Penghargaan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penghargaan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,206
  • Pages: 5
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya jualah kami telah sampai ke tahap Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian) sungguhpun pada dasarnya kami berasal dari Diploma Ukur Bahan (Politeknik) dan Matrikulasi Kementerian Pengajian Tinggi. Tugasan ini merupakan tugasa pertama yang kami perolehi serta perbentangan pertama kumpulan kami dalam pengajian peringkat ijazah ini. Oleh itu, terdapat banyak kekurangan yang sememangnya tidak dapat dielakkan ekoran kekurangan kumpulan kami sendiri. Namun begitu, kami merasa amat bersyukur kerana tugasan ini dapat juga disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Kumpulan kami ingin merakamkan syukur ke hadrat Ilahi, junjungan besar Nabi Muhammad SAW atas kedatangan nikmat Islam yang telah sampai kepada kami. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah CTU 551 iaitu Puan Nik Aminah Bt Nik Idris yang banyak memberi penerangan dan tunjuk ajar dalam penyediaan tugasan ini. Selain itu, teria kasih juga ditujukan khas buat ibubapa kami yang telah menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan nasihat yang berguna. Tidak dilupakan juga buat rakan-rakan seperjuangan yang telah sama-sama berusaha dalam menyiapkan tugasan ini. Sebagai tanda penghargaan kami, terimalah tugasan yang tidak seberapa nin dengan hati yang terbuka. InsyaAllah.

PENDAHULUAN Negara Malaysia merupakan salah satu Negara yang menggunakan Islam sebagai agama rasmi. Oleh itu, kebanyakan perkara yang dilakukan adalah berdasarkan Islam, termasuklah program-program baru yang telah digunakan oleh sektor perbankan di Malaysia seperti program perbankan Islam (mudharabah dan sebagainya) oleh Maybank, Bank Simpanan Nasional, Bank Islam, CIMB dan sebagainya. Begitu juga dengan penubuhan Dewan Amal Islam (DAMAI) dimana Dato Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) menjadi pengerusi pertamanya. Namun begitu, semua yang kita kecapi kini adalah merupakan sumbangan oleh tokoh-tokoh yang telah memperjuangkan kemerdekaan Negara. Oleh sebab itu, kita harus kembali ke pangkal jalan dimana kita hendaklah mengetahui dari manakan asal usul Islam ini dan bagaimanakah Ianya sampai di bumi Melayu ini. Maka, tugasan ini membincangkan tentang bagaimanakah kedatangan Islam ke tamadun Melayu ini dan apakah kesan atau implikasi daripada kedatangan Islam ini. Seperti yang telah kita ketahui, Islam merupakan agama Allah yang telah diwahyukan kepada Baginda SAW di bumi Mekah al-Mukarramah pada 571 Masihi (Ghazali Darusalam, 2001). Begitu juga dengan beberapa asas yang diutarakan oleh tamadun Islam iaitu, pengabdian diri kepada Allah SWT, berorganisasi atas asas akidah, keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan berbading dengan nilai benda, berfungsinya ‘kemanusiaan’

nilai

kemanusiaan

manusia

bukannya

yang sifat

menyebabkan ‘kebinatangan’,

berkembangnya kesucian

sifat

keluarga,

melaksanakan tugas khalifah di bumi Allah dengan mengikut panduan Allah dan setia memegang janji dan amanah Allah, dan mematuhi syariat sahaja di dalam semua urusan khalifah ini (Ustaz Hamzah & Ustazah Zalekha, 1990). Demikianlah ulasan serta gambaran ringkas tentang tamadun Islam manakala penjelasan yang lebih lanjut mengenai tamadun Melayu akan diterangkan dalam tugasan ini.

2

A) Kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu menjadi persoalan kepada beberapa penulis dan pengkaji sejarah. Hal ini adalah kerana terdapat beberapa pendapat tentang kedatangan Islam ke bumi Melayu ini. Penulis-penulis sejarah juga berselisih pendapat mengenai masa ketibaan Islam di Tanah Melayu iaitu tempat kedatangan dan tarikh atau masa kedatangan Islam ini (Wan Hussein Azmi, Ph.D Al-Azhar). Terdapat tiga (3) perkara yang akan dibincangkan berkaitan kedatangan Islam iaitu kedatangan dari Arab, India dan China.

1. Kedatangan dari Arab. Menurut John Crawford, dakwah Islamiah datang secara langsung dari negeri Arab oleh orang-orang Arab yang telah tiba di Gugusan Pulau-pulau Melayu pada zaman pelayaran laut (T.W. Arnold, diterjemahkan kepada Seruan kepada Islam). Menurut S.Q Fatimi (Islam comes to Malaysia) pula, catatan China yang merekodkan bahawa Muawiyah, pengasas kerajaan Umawi (661-679M) dan armada Islam telah merancang untuk menyerang Gugusan Melayu pada 674M, namun telah membatalkan niatnya setelah mengetahui kawasan itu telah diperintahkan secara aman oleh seorang ratu yang bernama Sima. Pedagang-pedagang Arab ini telah menjalankan aktiviti-aktiviti perdagangan di Melaka dimana ia merupakan pusat perniagaan yang penting bagi pedagang Arab sebelum kedatangan Parameswara ke Melaka itu sendiri lebih kurang pada 1400M (Wan Hussein Azmi). Melaka dan Pasai telah berkembang maju pada 757M ekoran kebakaran perkampungan orang Parsi dan Arab di Canton, China pada tahun tersebut. Kapal-kapal perniagaan China terpaksa ke Melaka dan Pasai untuk berhubung dengan pedagang Arab. Perihal ini telah berlaku lebih kurang 6 abad sebelum kedatangan Parameswara ke Melaka (Dr. Omar Amin Husin, 1962). Menurut MJ Djamil (1968), seorang pengkaji sejarah Aceh, kerajaan Islam telah lahir di Perlak pada 840M dimana sultan pertamanya adalah “Sayid Maulana Abdul Aziz Syah” (peranakan Arab Quraish dengan puteri Meurah Perlak) dan bergelar Sultan Abdul Alaiddin Sayid Maulana Abdul Aziz Syah. Sultan Makhdum Alaidin

3

Malik Muhammad Amin Syah II (Perlak, 1225-1263M) telah mengahwinkan puterinya, Puteri Ratna Kamala dengan Sultan Melaka, Sultan Muhammad Syah. 2. Kedatangan dari India. Selepas tahun 1883M, seorang ahli sejarah Belanda, Snouch Hurgronje telah mengeluarkan teori tentang Islam di Gugusan Melayu ini datangnya dari India. Teori ini diringkaskan lagi oleh Brian Harrison dengan menyatakan Asia Tenggara sentiasa memandang kepada India dalam bagi mendapatkan ilham dalam perniagaan dan bukannya kepada Arab dan Parsi. Ramai

orientalis

barat

(antaranya Marrison,

Dr.

RA Kem, CAO

Van

Nieuwenhuise, dan Van Ronkel) telah menyokong kedatangan Islam ke Gugusan Melayu dari India berasaskan kepada tiga (3) perkara, iaitu: •

Perhubungan perniagaan yang teguh antara India dengan Gugusan Melayu.

Apabila orang India memeluk Islam, mereka telah datang ke Gugusan Melayu termasuklah Tanah Melayu dan membawa Islam bersamanya.



Mengikut Von Ronkel, ada banyak bukti dari segi iktikad dan bahasa yang

menunjukkan pengaruh India salah satunya ialah perkataan ‘Lebai’ (istilah dari selatan India) yang diambil daripada perkataan ‘Labaigam’ atau ‘saudagar’.



Kesan sejarah yang dijumpai JE Mougette pada 1912M, iaitu batu makam

Maulana Malik Ibrahim di Gersik dengan tarikh yang menunjukkan waktu pembinaannya – 1419M. dari batu ini mereka itu telah membuat kesimpulan bahawa batu-batu makam yang pertama telah dibawa masuk dari pelabuhan Cambay di Gujerat, India. Selain itu, terdapat juga kesan sejarah pada perkuburan Muslimin yang tua di persisiran pantai Kedah, yang mana dijumpai ukiran-ukiran dan tulisan-tulisan pada batu nisan berupa cara ukiran Cambay, India.

4

3. Kedatangan dari China. Emmanuel Godinho Eredia, saintis Sepanyol, juga ahli matematik Eropah yag pertama mempelajari tentang Gugusan Melayu, telah menulis merekodkan pada 1613M, bahawa “… akidah Muhammad telah diterima terlebih dahulu di Patani dan Pam di persisiran pantai Timur, dan selepas itu barulah diterima dan disebarkan oleh Permicuri (Parameswara) di Melaka pada tahun 1411M” . Selain itu, sejarah Dinasti Sung (960-1279M) telah merakamkan bahawa Islam telah berkembang di sepajang pantai laut China pada 977M. manakala di kelantan pula telah menemui sekeping dinar emas yang terukir tulisan Arab di atasnya dan bermaksud ‘menduduki takhta 577’ dan ‘yang bertawakkal’ pula di muka sebelah. Turut dikatakan bahawa sepupu Baginda SAW, iaitu Ibn Hamzah telah sampai bersama 3000 rombongan kaum Muhajirin ke China dan tinggal di San Gan Fou pada zaman pemerintahan Thai Sung (627-635M), dan diikuti oleh muslimin yang lain dan kemudiannya menggunakan jalan laut dan tinggal di Yunnan. Kemasukan orang Muslim ke China menyebabkan perhubungan yang baik di antara saudagarsaudagar Muslim (Arab dan Parsi) dengan China. Canton, China telah menjadi pusat perkembangan perniagaan mereka. Perkembangan kemajuan ini telah direkodkan oleh al Masudi dalam bukunya Muruj Al Zahab (843M). Pedagang Islam dari Canton ini pula telah datang ke Gugusan Melayu dan Asia Tenggara untuk berdagang. Maka, jelaslah bahawa Islam telah datang daripada Tanah Arab, India dan China dalam abad yang sama dan semuanya berkumpul di pusat-pusat perniagaan di Tanah Melayu khususnya dan Asia Tenggara umumnya (Wan Hussein Azmi).

5

Related Documents

Penghargaan
May 2020 20
Penghargaan
May 2020 17
Penghargaan
May 2020 25
Penghargaan
June 2020 23
Penghargaan
June 2020 20
Penghargaan
May 2020 13