuk kerja pembinaan.

LANGKAH YANG DI LAKSANAKAN OLEH KONTRAKTOR UTAMA BAGI MENGELAKKAN PROJEK LAMBAT SIAP ATAU TERTANGGUH Langkah yang di laksanakan oleh kontraktor utama bagi mengelakkan projek lambat siap atau tertangguh adalah •

Mempercepatkan Projek Super Struktur



Menjalankan Kerja Pembinaan Mengikut Jadual CPM

Mempercepatkan Projek Super Struktur Menurut pendapat pengurus projek, kerja super struktur perlu di beri perhatian awal, kerana ia merupakan struktur utama dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Jika kerja pembinaan super struktur dapat disingkatkan atau dipendekkan. Ia mampu menjimatkan masa untuk kerja-kerja yang lain. Struktur yang besar mempunyi kerja yang amat banyak. Ia mengambil masa yang agak lama untuk si bina. Penumpuan khusus perlu diberikan agar mampu menjimatkan masa pembinaan struktur-struktur lain. Menjalankan Kerja Pembinaan Mengikut Jadual CPM Kerja pembinaan yang dijalankan perlu mengikut jadual CPM. Ia memastikan kerja pembinaan tidak lewat. Jika pihak kontraktor mampu membina projek mengikut jadual perancangan kerja. Ia memberi ketepatan masa yang terdapat di dalam kontrak.

LANGKAH UTAMA YANG DI LAKSANAKAN OLEH KONTRAKTOR UTAMA APABILA MEMASUKI TAPAK BINA Langkah utama yang di laksanakan oleh kontraktor utama apabila memasuki tapak bina adalah: Kerja Ukur Setelah pihak kontraktor menerima tapak bina. Kerja ukur perlu dijalankan untuk memastikan tapak pembinaan asal. Agar tidak melebihi kawasan lain. Memasang Pagar Penghadang Untuk memastikan kawasan pembinaan adalah kawasan larangan, maka kerja pembinaan pagar penghadang perlu di lakukan segera agar menjaga keselamatan orang awam. Kedudukan Pejabat Tapak Kontraktor akan menyediakan satu pejabat tapak bagi menguruskan sdegala hal berkaitan pembinaan. Ruang Untuk Sub-Kontraktor Memberi ruang kepada sub-kontraktor untuk menjalankan urusan kerja pembinaan. Antara kerja utama lain yang perlu dilaksanakan oleh pihak kontraktor adalah: i.

Membina Lokasi Sesalur Bekalan Perkhidmatan Tapak Bina

ii.

Membina Jalan Masuk

iii.

Membina Stor Barang Pembinaan

iv.

Tempat Letak Loji

v.

Pembersihan Tapak

vi.

Tetapan Kiblat

AGENDA UTAMA YANG KEBIASAANNYA DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT TAPAK Agenda utama yang kebiasaannya dibincangkan dalam mesyuarat tapak adalah: •

Masalah Yang Berlaku



Kewangan



Cara Penyelesaian

Masalah Yang Berlaku Semasa mesyuarat tapak dijalankan, isu masalah pembinaan adalah perkara utama yabg akan dib angkitkan oleh pihak kontraktor. Ini membolehkan masalah ini di kongsi bersama oleh pihak penguasa dan pihak kontraktor..ia mampu member banyak peluang kepada pihak kontraktor untuk menyatakan masalah yang dihadapi. Kewangan Isu kewangan, merupakan salah satu agenda utama yang diperdebatkan dalam mesyuarat tapak. Pihak penguasa mampu mendengar masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak kontraktor. Cara Penyelesaian Dengan mesyuarat tapak. Cara penyelesaian dapat di cari dan dikongsi. Ini memberi peluang kepada semua pihak mengetahui segala kelemahan yang berlaku dalam kerja pembinaan tersebut.

LAMPIRAN: CONTOH MINIT MESYUARAT TAPAK

Kesimpulan Dari segi pentadbiran di tapak bina adalah perlu untuk mendapatkan kakitangan yang mahir dan berpengalaman dalam membuat kerja-kerja pembinaan, kerja-kerja yang di sub-kontrak dan pembelian barang-barang binaan. Pengawasan yang rapi adalahj diperlukan ke ayas kerja-kerja untuk mendapatkan hasil kerja yang memuaska. Adalah perlu supaya kakitangan diberi bimbingan dan tunjuk ajar yang sesuai agar dapat nenjadikan mereka kakitangan yang dedikasi. Pemerhatian yang teliti juga diperlukan untuk mengelakan kejadian-kejadian tidak ikhlas daripada dilakukan. Adalah lebih baik kontraktor itu sendiri melibatkan secara aktif dalam menguruskan tapak binaannya supaya semua kerja pembinaan berjalan mengikut peraturan dan jadual. Oleh itu, kontarktor mestilah faham dan mahir semua peraturan kontrak, pengurusan, dan kerja-kerja pembinaan. Pengurusan di tapak binamerupakan satu aspek yang sangat luas dan banyak perkara yang baru dibincang, diperhati dan dikaji. Masalah kewangan atau tidak cukup modal merupakan masalah yang sering disuarakan oleh kontraktor. Dari segi kewangan, kawalan yang rapi sentiasa diperlukan dari segi perbelanjaan. Kerana itu satu system kawalan kewangan dan perbelanjaan hendakl;ah diadakan. Disamping itu, usaha-usaha hendaklah sentiasa dibuat untuk menentukan supaya pembayaran-pembayaran oleh empunya projek dapat diterima mengikut jadual. Keperluan pentadbiran projek sangatlah mustahak untuk membolehkan kerjakerja di buat mengikut jadual. Selain daripada itu, kontraktor mestilah dapat merancang dan mengawal kewangan, bahan dan tenaga pekerja.

Kesimpulan bedasarkan laporan atau kajian ini adalah semua kerja pembinaan memerlukan system pengurusan yang sistematik agar kerja pembinaan dapat dijalankan secara baik dan sempurna. Oleh itu, pihak kontraktor mestilah memahami konsep pengurusan yang baik. Kontraktor harus menjalankan kerja mengikut jadual yang diberikan agar selaras dengan kontrak yang ditanda tangani semasa mendapat tawaran tender pembinaan.

LAMPIRAN: CONTOH KERJA UTAMA DI TAPAK BINA

LAMPIRAN: CONTOH DIARI TAPAK

LAMPIRAN: CONTOH SURAT AMARAN

LAMPIRAN: CONTOH SENARAI PELAN UTAMA

LAMPIRAN: LAMPIRAN LAIN DARIPADA JKR

Related Documents

Projek
August 2019 56
Projek
April 2020 50
Tjuan Pembinaan
May 2020 35
Projek Reunion
June 2020 10